Oleh Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-Illahi’ (Sufi Syatariyyah)
Bahagian 2
16. Kejahatan adalah berkaitan dengan ‘adum, ia adalah perkaitan antara asma yang bertentangan.
Firman Allah surah An Nisa:79:
“Apa sahja yang baik adalah dari Allah, dan apa sahaja yang buruk (jahat) adalah dari kamu sendiri”.
Qahar (murka) dan Rahim (penyayangg) adalah dua asma. Berkaitan yang ada antara dua asma ini ialah Syur (jahat). Tetapi Arif di atas semua ini.
Firman Allah Taala Surah An Nisa : 107:
“Dan tidak Kami utus engkau (nabi) melainkan untuk rahmat pada sekalian alam”
17. Semua ulama mengatakan nabi-nabi itu bebas dari syirik. Syirik ialah menyatakan ghayr (yang lain). Sebelum mencapai kenabian, nabi-nabi itu telah menjadi wali. Wali-wali Allah menafikan yang lain dan mendirikan yang Haq. Mereka tidak kuatir benar tentang dosa.
Firman Allah Taala surah An Nisa : 48
“Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni semua dosa yang lain jika dikehendakiNya”
Dosa adalah perintah dari Haq kepada Haq untuk Haq. Sebagaimana Fieman Allah Taala dalam Surah Al Anfal : 17
“ Bukan kamu melontar, bila kamu melontar, melainkan Allah yang melontar”
18. Wilayat ialah melihat Allah melalui Allah. Kenabian ialah melihat Allah melalui makhluk. Dalam kewalian, tidak ada bayang yang wujud. Dalam kenabian, makhluk masih nampak di samping memerhati Allah. Kewalian ialah peringkat fana, dan kenabian ialah peringkat baqa. Setengah berpendapat yang peringkat kewalian itu lebih sempurna.
‘Kewalian lebih tinggi darjatnya dari kenabian”
Abu Yazid berkata,
“Apabila aku sampai ke lautan hakikat, aku dapati nabi-nabi di pantai dan aku sendiri dalam lautan itu”
Kenbaian tahu mabda (asal) dan m’ad (keadaan masa depan) wujud nabi itu. Yang lain hendaklah tahu mabda dan m’ad mereka sendiri dari ajaran Nabi. Nabi-nabi meanggap diri mereka ‘dari Allah’ dan ‘dengan Allah’, dan aspek terhad bagi Allah sendiri. Perbatasan mereka adalah dasar dan melingkungi semua perbatasan yang kemudian dan berikutnya; dan mereka mengetahui asal (mabda) dan masa depan (m’ad) mereka.
19. Kufur dan Islam ada dalam perjalanan anda. Mengatakan “Engkau Satu tanpa sekutu”
Kuffar percaya dengan keesaan Allah tetapi tidak percaya dengan kenabian masekipun zahirmnya mereka menafikan keesaan itu sendiri.
Jika dikatakan bahawa perbezaan itu terletak pada perbuatan, maka ini pun betul kerana perbuatan timbul dari niat.
“Semua makhluk diperanakkan dalam keadaan Islam” (Hadis)
Firman Allah dalam al quran surah al Taghabun:1
“ Apa sahaja di langit dan di bumi memuji Allah”
Penyembahan berhala menjadi musyrik apabila dia melihat zahirnya berhala itu hanya “yang dijadikan”, dan dengan itu dia menjadi kafir.
Jika anda tidak melihat ketuhanan yang tersembunyi di dalamnya, anda adalah muslim dalam syariat.
Perbezaan bukan dalam makna tetapi pada perkataan dan teknikal. Muslim mengelar Dia, Allah: Hindu mengelarnya Brahma. Segala-segalanya di mana sahaja di bumi dan di langit menyembah Allah.
Ada satu cerita, jibrail mendengar suara ‘Labaik’ (di sini Aku), Labbaik (di sini Aku) dari Allah. Jibrail hairan kepada siapakah suara Allah itu ditujuikan. Dia tidak nampak sebarang abid dalam mana-mana Gereja, Kanasah, atau Masjid memuji Allah pada masa itu.
Tiba lagi suara Ketuhanan itu, “Pergi ke rumah berhala di Rum dan ketehuilah apa sebenarnya”.
Di sana Jibrail menemui seorang majusi sujud pada berhala, dan dengan hati yang terbakar, dia mengeluh dan menangis dan berkata. ‘”Oh Rab, Oh Rab”, dan didengar suara, “Labbaik, Labbaik” sebagai jawapan. Jibrail marah dan berdoa supaya dibenarkan merobohkan berhala itu beserta si majusi itu sekali.
Tiba jawapan melarang: “Oh Jibrail msekipun, dia telah kehilangan tempat penyembahannya, ‘yang disembah’ itu tidak hilang darinya. Dialah ‘yang disembah’ itu tidak hilang darinya. Dialah ‘yang disembah’ di mana-mana dan dalam keadaan apa sahaja”
20. Berkawan dengan pembaca-pembaca buku atau kitab adalah bahaya kepada ahli muraqabah. Ilmu hendaklah didapati dalam muraqabah. Bahkan tajaliyyat menggelapkan fikiran dalam muraqabah. Serahkan diri anda dalam kelupaan dan biarkan tidak ada ilmu yang masuk.
Apabila fikiran datang, ianya akan menimbulkan khayalan dan ini akan bertambah tebal lagi.
Bahkan dalam Tasawwuf dan latihan suluk itu pun menghalang kelupaan pada diri . “Ilmu itu hijab yang paling besar dengan Allah. Anda hendaklah melupakan diri, bahkan pengetahuan lupa diri itu pun tidak wujud lagi.
21. Tajallinya Zat dan sifat adalah dalam anda dan dibayangkan dalam cermin fikiran anda, tetapi anda mengotorkan cermin itu dengan kemanusiaan dan perangai anda, dan menjadi buta dan tidak nampak tajalli itu.
22. Tiap-tiap jahat (dosa) adalah dari adum (kosong) iaitu ghayr wujud, kejahatan tidak wujud, Kejahatan berkaitan dengan seseorang. Kerana kejahatan itu, dia akan menerima balasannya di dunia ini atau di akhirat kelak. Menurut perbandingan kejahatan itu adalah jahat, anjing dan babi itu baik pada tempat mereka sendiri tetapi kotor pada manusia. Wujud baik itu mutlak. Kejahatan timbul kerana perbandingan asma (nama-nama) yang bertentangan.
Keempat-empat unsur itu pergi ke tempat mereka masing-masing dan Ruh sahaja yang tinggal dan pada ruh itu bersinar tajalli Allah.
23. Biar gila dengan Allah, tetapi berjaga-jaga dengan Muhammad. Biar gila dengan Ahlullah (orang-orang Allah), kerana cinta itu ialah gila dalam Allah (Al Isyqu in nunullah) tetapi dengan orang-orang syariat jangan bercakap tentang cinta.
Kata seorang bijaksana : “Bercakap kepada manusia setakat pengetahuannya.”
Gila ialah cinta Zat, dan wsapada dikaitkan, pada Wahdat atau Hakikat Muhammad. Ini adalah peringakat “Ada dan Tidak ada”.
Matlamat hakikat ialah syariat.”La ila hailallah” ialah matlamat syariat. Muhammad Rasulullah ialah matlamat hakikat.
Daripada satu melangkah kepada yang satu lagi untuk menjadi manusia sempurna. Majzub salik dan ke peringkat Maqam Muhammad. Tanpa Sukr (lupa) anda tidak akan mencapai Sahw (kenangan tantang lupa).
Sekali alam Mithal menerangi anda, kesannya tidak akan terhapus. Anda menjadi Wali, Superman, Orang sakti atau nama-nama lain yang anda suka. Nabi Muhammad saw mikraj hanya sekali.
24. Laila haillallah, tiada Tuhan Selain Allah. ‘La’ atau tidak adalah memfanakan diri dan dunia. Salik dan dunia fana pada diri dan kekal (Baqa) dengan Allah.
Ahdiyyat sahaja yang tinggal, yang mana di luar pembatasan ilmu. Hakikat Muhammad ialah peringkat pertama yang dalamnya Zat mengetahui dirinya.
25. Selagi bayangan wujud anda ada dalam cermin itu, selagi itulah yang anda sembah itu ialah fikiran anda sendiri.
Selagi bayang wujud anda ada dalam cermin ilmu anda, anda adalah diri anda sendiri, selagi yang disembah itu fikiran anda sendiri, anda akan terhijab dari wujud hakiki.
Zat mutlak itu adalah orang itu sendiri dan objek atau benda adalah bayangan yang terhad dalam cermin itu.
Selagi bayangan wujud ini menajdi objek dalam ilmu anda, fikiran dan khayal anda, maka ’yang diketahui’ pada anda adalah objek sahaja. Mereka jadi objek penyembahan anda dan bukan wujud Haq.
Haq (yang benar) tersembunyi dalam Ruh. Ruh tersembunyi dalam Qalb (hati) dan Qalb tersembunyi dalam Qalib (badan). Oleh itu, perhatikan Yang Benar, di samping badan dalam pandangan.
26. Darwisy ialah seorang yang mengamalkan mujahadah dan mujahadah (memerhatikan wujud), atau fana dan baqa (iaitu Qurb-i-Nawafil)
27. Salik hendaklah menahan dirinya daipada kenikmatan-kenikmatan badan. Tetapi orang yang telah habis menjalankan suluknya (telah sampai kepada tujuan) boleh menikmati kenikamatan-kenikamatan itu.
“Semakin suka kamu memuaskan kehendak-kehendak badan jasad kamu, maka semakin kamu membelakangkan akhirat” (Hadis)
Apabila sesorang itu menjadi Arif, hal ini berlainan.
Ali Uthman Jilani berkata: “Mujahadah adalah permainan kanak-kanak dan makrifat ialah kerja lelaki”
Bisyr al Hafi, kerana ibadatnya, membelakangkan semua kenikmatan badan.
Ma’aruf al Kharki tidak demikian.
Keadaan hidup bagi orang yang sakit berlainan dari keadaan orang yang sihat.
Junaid al baghdadi berkata:
“ Siapa yang melihat saya pada mulanya akan menjadi siddiq (orang beriman yang sebenarnya) dan siapa yang melihat saya pada akhirnya akan menjadi zindiq”
28 Setengah Syeikh sufi percaya bahawa menunjukkan kemasyugulan dan merungut adalah berlawanan dengan sifat sabar. Tetapi ada pula percaya bahawa menunjukkan perkara demikian itu adalah tidak sabar apabila dihadapkan kepada ‘lain dari Allah’. Mengadu dan menangis dan mengadu kepada Allah padahal sabar mereka itu tinggi mutunya. Nabi Besar Muhammad saw tatkala hendak menghembuskan nafasnya yang akhir pernaha berkata: “ Ya Allah, tolong aku menghadapi kesusahan hendak mati”
29. Apabila akal seseorang itu dikuasai oleh hal (Dzauq), dia digelar Majzub. Tetapi jika dikuasai oleh perasaan lain, maka dia menjadi majnun (gila). Dalam kedua-dua perkara itu, hijab terangkat dan dia melihat kepada yang ghaib. Bezanya ialah si majnun itu, apabila kembali kepada keadaan asalnya tidak akan menerima kesan apa-apa, tetapi al Majzub tetap tinggal dengan ksayafnya selama-lamanya meskipun di akhirat kelak.
30. Semua ulama mengatakan nabi-nabi itu bebas dari syirik, Syirik ialah mendirikan Ghayr (yang lain). Sebelum menjadi nabi, mereka itu memang Wali. Wali menafikan ‘Yang lain’ dan mendirikan Haq. Walaupun begitu, jika mereka melakukan sedikit dosa, mereka tidak khuatir.
“Allah tidak mengampuni dosa syirik tetapi Dia mengampuni semua dosa jika dikehendakiNya” (Surah al Nisa’: 48)
Dosa adalah perintah dari haq atas Haq untuk Haq.
“Bukan engkau yang melontar apabila engkau melontar (melontar batu-batu pada musuh masa pernag badar) tetapi Allah yang melontar” (Surah al anfal : 17)
Nabi Daud membunuh Jalut masih mengekalkan ‘Aku’nya. Lalu menjadi orang yang berdosa. Tetapi lontaran batu oleh Nabi Muhammad semasa perang Badar itu bukan dari tangan Nabi tetapi dari Allah.
Firman Allah Taala:
“Tangan Allah atas tangan-tangan mereka” (Surah al fatah : 10)
Dari segi cinta, dosa adalah diampunkan.
“Allah telah mengampuni engkau, wahai Nabi, semua dosa-dosa engkau yang dulu dan dosa-dosa engkau yang akan datang” (Surah al Fatah : 2)
31. Syeikh al akbar ibn Arabi dalam Fusus al Hikam bahagian fusul Haruni ada berkata:
“ Orang arif ialah orang yang bukan sahaja melihat Allah dalam segala-segalanya tetapi melihat Dia sebagai hakikat segala-segalanya”
Jika ini dinafikan, itu adalah pada zahir, menurut syariat Allah.
Marah Nabi Musa pada Nabi Harun adalah dari segi zahir. Musa memarahi Harun pada zahirnya kerana Musa nampak Haq sebagai batin anak lembu samiri.
Kemarahan pada zahirnya itu adalah berdasarkan hukum lahir. Kerja Wali ialah memerhatikan Yang Benar (haq) itu dalam semua cermin benda-benda dan bukan tertentu satu-satu benda yang tertentu. Dosa samiri ialah kerana meletakkan Haq itu pada anak lembu emas.
32. Zat menerangi Zat oleh Zat dan larut dalam Zat oleh Zat dan dengan Zat, lalu mejadi satu dan kemudian menzahir oleh Zat dan dengan Zat.
Pada peringkat ini tidak ada tempat untuk sifat. Tauhid ialah tajallinya Zat. Jika salik hendak mengajar orang lain, dia hendaklah turun dari peringkat ini.
33. Penurunan ini ialah bagi mereka yang dilantik untuk sesuutu tugas. Jika dia tidak ditugaskan, dia tidak akan keluar dari khalwatnya dengan Allah. Nabi Muhammad saw telah diberitahu. ‘Pergilah dan jalankan tugasmu di dunia”.
Uwais al Qarni telah diberitahu, “Marilah bersama dengan kami”.
Siapa yang tidak ditugaskan tidak khuatir tantang keluarga dan dunia.
Sa’adi berkata:
“ Jika anda bujang, ambillah jalan anda sendiri,
Dan jika anda berkelamin, ambillah jalan anda sendiri,
Nabi-nabi dipaksa hidup berkelamin dan paksaan ini adalah untuk kebaikan.
34. Revolusi atau peredaran ialah susunan jalan ini. Revolusi salik ialah menuju Allah. Dalam lautan Wujud, tidak ada mutiara selain makrifat diri. Kita sendiri berpusing sekeliling diri kita seperti pusaran air.
Ada revolusi dalam tindak tanduk kita, akhlak kita dan dari syirik halus kepada Tauhid. Tidak perlu memfanakan diri kerana anda tidak dapat memfanakan apa yang tidak ada.
Revolusi perbuatan dan akhlak tidaklah perlu benar seperti revolusi dari syirik tersembunyi kepada Tauhid.
Pada masa hidupnya Rasul Allah, perkara menghapuskan syirik ini adalah satu perkara yang amat penting sekali. Apa sahaja yang anda anggap ghayr adalah sebenarnya Haq. Anda anggap diri anda dan dunia ini sebagai ghayr. Anggaplah diri anda dan dunia ini sebagai Haq dalam mujarrad dan dalam perincian.
Oh Maghribi, apa sahaja yang anda cari dalam bilik khlawat anda. Itu pulalah yang akan nampak terpamir di selekoh tiap-tiap jalan dan lorong.
Solat, puasa, khlawat dan biji tasbih adalah untuk memerhatikan haq dalam diri dan di pasir-pasir di tepi pantai.
Anda perhatikan ombak, tidak nampak air. Ombak adalah bentuk dalam khayalan, hakikatnya ialah air. Anggaplah wujud anda sebagai wujud Allah dan perbuatan, sifat anda sebagai perbuatan dan sifat Allah.
Pertama sekali, hilangkan diri anda kemudian cari semula apa yang telah hilang itu (iaitu diri yang hilang) dalam wujud. Mula-mula anggaplah diri anda telah fana dan kemudian hakikat Haq adalah hakikat anda.
35. Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Namanya sebagai Yang Pertama dan Yang Batin menunjukkan yang ghaib. Yang Akhir dan Yang Zahir nmenunjukkan yang nyata.
Termasuklah dalam ilmuNya semua peringkat batin seperti Ahdiyyat, Uluhiyyat dan Rububiyyat, dan juga peringkat-peringkat zahir seperti Arwah, Amthal dan Ajsam.
Ini adalah istilah-istilah syariat. Dalam istilah orang-orang sufi, peringkat-peringkat itu ialah: Ghaib, Syahadah, Ruh, Mithal dan Ajsam dan semua ini digelar Hasrat-i-Khamsa. Ghaib ditunjukkan lagi di bawah Ghaib ul ghaib dan Ghaib. Ini menjadikan enam (6) peringkat syariat.
“ Dia jadikan langit dan bumi dalam enam hari dan kemudian mengambil kedudukan di Arsy” (Surah al Hadid : 4)
Pembuat syariat tidak membuka rahsia ini kepada orang awam.
Kata orang-orang bijaksana:
” Bercakaplah kepada manusia menurut kadar akal mereka”.
Nabi-nabi tidak ditugaskan untuk membuka rahsia-rahsia ini. Mereka hanya menjalankan syariat dan membiarkan hakikat itu tersembunyi.
Ada juga orang bertanya kepada Nabi saw “ Anta Ahad? Adakah kamu ahad?
Nabi menjawab: “Tidak, aku Ahmad, tanpa min (huruf min)”
Ini bermaksud, aku adalah terhad dan hakikat ku adalah Haq. Hakikat dibalut oleh syariat. Iman itu bertelanjang dan pakaiannya ialah taqwa.
Wali Allah ditugaskan untuk membuka rahsia-rahsia itu. Oleh itu, mereka perkatakan dalam perhimpunan orang-orang ramai. Jika merka tidak berbuat demikian, rahsia-rahsia Al Quran itu tidak akan diketahui.
Aulia membuka rahsia yang ditinggalkan tertutup oleh nabi-nabi. Apa yang tidak dihuraikan oleh nabi-nabi itu dihuraikan oleh aulia.
Junaid al Baghdadi berkata:
“ Aku yang berkata dan aku yang mengajar, siapakah yang lain dalam sekalian alam selain Aku?”
Seorang Wali Allah yang lain berkata: “ Tidak ada dalam jubah ku ini selain Allah”
Seorang lain pula berkata:
“Tidak ada siapa dalam sekalian alam selain diri ku sendiri”
Semua ini adalah secara perincian (detail) dari perkataan Nabi Muhammad saw yang berkata: “ Aku Ahmad tanpa mim”
Wali-wali Allah adalah juru cakap nabi-nabi. Mereka menyatakan batin percakapan nabi-nabi itu.
“Anak itu rahsia bapanya”.
Ada orang berkata Mir Hassan Saadat dan Fakhruddin Iraqi iaitu mereka menyatakan dalam kitab-kita mereka apa yang tidak diperkatakan oleh Guru mereka.
Syeikh Bahauddin Zakariya dan dengan itu mereka telah melakukan bidaah.
Mir Hassan Saadat dan Fakhruddin Iraqi menjawab: ”Kami muridnya, murid adalah lidah guru. Aap sahaja yang ada pada guru, diucapkan oleh lidahnya”.
“Anak itu rahsia bapanya”.
Kita adalah senduk yang mengambil apa sahaja dalam periuk.
Nabi-nabi meninggalkan noktah dan aulia melukisnya jadi satu bulatan. Bulatan-bulatan ini kekal abadi dalam syurga, meskipun mungkin hilang dari dunia ini, kerana di sana itulah dunia Yang Kekal.
Semua rahsia dalam dunia Yang Kekal itu akan ternampak kecuali bagi mereka yang hanya melibatkan diri mereka kepada syariat sahaja, dan alim ulama dan orang-orang beribadat yang tidak percaya kepada rahsia, maka kepada mereka itu, tidaklah dapat rahmat ini kerana tidak percaya kepada rahsia itu.
Mereka tidak percaya dengan memerhatikan tajaliyyat Allah dalam dunia ini dan dalam manusia yang mana adalah tajalli Haq yang teristimewa.
Hadith Nabi:
” Aku nampak Tuhan ku berupa belia yang kacak”.
Matnawi berkata:
”Jika anda berkehendak tajalli istimewa, lihatlah muka manusia, lihat Zat Haq dengan terang dalam senyumannya”
36. Apabila anda melihat sekeping cermin, pancaran cahaya mata anda dibalikkan ke muka anda. Oleh kerana muka anda itu satu muka sahaja, maka balikkan (bayangan) satu muka itu sahaja terlihat.
Apabila ada beberapa keping cermin, beberapa muka dibalikkan (terbayang) dari stu muka dilihat oleh satu mata. Apabila anda melihat tiap-tiap keping cermin, muka yang sama dibayangkan sebegai beberapa muka. Ambil satu cermin, pecahkan menjadi beberapa keping dan lekatkan pada sekeping kertas keras.
Anda akan lihat muka itu terbayang dalam beberapa keping cermin yang terpech itu, anda lihat beberapa muka.
Tiap-tiap orang mati hanya sekali, tetapi ‘Jami’ mati beberapa kali. Ini bermaksud, Jami dibayangkan beberapa kali dan mati pada tiap-tiap bayangan iu. Muka satu dan mata banyak, seperti dalam mozek cermin.
Jamal (keindahan) ditunjukkan dengan berbagai-bagai ragam. Maka untuk melihat pertunjukan-pertunjukkan ini beberapa biji mata dikehenadki. Bererti, beberapa biji mata dikehendaki untuk melihat cinta.
Pencinta memainkan cinta dengan dirinya oleh keindahan sendiri. Penunjukkan keindahan ini tidak terhad, pengalaman cinta tidak terhad. Keindahan itu bukan barat dan bukan Timur, bukan Arab dan bukan Arjan.
Jamal menghendaki bebrapa cermin untuk membayangkannya, agar dengan itu ia membuat beberapa pertunjukkan pada tiap-tiap cermin itu. Beberapa keping cermin itu mengeluarakan beberapa aspek bagi yang sama dan satu keindahan, dan dengan itu aspek-aspek ini bertindih –tindih satu atas yang lain,
Sabda Nabi SAW:
”Aku tidak kenal Engkau leibih dari had yang perlu untuk ku mengenali Engkau. Aku tidak melihat Engkau lebih dari had yang perlu untuk ku melihat Engkau”.
37. Syirik sebenarnya tidak ada, kerana syirik bermaksud bersekutu dengan ghayr (yang lain), dan ghayr tidak ada dalam peringkat wahdat bagi Haq. Apabila ghayr dinafikan sama sekali, maka seseorang itu tidak menjadi musyrik.
Hakikat mengadakan rupa-rupa yang menunjukkan ghayr dan banyak, tetapi sebenarnya tidak ada ghayr yang banyak (multiplicity).
Rupa atau yang dilihat itu adalah berbeza dari hakikatnya. Rupa (yang dilihat) tidak mempunyai wujud sendiri, ia hanya idea tentang hakikat, yang menunjukkan dirinya kepada dirinya dalam idea khyalan.
Syirik khayalan (hasil dari penglihatan khyalan) adalah hanya idea khyalan.
Firman Allah:
”Yang benar (Haq) telah datang, hapuslah yang palsu (batil), sesungguhnya yang batil itu pasti hapus [Surah bani Israil : 81]
Rupa (apa yang ternampak) tidak ada dasar wujud. Umpama lelaki memakai pakaian perempuan. Pakaian itu tidak menjadi apa-apa jika orang telah tahu sebenarnya dia itu lelaki.
