Sufwan bin
Umaiyah adalah
salah seorang pembesar Musyrikin Mekah. Beliau telah berjanji untuk memberi
upah berupa hadiah kepada Umair bin Wahab jika dapat membunuh jasad mulia
Rasulullah saw. Apabila berlakunya peristiwa Futuh Mekah atau pembukaan kota
Mekah, Umair bin Wahab bergegas melarikan diri kerana bimbang dibunuh oleh
tentera Muslimin yang berjumlah 10,000 orang.
Ramai di antara mereka berdiri di atas Jabal Qubais
untuk menyaksikan ribuan sahabat termasuk baginda memasuki kota Mekah tanpa
perlu menumpahkan walau setitik darah. Walaubagaimanapun, Umair ternyata tidak
mampu untuk menahan rasa takutnya dan terus menyembunyikan diri. Lama kelamaan,
Umair merasakan lebih baik beliau meminta ampun daripada Rasulullah saw kerana
beliau seringkali mendengar baginda adalah seorang yang mudah memberikan maaf.
Tanpa disangka-sangka, Umair memperoleh keampunan Rasulullah saw dengan serban
baginda sebagai tanda perlindungan.(Riwayat Ibnu Hisyam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tulis ulasan anda sesuai dengan taraf ilmu anda, dan terbuka kepada sesiapa ingin memberi ulasan mereka.