Catatan Popular

Memaparkan catatan dengan label Iblis Laknatullah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iblis Laknatullah. Papar semua catatan

Ahad, 11 November 2012

KENALI IBLIS DAN SYAITAN (5) : TUJUH ROMBONGAN IBLIS KETIKA SAKARATUL MAUT.

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:

Yang bermaksud:


“Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1

Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 2


Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 3

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya


Rombongan 5

Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.”

Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.

Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Rombongan 7

Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.


Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud:
“Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah..

Khamis, 8 November 2012

KENALI IBLIS DAN SYAITAN (4) : IBLIS BERASAL DARI GOLONGAN MALAIKAT ATAU JIN

Berkenaan syaitan samada ia berasal dari golongan malaikat atau jin, terdapat berbagai pendapat.
Sumber perbezaan pendapat ini, berhubung peristiwa penciptaan Nabi Adam As dimana para malaikat sujud kepada Adam As atas perintah Tuhan namun syaitan tidak melakukan hal yang sama.
Sebahagian berkata bahawa syaitan (Iblis) berasal dari golongan malaikat. Hujah mereka: oleh kerana dalam ayat al-Qur’an, Iblis telah dikecualikan dari golongan malaikat (seluruh malaikat sujud kecuali Iblis), maka itu Iblis tentu berasal dari golongan malaikat.
Terkecualikannya Iblis dari para malaikat tidak menunjukkan Iblis spesis dengan para malaikat. Bahkan sejauh-jauh makna yang boleh difahami di sini bahawa Iblis (melalui ibadahnya ribuan tahun) berada bersama para malaikat dan sebaris dengan mereka. Namun kemudian dikeranakan sifat takaburnya, keingkarannya dan penentangannya di hadapan Allah Swt, maka ia dilempar keluar dari syurga.
 
Terdapat beberapa noktah yang dapat mengukuhkan masalah ini:

1.   Allah Swt berfirman dalam surah al-Kahf, Syaitan (Iblis) berasal dari spesis jin.”
2.   Allah Swt menafikan segala bentuk kemungkinan terjadinya perbuatan maksiat dari para malaikat. Dengan demikian malaikat adalah makhluk yang suci -maksum- dan sekali-kali tidak akan terjerumus ke dalam perbuatan dosa, penentangan, kemegahan, kesombongan dan …..
3.   Dalam sebahagian ayat al-Qur’an, terdapat pembahasan berkenaan ayah-ayah dan datuk-datuk syaitan. 
      
      Dan perkara ini menunjukkan bahawa terdapat proses kelahiran dan keturunan di kalangan syaitan dan secara umum ia berlaku di kalangan jin-jin, sementara malaikat merupakan kewujudan ruhani dan tidak mungkin terjadi masalah-masalah ini di kalangan mereka, sehinggakan mereka juga tidak makan dan tidak minum.
4.   Dalam sebahagian ayat al-Qur’an, Allah SWT berfirman bahawa malaikat ditempatkan sebagai para utusan -rasul-. Rasul ertinya utusan Allah dan barang siapa yang digelar sebagai utusan atau rasul, akan menepis kemungkinan terjadi sebarang kekufuran, kesalahan dan maksiat. Lalu bagaimana mungkin syaitan yang terjerumus ke dalam maksiat besar ini termasuk dari golongan malaikat?

Di samping itu, kesepakatan para ulama dan hadis-hadis mutawatir yang diriwayatkan dari para Imam Ahlulbait As menegaskan bahawa syaitan tidak berasal dari golongan malaikat. Dan sebagaimana yang kita ketahui bersama bahawa riwayat mutawatir merupakan salah satu wasilah yang paling penting dalam menyingkap kebenaran hadis.
Fokus dan sebab utama pertanyaan soalan ini adalah –bermula dari- peristiwa penciptaan Nabi Adam As. Tatkala Allah Swt hendak mencipta manusia, malaikat dalam etika dan santun yang tinggi bertanya kepada Tuhan: “Apakah kami tidak mencukupi untuk bertasbih dan mensucikan-Mu? Secara dasarnya apakah tujuan penciptaan manusia? Ketika Allah Ta'ala menjelaskan rahasia penciptaan manusia kepada malaikat dan memberikan khabar gembira kepada mereka bahawa manusia adalah khalifah Tuhan di muka bumi. -Mendengar hal ini-, para malaikat dengan tawaduknya menerima seruan Tuhan (untuk bersujud kepada Nabi Adam As) dan dengan rendah hati, tulus, dan penuh penghormatan, mereka sujud kepada Nabi Adam a.s..
Di antara para malaikat, atau sebaiknya kami katakan dalam barisan para malaikat ada Iblis. Ia juga dalam tempoh yang lama telah beribadah kepada Tuhan. Namun di dalam batinnya tersembunyi sesuatu yang tiada mengetahuinya kecuali Tuhan. Rahasia yang tersembunyi selama ini terungkap pada peristiwa penciptaan Adam As. Terbukti Iblis membelakangi (kufur) perintah Tuhan. Sebenarnya Iblis telah kafir semenjak dulu, namun dengan sifat takabbur dan penentangannya dari sujud kepada Nabi Adam As, tirai kekufuran ini tersingkap.
Ketika Allah Swt berfirman kepada seluruh malaikat dan Iblis (yang ada di kalangan mereka dan beribadah): Sujudlah kepada Adam a.s. Seluruh malaikat mematuhi perintah ini kecuali Iblis yang menentang perintah ini dan tidak sujud kepada Adam As. Alasan Iblis adalah bahawa aku diciptakan dari api sedangkan dia dari tanah liat. Bagaimana mungkin kewujudan yang lebih tinggi boleh sujud kepada makhluk yang lebih rendah?
Seakan-akan Iblis lalai dari hakikat Adam As yang sebenarnya! Seakan-akan ia tidak melihat bahawa ruh Ilahi telah dihembuskan ke dalam diri Adam As. Hakikat kemanusiaan manusia, nilai, dan harganya terletak pada mutiara malakuti yang berasal dari Allah Swt yang telah dianugerahkan kepada Adam As. Benar, menurut sangkaan Syaitan, api lebih halus dari tanah liat, walaupun dalam bandingan -qiasan- ini ia juga telah melakukan kesilapan– yang mana ia sekarang bukan menjadi fokus pembahasan kami–. Ia hanya melihat Adam hanya dari unsur material, duniawi (nasut) dan jasad manusia sahaja, namun lalai dari sudut kedudukan menjulang kemanusiaan yang terpendam pada diri Adam As! Dan dari dua perbuatan Iblis ini, ia mendapat dua reaksi, iaitu terusir dari syurga dan dari sisi Tuhan. Reaksi pertama perbuatan Iblis adalah sifat bangganya terhadap aksi penciptaan manusia (dari tanah liat) dan reaksi kedua perbuatannya adalah kesombongannya dan puncak penentangannya terhadap perintah Allah Swt.

Kini persoalan yang yang timbul apakah Syaitan (Iblis) termasuk dari golongan para malaikat atau tidak? 

Mari sama-sama kita kaji.
A.     Syaitan;
B.     Iblis;
C.     Malaikat;
D.     Jin.

a     Syaitan: Perkataan syaitan bersumber dari dari kata sya-tha-na شَطَنَ- -. Syâtin bermakna kewujudan yang rendah dan tercela, ingkar, keras kepala dan menentang. Ia lebih umum dari manusia, jin, atau haiwan dan bahkan juga bermakna ruh jahat dan jauh dari kebenaran. Pada hakikatnya, terdapat titik persamaan dari makna-makna ini.
Oleh kerana itu, Syaitan adalah merupakan nama Am (nama spesies) yang dilebelkan kepada kewujudan yang menyesatkan dan yang menyelewengkan (baik manusia atau bukan manusia).
Dalam al-Qur’an dan juga dari lisan para Imam Ahlulbait As bahawa Syaitan tidak hanya disandarkan kepada satu kewujudan yang tertentu, bahkan kepada manusia-manusia jahat atau akhlak yang tercela seperti hasad, juga disebut sebagai syaitan

    Iblis: adalah nama khusus (‘alam) yang hanya memiliki satu individu luar (mishdaq) sahaja. Ia adalah makhluk pertama yang melakukan maksiat di alam semesta dan mendakwa dirinya bebas -independent- di hadapan Allah Swt. Bersikap sombong dan bongkak. Ia menentang perintah Tuhannya dan pada akhirnya diusir dari syurga. Nama rendah lainnya Iblis adalah “Azâzil dan Iblis berasal dari kata “Ablas” yang sebenarnya ia merupakan gelaran baginya. Iblis ertinya berputus asa dan boleh jadi penyebutan ini kerana Iblis telah berputus asa dari rahmat Tuhan sehingga ia disebut sebagai Iblis.

    Malaikat: Baik kiranya jika dijelaskan sebahagian dari sifat malaikat supaya dengan itu kami dapat membuat kesimpulan bahawa malaikat tidak memiliki kecenderungan ke arah maksiat. Oleh kerana itu, Syaitan tidak boleh berasal dari jenis para malaikat
Malaikat-malaikat adalah satu kewujudan yang disebutkan Tuhan dengan sebaik-baik sifat dalam al-Qur’an. Allah Swt berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.” (Qs. Al-Anbiya [21]:26-27) .
Dalam diri malaikat, tidak ada kecendrungan untuk menentang kebenaran dan di setiap keadaan, mereka sentiasa beribadah dan taat kepada Allah Swt. Para malaikat merupakan kewujudan yang maksum (terjaga dari perbuatan dosa). Diri dan zat suci mereka sekali-kali tidak pernah ternoda oleh dosa. Dan yang lebih penting dari semua itu, ketaatan dan kepatuhannya di hadapan Tuhan mereka. Sikap menzahirkan kelemahan mereka di hadapan segala sesuatu yang tidak ketahui dan tidak berbangga dan sombong atas apa yang mereka ketahui. Kerana mereka yakin bahawa segala apa yang mereka miliki adalah bersumber dari Allah Swt. Dan sekiranya sedetik saja iradah-Nya berkaitan ke atas sesuatu yang tidak diketahui, maka apa yang  mereka -malaikat- ketahui juga akan bertukar menjadi ketidaktahuan.
Benar, sepenting-penting perbezaan antara para malaikat dan syaitan adalah pada peristiwa penciptaan dan sujud kepada Adam a.s. Kerana malaikat dengan jiwa dan hatinya mendapati bahawa diri mereka tidak mengetahui tentang ilmu nama-nama Ilahi. Ertinya mereka memahami bahawa banyak hal yang tidak mereka tidak fahami. Namun syaitan dengan sifat pengingkaran dan sombong menyangka bahawa ia mengetahui segala-galanya, sedangkan ia sama-sekali tidak memahami bahawa sujud pada Adam pada hakikatnya kerana ilmu-ilmu yang telah dianugerahkan Tuhan kepadanya. Dan fikiran gelapnya sama-sekali tidak mampu untuk mengetahui ilmu-ilmu tersebut! Iaitu sifat takabur dan sombongnya menjadi penghalang baginya untuk memahami dan pada akhirnya, ia menjadi penghalang untuk ia sujud kepada Adam a.s.! Kerana penolakkannya untuk sujud adalah penolakan berdasarkan pada sikap takaburnya dan bukan kerana ia tidak mampu untuk sujud!
Dengan penjelasan ini, menjadi terang bahawa malaikat adalah maksum yang tulin dan terpelihara dari segala bentuk kesalahan. Tatkala tiada jalan untuk berbuat dosa, maka seluruh perbuatannya adalah ketaatan yang murni kepada Tuhan. Apabila ketaatan menjadi wajib dan harus kepada sesuatu kewujudan, maka kekufuran, kesombongan, dan kemaksiatan menjadi terhalang baginya. (Dalil ini merupakan dalil rasional pertama berkait perbezaan antara syaitan dan malaikat, dan sebagai kesimpulannya bahawa syaitan bukan dari golongan malaikat)
Sebelum mengutarakan dalil-dalil rasional (aqli) dan naqli (dalil-dalil ayat al-Qu'ran dan hadis), perlu kiranya di sini kami jelaskan secara ringkas tentang masalah jin.

    Jin: Jin pada asalnya adalah suatu kewujudan yang tersembunyi dari panca indra manusia. Al-Qur’an membenarkan kewujudan seperti ini dan menjelaskan beberapa perkara tentang jin serta memandang jenisnya berasal dari api; sebagaimana spesis manusia diciptakan dari tanah. Namun tentu saja penciptaan makhluk-makhluk ini terjadi sebelum manusia.
Sebahagian ilmuan menyebut jin merupakan sejenis ruh yang berakal yang tidak memiliki unsur material. Namun jelas bahawa jin bukanlah makhluk nonmaterial secara mutlak. Kerana sesuatu yang diciptakan dari api adalah material dan memiki satu kondisi setengah abstrak -nonmaterial-. Atau dengan ungkapan lain disebut sebagai jenis tubuh yang halus (jism latif).
Berdasarkan banyak ayat-ayat al-Qur’an menunjukkan bahawa jin juga seperti jenis manusia, iaitu memiliki kehendak dan perasaan dan dapat melaksanakan perkerjaan-pekerjaan berat.Ada yang mukmin dan ada yang kafir. Sebahagian mereka saleh, dan sebahagian yang lain melakukan kerosakkan. Sebagaimana manusia, mereka juga memiliki kehidupan, kematian dan kiamat…. Jenis kelaminnya ada pria dan ada wanita. Mereka juga berkahwin dan berketurunan.
Namun perbahasan utama adalah apakah iblis termasuk dari golongan malaikat atau tidak? Terdapat berbagai pendapat dikalangan ulama, dan sumber perbezaannya boleh jadi bersandar pada sebahagian ayat suci al-Qur’an.
Sebahagian berkata: syaitan (Iblis) berasal dari golongan malaikat. Dalil utama mereka adalah bersandar pada ayat yang menegaskan, ”Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Bersujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka bersujudlah mereka kecuali Iblis.” (Qs. Al-Baqarah [2]:34)
Kerana pada ayat ini, iblis menjadi terkecuali (mutstastna) dan yang dikecualikan darinya (mutstastna minhu) adalah para malaikat. Dan kesimpulannya iblis sebahagian dari malaikat.
Tetapi penafsiran yang benar (dari ayat di atas) adalah bahawa iblis bukan dari golongan malaikat. Riwayat mutawatir yang datang dari Imam-imam Ahlulbait a.s. dan bersepakat tentang hal ini. Semuanya menegaskan bahawa iblis adalah dari golongan jin bukan dari malaikat! Dan untuk menetapkan masalah ini terdapat beberapa argumentasi di mana kita akan menyentuh sebahagian darinya:
1.   Allah Swt berfirman, “Iblis berasal dari golongan jin.” (Qs. Al-Kahf [18]:50)
2.   Allah Swt berfirman, -Malaikat- tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Qs. Al-Tahrim [66]:6). Ayat ini menafikan secara umum kemaksiatan dari para malaikat. Dan hal ini menegaskan bahawa pertama, iblis bukan dari golongan malaikat. Kedua: malaikat sekali-kali tidak akan pernah berbuat maksiat.
3.   Allah Swt berfirman, “Patutkah kamu mengambil dia (syaitan)  dan keturunannya sebagai pemimpin selain dari-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.” (Qs. Al-Kahf [18]:50). Ayat ini menegaskan bahawa di antara golongan jin terdapat generasi atau dengan kata lain mereka melahirkan dan mempunyai keturunan. Sementara penciptaan para malaikat dari cahaya dan masalah-masalah begini tidak ada pada mereka.
4.   Allah Swt berfirman, Segala puji bagi Allah pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai para utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan).” (Qs. Fatir [35]:1). Dan firman-Nya: “Allah memilih utusan-utusan-(Nya) dari malaikat dan dari manusia.” (Qs. Al-Hajj [22]:75). 

Kita mengetahui bahawa kekufuran dan kemaksiatan tidak harus terjadi pada Rasul dan utusan Tuhan.
Dalam menjawab argumentasi bagi orang-orang yang menggunakan hujah terkecualikannya Iblis dari para malaikat, harus dikatakan bahawa terkecualikannya iblis dari para malaikat sama-sekali tidak menunjukkan sama spesis antara iblis dan malaikat. Setinggi-tinggi perkara yang dapat difahami dari perkara ini adalah bahawa iblis bersama dalam barisan para malaikat dan ia seperti para malaikat yang diperintahkan supaya sujud. Sehingga sebahagian yang lain berkata: pengecualian dalam ayat ini termasuk pengecualian yang terputus –istisna' munfasil- (yang terkecuali bukan dari spesis yang dikecualikan darinya); iaitu suatu bentuk pengecualian dari yang bukan sejenisnya
Dalam menceritakan tentang sifat Iblis dikatakan bahawa ia telah beribadah kepada Tuhan selama enam ribu tahun. Oleh itu, menempatkan kewujudan seperti ini (yang telah beribadah dalam tempoh yang lama kepada Allah Ta'ala) dalam satu barisan dengan para malaikat bukanlah perkara yang asing.
Pernah ditanya kepada Imam Shadiq As bahawa apakah iblis dari golongan malaikat atau termasuk salah satu kewujudan samawi –di langit-? Beliau bersabda, “Ia bukan dari golongan malaikat juga bukan salah satu kewujudan samawi, bahkan ia adalah jin. Namun ia pernah bersama para malaikat. 

Malaikat juga beranggapan bahawa Iblis sejenis dengan mereka. Namun Allah Swt mengetahui bahawa ia tidak demikian. Peristiwa ini terus berlanjut hingga peristiwa perintah sujud kepada Nabi Adam As, dan dengan adanya peristiwa ini, rahasia terpendam Iblis menjadi terungkap.

Isnin, 5 November 2012

KENALI IBLIS DAN SYAITAN (3) : BEZA SYAITAN DAN IBLIS

Mendengar kata Syaitan maka seketika pikiran kita biasanya akan langsung membayangkan sesosok makhluk yang seram hitam bertanduk dikepalanya kedua matanya merah gigi tajam tak ubahnya drakula dan memiliki ekor dengan ujungnya seperti anak panah.
Akan tetapi apakah memang demikian keadaan syaitan sebenarnya ?
Jika kita membuka lembaran-lembaran kitab suci dan juga hadis-hadis yg meriwayatkan perihal setan itu sendiri ternyata kita TIDAK akan menemukan penggambaran sosok setan seperti yang kita bayangkan itu. Tidak ada keterangan apapun dari Allah didalam al-Qur’an maupun juga dari Rasul didalam Hadisnya mengenai perwujudan asli dari makhluk yang bernama syaitan ini.
Satu hal lain yang sangat lumrah terjadi dimasyarakat bila kita menyebut setan maka biasanya kitapun akan sering mengindentikkannya dengan Iblis yaitu suatu makhluk yang diceritakan oleh al-Qu’ran sebagai pembangkang perintah Tuhan saat disuruh bersujud kepada manusia yang oleh Tuhan berfungsi sebagai Khalifah dibumi .
Menurut Encyclopedia Britannica kata syaitan sebenarnya berasal dari bahasa Ibrani yang berarti “musuh” dan biasanya ditujukan kepada jenis Jin yang ingkar dan melakukan bisikan jahat terhadap manusia sebagai tindakan godaan dan kesuksesan mereka adl bergantung dari kecerdikannya.
Pernyataan tersebut tidak bertentangan dgn pernyataan al-Qur’an maupun hadis Nabi berikut :
Kami jadikan para Nabi itu musuh-musuh syaitan yaitu dari jenis manusia dan Jin - Qs. 6 al-an’am : 112
Sungguh aku melihat syaitan-syaitan Jin dan manusia lari dari Umar - Hadis Riwayat Tirmidzi
Dari ayat dan hadis tersebut digambarkan oleh al-Qur’an bahwa setan itu terbagi atas dua jenis yaitu syaitan dalam wujud manusia dan setan dalam wujud Jin. Dan dari sini juga ada indikasi bahwa yang namanya syaitan itu tidak selamanya identik dgn Iblis. Maka sujudlah mereka kecuali Iblis adalah dia dari golongan jin - Qs. 18 al-Kahfi : 50
Jadi Iblis itu sendiri dinyatakan Allah berasal dari golongan Jin tidak ada Iblis dari golongan manusia sehingga mengidentikkan antara Iblis dan Syaitan tidaklah selamanya benar. Lalu setan dari jenis manusia itu apa dan bagaimana ?
Sabda Nabi :
Apabila tiba bulan Ramadhan dibukalah pintu langit dikunci pintu neraka dan syaitan dibelenggu Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah
Pernyataan Nabi bahwa pintu langit dibuka pada bulan Ramadhan tentunya dimaksudkan sebagai terbukanya pintu rahmat dan pintu ampunan Allah bagi para hamba-Nya yg berpuasa sementara terkuncinya pintu neraka adalah tertutupnya pintu azab Allah selagi kita menggunakan kesempatan dibulan suci itu utk melakukan introspeksi diri serta memperbanyak amal ibadah.
Dan pernyataan syaitan di belenggu pada bulan Ramadhan juga tidak mungkin kita artikan secara kontekstual yg sebenarnya sebab memang pada kenyataannya di bulan Ramadhan masih banyak kejahatan merajalela penyembahan berhala minum-minuman keras main perempuan dan aneka tindak kriminal lainnya.
Jadi yang dimaksud oleh Nabi itu tidak lain adalah pada bulan Ramadhan itu sewajarnya hawa nafsu kejahatan yang senantiasa ada pada diri manusia itu lebih terkekang kerana simanusianya seharusnya sibuk melakukan pendekatan diri kepada Tuhan banyak melakukan dzikir serta menahan makan dan minum yang merupakan sumber dari timbulnya nafsu negatif.
Kesimpulan ini sesuai juga dgn sabda Nabi yg lain :
Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada manusia melalui tempat jalannya darah Maka persempitlah tempat jalannya dgn lapar (Hadis Riwayat Ahmad Bukhari Muslim Abu Daud dan Ibnu Majah)
Tidaklah mungkin pada tubuh kita ini ada setan yg berdiam sebab jika itu benar maka kita semua ini bisa dikatakan kesurupan tiap hari krn itulah maka yg disebut sebagai setan itu adl dorongan negatif yg selalu berusaha mendominasi semua perbuatan dan pikiran kita tiap waktu .
Bukankah Nabi juga pernah bersabda tatkala beliau kembali dari medan perang :
Kita baru saja kembali dari peperangan kecil menuju keperang yg besar Yaitu perang melawan hawa nafsu - Hadis Riwayat al-Khatib dari Jabir
Pada Hadis yang sudah kita kutip sebelumnya Nabi menyatakan bahwa lapar merupakan salah satu cara mengekang diri dari tindakan negatif yang justru merugikan diri kita sendiri.
Sabda Nabi yg lain :
Jika kalian mendengar suara keledai maka belindunglah kepada Allah dari syaitan. Karena sesungguhnya dia melihat syaitan – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Sekali lagi jika memang didalam diri manusia ini ada setan dalam pengertian makhluk halus maka apakah tiap keledai melihat manusia juga pasti akan bersuara sebab pada saat yg sama seharusnya dia juga melihat syaitan didalam diri manusia ? Sementara jika kita mengartikan syaitan sebagai energi negatif atau dorongan nafsu utk berbuat kejahatan maka hal ini sesuai dgn pernyataan al-Qur’an : Lalu ALLAH mengilhamkan kepada jiwa itu fasiq dan taqwa - Qs. 91 asy-syams : 8
Semuanya berpulang kepada kita mana yg akan kita ikuti apakah semangat berbuat kebaikan ataukah semangat utk berlaku jahat ?
Ketahuilah bahwa didalam jasad ada gumpalan bila gumpalan itu baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila rusak maka rusaklah seluruh jasad ketahuilah bahwa itulah hati - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Semakin kita condong pada perbuatan negatif maka Iblis yg sejak awal mengumumkan permusuhannya dgn manusia akan mengerahkan semua bala tentaranya dari kalangan Jin yg juga memiliki sifat jahat utk menambah semangat kita berbuat hal yang batil dgn jalan membisik-bisikkan rayuan fatamorgana di dalam hati.
Setan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain tipuan belaka - Qs. 3 an-nisa’ : 120
.. Kejahatan syaitan yg biasa bersembunyi yang berbisik kedalam dada manusia dari Jin dan manusia - Qs.114 an-nas : 4 – 6
Kita semua sudah mengetahui bahwa antara ALLAH dan Iblis telah terjadi satu perjanjian dimana Iblis diberi kebebasan oleh Tuhan utk mengadakan cobaan serta ujian atas keimanan manusia terhadap-Nya.
Dan ajaklah siapa yg kamu sanggupi diantara mereka dgn ajakanmu kerahkanlah kepada mereka pasukanmu yg berkendaraan dan pasukanmu yang berjalan kaki lalu bersekutulah bersama mereka dalam urusan harta dan anak-anak dan berilah mereka janji - Qs. 17 al-Isra : 64
Disamping itu mungkin kita juga perlu melakukan kajian secara komprehensif terhadap beberapa hadis Nabi yang menghubungkan penyakit dgn setan dan menghubungkan pula antara suatu perbuatan dgn setan misalnya :
Hendaklah seseorang diantara kamu makan minum dan mengambil dgn tangan kanannya krn setan itu makan minum dan memberi dgn tangan kirinya - Hadis Riwayat Ibnu Majah
Apabila salah seorang dari kalian menguap hendaklah diletakkan tangannya dimulutnya dan tidak memanjangkan suaranya kerana sungguh syaitan mentertawakannya - Hadis Riwayat Ibnu Majah
Tutuplah bejana tutuplah tempat-tempat air tutuplah pintu dan padamkanlah lampu Sebab syaitan tidak singgah ditempat air yg tertutup tidak membuka pintu tertutup Serta tidak membuka bejana yg tertutup – Hadis Riwayat Bukhari
Janganlah kalian kencing dilobang - Hadis Riwayat Abu Daud Nasa’i dan Ahmad
Jangan kalian melepas ternak-ternak kalian dan anak-anak kalian saat matahari terbenam hingga kegelapan malam sebab sungguh setan bergentayangan saat matahari terbenam hingga hilang gelapnya malam - Hadis Riwayat Muslim
Beberapa hadis diatas meskipun teksnya dihubungkan dgn syaitan namun bisa kita tinjau dari sisi tata krama kesihatan maupun keselamatan.
Orang yang makan minum atau melakukan aktivitas dgn tangan kirinya berkesan orang yang tidak sopan dan kotor sebab secara umum tangan kiri kita gunakan utk –maaf- mencebok sisa kotoran dipantat. Lalu secara psikologis apakah kita mau makan makanan yang bersih dan sehat dgn tangan yang biasa memegang kotoran ?
Lalu bayangkan kita menguap lebar-lebar sambil bersuara “hhaaaahhh..” ditengah orang banyak atau didekat orang yang anda sayangi ataupun malah didalam suatu rapat apa kesan orang-orang tersebut kepada kita ? Selain itu jika saat kita menguap lebar itupun akan memungkinkan virus-virus tertentu yg ada diudara masuk melalui mulut.
Perintah Nabi untuk menutup tempat-tempat air yg terbuka mematikan lampu dan menutup pintu tidak lain agar makanan dan minuman kita bersih dari penyakit yang berbahaya seperti jentik nyamuk demam berdarah atau jilatan binatang sejenis kucing tikus dan sebagainya.
Mematikan lampu sebelum tidur adalah langkah efisiensi atau penghematan sekaligus mencegah terjadinya arus pendek yang boleh mengakibatkan kebakaran apalagi pada masa lalu orang menggunakan lampu teplok dan lilin utk penerangan sehingga tidak menutup kemunginan lampu  itu jatuh kelantai dan mengenai kain sehingga terjadi kebakaran.
Dan larangan kencing di lobang menurut saya agar tidak timbul penyakit maupun aroma tak sedap dari lobang bekas kencing ini tentu saja pengecualian bagi lobang tandas yangg boleh disiram sehingga tidak menimbulkan bau dan penyakit sebagaimana pernah diungkapkan oleh Rasyid Ridha dalam Tafsir al-Manarnya bahwa makhluk-makhluk hidup yang halus yang dikenal orang sekarang dengan perantaraan mikroskop dan diberi nama mikroba ada kemungkinan juga termasuk jenis Jin jahat yang menjadi penyebab dari berbagai macam penyakit
Menutup pintu tidak lain agar rumah kita tidak dimasuki syaitan manusia berupa pencuri atau sejenisnya yang dapat merugikan kita sendiri. Sementara larangan Nabi agar tidak melepaskan ternak dan anak-anak di waktu matahari tenggelam hingga pagi hari tidak lain utk menghindarkan kita dari ragam penculik anak dan pencuri binatang.
Kesimpulan akhir adalah syaitan itu merupakan segala sesuatu yang bersifat jahat yang dapat menjerumuskan seseorang dalam suatu bahaya baik bahaya di dunia maupun bahaya diakhirat. Setan bisa berupa hawa nafsu negatif yang merangsang seseorang untuk berlaku jahat dan menyimpang dari kebenaran. Syaitan juga bisa menimbulkan penyakit tertentu dan syaitan juga boleh berwujud Jin yang jahat.
Jadi jika ada manusia yang selalu melakukan kejahatan kebiadaban atau kenistaan maka dia adalah syaitan berwujud manusia demikian pula bila ada Jin yang berlaku sama seperti itu maka dia adalah syaitan berwujud Jin.
Sebagai tambahan penutup dalam al-Qur’an Allah tidak pernah menyinggung asal penciptaan syaitan namun Allah telah menyinggung asal penciptaan Jin dan Manusia didalam banyak ayatnya sementara asal penciptaan Malaikat disinggung oleh Nabi dalam sebuah Hadisnya :
Sesungguhnya orang-orang yg bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan mereka ingat ALLAH maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. - Qs. 7 al-a’raf : 201
Jika syaitan mengganggumu maka mohonlah perlindungan kepada ALLAH sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui - Qs. 41 fushilat : 36

Ahad, 4 November 2012

KENALI IBLIS DAN SYAITAN (2): DEMO PUNYA AKHLAK...HUUU

Setiap orang bercita-cita untuk mendapatkan yang terbaik dan yang paling membahagiakan, mendapatkan keselamatan dunia dan akhirat. Akan tetapi sedikit dari mereka yang mengetahui jalannya. Seorang pencuri, pezina, dan pemabuk bisa mengatakan dirinya yang paling bahagia dan tenteram, serta mengklaim orang lain yang menjaga dirinya dari bermaksiat kepada Allah l sebagai seorang yang sok suci dan bersih, mengklaimnya sebagai seorang yang kolot dan kuno. Demikianlah hawa nafsu apabila telah mencapai apa yang diinginkan. Rintangan demi rintangan bukan sebagai badai yang mengempas bahtera nafsunya. Zikir dan peringatan serta nasihat bukan lagi sebagai pengetuk gendang telinga dan mata hatinya.

Prinsipnya adalah “semua rintangan akan dihadapi serta semua nasihat akan ditepis dan dibantah, setelah itu menjadi kepingan-kepingan besi yang telah berkarat dan tidak berarti.” Demikianlah hawa nafsu yang telah naik meninggi ke angkasa. Sulit melihat diri dan keselamatannya. Dia juga akan berprinsip “tidak peduli”: biarlah anjing menggonggong kafilah tetap berlalu. Dia pun akan berkata, “No problem” walaupun Allah l menurunkan utusan-utusan-Nya dari langit. Demikianlah hawa nafsu yang sudah bergulung dalam kenistaan hidup, yang karenanya lawan akan bisa menjadi teman dan kawan akan bisa menjadi lawan, yang ma’ruf akan bisa menjadi mungkar dan mungkar karenanya akan bisa menjadi ma’ruf. Inilah yang dikhawatirkan Rasulullah n di dalam sabda beliau:


إِنَّ مِمَّا أَخْشَى عَلَيْكُمْ بَعْدِيْ بُطُوْنَكُمْ وَفُرُوْجَكُمْ وَمُضِلاَّتِ اْلأَهْوَاءِ

“Sesungguhnya dari perkara-perkara yang aku khawatirkan menimpa kalian setelahku adalah permasalahan perut-perut kalian (kerakusan), kemaluan-kemaluan kalian (syahwat), dan hawa nafsu-hawa nafsu yang menyesatkan.”

 (HR. al-Imam Ahmad, ath-Thabarani, Ibnu Abi ‘Ashim di dalam as-Sunnah, dan disahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani)

Kerakusanlah yang menjadi mesin pendorong nafsunya untuk mencapai keinginannya dan menabrak segala penghadang di jalannya. Meski yang menghadangnya adalah kobaran api yang menjadi wujud lampu merah dari Allah  dan Rasul-Nya Muhammad n. Rasulullah n menjelaskan:


“Seandainya anak Adam memiliki satu lembah emas, dia akan berkeinginan untuk mendapatkan dua lembah, dan tidak ada yang akan menutup mulutnya melainkan tanah dan Allah l akan menerima taubat orang-orang yang bertaubat.”
(HR. al-Bukhari no. 5958, Muslim no. 1049, serta al-Imam Ahmad, 1/370 dan 3/122, dari sahabat Abdullah bin ‘Abbas dan Anas bin Malik

Bagaimanakah Akhlak Iblis?

Mengejar syahwat dan menolak kebenaran adalah akhlak iblis. Menipu dan menebarkan syubhat adalah akhlak iblis. Candu bermaksiat, menghalangi orang dari jalan Allah l, meremehkan orang lain, rakus, tamak, sombong, angkuh, dan sebagainya, itulah akhlak iblis.
Seluruh perkara yang merupakan perbuatan maksiat kepada Allah l baik dengan ucapan maupun perbuatan, itulah akhlak iblis.


Peringatan Allah  dari Akhlak Iblis

Allah  berfirman di dalam Al-Qur’an:


“Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah setan yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah. Sesungguhnya setan itu adalah musuh bagi kalian, maka jadikanlah dia musuh karena sesungguhnya setan-setan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Fathir: 5—6)


“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dan apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah setan karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian. Sesungguhnya setan itu hanya menyuruh kalian berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kalian ketahui.” (al-Baqarah: 168—169)


“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kalian turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian.” (al-Baqarah: 208)


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengikuti langkah-langkah setan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah setan, maka sesungguhnya setan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar.” (an-Nur: 21)


Ibnu Katsir t dalam Tafsir-nya (1/209), mengatakan, “‘Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian’, (di sini) ada peringatan untuk menjauh darinya (setan).”


Al-Imam Qatadah dan as-Suddi  rahimahumallah mengatakan, “‘Janganlah kalian mengikuti langkah-langkah setan’, artinya segala bentuk kemaksiatan kepada Allah l, maka itulah langkah-langkah setan.” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/209)

Ibnul Jauzi t mengatakan, “Ketahuilah bahwa tatkala Adam q diciptakan, diberikan kepadanya hawa nafsu dan syahwat untuk mendapatkan apa yang bermanfaat baginya, serta diberikan sifat
marah untuk menolak apa yang akan mengganggunya, dan diberikan akal seolah-olah bagaikan pendidik yang dia menyeru untuk melakukan keadilan dalam segala perkara yang harus diraih dan ditinggalkan. Dan Allah l menciptakan setan, membangkitkan untuk melampaui batas dalam meraih dan meninggalkannya. Maka kewajiban atas orang yang berakal adalah berhati-hati dari musuh ini, yang telah memproklamirkan permusuhannya semenjak Nabi Adam q, serta telah menghabiskan umur dan dirinya untuk melakukan kerusakan di tengah-tengah Bani Adam.” (al-Muntaqa an-Nafis, hlm. 51)

Beliau juga mengatakan,

“Maka kapan saja setan menggoda seseorang terhadap satu perkara maka hendaklah dia berhati-hati dengan sangat. Hendaklah dia berkata kepadanya (setan) ketika dia menyuruh untuk bermaksiat: ‘Sesungguhnya kamu hanya memerintahkan diriku untuk mencapai syahwat birahiku, lalu bagaimana tampak kebenaran suatu nasihat bagi seseorang yang tidak bisa menasihati dirinya sendiri? Pergilah kamu! Kamu tidak menemukan celah pada diriku’.”


Menyukai -Di atas Adalah Akhlak Iblis

Menyukai hal itu adalah suatu penyakit kronis yang harus segera ditangani dengan penuh saksama dan terus-menerus. Setan akan membisikkan kepadamu bahwa engkau adalah orang alim, ahli ibadah, orang zuhud, qana’ah, dan orang dermawan.
Coba lihat teman-temanmu, mereka tidak ada artinya di hadapanmu. Mereka jauh darimu dan mereka tidak akan menyamaimu walaupun seujung kuku kaki atau tanganmu.


Dengarkan bantahan iblis terhadap perintah Allah

“Apa yang menghalangimu untuk sujud kepada apa yang aku telah menciptakannya dengan kedua tangan-Ku, apakah kamu telah menyombongkan diri atau kamu termasuk orang-orang yang lebih tinggi?” Iblis menjawab, “Aku lebih baik darinya, aku Engkau ciptakan dari api, sedangkan Adam Engkau ciptakan dari tanah.” (Shad: 75—76)


Iblis juga berkata,

“Dia berkata, ‘Terangkanlah kepadaku, inikah orang yang engkau muliakan atas diriku?’.” (al-Isra: 62)


Ibnul Jauzi t mengatakan bahwa maknanya adalah, “Beritakanlah kepadaku apa alasannya Engkau memuliakan dia di atasku?”


Cinta untuk selalu di atas akan menghalangi seseorang dari ilmu dan akan menggagalkan perjuangan. Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin t mengatakan,

 “Seseorang yang takabur (sombong) tidak mungkin akan mendapatkan ilmu, karena ilmu itu memerangi kesombongan tersebut seperti mata air yang mengempaskan tempat yang tinggi. Karena tempat yang tinggi akan selalu digoyangkan oleh air ke kanan dan ke kiri sehingga air itu tidak diam. Begitu juga ilmu. Dia tidak akan tinggal bersama kesombongan dan sifat yang suka ketinggian, yang pada akhirnya ilmu tersebut dicabut darinya.”

