Catatan Popular

Rabu, 18 Disember 2013

KISAH IMAM SYAFI KE-5

Imam Syafi’i r.a. (150H –204H )


Method Penulisan Kitab-Kitab Qadim

Berhubung dengan method penulisankitab “Al-Hujjah” dan lain-lain belum dapatkita pastikan dengan yakin kerana sikapasalnya tida kita temui, kemungkinan masihlagi ada naskah asalnya dan kemungkinanjuga ianya sudah hilang atau rosak dimakanzaman. Walaubagaimanapun ia tidakterkeluar – ini hanya satu kemungkinan sahaja – dari method penulisan zamannya yangdipengaruhi dengan aliran pertentangan mazhab-mazhab fuqaha’ di dalam beberapamasalah, umpamanya pertentangan yang berlaku di antara mazhab beliau dengan MazhabHanafi da juga Mazhab Maliki. Keadaan ini dapat kita lihat dalam penulisan kitab “Al-Um” yang pada asalnya adalah kumpulan dari beberapa buah kitab Mazhab Qadimnya. Setiapkitab itu masing-masing membawa tajuknya yang tersendiri, kemudian kita itu puladipecahkan kepada bab-bab kecil yang juga mempunyai tajuk-tajuk yang tersendiri. Didalam setiap bab ini dimuatkan dengan segala macam masalah fiqah yang tunduk kepadatajuk besar iaitu tajuk bagi sesuatu kitab, umpamanya kitab “Al-Taharah”, ia mengandungitiga puluh tujuh tajuk bab kecil, kesemua kandungan bab-bab itu ada kaitannya denganKitab “Al-Taharah”.

Perawi Mazhab Qadim

Ramai di antara para sahabatnya di Iraq yang meriwayat fatwa qadimnya, di antara merekayang termasyhur hanya empat orang sahaja :


Abu Thaur, Ibrahim bin Khalid yang wafat pada tahun 240H.

Al-Za’farani, Al-Hasan bin Muhammad bin Sabah yang wafat pada tahun

260H.Al-Karabisi, Al-Husain bin ‘Ali bin Yazid, Abu ‘Ali yang wafat pada tahun245H

.Ahmad bin Hanbal yang wafat pada tahun 241H.

Menurut Al-Asnawi, Al-Syafi’i adalah ‘ulama’ pertama yang hasil penulisannya meliputibanyak bab di dalam Ilmu Fiqah.

Perombakan Semula Kitab-kitab Qadim

Perpindahan beliau ke Mesir pada tahun 199H menyebabkan berlakunya satu rombakanbesar terhadap fatwa lamanya. Perombakan ini adalah berpuncak dari penemuan beliaudengan dalil-dalil baru yang belum ditemuinya selama ini, atau kerana beliau mendapatihadis-hadis yang sahih yang tidak sampai ke pengetahuannya ketika beliau menulis kitab-kitab qadimnya, atau kerana hadis-hadis itu terbukti sahihnya sewaktu beliau berada diMesir sesudah kesahihannya selama ini tidak beliau ketahui. Lalu dengan kerana itu beliautelah menolak sebahagian besar fatwa lamanya dengan berdasarkan kepada prinsipnya :“Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah Mazhab saya”.

Di dalam kitab “Manaqib Al-Syafi’i”, Al-Baihaqi telah menyentuh nama beberapa buah kitablama (Mazhab Qadim) yang disemak semula oleh Al-Shafi’i dan diubah sebahagianfatwanya, di antara kitab-kitab itu ialah :-

1. Al-Risalah
2. Kitab al-Siyam
3. Kitab al-Sadaq
4. Kitab al-Hudud
5. Kitab al-Rahn al-Saghir
6. Kitab al-Ijarah
7. Kitab al-Jana’iz

Menurut Al-Baihaqi lagi Al-shafi’i telah menyuruh supaya dibakar kitab-kitab lamanya yangmana fatwa ijtihadnya telah diubah. Catatan Al-Baihaqi itu menunjukkan bahawa Al-Shafi’imelarang para sahabatnya meriwayat pendapat-pendapat lamanya yang ditolak kepadaorang ramai. Walaupun begitu kita masih menemui pendapat-pendapat itu berkecamuk disana-sini di dalam kitab-kitab fuqaha’ mazhabnya samada kitab-kitab yang ditulis fuqaha’yang terdahulu atau pun fuqaha’ yang terkemudian.

Kemungkinan hal ini berlaku dengan kerana kitab-kitab lamanya yang diriwayatkan olehAl-Za’farani, Al-Karabisi dan lain-lain sudah tersebar dengan luasnya di Iraq dan diketahuiumum, terutamanya di kalangan ulama dan mereka yang menerima pendapat-pendapatnya itu tidak mengetahui larangan beliau itu.

Para fuqaha’ itu bukan sahaja mencatat pendapat-pendapat lamanya di dalam penulisanmereka, malah menurut Al-Nawawi ada di antara mereka yang berani mentarjihkanpendapat-pendapat itu apabila mereka mendapatinya disokong oleh hadis-hadis yangsahih.

Pentarjihan mereka ini tidak pula dianggap menentangi kehendak Al-Shafi’i, malahan itulahpendapat mazhabnya yang berdasarkan kepada prinsipnya : “Apabila ditemui sesebuahhadis yang sahih maka itulah mazhab saya”.

Tetapi apabila sesuatu pendapat lamanya itu tidak disokong oleh hadis yang sahih kitaakan menemui dua sikap di kalangan fuqaha’ Mazhab Al-Syafi’i :

Pertamanya :
Pendapat itu harus dipilih dan digunakan oleh seseorang mujtahid MazhabAl-Syafi’i atas dasar ia adalah pendapat Al-Syafi’i yang tidak dimansuhkan olehnya, keranaseseorang mujtahid (seperti Al-Syafi’i) apabila ia mengeluarkan pendapat barumya yangbercanggah dengan pendapat lamanya tidaklah bererti bahawa ia telah menarik pendapatpertamanya, bahkan di dalam masalah itu dianggap mempunyai dua pendapatnya.

Keduanya : Tidak harus ia memilih pendapat lama itu. Inilah pendapat jumhur fuqaha’Mazhab Al-Syafi’i kerana pendapat lama dan baru adalah dua pendapatnya yangbertentangan yang mustahil dapat diselaraskan kedua-duanya

Tiada ulasan: