Catatan Popular

Memaparkan catatan dengan label Kitab Serba Nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kitab Serba Nasihat. Papar semua catatan

Ahad, 28 Mac 2021

Jauhi Tiga Jenis Manusia Yang Akan Mendapat Laknat Allah SWT

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga macam manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu :

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.

Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.

Muliakanlah Tiga Golongan Untuk Mendapat Redha Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Pada malam aku di Israkkan, aku mendengar Allah berfirman maksudnya : 'Hai Muhammad! Perintahkan umatmu supaya memuliakan tiga golongan iaitu ibu bapa, alim ulama dan penghafaz Al Quran'."

Pertama : Memuliakan kedua ibu bapa.

Kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi sekali, sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan kemurkaan Allah. Ini sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya."
(Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim).

Kedua : Memuliakan alim ulama.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya adalah para ulama.”
(Surah Fathir ayat 28)

Ketiga :  Memuliakan Penghafaz al-Quran.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Terdapat Tiga Golongan Manusia Hanya Satu Yang Akan Berjaya

Bahawa di dunia terdapat tiga kategori manusia.

 

Kategori Pertama : Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. 

 

Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Golongan ini ingin hidup dan puas di dunia yang sementara ini. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran. 

Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Dan tentu akan mereka katakan : 'Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak dibangkitkan."

(Surah al-An'am ayat 29).

 

Kategori Kedua : Golongan yang hilang pedoman , terumbang ambing, aqidah bersimpang siur.

Golongan ini melakukan kesesatan dan menyimpang daripada jalan Allah SWT. dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah SWT. dan hari kiamat tetapi akidah mereka lemah. Akidah yang tidak dapat memandu aktiviti harian.

 

Mereka berfahaman kebendaan (materialis) walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja berbentuk kerohanian. Golongan seperti ini tidak memahami tuntutan Islam sebenar dan akhirnya menjadi tertipu dengan amalan mereka. Dalam Islam baik sahaja tidak mencukupi, tetapi mesti mengikut landasan syariat dan niat mestilah kerana Allah SWT sahaja. Barulah ia jadi ibadat yang ada nilai pelaburan akhirat.

 

Ramai yang pergi haji tiap-tiap tahun tetapi beli rumah menerusi sistem kewangan riba, ramai yang menderma kebajikan tetapi bercampur matlamat antara riak dan ibadat, ramai yang kuat sembahyang tetapi isterinya masih membuka aurat dan memakai solek di khalayak ramai.

 

Kategori Ketiga : Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak. 

 

Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah SWT. Mereka mengetahui hakikat hidup serta memahami nilai dunia berbanding dengan hari akhirat. Orang seperti ini jasadnya sahaja di dunia tetapi hatinya di akhirat. Segala kerjanya di atas dunia di salurkan kepada kepentingan akhirat. Orang begini dekat dengan Allah SWT  dan sentiasa menjaga agar amalannya atau pelaburan akhiratnya tidak rosak. 

 

Allah SWT membandingkan mereka seperti dalan firman-Nya yang bermaksud :

"Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan bersenda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidaklah kamu memahaminya." (Surah al-An'am ayat 32)

Tiga Golongan Tidak Akan Masuk Syurga

 Rasulullah SAW bersabda maksudnya,

“Tidak akan masuk syurga orang yang memperdaya, orang yang kikir, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan tidak akan masuk syurga iaitu :

Golongan Pertama :   Suka memperdaya orang lain (menipu)

Golongan Kedua     :  Orang yang kikir (bakhil)
Golongan Ketiga     :  Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian

Tiga Golongan Manusia Tidak Boleh Di Hina

Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" Tiga golongan  manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil. " (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan manusia yang tidak boleh dihina iaitu :


Pertama : Orang tua muslim


Kedua : Orang yang berilmu.


Ketiga : Imam (pemimpin ) yang adil.


Tiga Golongan Manusia Yang Akan Mendapat Kebinasaan.

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, kemudian baginda berkata :"Amin..amin. .amin..".

Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada baginda :
"Wahai Rasulullah, semasa tuan naik ke atas mimbar, tuan sampai mengatakan Amin (3x) (ada apakah sebabnya?)"

Kemudian Rasulullah SAW memberikan keterangan: "Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : "Barang siapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadan (puasa) , kemudian dia tidak mendapatkan pengampunan (pada bulan Ramadan tersebut), maka ia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :'Amin' kemudian aku mengaminkannya."

