Oleh Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-Illahi’ (Sufi Syatariyyah)
1. Ada orang yang percaya bahawa Ruh manusia tidak bergantung pada dirinya sendiri. Kata mereka, kemerosotan dan kebinasaan tidak mengenainya. Apabila badan binasa Ruh itu pun pergi mencari badan yang lain sama ada sejenis atau jenis yang lebeh terrendah atau yang tertinggi dan menzhirkandirinya dalam badan itu tanpa memutuskanperkaitannya dengan badan terdahulu, ibarat menyalin buku dari satu kertas kepada kertas yang lain.
Pengarang “Gulsyan i Raz – Syeikh Mahmud Syabistari berkata:
“ Tanasukh itu kufur dan batil, kerana berdasarkan pandangan yang sempit”
Pertama, Pandangan yang sempit orang-orang yang percaya kepada tanasukh ini ialah mereka menumpukan pandangan mereka kepada badan ini sahaja tanpa mempedulikan alam mithal dan juga kerana tidak percaya kepada kemajuan ruh dalam alam ruh dengan lakuan-lakuan yang baik seperti dipandang oleh nabi-nabi.
Kedua, kata mereka ruh-ruh itu kekal abadi dan bilangannya terhad, dan ruh-ruh itu berpindah-pindah dalam berbagai-bagai badan. Mereka tidak tahu bahawa tiap-tiap keyika ada tajalli baru dan manifestasi, dan tajaliyyat Allah tidak dapat dikira dan tidak berulang-ulang.
Ketiga, mereka tidak tahu bahawa ruh-ruh itu bebas dari badan. Jalaluddin Rumi dalam Matnawi berkata:
“Engkau itu badan tanpa badan, mengapa engkau takut bercerai nyawa dari badan”
Keempat, ruh bukanlah kepada yang keluar dari bada atau masuk ke dalam badan. Yang keluar dan masuk itu mempunyai kualiti-kuualiti jasmani atau Fizikal.
Ruh bukan badan, yang boleh pula keluar dari badan yang lain.
Kelima, ruh itu penggerak dan gerakanya terkhas bagi satu badan untuk baik atau untuk jahat.
Firman Allah SWT:
“Bagi kamu, apa yang kamu dapat dari kebaikan dan bagi kamu apa yang kamu dapat dari kejahatan” [Surah al baqarah: 286]
Syurga dan neraka adalah bentuk-bentuk yang dihantar oleh sesorang bagi dirinya dari dunia ini, dan yang akan menunggunya dalam alam mithal. Seseorang itu tidak akan kembali lagi ke dunia ini untuk megambil hasilnya.
Orang-orang Islam (kecuali mazhab-mazhab terentu dalam mazhab syiah) tidak percaya dengan TANASUKH iaitu perpindahan ruh dan ke satu badan yang lain. Ataupun. RIJ’AT ialah kepercayaan kepada kembalinya Ruh yang telah pergi ke dalam badan yang baru. atau HULUL ialah kepercayaan kepada Penjelmaan Allah dalam bentuk manusia.
Ketiga-tiga fahaman diatas adalah TIDAK BENAR kerana ianya bertentangan dengan TAUHID dan mengujudkan ghayr. Kepercayaan ini BID’AH.
“Dan hidup di dunia ini tidaklah apa-apa selain dari permainan dan gurau senda dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah lebih baik bagi mereka yang bertqawa” [Surah al- An’am : 32]
“ Oh Tuhan kami, keluarkan kami darinya (neraka yang disebutkan dalam ayat 103 dan 104 surah yang sama). Kemudian jika kami kembali kepada kejahatan, sesungguhnya kami zalim. Dia akan berkata : Pergi ke dalamnya, dan jangan bercakap kepada aku” [Surah Al Mukminum : 107-108]
Surah Al-Mukminun Ayat 107 & 108 adalah dalil bahawa seseorang tidak akan kembali ke dunia ini lagi untuk membaiki diri sendiri satelah Ruhnya kembali ke Rahmatullah.
“Siapa yang berat timbangan (kebaikan)-nya, mereka itulah orang-orang beruntung.Siapa yang ringan timbangan (kebaikan)-nya, mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri. Mereka kekal di dalam (neraka) Jahanam.” [Surah Al Mukminum : 102-103)
Penganut faham Tanasukh (reinkarnasi) dalam Islam merupakan pendukung ajaran ini ialah golongan Ghulat dalam Mazhab Syiah (Abu Muslim Khurasan, Ahamd ibn Zakaria)
Mereka menemukan fahaman ini dalam beberapa penfasiran ayat al quran , tetapi memiliki makna berbeda.
"Kamu yang tadinya mati, kemudian Dia menghidupkanmu. Kemudian Dia mematikanmu, kemudian menghidupkanmu kembali. Setelah itu, kepada Dia kamu kembali.” [Surah Al Baqarah : 28]
“Kami bangkitkan kamu setelah kematian, agar kamu bersyukur,” [Surah Al Baqarah : 56]
“Mereka akan mengatakan ini sama seperti yang kami dapatkan sebelumnya, hal serupa juga akan diberikan kepada mereka, begitu juga dengan kawan yang murni.” [Surah Al Baqarah : 25]
“Namun mereka masih ragu-ragu tentang ciptaan baru. [Surah Qaf : 15]
“Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melampaui batas di antara kamu, maka Kami katakan kepada mereka: Jadilah mereka (seperti) kera yang hina dan dibenci.” [Surah Al Baqarah : 28]
Empat ayat pertama merujuk pada keadaan manusia di alam barzakh atau alam 'alam-i-mithal: dan ayat terakhir merujuk pada jelmaan akhlak atau moralnya dan bukan kembali ke dunia untuk ujian kali kedua. ‘
Manusia menciptakan bentuk-bentuk khayalan (hyakal-i-khiyali) di dunia ini; dan bentuk-bentuk ini menemani tubuh mithali-nya di alam barzakh; sebenarnya tubuh mithali-nya ini berbentuk.
Tabiat atau Karakternya yang dominan adalah.
“Kera dan harimau” dapat menunjukkan dirinya dengan demikian.
Bentuk-bentuk khayalan ini berlanjutan hingga hari Qiyamat ketika matahari terbit di Barat, yaitu, Ketika menyedari bahawa sifat-sifatnya adalah bayangan sifat-sifat Allah, dan berpuashati dengan sifat Jamali dan Jalali, mengikut hal masing-masing, kerana sifat-sifat akhirnya masuk atau menyatu dalam Zat.
Fahaman tentang buruz iaitu Ruh wali atau nabi yang telah meninggal dunia mempengaruhi kelakuan atau tabiat wali atau nabi yang lain seperti yang dipercayai oleh setengah-setengah sufi, tidak ada sangkut paut dengan tanasukh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan