Catatan Popular

Memaparkan catatan dengan label Anggota Batin Kita :Qalbu @ Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anggota Batin Kita :Qalbu @ Hati. Papar semua catatan

Rabu, 22 Februari 2017

SIFAT BOLAK BALIK HATI

Hati dalam bahasa Arab disebut dengan ‘qalb’ yang ertinya bolak-balik kerana memang sifatnya yang cepat berbolak-balik (berubah).

Hati bagaikan bulu ayam yang tergantung di atas pokok yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas.

Demikianlah yang di sabdakan oleh Rasulullah saw : 

Hati dinamakan ‘qalb’ kerana sifatnya yang cepat berubah. Hati itu bagaikan bulu (ayam) yang tergantung di atas sebuah pokok, yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas.” (HR Ahmad)  

Bahkan dalam hadits lain hati berubah sangat cepat melebihi perubahan air yang sedang mendidih.

Rasulullah saw pernah bersabda :

“Sesungguhnya hati anak cucu Adam lebih cepat perubahannya dari periuk yang berisi air mendidih.” (HR Ahmad)

Perubahan hati terserlah pada tutur kata dan kewujudan perbuatan yang dilakukannya. Oleh yang demikian, kita tidak perlu hairan, jika kita menjumpai orang yang sering bersilat lidah atau orang yang tidak memberi sepenuh komitmen dengan janji yang ia ucapkan.

Begitu juga dengan hati kita, ia akan sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap.

Kadang-kadang hati ini lembut, namun kadang-kadang, sebaliknya ianya mengeras.
Kadang-kadang hati ini bercahaya dan kadang-kadang ianya gelap.
Kadang-kadang hati begitu tawadhu’ manakala di masa lain ia berubah menjadi angkuh.
Suatu ketika, hati ini boleh sabar, manakala di waktu yang lain ia cepat marah dan langsung menjadi tidak sabar.
Suatu waktu, hati ini terasa tenang, namun di waktu yang lain ianya terasa kosong dan   bingung.
Hati boleh taat kepada Allah dan boleh pula durhaka kepadaNya.
Dalam beribadah, hati mampu mencapai darjat khusyu’ dan boleh pula dengan mudah menjadi lalai.

Firman Allah swt :


“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”(QS Al-An’am: 110) 

Menurut Imam Al Ghazali tentang Hati

Makna Zhahir:

Pengertian Pertama : yang berbentuk buah sanubari, terletak pada pinggir dada yang kiri. Yaitu: daging khusus.

Dan didalamnya ada lobang. Dalam lobang itu darah hitam. Itulah sumber nyawa dan tambangnya. Dan kami tidak bermaksud sekarang menguraikan bentuknya dan caranya. Karena itu menyangkut dengan maksud dokter-dokter. Dan tiada menyangkut de­ngan maksud-maksud keagamaan.


Makna Batin:

Kedua: yaitu: yang halus (lathifah), ketuhanan (rabbaniyah), kerohanian (ruhaniyah). Dia dengan: hati yang bertubuh (al-qalbi al-jismany) itu, mempunyai hubungan.Yang halus itu, ialah hakikat manusia.

Dialah yang merasa, yang mengeta­hui, dan mengenal, dari manusia. Dialah yang ditujukan dengan pembicaraan, yang disiksa, yang dicaci dan yang dicari. Ia mempunyai hubungan dengan hati yang bertubuh.

Akal kebanyakan manusia, heran untuk me­ngetahui cara hubungannya. Karena hubungannya itu menyerupai hu­bungan sifat ('aradl) dengan tubuh (jisim).


Hubungan sifat dengan yang bersifat (maushuf). Atau hubungan pemakai alat dengan alatnya. Atau hubungan orang bertempat dengan tempatnya.

QALB ATAU HATI MENURUT SYEIKH NURUDDIN AR RANIRI

    Qalb (Hati) adalah jauhar latif (Permata halus) yang mujarrad
(   tunggal) dan bersifat Nurani. Ia diciptakan Allah dengan suatu
    Sebab, yang berwujud ruh dan diiringi oleh hawa nafsu

    Sabda Nabi SAW:

    "INNA ALLAH TAALA KHALAQA AL QULUB QABL AL AJSAD BI ARBAAH ALAF SANAH WA AMSAKAHA FI MAHALL AL QURB. WA KHALAQA AL ARWAH QALBL AL QULUB BI SABIIN ALF SANAH WA AMSAKAHA FI RAUDAH AL UNS WA AZHARA AS SIRR QABL AL ARWAH  WA AMSAKAHA FI RAUDAH AL WISL”


(Allah menciptakan hati (al qulub) 4,000 tahun lebih dulu daripada jasad. Setelah itu, Dia meletakkan di tempat yang dekat dengan Nya. Sementara itu, arwah diciptakan oleh Allah SWT 70,000 tahun lebih dulu daripada hati. Setelah itu, ia diletakkan di taman kelembutan Nya (Raudah al uns). Sebelumnya, Allah telah terlebih dulu menciptkan Sirr (Rahsia) dari ruh dan menempat sirr tersebut di taman keintiman Nya (Raudah al wisl)