"Dan barangsiapa yang mendapatkan orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu diantara kedua orang tuanya masih hidup, sementara (dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu diantara keduanya), kemudian dia tak mahu berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu diantara keduanya (yang masih hidup tadi), kemudian mati, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan :'Amin"

"Dan barang siapa yang dimana namaku disebutkan (didepannya) , kemudian dia tak memberikan salawat kepadaku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW)
(amin), maka aku katakan "Amin"

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban di dlm kitab sahihnya 3:118)

Dalam hadis ini Jibril a.s telah memohon tiga doa (kebinasaan) dan Rasulullah SAW pun telah mengaminkan ketiga-tiga doa itu. Jibril adalah malaikat yang begitu hampir dengan Allah SWT dan adalah jelas kepada kita bahawa amin dari Nabi SAW  menjadikan doa itu bertambah makbul. Hanya Allah SWT dengan limpahNya sahaja yang boleh memberi taufik kepada kita untuk menjauhi ketiga-tiga perkara tersebut dan supaya kita terpelihara daripada semua kebinasaan itu.

Terdapat tiga golongan manusia yang akan mendapat kebinasaan :

Golongan Pertama : Seseorang yang didatangi Ramadan tetapi dia masih tidak diampunkan.

Golongan Kedua  :Seseorang yang kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka telah tua tetapi dia tidak berkhidmat kepada mereka .

Golongan Ketiga : Seseorang yang nama Nabi SAW disebut dihadapannya tetapi dia tidak berselawat keatas baginda .



Tiga Golongan Manusia Yang Akan Mendapat Laknat Allah SWT Di Dunia Dan Akhirat

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)
 
Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.
 
Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.
 

Jauhi Menjadi Tiga Golongan Yang Tidak di Endahkan Allah S.W.T.

 Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya:

“Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :

 "Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak membersihkan mereka daripada dosa,”

Kata Muawiyah, “Juga tidak akan memandang mereka (mengendahkan mereka), bahkan mereka akan mendapat seksa yang pedih iaitu:

1. Orang tua penzina.
2. Raja, Pemimpin Kerajaan (penguasa) yang pembohong.
3. Si miskin yang sombong.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Tiga Ikatan Syaitan Semasa Tidur Anak Adam

Dari Abu Hurairah r.a katanya;” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


“Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!”

Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira.


Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.”

(Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaih).

Tiga Kebahagiaan Anak Adam

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 

"Kebahagiaan bagi anak Adam ada tiga. Dan kesengsaraan terhadap anak Adam ada tiga. Maka di antara yang membahagiakan adalah isteri yang solehah, kenderaan yang baik serta rumah yang lapang. Dan kesengsaraan bagi anak Adam ada tiga iaitu tempat yang tidak baik dan isteri yang tidak baik serta kenderaan yang tidak baik."


Setiap manusia inginkan kebahagiaan dalam kehidupan. Tanpa kebahagiaan hidup manusia seolah-olah hilang keselesaan dan kesempurnaan.

Nabi s.a.w menjelaskan bahawa ada tiga kebahagiaan anak Adam iaitu

1. isteri yang solehah.

2. kenderaan yang baik dan

3. rumah yang lapang.

Amalkan 3 Perkara Yang Menyelamatkan dan Tinggalkan 3 Perkara Yang Membinasakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan dikhalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, dan berjimat cermat ketika susah dan senang dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri." (Riwayat Abu Syeikh).

Berdasarkah hadis di atas terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
 


3 Perkara-perkara yang menyelamatkan:

1. Takut kepada Allah ketika bersendirian dan dikhalayak ramai.

2. Berlaku adil pada ketika suka dan marah.

3. Berjimat cermat ketika susah dan senang.


*****

3 Perkara-perkara yang membinasakan:

1. Mengikut hawa nafsu.

2. Terlampau bakhil.

3. Kagum seseorang dengan dirinya sendiri.


Tiga Perkara Kebaikan dan Keburukan.

 Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”


i) Terdapat tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu :


a) Sentiasa menjaga tingkahlaku kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Melihat dan Mendengar apa jua yang dilakukan oleh hamba-Nya. Bahkan setiap amalan itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagiaan atau ditimpa celaka dalam hidupnya.


b) Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa ada diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk sahaja malah dalam menjaga hubungan dengan Tuhan. Sifat adil akan menghidupkan suasana berkasih sayang dalam masyarakat.


c) Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana ini akan menyelamatkan seseorang itu daripada menyesal di kemudian hari.

ii) Manakala Rasulullah berpesan pula bahawa terdapat tiga perkara lain yang akan membinasakan manusia iaitu:

a) Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.


b) Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.


c) Kagum dengan diri sendiri iaitu ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadikan seseorang itu bersikap angkuh dan sombong

Tiga Perkara Mengiringi Ke Kuburan

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

"Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur.

Perkara tersebut ialah :

Kaum kerabat,

harta benda dan

amalannya.

Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya "

3 Sikap Orang Mukmin

 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang yang berusaha dengan cara yang baik, berbelanja dengan sederhana dan menabung apa yang lebih (setelah memberi nafkah) untuk saat-saat dia yang memerlukannya nanti." (Hadis Muttafaqun 'Alaih)

Berdasarkan hadis di atas terdapat 3 pengajaran  penting yang dinyatakan oleh Nabi SAW untuk kita amalkan iaitu :

1. Berusaha dengan cara yang baik.

2. Berbelanja dengan sederhana

3. Menabung apa yang lebih (setelah memberi nafkah)

Tiga Tanda-tanda Allah SWT Akan Memberi Kebaikan Kepada HambaNya.

Rasulullah SAW. Bersabda

“Apabila Allah menghendaki hamba-Nya menjadi baik, maka diberinya kefahaman terhadap agama, dibuatnya zuhud terhadap dunia, dan dibuatnya menyedari keaibannya sendiri (Hadis Riwayat Baihaqi dari Anas bin Malik).

Tiga perkara yang diberi oleh Allah apabila Dia bercadang untuk memberi kebaikan yang banyak kepada seseorang hamba-Nya ialah

1. Kefahaman agama,

2. Hidupnya zuhud dan

3. Dia nampak keaiban atau kesalahan dirinya.

Ahad, 6 Mei 2018

WASPADA TIGA PERKARA KETIKA MENDAPAT NIKMAT ALLAH SWT


SYARAH AL HIKAM ATHAILLAH

1.   Apabila anda bertambah dalam ketaatan kepada Allah SWT, jagalah ketaatan tersebut daripada perkara takbur dan riak, jika tiada lagi nilai ketaatan maka binasalah kamu.

2.   Jika nikmat dunia bertambah, takutilah kebinasaan yang terkandung dalam nikmat dunia tersebut seperti tidak membayar zakat dan penyalahgunaan nikmat Allah SWT ke jalan maksiat. Maka binasalah kamu.

3.   Jika mendapat pujian manusia, maka jangan lupa sifat sebagai hamba kepada Allah SWT. Bersyukurlah di atas nikmat pemberian yang mendapat pujian manusia, takutilah kepada Allah SWT yang akan membuka rahsiamu di hadapan manusia jika kamu tidak bersyukur dan termakan pujian tersebut sehingga Allah SWT membinasakan kamu.

TIGA PERKARA YANG KAMU KASIHI ADALAH BUKAN UNTUK ANDA


1.   Kamu mengasihi diri kamu, sebenar adalah untuk hawa nafsu.

2.   Kamu mengasihi roh, sebenarnya kamu mengasihi Allah SWT.
3.   Kamu mengasihi harta, sebenarnya kamu mengasihi semua pewaris harta yang kamu tinggalkan.


TIGA SIKAP YANG MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KAMU


1-Tamak dalam sesuatu perkara.

2-Takbur.

3-Pemarah

JANGAN LENYAPKAN TIGA PERKARA PENTING DALAM KEHIDUPAN ANDA


1-Tomakninah atau melakukan sesuatu perkara dengan tenang.

2-Mempunyai cita-cita.

3-Bersikap benar.

TIGA FAEDAH HARTA KEPADA MANUSIA


Sabda Rasul Junjungan:

Seorang hamba berkata, sesungguhnya hartanya memberi faedah kepada tiga perkara:

1.   Apa yang dimakannya akan habis atau apa yang dipakai akan buruk serta akan binasa.

2.    Atau apa yang dia beri atau derma maka dia akan menerima pahalanya.

3.    Dan harta yang baki selainnya akan berpindah kepada orang lain.