Cinta untuk selalu menjadi orang yang berada di atas adalah satu wujud kemaksiatan kepada Allah l. Bila demikian keadaannya maka akan melahirkan kemaksiatan yang baru. Ibnu Abil ‘Izzi al-Hanafi t mengatakan,

Dosa akan menghasilkan dosa baru, karena balasan perbuatan jahat adalah kejelekan setelahnya.”

Apabila seseorang memiliki penyakit yang demikian maka akan melahirkan penyakit yang lain.

Di antaranya:

Pertama, apabila dia melihat orang lain lebih dari dirinya maka dia akan hasad kepada orang tersebut, sampai kelebihan/keutamaan itu hilang dari orang tersebut.


Kedua, apabila dia sampai kepada apa yang dicintainya (diinginkannya) maka dia akan meremehkan orang lain, bahkan meremehkan gurunya sendiri.


Ketiga, apabila dia beramal satu amalan yang tidak bisa dilakukan oleh orang lain maka akan bermunculan penyakit-penyakit kronis lainnya:
a.   
angkuh (ujub) terhadap dirinya, menganggap dirinyalah yang paling baik,
b.    muncul sifat riya’ (ingin pamer) dalam beramal supaya orang lain memujinya,
c.    muncul sifat sum’ah (ingin memperdengarkan amalannya) supaya orang lain memuji-mujinya.


Keempat, apabila datang cercaan kepadanya maka dia menganggap yang demikian itu adalah azab.


Demikianlah sebagian akhlak iblis yang akan menjauhkan seseorang dari Allah 


Berhati-hatilah dari akhlak tersebut dengan cara mempelajari perjalanan hidup Rasulullah n dan para sahabat beliau, yang telah berjuang di atas perjuangan kita ini dan mereka lebih dari segala-galanya. Kiaskan perjuangan dirimu dengan perjuangan mereka maka kamu akan menemukan dirimu jauh dari mereka. Oleh karena itu, untuk apakah kamu mengangkat dirimu?



Rabu, 31 Oktober 2012

KU KISAHKAN IBLIS LAKNATULLAH : 10 PINTU JALAN SYETAN

10 Pintu Terbesar yang Dimasuki Syetan

Pintu-pintu tersebut tidak bisa terjaga kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Setan tidak bisa terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara setan memasukinya. Cara setan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak. Pada saat ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

*Pintu pertama:

Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki setan yaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan masuknya setan. Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, setan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

*Pintu kedua:

Ini juga adalah pintu terbesar yaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merusak akal. Jika akal lemah, pada saat ini tentara setan akan melakukan serangan dan mereka akan menertawakan manusia. Jika kondisi kita seperti ini, minta perlindunganlah pada Allah.

 *Pintu ketiga:

Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat merugi karena umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

*Pintu keempat:

Iaitu kenyang karena telah menyantap banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan di akhirat.

*Pintu kelima:

Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya. Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mau memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mau melarangnya dari kemungkaran.

*Pinta keenam:

Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mau bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari setan.(Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami' Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

*Pintu ketujuh:

Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kikir), takut miskin dan tidak mau melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

 *Pintu kedelapan:

Iaitu mengajak orang awam supaya ta'ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mau beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

*Pintu kesembilan:

Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakekat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sulit digapai oleh akal mereka sehingga membuat mereka menjadi ragu dalam masalah paling urgen dalam agama ini yaitu masalah aqidah.

 *Pintu kesepuluh:

Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu'uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya. Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeda dengan orang munafik yang selalu mencari-cari 'aib orang lain.

Sabtu, 27 Oktober 2012

KENAL IBLIS DAN SYAITAN (1) : 21 CIRI-CIRI SYAITAN.....


Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan hadis sahih yang menerangkan ciri-ciri syaitan. Semua ini didedahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk kebaikan kita kerana dengan pengetahuan akan ciri-ciri syaitan, kita akan dapat mengetahui apa sifat mereka, sekadar mana kemampuan mereka dan bagaimana mereka bertindak

Sebelum kita mengkaji ciri-ciri tersebut, sekali lagi saya ingin menasihati para pembaca yang budiman sekalian agar:

1.      Tidak berpaling atau membantah ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah yang dikemukakan.
2.      Tidak menilainya dengan akal atau cuba menselarikannya kepada akal dengan alasan “ciri-ciri tersebut ialah kiasan (majaz) semata-mata.”
3.      Tidak bertanya, berfikir dan menokok tambah dari apa yang sedia dijelaskan oleh al-Qur’an dan hadis.

Ciri # 1: Syaitan memiliki kepala.

Ciri ini diterangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya:
Sesungguhnya Kami jadikan (pokok Zaqqum itu) satu ujian bagi orang-orang yang zalim.
Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang, buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan.
[al-Saffat 37:63-65]

  
Ciri # 2: Syaitan memiliki dua tanduk.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَحَرَّوْا بِصَلاَتِكُمْ طُلُوعَ الشَّمْسِ وَلاَ غُرُوبَهَا فَإِنَّهَا تَطْلُعُ بِقَرْنَيْ شَيْطَانٍ.

Janganlah kalian melaksanakan solat (sunat mutlak) pada waktu terbit matahari (selepas subuh) dan terbenam matahari (selepas asar) kerana pada waktu itu muncul dua tanduk syaitan.

  
Ciri # 3: Syaitan memiliki hati, mata dan telinga.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam
banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati
(tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah),
dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat).
[al-A’raaf 7:179]

Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, syaitan adalah dari jenis jin. Maka ciri-ciri yang dimiliki oleh jin dimiliki juga oleh syaitan. Dalam ayat 179 surah al-A’raaf di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa jin memiliki hati, mata dan telinga. Maka demikian jugalah bagi syaitan, ia juga memiliki hati, mata dan telinga.

Sebelum ini dalam bab “Asal Usul Permusuhan Syaitan Kepada Manusia”, kita mengetahui bahawa syaitan mendengar perintah Allah untuk sujud kepada manusia, menunjukkan bahawa syaitan memiliki telinga. Kemudian syaitan enggan sujud kerana takbur, dimana dua dari sikap takbur tersebut ialah ujub terhadap diri sendiri dan menghina kepada orang lain. Kedua-dua sikap ini merupakan peranan hati, menunjukkan bahawa syaitan memiliki hati.

Merujuk kepada penglihatan, syaitan dapat melihat manusia manakala manusia tidak dapat melihat syaitan. Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan perbezaan ini:

Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu
dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.
[al-A’raaf 7:27]
  

Ciri # 4: Syaitan memiliki suara.

Syaitan juga memiliki suara dan boleh bercakap-cakap, membantah, menyoal, membisik dan menghasut dengannya. Semua ini dapat kita ketahui melalui dialog iblis dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
“Sujudlah kamu kepada Adam”, maka sujudlah mereka melainkan iblis; ia berkata: “Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?”

Ia berkata lagi: “Khabarkanlah kepadaku,
inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku?
Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat,
tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya,
kecuali sedikit (di antaranya).”

Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka,
maka sesungguhnya neraka Jahannamlah
balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.

Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat
memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka;
dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda
dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu).”
Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
[al-A’raaf 17:61-64]

Syaitan menggunakan suaranya untuk mengganggu manusia dengan pelbagai cara. Antaranya, bercakap kepada manusia melalui perantaraan batu, pokok, mata air dan haiwan. Umpama seseorang yang masuk ke hutan, tiba-tiba sebuah batu bercakap-cakap kepadanya: “Wahai Azlina! Kamu seorang wanita yang shalihah. Amalan kamu selama ini telah mencukupi. Kini memadai untuk kamu berzikir sahaja, tanpa perlu solat, puasa zakat dan haji.” Percakapan tersebut sebenarnya berasal dari syaitan.

Oleh kerana suara-suara syaitan inilah sebahagian masyarakat menganggap wujudnya “penunggu” atau “penjaga” di kawasan hutan, air terjun, padang pasir dan sebagainya. Kemudian ada pula yang memberi petua, apabila memasuki hutan ucapkanlah selawat kepada nabi sekian-sekian kerana dia adalah penjaganya. Apabila menghampiri kawasan air terjun ucapkanlah selawat kepada wali sekian-sekian kerana dia adalah penjaganya. Semua ini hanyalah tipu daya syaitan untuk menyesatkan umat Islam.
  

Ciri # 5: Syaitan memiliki akal.

Berdasarkan bantahan syaitan kepada Allah, dapat kita mengetahui bahawa syaitan memiliki akal. Ini kerana ia telah menggunakan logik akal untuk membantah perintah Allah, seperti kata-katanya:

         “Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah?”
         “Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku?”

Akal adalah sesuatu yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala agar dengan akal tersebut makhluk dapat mentaati dan melaksanakan perintah larangan-Nya dengan cara yang tepat dan betul. Sebaliknya jika akal digunakan untuk mengukur logik atau tidak sesuatu perintah larangan Allah, maka ia adalah suatu penyimpangan yang mengkhianati kurniaan akal itu sendiri.

  
Ciri # 6: Syaitan ketawa.

Syaitan boleh ketawa. Ini dapat kita ketahui dari hadis berikut:

التَّثَاؤُبُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ

فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ الشَّيْطَان.ُ

Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap,
tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya
apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi “Haaa”
maka ketawalah syaitan

Jika tidak dapat menahan diri dari menguap, maka tutuplah mulut yang sedang menguap dengan tangan dan jangan mengeluarkan apa-apa bunyi. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar kita:

إِذَا تَثَاوَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ.

 

Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya

kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).[4]


Ada pun bersin, maka ia disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan perbezaan antara menguap dan bersin:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ فَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ

فَحَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ سَمِعَهُ أَنْ يُشَمِّتَهُ وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ

فَإِنَّمَا هُوَ مِنْ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ.

Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap.
Maka apabila (seseorang itu) bersin maka pujilah Allah
dan merupakan hak bagi setiap muslim yang mendengar
(saudaranya bersin) untuk mendoakannya.
Ada pun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan.
Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (yang menguap)
berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.

Oleh itu Bagi orang yang bersin, hendaklah dia memuji Allah dengan menyebut:

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Bagi yang mendengar orang bersin, dia berdoa:

يَرْحَمُكَ اللهُ.
“Semoga Allah merahmati kamu”.

Kemudian bagi yang bersin, dia menjawab kepada orang yang mendoakannya:

يَغْفِرُ اللهُ لَنَا وَلَكُمْ.
“Semoga Allah mengampuni bagi kami dan bagi kalian.”


Sekali pun bersin adalah sesuatu yang disukai, tidaklah bererti seseorang itu boleh bersin di hadapan muka orang lain, menghamburkan air liurnya atau bersin dengan suara yang kuat. Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menerangkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا عَطَسَ وَضَعَ يَدَهُ

أَوْ ثَوْبَهُ عَلَى فِيهِ وَخَفَضَ أَوْ غَضَّ بِهَا صَوْتَهُ.

Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersin,
baginda meletakkan tangannya atau bajunya
ke atas mukanya (mulut dan hidung) sambil merendahkan
(atau sambil menundukkan muka dan) suaranya.




Ciri # 7: Syaitan memiliki tangan dan jari.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ

فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ.

Apabila seseorang kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya
dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya.
Ini kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya
dan minum dengan tangan kirinya.

Oleh kerana itu kita umat Islam sangat-sangat ditekan untuk makan dan minum dengan tangan kanannya. Penekanan ini turut merangkumi apa jua perkakas yang digunakan seperti sudu, garpu, chopsticks dan lain-lain, hendaklah semuanya dipegang dengan tangan kanan.

Pernah dahulu seseorang yang duduk bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam makan dengan tangan kirinya. Rasulullah menegur: “Makanlah dengan tangan kanan kamu.” Orang itu menjawab: “Aku tidak mampu.” Rasulullah menjawab: “Kamu tidak mampu?” Padahal dia enggan tidak lain kerana kesombongan. Perawi hadis, Salama bin al-Akwa’ radhiallahu 'anh kemudian menerangkan bahawa setelah itu lelaki tersebut tidak dapat mengangkat tangan kanannya ke mulutnya. Tangan kanannya menjadi lumpuh sejak dia membantah teguran Rasulullah.

Syaitan juga memiliki jari berdasarkan keterangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

كُلُّ بَنِي آدَمَ يَطْعُنُ الشَّيْطَانُ فِي جَنْبَيْهِ بِإِصْبَعِهِ حِينَ يُولَدُ

غَيْرَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَهَبَ يَطْعُنُ فَطَعَنَ فِي الْحِجَابِ.

Setiap anak Adam (manusia) ketika lahir ditusuk di kedua tepi badannya
oleh syaitan dengan jarinya kecuali ‘Isa ibni Maryam,
syaitan hendak menusuknya tetapi hanya berjaya menusuk uri    
(ibunya).


 Ciri # 8: Syaitan makan dan minum.

Berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “…sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya”, kita juga dapat mengetahui syaitan makan dan minum.

Syaitan makan apa-apa yang dibiarkan oleh kita, sama ada yang masih tersisa di pinggan atau apa yang terjatuh darinya. Oleh kerana itulah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyuruh kita menghabiskan semua makanan dan mengutip apa yang terjatuh darinya. Tindakan ini bukan sahaja mengelak makanan tersebut daripada diambil oleh syaitan tetapi untuk kita memperoleh keberkatan yang sepenuhnya dari makanan tersebut. Anas bin Malik radhiallahu 'anh berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَكَلَ طَعَامًا لَعِقَ أَصَابِعَهُ الثَّلاًثَ.

قَالَ وَقَالَ: إِذَا سَقَطَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيُمِطْ عَنْهَا الأَذَى وَلْيَأْكُلْهَا وَلاَ يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ.

وَأَمَرَنَا أَنْ نَسْلُتَ الْقَصْعَةَ. قَالَ: فَإِنَّكُمْ لاَ تَدْرُونَ فِي أَيِّ طَعَامِكُمْ الْبَرَكَةُ.

Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam makan,
baginda menjilat jari-jarinya tiga kali.

Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda:
“Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh,
hendaklah (dia mengambilnya) dan membersihkan apa-apa kotoran
yang melekat padanya lalu memakannya.
Janganlah meninggalkannya untuk syaitan.”

Anas melanjutkan: “(Rasulullah) juga menyuruh kami
untuk menghabiskan apa-apa sisa makanan.”
Baginda berpesan: “Ini kerana kalian tidak tahu
di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan.”

Untuk mengelakkan apa-apa makanan dari tersisa, hendaklah kita sejak dari awal menyukat jumlah makanan yang diletakkan ke dalam pinggan. Ambil sekadar yang perlu tanpa berlebih-lebihan. Syaitan akan menghasut kita untuk mengambil secara berlebihan kerana berlebihan adalah salah satu bentuk pembaziran dan hubungan antara orang yang membazir dengan syaitan adalah:

Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan.
[al-Isra’ 17:27]

Selain itu syaitan minum sambil berdiri.

Pada satu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat seorang yang minum sambil berdiri. Baginda menegur: “Jangan begitu!” Orang itu bertanya: “Mengapa?”  Rasulullah menjawab: “Adakah kamu suka minum bersama kucing?” Orang ituu menjawab: “Tidak.” Rasulullah meneruskan:

فَإِنَّهُ قَدْ شَرِبَ مَعَكَ مَنْ هُوَ شَرٌّ مِنْهُ: الشَّيْطَانُ.

 

Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu

sesuatu yang lebih buruk darinya, iaitu syaitan.


Oleh itu hendaklah kita sedaya upaya mengelakkan diri minum sambil berdiri. Jika suasana tidak mengizinkan, boleh minum sambil berdiri. Ini kerana dalam suasana terpencil lagi terdesak, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah minum sambil berdiri. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma berkata:

سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ وَهُوَ قَائِمٌ.

Aku menghidang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam air zam-zam
dan baginda meminumnya sambil berdiri.


Ciri # 9: Syaitan membuang air kecil.

Syaitan juga membuang air kecil, khasnya kepada orang yang tidur lena sepanjang malam sehingga matahari naik. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya berkenaan orang yang tidur sepanjang malam hingga pagi hari. Baginda menjawab:

ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنَيْهِ (أَوْ قَالَ) فِي أُذُنِهِ.


Itu adalah orang yang syaitan kencing dalam kedua-dua telinganya
atau salah satu telinganya.

  
Ciri # 10: Syaitan memiliki keturunan.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya
sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripada-Ku? [al-Kahf 18:50]



Ciri # 11: Syaitan memiliki pasukan tenteranya.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِذَا أَصْبَحَ إِبْلِيسُ بَثَّ جُنُودَهَ فَيَقُول: مَنْ أَضَلَّ مُسْلِمًا أَلْبَسْتُهُ التَّاجَ.


Pada waktu pagi, iblis mengutus pasukan tenteranya seraya berkata:
“Sesiapa yang berjaya menyesatkan seorang muslim
maka aku akan memakaikan mahkota kepadanya.”

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan bertahap-tahaplah dalam memujuk sesiapa yang engkau dapat dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda
serta yang berjalan kaki… [al-Isra’ 17:64]

Dengan pasukan tentera serta para penyokongnya, syaitan berusaha untuk membuat fitnah kepada manusia. Lebih hebat fitnah yang dilakukan, lebih besar pangkat dan anugerah yang dihadiahkan kepada tentera yang berjaya melakukannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan strategi ketenteraan ini:

إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً.

يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ: فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا! فَيَقُولُ: مَا صَنَعْتَ شَيْئًا. قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ

فَيَقُولُ: مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ. قَالَ: فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ: نِعْمَ أَنْتَ!.

Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas air.
Kemudian dia mengutuskan para tenteranya (untuk memfitnah manusia).
Di antara para tentera itu, mereka yang memiliki kedudukan
yang paling hampir dengannya ialah yang paling hebat dalam membuat fitnah.

Salah seorang dari tentera itu datang dan berkata:
“Saya telah melakukan sekian-sekian!”
Iblis menjawab: “Kamu belum melakukan apa-apa.”
Kemudian datang seorang tentera yang lain dan berkata:
“Tidaklah saya meninggalkan (orang yang saya ganggu) sehinggalah
dia menceraikan isterinya.”
Iblis menghampiri tentera itu dan berkata: “Anda hebat!”

Di antara pasukan tentera syaitan ialah manusia, iaitu mereka yang telah berjaya dipengaruhinya untuk memusuhi Islam dan umatnya. Satu contoh ialah orang-orang musyrik dalam Perang Uhud yang Allah Subhanahu wa Ta'ala sebut sebagai penolong (al-Auliya’) syaitan:

Sesungguhnya yang demikian itu ialah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu terhadap) penolong-penolongnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika betul kamu orang-orang yang beriman.[‘Ali Imran 3:175]
  

Ciri # 12: Syaitan mencari tempat bermalam.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ

قَالَ الشَّيْطَانُ: لاَ مَبِيتَ لَكُمْ وَلاَ عَشَاءَ.

وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ

قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ.

وَإِذَا لَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ طَعَامِهِ

قَالَ: أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ.

Apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam.”

Sebaliknya apabila seorang itu memasuki rumah
dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya,
berkatalah syaitan (kepada golongannya):
“Kalian telah mendapat tempat bermalam.”

Apabila seorang tidak mengingati Allah ketika makan,
berkatalah (syaitan kepada golongannya):
“Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam.”

Demikian juga apabila kita hendak keluar rumah, maka kuncilah pintu sambil menyebut nama Allah. Nescaya syaitan tidak akan dapat membukanya. Tutuplah juga bekas-bekas makan dan minum, nescaya syaitan tidak dapat membukanya dan mencemarinya. Padamkan juga lampu agar dengan itu syaitan tidak dapat menyebabkan berlakunya kebakaran. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ

وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ

وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ.

 

Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah

(dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya syaitan

tidak dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah).

Ikatlah kantong-kantong air kalian dan sebutlah nama Allah,

tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah,

walau pun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya

dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian.



Jika syaitan berjaya memasuki rumah untuk bermalam, syaitan akan bermalam dalam hidung para penghuni rumah tersebut. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِذَا اسْتَيْقَظَ (أُرَاهُ أَحَدُكُمْ) مِنْ مَنَامِهِ فَتَوَضَّأَ

فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثًا فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى خَيْشُومِهِ.

 

Apabila seseorang kalian bangun dari tidurnya dan berwudhu’,

maka (sedutlah air ke dalam hidungnya dan)

hembuslah air itu keluar sebanyak tiga kali

kerana sesungguhnya syaitan bermalam di lubang hidung kalian.




Ciri # 13: Syaitan dapat bergerak pantas.

 

Makhluk jin dapat bergerak pantas, sekali pun dengan membawa beban yang amat besar lagi berat. Ini dapat kita ketahui dari sejarah Nabi Sulaiman ‘alaihi salam:

Nabi Sulaiman berkata pula: “Wahai pegawai-pegawaiku,
siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya
(Puteri Balqis dari Yaman ke Baitul Maqdis)
sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?” Berkatalah Ifrit dari golongan jin:
“Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun
dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat
gagah untuk membawanya, lagi amanah.”
[al-Naml 27:38-39]

Syaitan adalah dari jenis jin dan dengan itu kita mengetahui bahawa ia juga dapat bergerak pantas. Antara ketika ia bergerak pantas adalah apabila azan dilaungkan:

إِنَّ الشَّيْطَانَ إِذَا نُودِيَ بِالصَّلاَةِ وَلَّى وَلَهُ حُصَاصٌ.

Sesungguhnya syaitan apabila dikumandangkan azan,
ia akan berpaling dan lari dengan pantas.



Ciri # 14: Syaitan dapat bergerak dalam badan manusia.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ.

 

Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan anak Adam

(manusia) seperti aliran darah.




Ciri # 15: Syaitan dapat mempengaruhi manusia.

Tetap merujuk kepada hadis di atas berkenaan pergerakan syaitan dalam badan manusia, ia secara lebih terperinci berlaku ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sedang beriktikaf di masjid dan isterinya Shafiyyah radhiallahu 'anha datang menziarahi baginda. Kemudian apabila Shafiyyah ingin pulang, Rasulullah mengiringinya hingga ke pintu masjid. Pada saat itu, dua orang sahabat dari kalangan Ansar radhiallahu 'anhuma berlalu dan nampak Rasulullah bersama seorang wanita. Mereka berdua tidak tahu siapakah wanita tersebut kerana para isteri Rasulullah memakai tudung yang juga menutupi muka.

Untuk mengelakkan salah faham, Rasulullah memanggil dua lelaki tersebut dan menerangkan bahawa wanita yang bersamanya ialah Shafiyyah, isteri baginda. Kedua-dua lelaki itu menjawab: “Subhanallah!”, seolah-olah bermaksud: “Maha Suci Allah, tidaklah kami sekali-kali akan berburuk sangka kepadamu wahai Rasulullah!” Kemudian Rasulullah membalas:

Apabila seseorang itu melakukan perkara yang aneh atau berlainan dari kebiasaan, hendaklah dia serta merta menjelaskan perbuatannya itu kepada orang-orang di sekeli-lingnya bagi mengelak syaitan mempengaruhi orang-orang tersebut dengan sesuatu sangkaan yang buruk.
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ الإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ وَإِنِّي خَشِيتُ

أَنْ يَقْذِفَ فِي قُلُوبِكُمَا شَرًّا (أَوْ قَالَ) شَيْئًا.

“Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan manusia seperti aliran darah. Sesungguhnya aku bimbang ia melemparkan keburukan
atau sesuatu sangkaan dalam hati kalian berdua.

Rasulullah membalas dengan menerangkan ciri-ciri syaitan yang mampu bergerak dalam badan manusia dan mempengaruhi hati manusia untuk berburuk sangka. Kedua-dua sahabat tersebut pada awalnya tidak berprasangka apa-apa terhadap Rasulullah. Akan tetapi mungkin sahaja syaitan menyelinap masuk dalam tubuh mereka beberapa saat kemudian sambil membisikkan sesuatu yang buruk, konon Rasulullah berdua-duaan dengan wanita yang tidak halal bagi baginda. Maka sebelum syaitan dapat memasuki dan mempengaruhi dengan sesuatu yang buruk, Rasulullah menerangkan bahawa wanita tersebut ialah Shafiyyah, isteri baginda sendiri.

Berdasarkan hadis ini dapat diketahui ciri-ciri syaitan yang mampu mempengaruhi manusia dengan sesuatu yang menyelisihi tuntutan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ia tidak terhad kepada berburuk sangka tetapi meliputi sikap-sikap lain seperti:


(a)   Syaitan mempengaruhi pemikiran manusia:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

يَأْتِي الشَّيْطَانُ أَحَدَكُمْ فَيَقُولُ مَنْ خَلَقَ كَذَا؟ مَنْ خَلَقَ كَذَا؟

حَتَّى يَقُولَ مَنْ خَلَقَ رَبَّكَ؟ فَإِذَا بَلَغَهُ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ وَلْيَنْتَهِ.

Syaitan mendatangi seseorang kalian dan bertanya:
“Siapakah yang mencipta itu? Siapakah yang mencipta ini?”
sehinggalah ia bertanya: “Siapakah yang mencipta tuhan kamu?”
Maka jika ia bertanya soalan itu,
mintalah perlindungan dari Allah dan sudahilah
(dari melayani fikiran atau pertanyaan sedemikian).


(b)   Syaitan berbisik kepada manusia:
Syaitan mampu berbisik kepada manusia sebagaimana ia mampu berbisik kepada Adam:

Setelah itu maka syaitan membisikkan kepadanya dengan berkata:
“Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu
pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya
dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”
[Ta-Ha 20:120]

Bisikan syaitan lazimnya ke arah sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Atau sesuatu yang kelihatan seolah-olah selari dengan Islam padahal sebenarnya bertentangan. Bagi setiap manusia ada di sisinya malaikat dan syaitan, masing-masing membisikkan sesuatu. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan hakikat ini:

إِنَّ لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ وَلِلْمَلَكِ لَمَّةً

فَأَمَّا لَمَّةُ الشَّيْطَانِ فَإِيعَادٌ بِالشَّرِّ وَتَكْذِيبٌ بِالْحَقِّ

وَأَمَّا لَمَّةُ الْمَلَكِ فَإِيعَادٌ بِالْخَيْرِ وَتَصْدِيقٌ بِالْحَقِّ

فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مِنْ اللَّهِ فَلْيَحْمَدْ اللَّهَ

وَمَنْ وَجَدَ الأُخْرَى فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

Sesungguhnya bagi setiap anak Adam (yakni manusia)
ada sentuhan (bisikan) syaitan dan sentuhan (bisikan) malaikat.
Ada pun sentuhan syaitan, ia mengajak kepada keburukan dan mendustakan kebenaran.
Manakala sentuhan malaikat, ia mengajak kepada kebaikan dan menegakkan kebenaran.

Maka sesiapa yang merasai sentuhan (bisikan) kebaikan,
ketahuilah bahawa ia adalah dari Allah (melalui perantaraan malaikat)
dan hendaklah dia memuji Allah (dengan menyebut Alhamdulillah).
Sebaliknya sesiapa yang merasai sentuhan (bisikan) sebaliknya
hendaklah dia meminta perlindungan Allah daripada syaitan
(dengan menyebut A’uzubillahi minash syaitan nirrajim).

Satu contoh mudah ialah adab minum air sebagaimana yang telah diterangkan dalam ciri syaitan # 8. Ketika anda memegang segelas air untuk minum, tiba-tiba hati anda berbisik untuk minum sambil duduk. Itu adalah bisikan malaikat. Kemudian muncul pula bisikan lain yang berkata: “Alaah! Tak mengapa, seteguk saja. Menyusahkan saja untuk duduk.” Itu adalah bisikan syaitan. Lawanlah ia dengan mengucap “A’uzubillahi minash syaitan nirrajim” kemudian duduk dan minumlah.


(c)    Syaitan mempengaruhi imajinasi manusia:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ وَتُدْبِرُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ

فَإِذَا أَبْصَرَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَلِكَ يَرُدُّ مَا فِي نَفْسِهِ.

Sesungguhnya seorang wanita tampil dalam gambaran syaitan
dan membelakangi dalam gambaran syaitan.
Maka jika seseorang kalian melihat wanita (yang dia tertarik dengannya),
maka kembalilah kepada isterinya
kerana itu akan menolak (lintasan jahat) dalam dirinya.

Dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan kemampuan syaitan membentuk gambaran atau imajinasi pada pemikiran seorang lelaki yang melihat wanita. Semua ini akan menyebabkan lelaki itu mula mengkhayal secara seksual akan wanita tersebut. Perkara ini tidak saja dilakukan oleh syaitan kepada lelaki yang melihat wanita tetapi juga kepada wanita yang melihat lelaki.

Gambaran atau imajinasi yang dibuat oleh syaitan dapat ditolak dengan masing-masing kembali kepada pasangannya. Jika belum bernikah atau tidak dapat kembali, maka jagalah pandangan masing-masing sejak dari awal.


(d)   Syaitan mempengaruhi tumpuan atau fokus manusia:
Antara tumpuan yang masyhur diganggu syaitan ialah kekhusyukan ketika solat dan membaca al-Qur’an. Seorang sahabat bernama ‘Utsman bin Abi al-‘Ash radhiallahu 'anh mengadu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang antaraku dan solat serta bacaan al-Qur’anku, dan ia selalu mengelirukan aku.” Maka Rasulullah menjawab:

ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا.

Itulah syaitan yang disebut sebagai “Khanzab”,
maka apabila merasai gang-guannya,
mohonlah perlindungan Allah darinya
dan ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali.
‘Utsman bin al-‘Ash kemudian berkata:
“Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan gangguan syaitan itu dariku.”

Syaitan tidak saja mengganggu tumpuan solat tetapi aja jua aktiviti lain yang dilakukan kerana agama. Sebagai contoh, apabila anda ingin membaca buku agama, syaitan akan mengganggu tumpuan anda dengan tangisan bayi, anak yang meminta perhatian, perasaan mengantuk dan kesukaran untuk faham.


(e)    Syaitan mempengaruhi motivasi manusia melakukan kebaikan:
Syaitan mampu mempengaruhi motivasi kita apabila ingin melakukan sesuatu aktiviti demi kebaikan agama, seperti mengkaji al-Qur’an dan hadis, bersedekah, membuat kerja sukarelawan, melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar serta berdakwah kepada orang ramai. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul
atau seorang Nabi melainkan apabila dia bercita-cita
(untuk kebaikan agama yang dibawanya),
maka syaitan pun melemparkan hasutannya
mengenai usaha Rasul atau Nabi itu (dari) mencapai cita-citanya.
[al-Hajj 21:52]

Nah! Jika syaitan menghasut dan mengganggu para Nabi dan Rasul, sudah tentu syaitan juga akan menghasut dan mengganggu kita. Oleh kerana itulah, apabila kita ingin melakukan sesuatu aktiviti demi kebaikan agama, kita merasa sukar untuk memberi tumpuan penuh kepadanya. Selain itu akan ada saja pelbagai faktor yang menghalang atau menyukarkan sehingga kita hilang motivasi untuk meneruskannya. Ketahuilah bahawa semua itu adalah dari syaitan, maka lawanlah ia. Berhenti dari melakukan aktiviti yang dirancang adalah tanda mengalah kepada syaitan. Sebaliknya meneruskan apa yang dirancang dengan penuh motivasi dan dedikasi adalah tanda kemenangan di atas syaitan.

Antara contoh aktiviti yang dimaksudkan ialah bersedekah, dimana Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman!
Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik,
dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
Dan janganlah kamu sengaja memilih
yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan
atau kamu jadikan pemberian zakat),
padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu
(kalau diberikan kepada kamu),
kecuali dengan memejamkan mata padanya.
Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya,
lagi sentiasa Terpuji.

Syaitan menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan
(jika kamu bersedekah atau menderma),
dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut);
sedangkan Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya
serta kelebihan kurnia-Nya. Dan (ingatlah),
Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya,
lagi sentiasa Meliputi Pengetahuan-Nya.
[al-Baqarah 2:267-268]


(f)    Syaitan mempengaruhi manusia dengan sikap terburu-buru.
Jika dalam kes di atas syaitan mempengaruhi kita dengan sikap negatif seperti malas, tidak berminat dan tiada motivasi, maka sebaliknya syaitan juga mampu mempengaruhi kita dengan sikap tergesa-gesa. Akhirnya berlaku apa yang berlawanan, seperti terlebih bersemangat (over excited), melampaui batas, mengharapkan hasil serta-merta dan kelam-kabut. Kemudian apabila apa yang diinginkan tidak menjadi, sikap tergesa-gesa di atas beralih kepada berputus asa, merungut, menuduh orang lain atas kegagalan diri sendiri dan sebagainya.

Ada pun Islam, maka ia menganjurkan sikap yang dipertengahan antara malas dan tergesa-gesa. Sikap tersebut ialah tenang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

اَلتَّأَنِيْ مِنَ اللهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ.

Ketenangan adalah dari Allah manakala ketergesa-gesaan adalah dari syaitan.


(g)   Syaitan mempengaruhi manusia dengan perasaan cemburu:

Isteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, A’isyah radhiallahu 'anha menerangkan pada satu malam baginda keluar dari rumahnya dan ini menyebabkan dia merasa cemburu. Kemudian Rasulullah kembali ke rumah dan mendapati dia sedang dalam keadaan yang cemburu. Lalu baginda bertanya:

مَا لَكِ يَا عَائِشَةُ؟ أَغِرْتِ؟ فَقُلْتُ: وَمَا لِي لاَ يَغَارُ مِثْلِي عَلَى مِثْلِكَ؟

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَقَدْ جَاءَكِ شَيْطَانُكِ؟

قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَوْ مَعِيَ شَيْطَانٌ؟ قَالَ: نَعَمْ. قُلْتُ: وَمَعَ كُلِّ إِنْسَانٍ؟

قَالَ: نَعَمْ. قُلْتُ: وَمَعَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: نَعَمْ وَلَكِنْ رَبِّي أَعَانَنِي عَلَيْهِ حَتَّى أَسْلَمَ.

“Apa jadi kepada kamu wahai A’isyah? Adakah kamu cemburu?”
“Takkanlah aku tidak cemburu kepada orang seperti anda?”
Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melanjutkan:
“Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?”
“Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan?”
“Ya.”
“Dan (apakah syaitan itu ada) pada setiap manusia?”
“Ya.”
(Apakah syaitan juga) bersama kamu wahai Rasulullah?”
“Ya, akan tetapi Tuhanku telah menolongku darinya
sehingga aku selamat dari gangguannya.”


(h)   Syaitan mempengaruhi manusia dengan perasaan marah:

Sulaiman bin Shurd radhiallahu 'anh berkata:

كُنْتُ جَالِسًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجُلاَنِ يَسْتَبَّانِ

فَأَحَدُهُمَا احْمَرَّ وَجْهُهُ وَانْتَفَخَتْ أَوْدَاجُهُ.

فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنِّي لأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ

لَوْ قَالَ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ.

Ketika aku sedang duduk bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam,
dua orang sedang  bertengkar sehingga salah seorang dari mereka
menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul keluar.
Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan
nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah
“A’uzubillahi minash syaitan” nescaya kemarahannya akan hilang.

Terdapat dua faktor di sebalik kemarahan. Pertama ialah faktor peribadi, seperti orang yang marah kerana kedudukannya tidak dihormati atau kerana barangnya telah dirosakkan. Ini adalah marah yang tercela dan perlu dihindarkan. Kedua ialah faktor agama, seperti seorang muslim yang merasa marah kerana ajaran agamanya dirosakkan oleh muslim yang lain atau marah apabila umat Islam dizalimi oleh kaum lain. Ini adalah marah yang terpuji, akan tetapi tidaklah bermakna seseorang itu boleh terus bertindak kasar kerananya. Yang dituntut ialah tetap tenang dan berlemah lembut untuk menangani orang yang menyebabnya marah. Sikap tenang adalah berdasarkan hadis yang dikemukakan sebelum ini:

اَلتَّأَنِيْ مِنَ اللهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ.

Ketenangan adalah dari Allah manakala ketergesa-gesaan adalah dari syaitan.

Manakala sikap lemah lembut adalah berdasarkan hadis:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الأَمْرِ كُلِّهِ.

Sesungguhnya Allah mencintai sikap lemah lembut dalam segala urusan.

Jika dirujuk kepada sirah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, akan ditemui beberapa ketika baginda marah atas faktor agama. Akan tetapi kemarahan tersebut tidaklah menyebabkan baginda mengeluarkan kata-kata yang kotor atau bertindak ganas. Sebaliknya baginda hanya memberi teguran yang tenang lagi lemah lembut. Satu contoh ialah kisah berikut yang diriwayatkan oleh Abu Mas‘ud al-Anshari radhiallahu 'anh.

Beliau menceritakan, seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: “Wahai Rasulullah! Aku pernah mundur dari solat (berjamaah) disebabkan si-fulan (imamnya) membaca surah yang panjang.” (Abu Mas‘ud) menyambung: Aku tidak pernah melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam amat dahsyat kemarahannya dalam rangka memberi nasihat berbanding pada saat itu. Lalu baginda bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّكُمْ مُنَفِّرُونَ فَمَنْ صَلَّى بِالنَّاسِ فَلْيُخَفِّفْ

فَإِنَّ فِيهِمْ الْمَرِيضَ وَالضَّعِيفَ وَذَا الْحَاجَةِ

Wahai manusia! Sesungguhnya di antara kalian
ada yang membuat orang-orang lari dari solat berjamaah.
Maka sesiapa yang mengimami manusia,
hendaklah dia meringankan (memendekkan) bacaan
kerana sesungguhnya di kalangan mereka (makmum)
ada yang sakit, lemah dan berurusan.


(i)     Syaitan mempengaruhi manusia dengan sifat lupa:

Terdapat dua jenis lupa. Pertama lupa dalam urusan harian seperti lupa dimana letaknya anak kunci rumah atau lupa membeli barang tertentu di kedai runcit. Kedua lupa dalam urusan agama seperti lupa solat atau hafalan al-Qur’an. Lupa jenis kedua berasal dari syaitan, kerana syaitan dapat mempengaruhi manusia dengan sifat lupa. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan apabila engkau melihat orang-orang
yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami,
maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain;
dan jika engkau dilupakan oleh syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka),
maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu,
sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).
[al-An’aam 6:68]

Walaubagaimana pun sesetengah kes lupa dari jenis pertama boleh berasal dari pengaruh syaitan kerana dengan kelupaan tersebut, seseorang itu mungkin menjadi marah dan merungut. Sikap negatif seperti ini adalah sesuatu yang disukai oleh syaitan. Maka jika lupa dalam urusan harian, hendaklah tetap tenang dan seterusnya mencari jalan untuk mengelaknya dari berulang pada masa akan datang. Satu contoh lupa jenis pertama ini yang berpunca dari syaitan ialah kisah berikut yang berlaku pada zaman Nabi Musa ‘alaihi salam:

Temannya berkata: “Tahukah apa yang telah terjadi
ketika kita berehat di batu besar itu?
Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu
dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa
daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan syaitan;
dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut
dengan cara yang menakjubkan.”
[al-Kahf 18:63]


Syaitan mempengaruhi manusia dengan kesakitan:
Penyakit adalah sesuatu yang lazim dialami oleh manusia. Akan tetapi syaitan turut serta dengan sesuatu penyakit dengan menambah pengaruh kesakitan, kepayahan, kesengsaraan  dan keluhan yang dialami:

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami, Nabi Ayub,
ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya
(ketika menghadapi penyakitnya) dengan berkata:
“Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kesusahan dan siksaan.”
[Shad 38:41]


(j)     Syaitan mempengaruhi manusia untuk berbuat jahat:
Syaitan mampu mempengaruhi seseorang atau menghasutnya untuk berbuat jahat. Antara kejahatan tersebut ialah mengganggu orang yang sedang solat dengan cara sengaja melintas di hadapannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنْ النَّاسِ فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ.

Apabila seseorang kalian solat dengan menghadap sesuatu
(yang diletakkan) sebagai penghadang dari (lalu lintas) orang lain,
lalu ada orang yang hendak melintas di antaranya
dan penghadang itu, maka tahanlah dia.
Jika dia enggan (dan tetap berkeras untuk melintas)
maka tahanlah dia dengan lebih tegas
kerana dia tidak lain ialah syaitan.

Dalam hadis di atas, yang akan melintas di hadapan orang yang sedang solat bukanlah syaitan tetapi orang yang dipengaruhi atau dihasut oleh syaitan. Ini kerana dalam sebuah riwayat lain, hadis di atas diakhiri dengan lafaz “…kerana sesungguhnya syaitan bersama dia.”

Inilah juga yang dimaksudkan sebagai “syaitan-syaitan manusia” dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu
musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin,
setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain
kata-kata dusta yang indah-indah susunannya
untuk memperdaya pendengarnya.
[al-An’aam 6:112]

Yang dimaksudkan dengan “syaitan-syaitan manusia” ialah manusia yang dipengaruhi dan dihasut oleh syaitan untuk berbuat jahat dan menjadi musuh kepada para Nabi. Penafsiran ini adalah berdasarkan perbezaan asal usul kedua-duanya, dimana syaitan berasal dari api manakala manusia berasal dari tanah.

Dalam rangka berbuat jahat, syaitan bukan sahaja mempengaruhi manusia tetapi juga mempengaruhi haiwan untuk berbuat jahat kepada manusia. Salah satu darinya ialah mempengaruhi tikus untuk menjatuhkan lampu-lampu pelita agar dengan itu dapat berlaku kebakaran di rumah.

‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma menerangkan bahawa pernah seekor tikus menolak sebuah lampu pelita sehingga tumbang di atas tikar yang sedang diduduki oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Lalu terbakarlah tikar tersebut sebesar saiz satu dirham. Melihat yang sedemikian Rasulullah bersabda:

إِذَا نِمْتُمْ فَأَطْفِئُوا سُرُجَكُمْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدُلُّ مِثْلَ هَذِهِ عَلَى هَذَا فَتُحْرِقَكُمْ.

Apabila kalian hendak tidur maka padamkanlah lampu pelita kalian
kerana sesungguhnya syaitan menunjuki ini (tikus) kepada itu (lampu pelita)
sehingga kalian terbakar.

Demikian beberapa kemampuan syaitan untuk mempengaruhi manusia. Selain apa yang disebut di atas, syaitan juga mampu mempengaruhi dengan sikap-sikap buruk yang lain. Tidak ketinggalan ialah sikap-sikap yang menyebabkan ia diusir dari langit, iaitu ujub, menghina, mengunggulkan akal di atas wahyu dan mempersoalkan wahyu.

Dalam kehidupan harian kita, sudah pasti satu atau lebih dari sikap-sikap di atas mempengaruhi kita. Pada waktu pagi kita mungkin marah, pada waktu petang kita mungkin cemburu, pada waktu petang kita mungkin berburuk sangka dengan rakan dan pada waktu malam kita mungkin merasa malas untuk pergi ke kuliah agama. Semua ini adalah pengaruh syaitan, maka lawanlah ia dengan mengucap “A’uzubillahi minash syaitan nirrajim” dan tinggalkan sikap-sikap yang buruk tersebut.


Ciri # 16: Syaitan dapat merasuk manusia.

Dalam dua ciri di atas, kita telah mempelajari kemampuan syaitan untuk bergerak dalam diri manusia dan melakukan pelbagai pengaruh ke atas manusia yang dimasukinya. Dalam suasana itu manusia yang dipengaruhi masih dalam keadaan yang normal. Akan tetapi adakalanya syaitan dapat mempengaruhi manusia hingga mengubah perwatakan dan tingkah lakunya, menjadi seolah-olah orang yang gila. Inilah yang disebut sebagai kerasukan atau histeria. Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan tentang kemampuan syaitan ini:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba
tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya
orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. [al-Baqarah 2:275]

Kerasukan tidak saja terhad kepada orang yang melibatkan diri dalam urusniaga riba, tetapi meluas kepada pelbagai keadaan yang lain. Merujuk kepada persoalan kerasukan dan hubungkaitnya dengan syaitan, manusia terbahagi kepada tiga golongan:

1. Mereka yang menafikannya. Golongan ini berkata, kerasukan tidak berpunca dari syaitan sebaliknya berpunca dari penyakit tertentu seperti gangguan saraf, perubahan hormon, tekanan jiwa (stress) dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini dapat dihentikan dengan mengambil ubat.
2. Mereka yang berlebih-lebihan. Golongan ini mengakui bahawa kerasukan berpunca dari syaitan. Akan tetapi mereka berlebih-lebihan dalam menyandarkannya kepada syaitan sehingga apa jua perubahan tingkah laku (behaviour) yang dihadapi oleh seseorang, mereka menganggapnya sebagai kerasukan syaitan.
3. Mereka yang berada di pertengahan antara golongan pertama dan kedua. Golongan ketiga ini berkata kerasukan boleh berpunca dari penyakit dan boleh juga berpunca dari syaitan. Maka kerasukan pertama (penyakit) dihentikan dengan ubat-ubatan manakala kerasukan kedua (syaitan) dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika tidak pasti kerasukan yang dialami oleh seseorang sama ada berpunca dari penyakit atau syaitan, maka ia dihentikan dengan ubat dan zikir.
Ada pun hujah golongan pertama bahawa kerasukan hanya berpunca dari penyakit, mereka membuktikannya dengan pelbagai penemuan baru tentang apa yang sedang berlaku dalam badan. Bahkan dengan peralatan serba canggih masa kini, mereka dapat menunjuk secara tepat bahagian saraf yang sedang mengalami gangguan dan keadaan hormon badan yang tidak seimbang. Maka apabila diberi ubat, apa yang dianggap sebagai kerasukan dapat dihentikan.

Akan tetapi, sekali pun dengan segala penemuan dan alat canggih tersebut, tetap timbul satu persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh para pakar perubatan: Mengapa saraf mengalami gangguan dan mengapa sebahagian kelenjar merembeskan hormon secara berlebihan? Benar, bahawa semua itu dapat dihentikan dengan mengambil ubat tertentu. Akan tetapi mengapakah kerasukan berulang apabila ubat habis dimakan?

Jawapannya dapat diperolehi dengan mengkaji peranan syaitan. Apabila syaitan memasuki tubuh badan manusia, ia mampu mengganggu kestabilan saraf dan keseimbangan hormon. Bahkan ia mampu melakukan pelbagai lagi yang tidak dianggap sebagai kerasukan, seperti mematikan saraf (paralyse), menyumbat saluran darah (blood clot) dan merangsang sel-sel tertentu untuk berkembang dengan pantas secara tak terkawal (tumor and cancer). Semua ini amat mudah bagi syaitan dan semua ini akan diakui oleh sesiapa yang mengkaji secara teliti kesemua ciri-ciri syaitan yang dikupas dalam bab ini.

Walaubagaimana pun, ini tidaklah bererti semua penyakit dan gangguan tingkah laku berpunca dari syaitan. Sebahagiannya berpunca dari faktor lain seperti gizi pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan fizikal, tekanan jiwa, usia tua dan sebagainya. Maka tidaklah benar anggapan golongan kedua bahawa semua perubahan kelakuan berpunca dari syaitan.

Yang benar adalah bahawa kerasukan mungkin berpunca dari penyakit dan mungkin juga berpunca dari syaitan. Maka apa yang berpunca dari penyakit, ia dihentikan dengan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor pakar manakala apa yang berpunca dari syaitan, ia dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika tidak pasti sama ada kerasukan berpunca dari penyakit atau syaitan, maka kedua-dua kaedah digunakan serentak untuk menghentikannya.

Seterusnya, peranan syaitan dalam menyebabkan kerasukan kepada manusia terbahagi kepada dua kategori:

Kategori Pertama: Kerasukan yang dilakukan oleh syaitan berdasarkan kemahuannya sendiri. Sengaja syaitan merasuk manusia untuk menyesatkannya, mengkafirkannya, mensyirikkannya dan memasukkan mangsa tersebut ke dalam neraka. Semua ini dapat dicapai oleh syaitan apabila mangsa atau orang di sekelilingnya cuba mengubati kerasukan itu dengan cara yang berbeza dari tunjuk ajar Rasulullah, bahkan dengan cara yang dilarang oleh Islam.

Kategori Kedua: Kerasukan yang dilakukan oleh syaitan berdasarkan perintah tuannya. Ini disebut sebagai sihir. Sihir adalah satu tindakan jahat yang memerlukan dua unsur utama:
1.                  Manusia sebagai ahli sihir sekali gus merangkap jawatan “Tuan”.
2.                  Syaitan sebagai khadam yang melakukan kerja sihir yang diperintah oleh tuannya.
Melalui sihir syaitan dapat mencapai beberapa objektifnya. Secara terperinci:

        Objektif Menyesatkan: Apabila orang yang terkena sihir berubat, lazimnya mereka tidak tahu cara perubatan sahih yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka berjumpa dengan mana-mana bomoh atau ustaz yang masyhur di sisi masyarakat untuk berubat dan menerima apa saja kaedah perubatan yang diberikan olehnya. Bahkan mereka tidak tahu apakah maksud jampi-jampian yang dibacakan ke atas mereka. Akibatnya, mereka telah meninggalkan jalan Rasulullah kepada jalan lain yang menyesatkan.

        Objektif Memusyrikkan: Apabila orang yang terkena sihir berubat, lazimnya mereka meletakkan keyakinan bahawa pengaruh kesembuhan adalah dari bomoh atau ustaz yang sedang mengubatinya beserta bacaan-bacaan jampi mereka. Padahal satu-satunya pengaruh untuk kesembuhan ialah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Apabila keyakinan seseorang terhadap kuasa yang dapat memberi manfaat dan mudarat kepadanya beralih dari Allah kepada sesuatu yang lain, dia telah syirik kepada Allah.

        Objektif Mengkafirkan: Satu contoh mudah, apabila Jamal ingin berbuat jahat kepada Jamilah, dia akan menemui seorang ahli sihir bernama Ahmad dan menyampaikan hajatnya. Ahmad akan memerintah khadamnya, yakni syaitan, untuk membuat apa yang dihajatkan oleh Jamal ke atas Jamilah. Perbuatan itu pelbagai, dari muntah darah, gangguan pemikiran sehinggalah kepada kerasukan. Inilah yang lazim disebut sebagai “kena buat orang!”

Untuk melawan buatan sihir itu, Jamilah akan pergi menemui seorang ahli sihir lain bernama Kamal dan menyampaikan hajatnya. Kamal akan memerintahkan khadamnya, yakni syaitan, untuk membuatkan apa yang dihajatkan oleh Jamilah ke atas Jamal. Demikianlah ia berulang antara Jamal dan Jamilah.

Dalam contoh di atas, syaitan berjaya mengkafirkan kesemua Jamal, Jamilah, Ahmad dan Kamal. Sekali pun syaitan disebut sebagai “khadam”, sebenarnya ia adalah tuan kepada semua yang terbabit, termasuklah Ahmad dan Kamal. Syaitan hanya berpura-pura menjadi khadam asalkan dengan itu tercapailah objektifnya untuk mengkafirkan manusia.

Sesiapa saja yang terlibat dengan sihir, sama ada untuk menyihir atau melawan sihir dengan sihir, akan menjadi kafir berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Mereka mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan
dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu,
akan tetapi syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya);  
Kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir
dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat:
Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon),
sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun
melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
“Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu),
oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajari sihir).”
[al-Baqarah 2:102]

.  Objektif memasukkan ke dalam neraka: Orang yang berurusan dengan sihir akan menerima padah yang buruk di Hari Akhirat, termasuk diazab di dalam neraka. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara (sihir)
yang hanya membahayakan mereka
dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
Dan demi sesungguhnya mereka telahpun mengetahui
bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu,
tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di Akhirat.
Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
[al-Baqarah 2:102]



Ciri # 17: Syaitan dapat mempengaruhi mimpi manusia.

Syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan:

الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ

فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.

Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia
(mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

Mimpi buruk dari syaitan tidak terhad kepada sesuatu yang mengerikan (nightmare) sahaja. Dalam rangka mempengaruhi mimpi manusia, syaitan adakalanya menjelma sebagai seorang syaikh, wali atau tuan guru lalu menyampaikan sesuatu ajaran agama, seperti zikir-zikir dan amal ibadah yang menyalahi apa yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Orang yang sedang bermimpi menduga dia telah mendapat mimpi yang baik dari Allah padahal yang benar dia mendapat mimpi yang buruk dari syaitan. Dia menyangka telah mendapat satu syari‘at khusus dari Allah berbanding syari‘at awam yang dibawa oleh Rasulullah, padahal yang dia dapati hanyalah syari‘at kesesatan dari syaitan.

Berkaitan mimpi, ramai orang yang salah faham tentang hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

مَنْ رَآنِي فَقَدْ رَأَى الْحَقَّ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَكَوَّنُنِي.

Sesiapa yang melihat aku dalam mimpi maka sungguh dia telah melihat dengan benar
kerana syaitan tidak dapat menyerupai aku.

Mereka menganggap siapa jua yang mereka temui dalam mimpi yang memiliki ciri-ciri berjambang, memakai serban dan jubah putih serta menaiki unta dalam suasana padang pasir atau sedang berteduh di bawah pohon kurma, maka orang itu ialah Rasulullah.

Memang benar bahawa syaitan tidak boleh menjelma sebagai Rasulullah. Akan tetapi syaitan boleh menjelma sebagai seseorang lain lalu orang yang bermimpi mendakwa itu adalah Rasulullah. Lebih-lebih lagi apabila orang itu sendiri sebelum tidur melakukan sekian-sekian zikir dan selawat yang dipercayai boleh menghadirkan Rasulullah dalam mimpinya. Maka syaitan datang menjelma dalam mimpi sebagai seseorang yang berjambang, berserban, berjubah dan menaiki unta, lalu segera dianggap oleh orang yang bermimpi: Itu adalah Rasulullah.


Ciri # 18: Syaitan dapat beraktiviti.

Syaitan adalah satu makhluk yang memiliki kemahiran membuat, bertindak dan beraktiviti. Antara aktiviti tersebut ialah membuat bangunan dan menyelam untuk Nabi Sulaiman ‘alaihi salam:

 (Sulaiman berdoa): “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku
dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan
yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku;
sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurnia-Nya.”

Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya
menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya,
ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya.
Dan (Kami mudahkan bagi Sulaiman memerintah) syaitan:
golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam. [Shad 38:35-37]

Jika syaitan mampu membina bangunan dan menyelam, maka mudah sangatlah bagi ia untuk melakukan aktiviti yang dianggap masyarakat sebagai satu mukjizat atau Karamah seperti air yang tiba-tiba mengalir keluar dari tanah yang tandus, makanan yang datang dari arah kubur seorang syaikh, al-Qur’an yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya, lampu atau pelita yang menyala dan padam dengan sendirinya dan aktiviti-aktiviti lain yang di luar adat kebiasaan.

Syaitan melakukan semua itu kerana dua sebab:
1.                  Syaitan tersebut dipelihara oleh tuannya dan tuannya ingin agar masyarakat menghormati dia dan menganggap dia sebagai wali. Maka dia mengarahkan syaitan peliharaannya melakukan aktiviti-aktiviti di luar adat kebiasaan untuk memberi pengaruh kepada masyakarat. Dengan ketipan jarinya, lampu akan menyala. Dengan tepukan tangan, rumah jiran yang condong ditiup angin kuat kembali tegak. Dengan satu senyuman, gadis yang kerasukan tiba-tiba sembuh dan tersenyum. Dengan mengangkat kedua tangannya, perahu yang tenggelam di laut dalam akan timbul. Bahkan syaitan mampu membawanya terbang dan bergerak pantas (Lihat Ciri # 13). Fenomena terakhir ini lazim dilakukan oleh pakar-pakar seni mempertahankan diri dimana mereka boleh terbang sambil melawan atau mengejar musuh.  Ia juga dilakukan oleh para syaikh tareqat: sarapan di Masjidil Haram, makan tengahari di Masjidil Aqsa, minum petang di Kandahar, makan malam di rumahnya. Semua ini akan menyebabkan masyarakat memandang mereka sebagai seorang wali Allah.
2.                  Syaitan ingin menyesatkan masyarakat setempat dan membawa fitnah kepada seorang hamba yang shalih. Maka syaitan menerbitkan mata air di tanah tandus berhampiran rumah orang shalih itu, menempatkan awan di atas rumahnya agar sentiasa teduh, mengarahkan angin untuk meniup daun-daun kering dari laman rumahnya dan membuka pintu pagar bagi sesiapa yang berhajat untuk mengunjunginya. Aktiviti-aktiviti di luar adat kebiasaan sebegini akan menyebabkan masyarakat segera menganggap orang shalih tersebut sebagai wali Allah.

Dalam kedua-dua kes di atas, apabila masyarakat mula menganggap seseorang itu sebagai wali Allah, mereka akan bersegera mengambil berkat darinya, meminta air jampi darinya, berdoa dengan perantaraannya, menggantung potretnya dan bersolat dengan menghadap gambarnya. Dengan semua ini tercapailah objektif syaitan untuk menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan mereka ahli neraka.

Khusus kepada kes kedua, ia lazim berlaku kepada para shaikh tasawuf. Mereka asalnya ialah para hamba Allah yang shalih lagi bertaqwa, yang mendisiplinkan diri untuk beribadah kepada Allah secara bersungguh-sungguh. Kemudian syaitan datang melakukan beberapa aktiviti di luar adat kebiasaan di sekelilingnya sehingga masyarakat menganggap dia adalah seorang wali Allah. Dari sini mulalah mereka mengagungkan dia dengan pelbagai amalan bid‘ah dan cerita-cerita fantasy. Akhirnya seorang hamba Allah yang shalih telah diangkat oleh masyarakat menjadi super wali dan pelbagai pemikiran serta amalan yang syirik dilakukan atas namanya.[40]



Ciri # 19: Syaitan dapat ditangkap.

Abu Darda radhiallahu 'anh menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bangun untuk bersolat, lalu ketika sedang solat, baginda berkata:

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ.

“Aku berlindung kepada Allah dari engkau!”.


Kemudian baginda berkata:

أَلْعَنُكَ بِلَعْنَة اللَّهِ.

“Aku melaknat engkau dengan laknat Allah!”

Sebanyak tiga kali, sambil menghulurkan tangan seolah-olah ingin menangkap sesuatu. Apabila baginda selesai solat, kami bertanya:
“Wahai Rasulullah! Kami mendengar kamu berkata dalam solat
sesuatu yang tidak pernah kami dengar kamu memperkatakannya
(ketika sedang solat) dan kami melihat kamu menghulurkan tangan.”

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab:

إِنَّ عَدُوَّ اللَّهِ إِبْلِيسَ جَاءَ بِشِهَابٍ مِنْ نَارٍ لِيَجْعَلَهُ فِي وَجْهِي

فَقُلْتُ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ.

ثُمَّ قُلْتُ: أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللَّهِ التَّامَّةِ فَلَمْ يَسْتَأْخِرْ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ أَرَدْتُ أَخْذَهُ

وَاللَّهِ لَوْلاَ دَعْوَةُ أَخِينَا سُلَيْمَانَ لأَصْبَحَ مُوثَقًا يَلْعَبُ بِهِ وِلْدَانُ أَهْلِ الْمَدِينَةِ.

Sesungguhnya musuh Allah, yakni iblis, datang dengan membawa api
untuk dilemparkan ke muka aku. Maka aku mengucap: “Aku berlindung kepada Allah dari engkau!” tiga kali.
Kemudian aku mengucap: “Aku melaknat engkau dengan laknat Allah!”
akan tetapi dia tidak mengundur diri. Kemudian aku bermaksud untuk 
menangkapnya.      
Demi Allah! Jika bukanlah kerana doa saudara kami Sulaiman nescaya ia akan terikat 
sehingga pagidan dijadikan mainan anak-anak warga Madinah.

Berdasarkan hadis di atas, syaitan adalah satu makhluk yang boleh ditangkap, dikurung dan diikat. Hanya dari sudut syari‘at tindakan menangkap, mengurung dan mengikat makhluk jin dan syaitan tidak dibenarkan disebabkan oleh doa Nabi Sulaiman ‘alahi salam yang telah dikemukakan sebelum ini:

 (Sulaiman berdoa): “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku
dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan
yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku;
sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurnia-Nya.”
[Shad 38:35]

Berdasarkan doa ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menangkap iblis sekali pun baginda mampu melakukannya. Ini kerana tindakan tersebut hanya dibolehkan kepada Nabi Sulaiman dan dilarang kepada selainnya, termasuk Rasulullah dan umat baginda.

Bagi Rasulullah dan umat baginda, Allah yang akan mengikat iblis sekali setahun, iaitu sepanjang bulan Ramadhan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ.

Apabila masuk bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka,
pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan diikat.

Berdasarkan hadis di atas juga dapat kita bezakan bahawa orang-orang yang memelihara atau menggunakan khidmat jin dan syaitan, mereka sebenarnya tidak mengikuti ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Jin dan syaitan sengaja membiarkan diri mereka diikat dan dijadikan khadam oleh tuannya agar dengan itu mereka dapat menjerumuskan tuan mereka ke dalam kesesatan.



Ciri # 20: Syaitan memiliki waktu kegemaran.

Orang tua kita lazim berpesan, jangan bermain di luar ketika waktu senja. Pesanan ini berasal dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

إِذَا اسْتَجْنَحَ اللَّيْلُ (أَوْ قَالَ جُنْحُ اللَّيْلِ) فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ

تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ الْعِشَاءِ فَخَلُّوهُمْ.

Apabila malam menjelang tiba maka tahanlah anak-anak kalian (dari keluar)
kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran.
Apabila telah berlalu waktu Isya’, maka lepaskanlah mereka.



Ciri # 21: Syaitan memiliki tempat kegemaran.

Syaitan juga memiliki tempat kegemarannya, atau apa yang dapat disebut sebagai tempat melepaknya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَكُونَنَّ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَوَّلَ مَنْ يَدْخُلُ السُّوقَ وَلاَ آخِرَ مَنْ يَخْرُجُ مِنْهَا

فَإِنَّهَا مَعْرَكَةُ الشَّيْطَانِ وَبِهَا يَنْصِبُ رَايَتَهُ.

Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar
dan janganlah menjadi orang terakhir keluar dari pasar
kerana sesungguhnya pasar adalah medan tempur syaitan
dan di situlah benderanya dicacak.

Pada zaman kini pasar bukan sahaja merujuk kepada tempat menjual ikan dan sayur tetapi meluas kepada pasaraya, pusat membeli belah dan bursa saham.