Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
|
Jawab: Menuntut yang lebih daripada kadar
hajat yang memadai. Sabda Nabi (hadith?) salla Allah 'alaihi wa sallam,
Sesiapa menuntut harta yang lebih dari kadar yang dihajat memadai, membutakan
Allah Ta'la akan dua mata hatinya. Bertanya Sahabat, Ya Rasulullah, mana yang
dinamai orang yang tiada berakal walaupun sedikit jua? Jawab,
Rasulullah, orang yang meninggal-kan menuntut ilmu kerana mencari harta. Ya
Rasulullah, apa sebab, tiada akal baginya? Sabdanya, Bermula harta itu tiada
dibawa mati, tiada menulong kita kemudian hari, hanya menyakiti kita kemudian
hari. Hanya ilmu itu bekalan dan kemuliaan di alam Akhirat. Itulah sebab
dinamai tiada akal baginya. Ditinggalkan yang lebih mulia, diambilnya yang
kurang. Tiada diketahui dunia ini akan kiamat, hidup akan mati dan akhirat
itu kekal. Inilah sebodoh-bodoh manusia. Telah berkata hukama' hai talib,
fikir olehmu akan hadith ini Bermula fikir itu pelita hati. Adakah engkau tiada
dengar hadith Nabi, Bermula menuntut ilmu itu fardhu ya'ni wajib atas
tiap-tiap muslim lelaki perempuan. Adapun mencari harta itu tiada hadith
Nabi mengatakan wajib mencari harta itu, dan tiada kitab mengatakan mencari
harta itu wajib atau mengatakan sunat, tetapi hanya harus jua dengan sekadar
hajat yang memadai. Hanya yang lebih daripada sekadar hajat tiada dalam hukum
Syara' tetapi hukum bid'ah semata-semata.
|
Sufi, Tasawwuf, Tauhid, Hakikat, Iman, Ihsan, Tariqat, Waliyullah, Makrifat, Maqam, Hal, Iblis, Risalah Sufi, Aql, Qalbu, Ruh, Nafs, Kematian, Ajaran sufi, Tokoh sufi, Tokoh Tariqat, Malaikat, Para sahabat, Dialog Rohani, Kitab Hikam, Hadis Arbain, Kasyaf, Hijab, Nur Muhammad, Wahdatul Wujud, Makrifat, Akhlak Rasulullah, Metafizik, Kitab Taswwuf, Akhir Zaman , Novel Hakikat, Basmalah, Syahadatain, Tafsir Al Quran, Buku Tasawwuf, Adab Sufi, Karamah, Qadha dan Qadar,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tulis ulasan anda sesuai dengan taraf ilmu anda, dan terbuka kepada sesiapa ingin memberi ulasan mereka.