Catatan Popular

Selasa, 28 Februari 2012

KITAB AD DURRUN NAFIS : FASAL 1 PADA MENYATKAAN TAUHID AF'AL

                                Durul Nafis - Wahdatul Af'al
بسم الله الرحمن الرحيم * الفصل الأول في بيان توحيد الأفعال *

Ertinya mengesakan Allah taala pada segala perbuatan. Ketahui olihmu hai salik, bahawasanya tiada yang melepaskan akan dikau daripada segala bahaya yang tersebut itu melainkan pandang dan syuhudmu akan bahawasanya segala perbuatan yang berlaku didalam alam ini, sekeliannya daripada Allah Taala/ Tuhan, sama ada perbuatan itu baik pada rupanya dan pada haqiqatnya, seperti iman dan taat, atau jahat pada rupanya tiada pada haqiqatnya. Seperti kafir dan ma'siat, kerana kafir dan ma'siat itu pada haqiqatnya baik jua, kerana terbit dari yang baik iaitu Allah Taala. Dan tiap2 yang terbit daripada Allah Taala itu baik jua pada haqiqatnya, tetapi jahat kedua pada rupanya, kerana syara' datang ia mencela akan dia.

Bermulakifiat memandang segala pebuatan itu daripada Allah taala, iaitu seperti bahawa dipandangnya dan syuhudnya dan dilihatnya dengan mata kepalanya dan denga matahatinya, bahawasanya segala perbuatan terbit ia daripada Allah taala, dan mengbangsakan kepada yang lain dari Allah taala itu majazi jua, tiada pada haqiqatnya, kerana pada haqiqatnya, sekelian perbuatan itu daripada Allah taala jua,sama ada perbuatan itu daripada dirinya atau lainnya. Sama ada dengan * مباشرة* atau *تولّد * . Dan ertinya perbuatan dengan mubashirah itu iaitu yang berserta dengan qudrah yang baharu, seperti gerak qalam pada tangan orang yang menyuruh. Dan ertinya perbuatan dengan tawallud itu, iaitu yang jadi daripada perbuatan yang mubasyirah, iaitu seperti jatuh batu daripada tangan melempar.

Bermula dalil yang menunjukan bahawasanya, segala perbuatan itu terbit daripada Allah taalajua, tiada daripada lainNya itu, firman Allah taala yang tersebut didalam Alquran * والله خلقكم وما تعملون * ertinya, bermula Allh taala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. Kata syeih Muhammad ibnu Aljazuli rahimallah dalam syarah 'Dalail AlKhairat' 'tiada terbit daripada sesaorang daripadasegala hambanya, perkataan dan tiada perbuatan dan tiada gerak dan tiada diam, melainkan telah terdahulu pada ilmuNya dan qadhoNya dan qadarNya, 'intiha'.

Dan firman Yang Maha Tinggi: * وما رميت إذ رميت ولكن الله رمى * ertinya tiada engkau melempar, ya Muhammad, tatkala berusaha engkau melempar, tetapi Allah Taala jua yang melempar tatkala itu. Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا حول ولاقوة إلا بالله العلى العظيم * ertinya tiada daya pada menjauhkan ma'siat, dan tiada upaya pada mengerjakan ta'at, melainkan dengan daya dan upaya Allah taala, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha besar jua. Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا تتحرك ذرة إلا بإذن الله * ertinya, tiada bergerak didalam alam ini suatu zarah jua pun melainkan dengan dengan izin Allah taala.

Syahadan, maka manakala sentiasa engkau memandang kepada yang demikian itu, dan tahqiqlah engkau dengan Dia, nescaya lepaslah engkau daripada segala bahaya yang tersebut itu, dan engkau lihat dengan mata kepalamu dan dengan matahatimu akan segala ujud majazi ini hapus ia dibawah nur ujud Allah yang sebenarnya.

Syahadan, manakala engkau kekalkan akan syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya keadaan segala perkara perbuatan itu terbit daripada Allah taala, dengan membiasakan dia sedikit, kemudian sedikit hingga tahqiqlah dengan yang demikian itu. Maka apabila tahqiqlah engkau dengan dia dan jadilah kepadamu itu musyahadah, ertinya berpandangan dan tiada bercampurlah dengan pandanganmu zohirmu dan bathinmu, maka baharulah sampai engkau kepada maqam wahdatul Af'al, ertinya Esa Allah taala pada segala perbuatan, iaitu 'ibarat ia daripada fana' segala perbuatan makhluk ini, sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan lainnya, Sekeliannya itu fana' dibawah perbuatan Allah taala, sekira2 tiada dilihat didalam akuan itu sesuatu, perbuatan Allah taala jua, sama ada perbuatan itu baik atau jahat.

Dan dalil yang menunjukkan dan mentahqiqkan bahawasanya kejahatan itu daripada Allah taala, iaitu yang tersebut dalam hadis, yang warid dari doa Nabi s.a.w * اللهمّ إني أعوذ بك منك * ertinya, hai tuhanku berlindung aku kepadaMu daripada kejahatan daripadaMu. Maka jika tiada kejahatan daripada Allah taala, nescaya tidak minta berlindung Nabi s.a.w kepada Allah taala daripada kejahatan. Maka nyatalah daripada itu bahawasanya, segala perbuatan yang baik dan jahat itu daripada Allah taala jua datangnya, seperti yang telah terdahulu sebutnya itu.

Dan lagi firman Allah taala * قل كلّ من عند الله * tafsirnya, katakan olihmu ya Muhammad, segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allah.

Syahadan, dibuat mithal olih setengah daripada arifin billah kerana menghapirkan faham jua, tiada pada haqiqatnya. Maka adalah segala makhluk hamba itu seperti umpama wayang yang diperlakukan akan dia olih dalang, barang bagi jelas kelakuan. Maka seperti tiada bagi wayang itu punya perbuatansendirinya. Demikian itulah hamba dengan Tuhannya.
Tetap, sesungguhpun seperti demikian itu, ya'ni segala perbuatan itu perbuatan Allah taala jua. Maka jangan engkau melampaui akan syariat Muhammadiyah, iaitu wajib atasmu mengerjakan segala yang disuruhkan Allah taala dan rasulNya dan wajib atasmu menjauhkan segala yang dilarangNya, jangan sekali2 'itiqadkan gugur taqlif syara'. Maka jikalau engkau 'itiqadkan gugur taqlif syara' nescaya jadilah engkau kafir zindiq 'nauzubillah min zalik'. Dan berpeganglah engkau pada syariat Muhammadiyah serta engkau 'itiqadkan dan engkau pandang dengan matahatimu akan segala perbuatan itu daripada yang baik dan jahat sekeliannya perbuatan Allah taala. Dan lepaslah engkau pada ketika itu daripada syirik khofi dan lain2nya, daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu. Kerana manakala engkau pandang kepada dirimu ada baginya sesuatu perbuatan, nescaya tiada sunyi engkau itu daripada syirik khofi, dan jikalau lepaslah engkau daripada syirik jalli sekalipun. Dan erti syirik jalli itu, menduakan Allah taala adaNya, tetapi tiada lepas dan keluar dari syirik. Seperti firman Allah taala * وما يؤمن اكشرهم إلا وهم مشركون * ertinya, dan tiada percaya kebanyakan daripada merekaitu akan Allah taala, melainkan padahal merekaitu menyengutukan akan Dia, dengan sebab memandang ujud yang lain daripadaNya dan dengan sebab mengatakan perbuatan itu kepadanya. Sebab itulah kata Sidi Umar Alfarish r.a
* ولو خطرت لي في سوال إرادة - على خاطري سهوا قضيت بردتي * ertinya jikalau terlintas didalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadaMu atas khatirku, jikalau dengan lupa sekalipun, necaya aku hukumkandiriku itu dangan murtad.

Dan tetapi, engkau dikatakan didalam kitabNya musyrik, dikeluarkanNya daripada orang yang mu'min yang sebenarnya, sebab yang demikian itu. Dan tiada dibilangkanNya engkau daripada orang yang menjalani akan jalan mu'min yang sebenar, melainkan bahawa engkau pandang , tiada Yang berbuat, tiada Yang Hidup dan tiada Yang maujud didalam ujud ini, hanya Allah taala sendirianNya jua. Maka ketika itu baharu engkau dinamai mu'min yang sebenarnya, dan lepaslah engkau daripada syirik khofy, dan keluarlah engkau pada ketika itu daripada dinamai Allah taala didalam AlQuran dengan Musyrik. Dan jadilah engkau pada ketika itu daripada ahli Tauhid yang sebenarnya, daripada orang yang mempunyai syurga yang bersegera didalam dunia ini. Maka lazimlah olihmu atasnya kerana bahawasanya, ia sifat yang amat mulia, yang menetapkan akan dikau kepada yang lagi akan datang didalam akhirat. Maka engkau perolihi akan nikmat dua syurga, seperti firman Allah taala * ولمن خاف مقام ربّه جنّتان * ertinya, bermula dua syurga itu bagi barangsiapa yang takut ia akan maqam TuhanNya. Syurga yang pertama itulah syurga ma'rifah akan Allah taala diadalam dunia ini. Dan syurga yang kedua itulah syurga yang maklum, yang disebutkan Allah taala akan dia didalam AlQuran yang mulia, iaitu didalam akhirat, yang lagi akan datang.
Kata Syehuna Alalimul Alamahtu Biharul 'Arik' Maulana as syeh Abdullah ibn Hijazi Lis syarkawi Al Masry rahimallah: Barangsiapa masuk kepada syurga ma'rifah didalam dunia ini, nescaya tiada rindu ia kepada syurga akhirat dengan nisbah daripada bidadarinya dan mahligainya, bukan dengan nisbah daripada barangyang hasil disana, ya'ni didalam akhirat, daripada ru'yah Allah taala dan damping kepada hadrat Allah taala dan ma'rifah akan Allah taala. Maka menjauh segala perbezaan antara dua hal itu. Ya'ni hal didalam dunia ini dan hal didalam akhirat, kerana bahawasanya barang yang dibukakan atas segala hati orang yang arif didalam dunia ini. Hanyasanya, iaitu baharu setengah daripada barang yang disediakan olih Allah taala kepada mereka didalam akhirat, kerana muliakan merekaitu didalam dunia ini. wallahu 'alam.

(Maka hubaya2), takut olihmu daripada bahawasanya lupa engkau daripada memandang wahdatul af'al itu, yang ia menyampaikan akan dikau kepada memandang kepada memandang keelokan Yang wajib Ujud. Dan takut olihmu bahawa bangsakan dirimu pada mengadakan sesuatu perbuatan barang perbuatan ada ia.

Tanbih ya ihwani. Ertinya ini suatu perkataan yang menjagakan hai sekelian saudaraku.
bermula hasil kata syeh Abdul wahab as Syarani Qadasallah sirruhu didalam kitab Al Juahirud Durrur, Ia manqul (dididatangkan) dari perkataan syeh Muhaiyiddin ibn Arabi r.a: Bermula segala akuan itu sekelian dinding yang mendindingi daripada memandang haq Allah taala pada hal haq taala jua, Yang berbuat Ia, dibalik hijab akuan ini, tiada ia mendindingi akan kita daripada memandang Allah taala. Dan adalah mithalnya seperti bayang2 kayu yang dalam air itu, tiada ia menegahkan lalu perahu, hanyasanya yang mendinding itu sangka kita kepadanya jua dan pandang kita kepadanya jua. Maka barangsiapa terbuka daripadaNya hijab itu, nescaya dilihatnya yang memperbuatkan segala perbuatan itu Allah taala sendirinya. Dan barangsiapa tiada terbuka hijab itu, terdindinglah dengan akuan ini daripada memandang kepada fai'il yang haqiqi, ya'ni yang berbuat sebenarnya, iaitu Allah taala.
Maka tiap2 adalah mazhab kaum pada segala perbuatan hamba itu empat mazhab:

Pertama kaum yang tiada mengetahui merekaitu akan bahawasanya Allah taala itu yang berbuat Ia akan segala perbuatan ini dan hanya di'itqadkannya olih mereka itu bahawasanya yang merupakan segala perbuatan hamba yang baharu itu hamba jua. Dan adalah qudrah hamba itu baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba yang baharu. Maka iaitu mazhab mu'tazillah yang bi'daah lagi fasik.

Kedua mazhab Jabariah; iaitu kaum yang mengetahui merekaitu dan memandang merekaitu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya dari Allah taala sendiriNya. Dan keraslah atas merekaitu memandang segala perbuatan itu daripada Allah taala sendiriNya. Dan tiada sampai merekaitu kepada menyandar akan segala perbuatan itu bagi hamba, kerana kurang merekaitu daripada darjat kamal, maka tersalahlah merekaitu daripada jalan syariat dengan sebab tiada menyandarkan segala perbuatan hamba itu kepada merekaitu. Maka iaitu 'itiqad zindiq.

Ketiga kaum yang mengetahui merekaitu akan bahawasanya, segala perbuatan itu sekeliannya daripada Allah taala, tetapi ada bagi hamba itu usaha dan ikhtiar. Dan dengan keduanya itulah hamba memperbuat segala perbuatannya dan keduanyalah tempat ta'lik hukum syara', tetapi kedua2nya itu tiada sekali2 memberi bekas pada perbuatan yang baharu, hanya memberi bekas itu Allah taala sendiriNya jua. Maka iaitu As'ariyah ialah 'itiqad yang maqbud (dipegang), yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat, tetapi tiada sampai merekaitu kepada martabat kasyaf kerana terdinding merekaitu dengan sebab mengata usaha dan ikhtiar itu dari hamba jua, tiada dipandang akan segala perbuatan itu daripada Allah taala sendiriNya.

Maka tiap daripada segala thoif (gulongan) yang tiga itu adalah atas penglihatannya itu Ghisyawah (kabur/ keliru) , ya'ni dinding yang menutupi daripada sampai penglihatan merekaitu kepada memandang wahdatul Af'al selama2nya. Merekaitu didalam dinding tertutup, tiada sampai kepada maqam kasyaf dan musyahadah dan mukafahah.

Keempat mazhab Ahli Kasyaf, ya'ni orang yang terbuka kepada merekaitu dinding, iaitu kaum yang memandang akan kejadian segala perbuatan itu daripada Allah taala dan keinderaannya itu daripada hamba. Mithalnya seperti qalam orang yang menyurat adalah menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua. Dan qalam itu menjadi alat persandaran menyurat jua. Adalah hamba itu seperti qalam tiada baginya perbuatan, dan hanya yang berbuat, orang yang menyuruh jua. Wallahu 'alam. Ya'ni segala yang berlaku didalam segala alam ini, Allah taala jua yang menjadikan dia.
Intiha'