Sebenarnya dia itu lelaki tetapi nampaknya seperti perempuan kerana ia memakai pakaian perempuan.
Oleh itu, keperempuanannya itu adalah rupa atau nampaknya sahaja. Keperempuanan itu menjadi ‘adum (tidak sebenarnya) dan kosong belaka.
Hakikat menguasai ‘adum. Firman Allah;
”Kerajaan siapakah pada hari ini?. Kerajaan Allah yang Satu dan gagah Perkasa” [Surah al Mukmin: 16]
38. Kejahatan muncul dari penzahiran atau manifestasi; dan manifestasi terhubung dengan ilmu (pengetahuan); dan apa pun yang terhubung dengan pengetahuan adalah 'iktibar (hipostasis) dan 'iktibar adalah anggapan, dan buah fikiran.
Tetapi jangan menganggap bahwa saya menyebut dunia hanya idea tanpa hakikat.
Maksud saya hakikat terwujud dalam bentuk idea; dunia ada dalam imajinasi dalam si pemikir.
Jangan menganggap bahwa idea adalah sekadar anggapan ('iktibar) dan anggapan itu tidak bisa jadi qadim (permanen).
Jika demikian, pengetahuan tentang Tuhan tidak nyata.
Idea kita tidak nyata, pengetahuan Tuhan bersifat permanen (qadim) dan 'iktibarnya juga qadim dan iktibar qadim ini disebut sifat.
Sifat hanyalah 'iktibar dalam pengetahuan; dan ketika semua ini lenyap, maka hanya Zat yang ada. Tidak ada yang lebih dalam Zat daripada Zat itu sendiri; dan apa lagi yang bisa menjadi sifat selain Zat itu sendiri?
Ketika Zat berbalik pada dirinya sendiri, sifat pengetahuan menjadi bukti; iktibar, yang anda sebut sifat, kemudian muncul di cermin pengetahuan itu dan wujudlah ia, Jadi satu hakikat menemukan dirinya dengan ‘iktibar dan sifat, dan turun dari Kesatuan nyata ke dalam banyak pada sangkaan.
Dalam tahap ilmu atau pengetahuan, itu adalah kesatuan hakiki dan banyak pada sangkaan belum terbentuk di luar dalam Tahap itu.
Dalam penurunan kedua, Kesatuan hakiki terwujud dalam banyak hakiki menurut bentuk-bentuk dalam ilmu; dan kemudian banyak hakiki meliputi hakikat sebenarnya.
Sekarang orang yang tidak menyadari Kesatuan atau Keesaan itu menjadi musyrik (meskipun sebenarnya tidak ada Syirik),
Seorang musyrik itu adalah orang yang tidak mengambil tempatnya di Wahdat, dan mengenali dirinya melalui tabir banyak, dan tidak menjadi ‘ariffnya sendiri.
Oleh karena itu Musyrik dan Kafir ditakrifkan.
Dan para Nabi diutus untuk membimbing orang-orang seperti itu.
Penampakannya adalah tabir pada wajah Jamal (kecantikan), dan sudut tabir ini terangkat dalam kes beberapa orang, selama beberapa detik, dan tidak pernah untuk yang lain (dan nama mereka banyak) yang akan berada di balik tabir selamanya.
“Mereka adalah penghuni api; di dalamnya mereka akan kekal.” [Surah al Baqarah : 39]
Orang-orang yang tabirnya terangkat adalah orang-orang (penghuni surga); dan mereka akan diberi makan dan Jamal; dan orang-orang yang dihijab akan diberi makan dengan Jalal.
Yang satu akan mendapatkan susu dan madu, dan penghuni neraka diberi air buah dan buah pohon Zaqum.
Begitulah fikiran tentang Haqq yang muncul dalam penampakan.
Dia mengenakan jubah kebaikan atau pahala dan kejahatan atau dosa, belas kasih dan kemuliaan; tidak ada seorang pun yang dapat menghalangi-Nya,
“Allah melakukan apa yang Dia inginkan” [Surah Al Maidah : 1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan