Catatan Popular

Khamis, 9 Februari 2017

KISAH TAUBAT KAAB BIN MALIK

Kisahnya bermula saat perang Tabuk, ada beberapa orang yang tidak menyertainya dan salah seorang adalah Ka'ab, beliau telah menyertai hampir semua peperangan bersama Rasulullah kecuali Perang Badar.

Faktornya dia lalai, lalai kerana dunia, dan beliau tidak punya satu keuzuran pun pada saat itu. Saat kaum muslim persiapkan diri untuk pergi berperang,beliau melengah lengahkan sehinggalah tentera islam bertolak, beliau sudah terlambat untuk mengejar mereka.

Bilamana dia tertinggal,dia tengok yang ada dalam Kota ketika itu hanyalah para wanita,anak anak ,orang yang uzur dan orang orang munafik, lalu mulalah rasa penyesalan dalam jiwanya.

Setelah beberapa waktu berlalu, Rasulullah pun pulang ke Madinah, ketika itu ramai orang munafik beri alasan alasan palsu untuk menyelamatkan diri mereka,dan Rasulullah menerima alasan mereka, sehingga tibalah giliran Ka'ab, beliau mendekati Rasulullah dan Rasulullah senyum dan bertanya perihal ketidakhadirannya, lalu Ka'ab menjawab, bahawa kalau bukan berada dia hadapan Rasulullah, dia akan mereka reka alasan ketidakhadirannya untuk menyelamatkan diri, akan tetapi dia bimbang dibenci Allah, lalu Ka'ab menceritakan hal yang sebenarnya, lantas Rasulullah bersabda "pergilah kau sehingga Allah menurunkan keputusan-Nya kepadamu!”

Bila beliau berlalu, ramai orang menyuruhnya kembali kepada nabi dan beri alasan palsu sebagaimana yang lain, lalu Ka'ab bertanya kepada mereka "Adakah orang lain yang serupa dengannku?"

Orang orang pun menjawab ada iaitu Murarah bin Rabi’ah dan Hilal bin Umayah dan mereka berdua menerima nasib yang serupa. Tidak lama kemudian, Rasulullah melarang masyarakat bergaul dengan mereka bertiga, sehinggalah tiada siapa bercakap dengan mereka.

Dua rakan Ka'ab menangisi nasib mereka di rumah manakala Ka'ab masih kuat untuk ke masjid dan cuba beri salam pada Nabi , bila ia terpandang nabi, maka nabi cepat cepat berpaling,dan begitulah tindakan masyarakat kepadanya.

Dalam tempoh mereka dipinggirkan itu, datang ujian Allah pada Ka'ab bila utusan dari Raja Ghassan untuk menjemput Ka'ab ke sana dan tinggal di sana dengan dijanjikan layanan yang baik dari raja. Namun Ka'ab langsung membakar surat tersebut.

Selepas 40 hari dipinggirkan, datang utusan nabi untuk memerintahkan Ka'ab dan dua rakannya untuk menjauhi isteri masing masing. Ka'ab bertambah sedih lalu bertanya utusan tersebut samada beliau harus menceraikan atau sekadar menjauhkan diri, maka jawab sang utusan, hanya menjauhkan diri.

Isteri Hilal memohon dari Rasululah agar beliau dibenarkan melayani Hilal kerana beliau sudah uzur lalu nabi membenarkan. Ada Keluarga Ka'ab yang menyuruh Ka'ab untuk menyuruh isterinya melakukan yang sama namun beliau enggan.

Maka teruslah beliau dipinggirkan sehingga genap 50 hari, 50 malam, usai beliau solat subuh, seorang rakannya berteriak "Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah! Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah!"

Betapa gembiranya Ka'ab sehingga beliau menghadiahi pakaian yang beliau hanya pakaian itu dia miliki. Selepas pinjam pakaian dengan kawannya, Ka'ab pergi menemui rasulullah , beliau kemudian bertanya samada pengampunan itu dari nabi atau dari Allah, maka jawab rasulullah, ia dari Allah.

Beliau membaca ayat pengampunan nya dengan menitiskan air mata  “Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)




Tiada ulasan: