Catatan Popular

Ahad, 2 Ogos 2015

BENTUK ALAM ALLAH YANG MENGKAGUMKAN : FASAL PENGENALAN (ASTRONOMI ISLAM TERSEMBUNYI)



(ASTRONOMI ISLAM TERSEMBUNYI) 

OLEH  USTAZ ABDULLAH NAKULA KELANTAN (GURU KU, AHLI SUFI, DAN TOKOH SEJARAH  DUNIA HEBAT  YANG TERSEMBUNYI)

Garisan-garisan Kasar Kandungan. Sebelum dari melangkah ke dalam kandungan buku ini, baik juga diterangkan garisan-garisan kasarnya supaya tergambarlah dulu dalam fikiran suatu bingkisan dari apa yang akan dibincangkan dengan agak lebar nanti. Buku ini dipecahkan kepadadua bahagian:


BAHAGIAN 1: Dengan tajuk "Betulkah atau salah alam yang anda faham?", 

merupakan suatu latar belakang huraian buku ini, di dalamnya digariskan dengan singkat sejarah konsep umat Islam mengenai alam dan sejauh mana hubungan konsep ini dengan ajaran Islam, tujuan bahagian ini untuk menarik perhatian para pembaca supaya meninjau kembali pengertian mereka mengenai alam sekarang. Benar atau salah, dan kalau salah, dari manakah mulanya dating kesalahan ini dan apakah faktor-faktornya. Bahagian ini dipisahkan menjadi tiga fasal dengan tajuk-tajuk sebagai berikut:


Fasal 1: Sikap alami dalam zaman permulaan.

Menggambarkan konsep asal umat Islam mengenai alam dan zaman permulaan dan cara mendapatkannya.


Fasal 2: Pengaruh sistem Ptolemy dalam zaman pertengahan.

Di sini dibicarakan tentang permulaan rosaknya konsep asal umat Islam itu kerana masuknya pengaruh-pengaruh asing terutama pengaruh ajaran Ptolemy itu yang berkekalan dalam zaman yang paling lama hingga akhir abad 19 dan sisa-sisanya masih berlanjutan hingga sekarang. Dalam zaman ini, yang merupakan zaman pertengahan, ternyata betapa tersisihnya orang-orang yang berpegang padakonsep asal dari masyarakat umum dan mahu tidak mahu, kerana takut terjadi fitnah, lalu mereka menuruti arus pendapat masyarakat.

Fasal 3: Pengaruh astronomi dan kosmologi moden dalam zaman moden.



BAHAGIAN 2: Bagaimana Sebenarnya Bentuk Alam Anda?,

Menggambarkan kerosakan konsep umat Islam mengenai alam dalam zaman pertengahan itu bukan dibetulkan semula oleh penemuan-penemuan dan teori-teori moden berkaitan dengan alam. Malah dirosakkan pula dengan cara yang tiada disedari dalam bentuk yang lain.


Bahagian ini merupakan apa yang hendak diterangkan dengan sebenarnya dalam buku ini. Penerangan mengenai ini memakan ruangan yang agak lanjut, sebab itu terpaksa disingkatkan menjadi tujuh fasal dengan tajuk-tajuk sebagai berikut:


Fasal 1: Alam Muluk.

Di dalamnya diterangkan batas alam yang dapat dicapai oleh ahli-ahli sains dan bertolak dari sini kita menerangkan tentang alam-alam yang tiada dapat dicapai lagi oleh alat-alat sains. Hanya boleh didapati menerusi sumber-sumber agama. Tetapi dibicarakan setakat alam muluk sahaja.


Fasal 2: Alam Barzakh.

i. Buminya. Huraian mengenai alam tersebut diteruskan dengan membicarakan pula mengenai suatu kuasa alam yang lebih tinggi dan lebih luas daripada alam muluk. Kawasan ini dinamakan alam barzakh. Di sini dibincangkan mengenai tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi, yang semuanya merupakan suatu bulatan yang dinamakan pula dengan al-ardh, ertinya bumi.


Fasal 3: Alam Barzakh.

ii. Langitnya. Kalau alam barzakh ada bahagian buminya, seperti yang diterangkan di atas, tentulah ia mempunyai pula bahagian as-samawat atau langit-langitnya. Suatu kawasan yang lebih tinggi dari bumi itu. Mengenai ini dibincangkan dengan agak lanjut di dalam fasal ini. Batasan alam ini berakhir dengan suatu lingkaran alam yang dinamakan "Jannatul Firdaus Al-
'Ala "


Fasal 4: Alam Malakut Al-'Ala:

i. Dari Arasy Al-Majid hingga Arasy Al-Karim membincangkan tentang alam yang lebih tinggi dan lebih luas daripada alam barzakh dan dinamakan Alam Malakut Al-'Ala, suatu alam yang seluruhnya merupakan syurga-syurga dan batasnya berakhir dengan bulatan Arasy Al-Karim.


Fasal 5: Alam Malakut Al-'Ala:

ii. Dari Arasy Al-Karim hingga Arasy Al-Azim, membicarakan tentang Alam Malakut Al-'Ala yang lebih tinggi dan lebih luas, juga alam ini seluruhnya merupakan syurga-syurga dan batasnya berakhir dengan Arasy Al-Azim, batas alam yang berakhir dan paling besar di dalamnya terkandung segala alam, hingga tamatlah pembicaraan mengenai alam yang ada dimensi-dimensi panjang, lebar dan dalam.


Fasal 6: Kanzul Mukhfi. Mengemukakan pembicaraan singkat mengenai alam ketuhanan yang  membincangkan tentang Allah sebagai sumber bagi alam seluruhnya.


Fasal 7: penutup. Menerangkan kesimpulan dari seluruh keterangan di atas.

Metode-metode mendapatkan fakta-fakta. Ketika membaca buku ini, akan ditemui banyak fakta baru berhubung dengan alam yang mungkin anda tiada pernah menemuinya. Sebahagian dari fakta itu disebut rujukannya manakala sebahagian lagi dihuraikan begitu sahaja tanpa menyebut rujukannya, seolah-olah penulis tiada mempunyai amanah dalam pemaparan fakta-fakta yang
memerlukan saksi-saksi. Ditakuti hal ini menimbulkan tanda-tanya dan prasangka dari para pembaca, terpaksalah penulis menerangkan cara-cara mendapatkan fakta-fakta itu. Ada dua cara penting yang dapat dituliskan di sini:

 1. Ada di antara penulis-penulis Islam sekarang, bila hendak menggambarkan pentingnya  memahami alam atas dan alam bawah untuk meyakini betapa besarnya kekuasaan tuhan,, mereka mengemukakan suatu ayat yang dipetiknya demikian:

Mereka membuang bahagian kepala ayat ini yang berbunyi:

Tetapi metode penulis untuk memahami alam atas dan alam bawah itu adalah dengan  mengutamakan bahagian kepala ayat yang dilupakan itu kemudian barulah penulis memakai sambungan:

Jadi, ayat itu sepenuhnya berbunyi demikian (Surah Ali Imran: 191):

Ertinya: (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

2. Mengumpulkan fakta-fakta yang bersumber dari alam atas iaitu Al-Quran, hadis-hadis, juga kata-kata ulama salaf yang hanya tinggal sebagai yang tersembunyi di sana, sampai dalam kitab- kitab kuno dan seterusnya kata-kata ahli arifin pada zaman-zaman kemudian yang masih abadi dalam kitab-kitab mereka dan lain-lainnya. Kemudian fakta yang telah disimpulkan ini disesuaikan antara satu sama lain seperti dalam permainan jigsaw puzzle dengan pedoman yang  telah didapati dari metode yang pertama di atas. Juga mana-mana fakta yang sukar ditemui atau  telah hilang sambungannya, disimen semula dengan apa yang didapati dari metode yang pertama itu hingga ia bertemu dan bersambung kembali. Dengan ini lahirlah suatu bentuk alam.

Sabtu, 1 Ogos 2015

KITAB TAFFAKKUR : PERANAN HATI



Tulisan Utsman Nuri TopbaÅŸ (ulama Turki)
 

Peranan Hati

Pada pandangan Islam, iman adalah pengakuan kebenaran yang dilakukan oleh hati, dan pernyataan yang diutarakan dengan ucapan. Dalam hal ini, akal tidak menyediakan tempat bagi terletaknya (reside)iman (dalam hal ini iman tidak dapat direalisasikan dengan akal), kerana sesungguhnya hati merupakan pusat berputarnya seluruh perasaan manusia. Hal ini perlu kita lihat, kerana sesungguhnya imanadalah sebuah cita rasa yang tinggi, sedangkan akal merupakan medium sebagai penghantar mencapai keimanan melalui peringkat-peringkatnya yang mengarah ke sana.Hakikat-hakikat Ilahiah yang diakui dan dibenarkan oleh akal, tetapi tidak disertai dengan pengakuan yang datang dari hati, tidak akan menghasilkan keimanan yang hakiki. Selama mana iman tidak bertapak di hati, maka tidak akan diikuti dengan perbuatan, hasilnya tidak melahirkan perilaku dan tindakan yang baik. Jika ini terjadi, maka amal perbuatan itu tiada nilainya disisi Allah s.w.t. Orang yang mengetahui hakikat-hakikat ilahiah tetapi tidak memahami dan menghayatinya (akibat kelalaian hatinya) dia dianggap sama dengan keldai yang memikul lembaran-lembaran kitab suci yang tebal. 

 Allah s.w.t berfirman:
“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya, adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.”
(Q.S. al-Jumu’ah, 5)

Oleh sebab itu, mengetahui hakikat ilahiah (ma’rifah al-haqa’iq al-ilahiah) bukan hanya
mengumpul dan menghimpunkan fail hakikat itu di dalam akal kita, tetapi juga dapat mengungkap rahsia sistem besar dalam kehidupan dan alamsemesta melalui pemikiran, renungan, dan perbuatan yang diperlukan untuk mencapai ma’rifat tersebut. Siapapun yang melakukan hal tersebut, maka hatinya akan dipenuhi dengan sinaran cahaya keimanan.

Suatu hasil boleh tercapai oleh akal ketika mana memikirkan tentang manusia, alam semesta dan al-Qur’an yang dianggap sebagai cermin bagi hakikat-hakikat tersebut—seperti halnya bahan mentah yangdikeluarkan dari perut bumi. Sedangkan pengolah bahan mentah yang dikeluarkan sehingga menjadi sesuatu yang berguna dan bernilai tinggi adalah hati. Kerana hati adalah pusat perenungan, tafakkur, dan perasaan. Tatkala perasaan hati yang diungkapkan sebagai “gerakhati, bisikan hati, ilham, dan inspirasi” berpadu dengan dalil-dalil yang dikemukakan oleh akal fikiran, maka ia akan menghasilkan sebuah pemahaman yang sempurna terhadap hakikat. Ini seperti proses membuat kembali pecahan-pecahan sebuah pasu seramik yang hancurberderai kepada bentuk asalnya.Dengan kata lain, pengamatan yang baik dan sempurna terhadap kebenaran dan kebaikan akan terjadi apabila akal telah dididik oleh wahyu; diiringi dengan pengakuan terhadap kekurangan yang dimiliki oleh akal bagi sesuatu yang tidak dapat dicapai olehnya, juga disertai dengan penjelajahan (exploration)
di relung-relung (niche) hati dan matang di bawah cahaya keimanan.

Harga sebuah tafakkur itu ditentukan oleh proses mempertajamkannya melalui pelbagai pengamatan dan renungan. Dengan maksud, ia memiliki kemampuan untuk bekerja sesuai dengan arahan hati dan fikiran, dalam keseimbangan yang sempurna. Jika manusia hanya mementingkan akal dan fikiran sahaja mungkin dia menjadi manusia duniawi yang baik, iaitu manusia pragmatic (pencari keuntungan). Namun jika dia ingin menjadi mukmin yang sempurna, maka diaharus melatih hatinya punca atau pusat kesedaran dan perasaan beriringan dengan pendidikan rohaniah. Jadi, hati harus menjadi pembimbing bagi akal kerana ia adalah pusat yang mengarahkan akal untuk berfikir. Sementara berfikir itu diarahkan oleh akal untukmenuju mencapai kehendak.

Boleh dikatakan bahawa sebab asas bagi munculnya perbuatan-perbuatan yang didasari oleh kehendak adalah hati yang merupakan tempat kesedaran itu berdiri tetap dan kukuh. Dari sudut ini, maka menempatkan dan memantapkan hati dalam bingkai perintah-per
intah Allah adalah hal yang paling penting dibanding anggota tubuh yang
lain. Ini kerana, pemikiran rasional (rational) dalam mengendalikan kehendak syahwat, ditambah pula tanpa bimbingan daripada hati yang sihat apatah lagi dihinggapi penyakit-penyakit hati  seperti ujub,tertipu dan sombong – akan membuat pemikiran seseorang itu menyimpang dan membawanya ke arah kesesatan dan kebinasaan.Maulana Jalaluddin Rumi berkata:“Sekiranya syaitan tidak menjunjung tinggi akal fikirannya semata-mata, sudah tentu dia tidak akanmenjatuhkan martabatnya ke dalam kondisi atau kedudukan yang dia alami sekarang ini.”Ertinya, akal tidak berguna dan tidak bernilaidengan sendirinya.

 Akal harus dikendalikan dengan bijak. Kesedaran rohaniah dalam hati mesti dimatangkan dan disempurnakan demi mewujudkan akal yang benar-benar lurus.Singkatnya, setiap tafakkur yang hakiki bermula dari suatu titik di mana ada akal yang bersinar dengan cahaya wahyu dan hati yang matang secara spiritual. 

Dan ketika kami menggunakan konsep tafakkur, maka yang kami maksud adalah bentuk tafakkur yang sah, iaitu tafakkur yang dibimbing dan dibekali dengan hakikat-hakikat Ilahi, serta dikukuhkan oleh renungan dan penghayatan hati.Menurut erti kata lain, tafakkur adalah bermaksud mendalami dan menyelami sesuatu untuk mengambil pengajaran.