- Soal: Apa
kata kamu pada seorang yang berkata, tiada sekali-kali memberi bekas
segala ka'inat, hanya yang memberi bekas qudrat yang ditaruh pada sisi
ka'inat. Jikalau Allah hendak memberi bekas, memberi bekaslah ia;
jikalau tiada berkehandak, tiada memberi bekas?
Jawab: Perkataan muafakat segala ulama' mengatakan
bid'ah, dan pada kufurnya ikhtilaf.
- ka'inat, hanya semata-mata qudrat Tuhan yang
membeni bekas tetapi berlazim laziman antara sebab dengan musabbab pada
akal; maka tatakala didapat api umpamanya nescaya mendapat hangus?
Jawab :Maka. orang itu jahil akan hukum hakikat hukum adat, dan terkadang
membawa perkataan itu kepada kufur. Jangan engkau pegangi perkataan itu.
- Soal: Apa
kata kamu pada seorang yang berkata, tiada sekali-kali segala ka'inat
itu memberi bekas, hanya yang memberi bekas itu qudrat Tuhan yang
dijadikan pada tatakala Tuhan menjadikan ka'inat
Jawab: Perkataan itu sangat salahnya kepada Tuhan, kerana
melemahkan akal Tuhan menjadikan sesuatu serta hambanya jadi dua qudrat
suatu qudrat yang dijadikan pada tatakala menjadikan ka'inat, dan suatu
qudrat pada dzat-Nya, maka jadi berbilang sifat. Maka iaitu mustahil. Perkataan (ini) membawa
kepada kufur. Jangan dengar perkataan sesat itu.
- Soal: Apa
kata kamu pada orang yang berkata, adapun yang harus
pada Allah Ta'la itu empat adakah betul atau tiada?
Jawab: Perkataan itu tiada betul, sangat sangatlah salahnya.
Kerana yang harus pada Allah Ta'la itu satu iaitu memperbuat segala
mumkin atau meninggalkan dia. Jangan engkau pegangi perkataan itu kerana
salah yang amat besar, kerana mengharuskan yang mustahil pada Allah
Ta'ala.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tulis ulasan anda sesuai dengan taraf ilmu anda, dan terbuka kepada sesiapa ingin memberi ulasan mereka.