(Dan lagi kata) syech abdul wahab as sya'rani telah menyebutkan syech Muhaiyuddin ibnu Arabi r.a pada bab yang keempat ratus dua puluh daripada Futuhatul Makiyah akan barangyang menamakan ia akan bahawasanya segala amal itu daripada allah Ta'ala jua hanyasanya menyandarkan allah Ta'ala akan segala amal dan perbuatan itu kepada kita kerana keadaan kita tempat menanggong siksa dan pahala padahal perbuatan itu bagi allah Ta'ala jua pada haqiqatnya tetapi tatkala menda'wi kita pada ketika berhenti didalam hijab akan bahawasanya segala amal kita dan perbuatan kita itu bagi kita jua maka menyandarkan Allah Taala itu akandia kepada kita dengan sekira2 da'wi kita berbuat kerana cuba daripada allah ta'ala kepada kita maka apabila masuk kita kepada hadrat ihsan dan maka nipislah dinding hijab nescaya kita lihatlah akan segala amal itu terbit dari allah ta'ala pada kita tiada kita mengamalkan segala amal dan segala perbuatan itu.

Kemudian apabila sampailah kita kepada musyahadah itu nescaya takut kita akan tergelincir kidam (kaki) kita pada barangyang telah menamakan allah ta'ala akan perbuatannya itu kepada kita kerana setengah daripada adab itu bahawa menyandarkan ia akan barangyang telah menamakan allah ta'ala akan sesuatu kepada kita serta pengetahuan kita dengan barangyang telah kita ketahui itu kerana mengamal akan firman allah ta'ala (ما أصابك من حسنه فمن الله وما أصابك من شيئة فمن نفسك ) ertinya barangyang mengenai akandikau daripada kebajikan itu makaiatu daripada allah ta'ala dan barangyang mengenai akandikau daripada kejahatan itu iaitu dari usaha dirimu.

Shahadan kata syechuna alaalamah maulana assyech yusuf abu zharah almasry pada ketika tadarrisnya (mengajarnya) didalam masjidil Haram tiada harus mengatakan kejahatan itu daripada allah ta'ala melainkan pada maqam ta'alim jua intiha'.

(Dan kata) syech ibnu hajar didalam syarah arbain pada sabda nabi saw. didalam setengah daripada segala doa iftitah (والشر ليس اليك) ertinya bermula kejahatan itu bukan ia daripadamu kerana mengajari bagi adab bahawasanya tiada harus disandarkan kepada allah ta'ala segala yang menghina akandia seperti tiada harus dikata allah ta'ala itu ia menjadikan anjing dan babi dan jika adaia menjadikan tiap2 sesuatu sekalipun kerana adab (maka tiap2) adalah menyandarkan perbuatan kepada kita itu kerana menghikayatkan akan firman allah ta'ala jua intiha'

(dan lagi kata) syech abdul wahab assya'rani qadasallahu sirrahu kepada syechnya sidi ali alkhawas r.a (soal) apa haqiqat usahamengatakan iman as'ary itu (maka jawabnya) r.a (bermula) haqiqat usaha itu iaitu ta'lik irodat mumkin dengan memperbuat barang perbuatan adaia maka diperolihi taqdir ilahi pada ketika ta'lik irodat itu maka dinamai merekaitu akan yang demikian usaha bagi mumkin pada ma'ani bahawasanya mengusahakan munafaat dengan dia itu kemudian daripada sudah berkehendak kepadanya ya'ni berkehendak kepada taqdir ilahi itu

(dan lagi) kata syech abdul wahab as sya'rani qadasallahu sirrahu telah aku dengar akan dia ya'ni sidi ali al khawas r.a segala yang lainnya berkata ia wajib atas hamba itu bahawa mengetahui akan bahawasanya tiada memberi bekas segala2 bagi makhluk pada memperbuat sesuatu daripada sekira2 taqwin hanyasanya baginya hukum jua faqad (=sahaja, cuma) maka fahamkan olihmu kerana bahawasanya kebanyakan manusia tiada dapat membezakan ia antara hukum dan atsar ayat (berkata) syech ia pula ya'ni sidi ali al khawas ra (bermula) kenyataan yang demikian itu bahawasanya haq allah ta'ala itu apabila menghendaki ia mengadakan akan harkat atau ma'ani daripada segala perkerjaan yang tiada sah ujudnya melainkan pada segala madahnya kerana mustahil bahawa berdiri ia dengan sendirinya maka tiada dapat tiada daripada unjudnya mahal (@ tempat @ wadah) yang menzahirkan ia akan taqwin (=keberadaan) perkerjaan ini ya'ni perkerjaan yang tiada berdiri ia dengan sendirinya maka mahal @ (tempat hinggap) iaitu hamba yang dihukumkan ia dengan mengadakan maka mumkin ini padahal tiada sekali2 baginya itu atsar dalamnya intiha' فأفهم فإنه دقيق وتحقيق

(dan lagi kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu telah aku dengar saudaraku afdaluddin rahimallah ta'ala berkata ia tiada sekali2 bagi mumkin itu qudrah hanyasanya baginya menerima aasar ilahi kepadanya jua kerana bahawasanya sifat itu ya'ni qudrah itu sifat daripada ketetuan tunggal ketuhanan iaitu keadaan yang berkuasa maka mengisbatkan qudrat bagi mumkin itu da'wi dengan tiada dalil

(dan lagi berkata ia) ya'ni syech afdaluddin rahimallah ta'ala bermula kata kami ini muafakat serta asa'riyah yang mengisbatkat merekaitu bagi qudrat hamba serta menafikan perbuatan daripadanya intiha'

(dan lagi kata) syech abdul wahab assya'rani qadassalahu sirrahu dan telah menyebutkan olih syech muhayiddin radiallau anhu pada bab seratus dua puloh daripada futuhuhul makiyah bahawasanya mengisbatkan qudrah bagi mumkin menafikan fa'il daripadanya itu setengah daripada segala masaalah yang amat sukar kerana membawa kepada keadaan fa'lun (dan lagi berkata ia) ya'ni syech muhayiddin r.a dan tiada membukakan allah ta'ala atasku dengan menghilangkan labisa ya'ni samar pada masaalah ini ya'ni hal keadaan fa'lun padahal bukan fail melainkan pada malam ketika aku menyurat akan tempat ini pada tahun hijrah enamratus tiga puloh tiga dan sanya sukar atas aku mentafsilkan antara yang usaha yang mengata akan dia kaum ahli sunah dan khalqhi (
خلق) yang mengata akan dia kaum mu'tazillah maka mengurniakan taufik allah ta'ala akan daku dengan membukakan penglihatanku atas mula2 kejadian makhluk yang tiada mendahului akan dia makhluk kerana tiada ada ketika itu melainkan allah ta'ala jua

Aasar (
اثار) @ kesan @ bekas
Fa'il (
فاعل) @ perlaku @ pembuat @ perlakun
Fa'lun (
فعل @ buatan @ lakunan @ kelakuan
Mumkin (
ممكن) @ yang diadakan @ yang dicipta @ yang dilembagakan
Tafsil (
تفصيل) @ penjelasan @ penerangan @ kupasan
Qudrat ((
قدره) @ kuasa @ daya @ energy @ force
**Nota** mungkin ada kesilapan yang akan perbaiki nanti?


(maka firman allah ta'ala) bagiku didalam sirrku tilik olihmu akan dia disana mula2 kejadian makhluk adakah perkerjaan itu mewaris labisa dan hairan (maka) sembahku tiada ya rabb (maka) firmannya bagiku seperti demikianlah sekelian barangyang engkau lihat akandia daripada segala yang baharu tiada bagiku seorang didalamnya yang memberi bekas dan tiada suatu daripada makhluk maka akulah tuhan yang menjadikan segala asyia' pada sisi asyia' tiada dengan asbab maka adalah dengan perkerjaan ku jadikan nafhun pada isa dan kejadian taqwin pada thoir (maka) sembahku baginya ya rabb maka apabila adalah seperti demikian itu maka tiap2 adalah dirimu yang engkau khitob dengan katamu perbuat olihmu dan jangan engkau perbuat (maka firmannya) bagiku apabila aku perlihatkan akandikau dengan sesuatu daripada ilmuku maka lazimlah olihmu adab kerana bahawasanya hadrat ini tiada menerima ia akan saat menidak2ki akan perbuatan tuhan seperti firmannya
لا يسئل عما يفعل وهم يسئلون ertinya jangan ditanya akan barangyang aku perbuat dan sekelian kamu itu akan ditanya intiha'

