Hati
dalam bahasa Arab disebut dengan ‘qalb’ yang ertinya bolak-balik kerana memang
sifatnya yang cepat berbolak-balik (berubah).
Hati
bagaikan bulu ayam yang tergantung di atas pokok yang dibolak-balikkan oleh
angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke
atas.
Demikianlah
yang di sabdakan oleh Rasulullah saw :
“Hati
dinamakan ‘qalb’ kerana sifatnya yang cepat berubah. Hati itu bagaikan bulu
(ayam) yang tergantung di atas sebuah pokok, yang dibolak-balikkan oleh angin
sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas.”
(HR Ahmad)
Bahkan
dalam hadits lain hati berubah sangat cepat melebihi perubahan air yang sedang
mendidih.
Rasulullah saw pernah bersabda :
“Sesungguhnya hati anak cucu Adam lebih cepat perubahannya dari
periuk yang berisi air mendidih.” (HR Ahmad)
Perubahan
hati terserlah pada tutur kata dan kewujudan perbuatan yang dilakukannya. Oleh
yang demikian, kita tidak perlu hairan, jika kita menjumpai orang yang sering
bersilat lidah atau orang yang tidak memberi sepenuh komitmen dengan janji yang
ia ucapkan.
Begitu juga dengan hati kita, ia akan sentiasa berubah-ubah dan
tidak tetap.
Kadang-kadang
hati ini lembut, namun kadang-kadang, sebaliknya ianya mengeras.
Kadang-kadang
hati ini bercahaya dan kadang-kadang ianya gelap.
Kadang-kadang
hati begitu tawadhu’ manakala di masa lain ia berubah menjadi angkuh.
Suatu
ketika, hati ini boleh sabar, manakala di waktu yang lain ia cepat marah dan
langsung menjadi tidak sabar.
Suatu
waktu, hati ini terasa tenang, namun di waktu yang lain ianya terasa kosong
dan bingung.
Hati
boleh taat kepada Allah dan boleh pula durhaka kepadaNya.
Dalam
beribadah, hati mampu mencapai darjat khusyu’ dan boleh pula dengan mudah
menjadi lalai.
Firman
Allah swt :
“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”(QS
Al-An’am: 110)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan