- Soal.
Berapa
tuah manusia?
Jawab:Tuah manusia itu tiga perkara: Pertama, banyak rajin
membuat kerja kebaikan. Kedua, cermat. Ketiga, pandai mentadbir.
- Soal: Orang yang ulama' itu berapa perkara?
Jawab: Orang ulama' itu atas dua perkara? Pertama
ulama' dunia, dan kedua ulama' akhirat.
- Soal: Mana rupa ulama' dunia dan ulama' akhirat?
Jawab: Mengetahui hukum yang zahir seperti halal dan haram, sah
dan batal, makruh dan mubah, sunat dan fardhu, rukun dan syarat, dan
mengetahui rukun yang pada dunia seperti hukum nikah sahnya dan
batalnya, hukum berniaga sahnya dan batalnya, halalnya dan haramnya, dan
mengetahui hukum antara perbantahan segala manusia, serta kasih akan
dunia dan kemulian hadhirnya. Manakala ulama' akhirat laitu tiada suka
akan kemuliaan dunia dan kemegahannya serta mengamalkan ilmunya. Banyak
takut akan Allah Ta'la. Banyak suka akan ilmu batin ya'ni ilmu tasawuf.
Benci kepada pekerjaan ma'siat. Membenci segala sifat mazmumah yang
dicela oleh Syara' seperti ria', sum'ah, 'ujub, takabbur, hasad, dan
sebagainya daripada sifat yang dicela oleh Syara'. Engkau tuntutlah
ilmunya dan jikalau kepada bangsa Habsyi sekalipun dapat berkat ilmunya
hadith (?) Nabi Salla Allah 'alaihi wasallam Ertinya, Aku bukan daripada
dajal terlebih takut atas kamu daripada dajal. Maka dikata orang siapa
ianya Ralullah, kemudian berkata Rasulullah ulama' jahat. 'Ulama jahat
itu tiada mengamalkan ilmunya, dan suka ziarah raja-raja dan sultan.
Jangan engkau percaya akan dia. Janganlah engkau tuntut ilmunya membawa ilmu
syaitan la 'nat Allah tiada berkat ilmunya kepada engkau kerana engkau
jahat sangka kepada guru jahat perangai, guru inilah sebabnya. Janganlah
menuntut ilmu kepadanya. Hendaklah tuntut ilmu kepada guru yang mursyid
yang baik perangainya, lagi banyak kasih kepada orang menuntut ilmu.
Lagi jangan ada guru itu tama' kepada dunia. Lagi jangan banyak marah.
Lagi manis muka dan manis mulut kepada muridnya dan tiada tama' kepada
harta engkau. Maka tuntutlah ilmunya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tulis ulasan anda sesuai dengan taraf ilmu anda, dan terbuka kepada sesiapa ingin memberi ulasan mereka.