(kata) syech abdul wahab assya'rani
فتأمل فاله نفيس(syahadan) jikalau itu jua musyahadahkan insyaallah ta'ala sampai jua ia kepada allah ta'ala kerana maqam tauhidul af'al ini maqam yang dibawah segala2aripada sega maqam arifin maqam tauhidul af'al ini satu martabat daripada beberapa martabat orang yang sampai kepada allah ta'ala kerana jalan sampai kepada allah ta'ala itu empat martabat seperti lagi yang akan datang insyaalah ta'ala pada akhir khotimah

asyia' (
أشياء) Setiap sesuatu @ ada @ keberadaan... ('keseolahan ada' namun 'tiada' kerana setiap keujudan cuma besifat sementara @ khayalan @ maya materi (dualisma)
labisa (
لبس) kekaburan @ keracauan @ hijab @ kesamaran @ kurang faham @ kekalutlan dalam mengerti @ keteledoran fikir
khitob (
خطاب) cerita @ lakatkan @ berita @ sifatkan
Nafhun (
نفخ) @ tiupan ruh @ menjana pergerakan
thoir (
طائر) @ unggas terbang @ burung @ yang bisa terbang
"tiap-tiap" adalah sifat-sifat dualisma tuhan. "TIAP" adalah sifat fungsi ketuhanan
(shahadan) maqam inilah yang mula2 ia anugerah akan allah taala kepada orang yang salik atau kepada orang yang lainnya iaitu seperti orangyang majzub umpamanya dan erti majzub itu orangyang diambil allah taala dengan terkejut serta dirinya tahu akan mengenal zatnya dan sifatnya dan asmanya dan afalnya daripada tiada mengerjakan ibadat dan tiada talqin daripada guru dan tiada ijazah masyaih (shahadan) bahawasanya maqam inilah natijahtus suluk dan samarahnya ertinya jadi daripada orangyang salik dan buahnya (dan) erti salik iaitu orangyang bersunggoh2 ia ijtihadnya berbuat ibadat kepada allah taala dengan riadhoh ijazah akan dia olih syehnya kepadanya dengan tiada cedera ia pada mengerjakan akan dia dan tiada menyalahi ia akan barang disuruhkan akan dia olih gurunya daripada segala ibadat dan lainnya (dan) erti arif itu iaitu orangyang mengenal allah taala dan mengenal hamba lagi dapat ia membezakan antara kholiq dan makhluk dan musyahadah segala yang tersebut itu


ijazah (إجازه) @ izin @ baiat @ menurunkan
ijtihad (إجتهاد) @ bersunggoh2 tampa erti penat lelah
kholiq (خالق) @ pencipta
majzub (مجذوب) @ medapat ilham2 tanpa tunjuk ajar dari sesiapapun
masyaih (مشائخ)@ guru yang mengajar dan pemberi pertunjuk
natijahtus suluk (نتيجة السولوك) @ tujuan @ hasil pengembaraan rohaniyah
riadhoh (رياضة) @ sentiasa melakukan
samarah (ثمره) @ buah ato hasilnya
talqin (تلقين) @ tunjuk ajar atau arahan

(dan maqam inilah) maqam yang pertama daripada maqam arifin yang meyampaikan ia kepada maqam yang diatasnya iaitu maqam tauhidul asma iaitu maqam yang kedua daripada segala maqam ariffin


Tiada ulasan: