Catatan Popular

Selasa, 28 Julai 2015

KITAB AD DURRUN NAFIS : FASAL 5 MAQAM FANAFILLAH DAN MAQAM BAQABILLAH



SYEIKH MUHAMMAD NAFIS AL-BANJARI (ULAMA SUFI BANJAR)

 (maka) ketika itu hasil padanya  makam  “fanafillah”  ertinya bangsa wujudnya pada wujud allah dan masuklah ia dalam hadrat yang amat besar kerana belum lagi ia kamal kerana belum sampai ia kepada maqam “billah” ertinya. Kekal denagan dia memandang yang demikian ayat yang dikekalkan Allah taala
 (bermula) maqam ini iaitu mensabitkan akan wujud segala akuan alam ini dengan memandang dan melihat akan keadaanNya mezohirkan wujud Allah taala
 
(dan) Iaitu dua perkara:-

pertama Syuhud Alkasirah filwahdah (شهود الكثرة فى الوحدة) ertinya memandang yang banyak kepada yang satu

(yakni) pandangmu akan bahawasanya wujud segala makhluk ini Qiam ia dengan wujud (بوجود) Allah taala dengan sendirinya misal seperti kita lihat akan pohon kayu maka kita lihat adalah baginya pohon dan cawangan

(dahan) dan daun dan barang sebagainya maka kita tilik dan kita bicarakan dengan fikir HATI bahawa sekelian itu jadi daripada yang satu jua iaitu biji dan demikian lagi alam ini sekeliannya jadi daripada yang satu jua iaitu Allah taala "Fassamal" (فثاءمل) ertinya bicarakan olehmu

(dan keduanya) Syuhud Al wahdah fil kasirah (شهود الوحد فى الكثره) memandang yang satu dalam yang banyak

(yakni) pandang olehmu akan bahawasanya Allah taala itu maujud ia pada sekelian zatulwujud misalnya seperti kita lihat akan satu biji maka kita ibaratkan dengan zhon (ذهن) /fikiran itu bahawasanya daripada inilah jadi ia dan keluar segala daun dan cawangnya dan pohon dan barang sebagainya seperti demikianlah wujud Allah taala yang satu itu daripadanya jua terbit sekelian alam ini "Fassmal" (فثاءمل) iaitu pandang dengan zuki (ذوقي) / rasa dan tiada pandang quli (قولى) / perkataan dan lafaz (لفطى) / ungkapan kerana lemah segala lidah daripada mendapat dia lagi pula Quoli (قولى) dan lafaz (لفطى) itu tiada memberi feidah sebab itulah

(kata) Syaidi Mustafa Albakri radiollah huanhu
bahawa jalan penghulu segala Arifin daripada orang yang mempunyai kebenaran itu amat nyata Radiollah huanhu ajamain iaitu ghaib tiada dapat oleh pacaindera yang lima dan tiada dipandang oleh mata dan berjalan itu dengan HATI kerana bahawasanya ia daripada perkerjaan yang ghaib maka wajib atas mereka yang benar membenarkan akan اَثارث dan menerima bagi itu bersungguh-sungguh ijtihad (اجتهاد) /ketekunan dan berharap dan bersedia kerana bahawasanya jalan sukar atas nafas kerana keadaannya itu ilmu zuki itu tiada dapat disuratkan pada segala suratan ia dan barang siapa mengatakan dapat mendapat dia itu dengan lafaz dan Quol (قول)/ perkataan dan Taabir (تعبير) / ungkapan maka orang itu kafir zindik (نعودباالله من ذلك)

(sahadan) maka tajali Allah taala dengan zatnya daripada daripada tiada dengan wasitah (واسطة) / perantaraan sifatnya pada sesorang hamba yang dikehendaki akanNya umpamanya nescaya fanalah disisinya itu dirinya dan segala makhluk yang lainnya daripadanya dengan segala zat dan sifatnya maka tiadalah dapat ia menghabarkan akan tajali itu kepada sesorang jua pun

(dan lagi) pula tiada dapat akan dia dengan talkin daripada maisyeikh

(mursid) hanya sanya maisyeikh itu menujukkan jalannya dan tempatnya jua kerana ia amar zuki maka barang siapa tiada merasa zauk nescaya tiada mengetahui seperti kata hukama (من لم بذق لم بدر) ertinya barang siapa tiada merasai nescaya tiada mendapat ia (misal) seperti orang jawi (جاوى) / berkhatan yang dijawi umpama dikhabarkan orang akan dia rasa seperti begian-begian rasanya nescaya tiada mendapat ia akan rasa (سزجل) / sebenar pada hakikatnya kerana ia belum merasa maka jika sudah merasa akan dia barulah tahu ia rasanya itu

(demikian lagi) makrifat akan Allah taala jikalau orang yang sudah merasa akan dia nescaya tahu sendirinya ia tiada susah ia bercerita

(dan) tiada dapat segala Arifin itu mentakrifkan akan dia dan mengisyaratkan dia dan lemahlah mereka itu mengibaratkan dia seperti

sabda (نبي صل الله عليه وسليم) iaitu (سبحا نك ما عرفنك حق معر فتك)

ertinya “Maha suci engkau ya Allah tiada kami mengenal akan dikau akan sebenar-benar pengenalan akan dikau (dan) kelu lidah mereka itu daripada mengatakan dia “

(seperti) sabda (نبي صل الله عليه وسليم) iaitu (من عرف الله كل لسا نه)

ertinya “Barang siapa mengenal ia akan Allah taala sebenar-benarnya nescaya kelu lidahnya kerana akan zuki “

(bermula) makna pandangmu bahawasanya Allah taala itu maujud ia pada tiap-tiap yang wujud itu syuhudmu akan hakikatnya dan keramahnya jika engkau sampai kepada mengenal akan zatnya dengan tiada haul (حول) dan tahjid dan kifiat dan syuhudmu akan Qudratnya dan kebesarannya jika engakau tidak sampai kepada mengenal zatnya dan hanya sampai kepada sifatnya jua kerana kebanyakkan Aulia sehingga-hingga sampai makrifat akan Allah taala kepada sifatnya jua dan tiada yang sampai kepada mengenal zatnya itu melainkan segala Aulia yang dibawah Kadam Nabi Kita Muhammad صل الله عليه وسليم seperti yang tersebut pada awal pasal yang keempat ini

(sahadan) manakala merasa sesorang akan tajli zat itu padanya nescaya lenyaplah ia didalam "Laut Ahdiat" wujud mutlak yang ليس كمثل شىء dan tiada melihat ia akan membilang amal yang disandarkannya akan dia pada dirinya dan tiada kepada sesorang daripada makhluk dan tiada membangsakan ia kepadanya dan suatu juapun dan tiada berpaling ia kepada segala ibarat seperti bahawa dibilangkannya perbuatan yang baik itu daripadanya dan tiada berpaling ia kepada suatu maqam daripada segala maqam barang maqam ada ia yang mengesakan ia akan dia dengan ithijadnya (اجتهاد) / ketekunannya bagi dirinya dan tiada tahu ia daripada sebab yang memperolehi akan dia daripada memandang wujud mutlak yang mendirikan dengan dia dan wujudnya (dan) adalah orang pada maqam ini tiada merasa akan suatu kerana bahawasanya tajli zat itu menghabisi ia dalam tempat pandangnya itu akan memandang wujud makhluk yang satu maka dengan sebabnyalah hilang akal pada yang lainnya dan terlebih ia dapat sangat tajli nur yang dipandang

(kata) Syeikh Huna al Arrif billah Maulana al Sabik Sidiq bin Umarhan Qudsiallah Sirihu

Bermula barang siapa ada ia pada maqam ini nescaya tiada hampir ia pegangnya dengan syariat dan terkadang berkata ia dengan perkatan yang tiada diterima akan dia oleh segala ulama syariat maka (منو كس) / meletak hukum mereka itu akan dia dengan zindik kerana bahawasanya orang yang pada maqam ini iaitu orang yang mempunyai hakikat semata-mata tiada dengan syariat yang zahir intiba

(inilah) mafhum kata Iman Junaid Radioallahuanhu
ertinya “Tiada jua sampai sesorang kepada darjat hakikat hingga naik saksi padanya itu satu ribu daripada orang yang Sidiq dengan mengatakan bahawasanya orang ini zindik”

(kata) Syeikh Abdul Wahab Alsyrani rahmatullah kepada Syeikh Ali Alkhawas qudsillah Sirihu

apa darjat hakikat itu?
(maka jawabnya @ gurunya) radioallahuanhu darjat hakikat itu yaitu hilang segala wujud yang zohir ini pada pandangan bukan hilang pada Nafas Alamry (نفس الامر) / pada hal yang sama maka apabila memandang ia dengan musyahadah ini maka tiada melihat ia dengan hatinya itu hanya Allah taala jua dan apabila tiada melihat ia melainkan Allah taala jua maka tiada mengetahui ia akan barang yang dikatanya itu tiada teringat katanya itu atas qaidah Syariat yang zohir maka tiada membenarkan segala orang yang Sidiq itu melainkan (منو كس) / meletak hukum mereka itu dengan zindik kerana memelihara atas Zahir syariat nabi kita Muhammad صل الله عليه وسليم kerana takut akan ditakuti oleh orang yang lain seperti barang yang jatuh "Hillaj"

(bermula) yang dikehendaki dengan Sidiq disini iaitu orang yang menjalani ia akan jalan Syariat atas perkara yang (تمام) dan (كمال)

(kata) Syeikh Abdul Wahab Alsyrani rohmatullah kepada  gurunya (استاذث) / perkara yang tersebut itu maka adalah tiada dapat tiada sampai bagi tiap-tiap orang yang salik itu kepada hakikat

(maka kata gurunya) radoiallahuanhu yakni bahkan sampai mereka itu kepada hakikat tetapi memelihara akan Allah taala akan orang yang salik itu dengan wasitah Syeikhnya pada membuka dinding itu atasnya hingga kembali ia kepada darjat ADAB  yang dicela akan dia oleh Salaf yang soleh والله آعلم intiba'

(sahadan) maka apabila nyata bagimu sekejap mata jua umpamanya rahsia yang engkau perolehi akan dia dengan musyahadah itu kerana mengekalkan (حضور) / kehadiran yang demikian itu daripada tiada tersilang-silang (غقلة) itu iaitu tiada daya melainkan bagi segala افراد / angota seperti anbia dan setengah daripada aulia yang kamil tiada yang lain daripada mereka itu

(maka) peliharakan olehmu akan dia dengan menutupi dia dan jangan engkau nyatakan kepada sesorang juapun kerana bahawasanya yang demikian itu setengah daripada segala yang diharamkan oleh Allah taala menyatakan dia dan menyuruh Allah taala itu akan dia dengan menutupi dia dan menegahkan dia daripada membukakanya atas lisan Nabi Muhammad صل الله عليه وسليم sekira-kira sabda nabi (والله محارم فلا تمسكوها) ertinya dan bagi Allah itu beberapa rahsia yang diharamkan menyatakan akan dia maka janganlah kamu buka akan dia maka apabila nyata bagimu rahsia itu dengan zoki mu maka pelihara olehmu akan dia dengan mengerjakan segala suruhan dan menjauhi segala larangannya supaya tetap ia padamu kerana bahawasanya rahsia sir yang amat mulia dan sembunyikan olehmu akan dia daripada orang yang bukan Ahlinya kerana datang Syarak suruh menyembunyikan akan dia kepada orang yang bukan ahlinya sperti yang lagi akan datang Insyaalah.

Bermula orang yang ahlinya itu iaitu segala orang yang sunyi hati mereka daripada tiap-tiap yang lain daripada Allah Taala dan disediakan mereka itu bagi tempat menghantarkan akan dia dan kekal mereka itu akan (قبر) /makam baginya oleh mereka itu didalam dada. Maka tiada membei tahu akan mereka itu atasnya kepada seorang juapun melainkan kepada orang yang menyuruhkan Allah Taala akan mereka itu bahawa diberi tahukan mereka itu akan dia atasnya kerana bahawasanya mereka itu pada maqam adap serta Tuhan mereka maka barang yang menyuruh Allah Taala akan mereka itu maka memperbuat mereka itu akan dia dan barang yang menegahkan Allah Taala akan mereka itu daripadanya maka menjauhkan mereka daripadanya.

(Dan lagi) pula maqam "Baqa" ini kembali kepada zahir Syariat Nabi Kita Muhammad صل الله عليه وسليم dan mengerjakan barang yang disuruh akan dia oleh syarak dan menjauhkan ia akan barang yang ditegahkan oleh syarak dan memberi ia akan yang mempunyai bahagian itu baginya dan menyempurnakan ia akan tiap-tiap yang mempunyai haq itu akan haqnya maka jadilah pada ketika itu ia ( بقاءالله) itulah yang dituntut.

KITAB AD DURRUN NAFIS : FASAL 3 TAUHID SIFAT



 SYEIKH MUHAMMAD NAFIS AL-BANJARI (ULAMA SUFI BANJAR)

(bermula fasal) yang ketiga pada menyatakan tauhidus sifat (ya’ni) mengesakan allah ta’ala pada segala sifat berdiri ia pada zat allah itu

iaitu ‘Ibarat daripada fana’ segala sifat makhluk sama ada sifat dirinya atau lainnya sekeliannya fana’ ia di dalam sifat allah

(bermula kifiyat) memandang dan musyahadahkan yang demikian itu iaitu seperti bahawa engkau pandang dan engkau musyahadahkan dengan matahatimu dan dengan ‘itiqadmu bahawasanya segala sifat yang berdiri ia kepada zatnya itu iaitu seperti qudrat dan irodat dan ilmu dan hayat dan sami’ dan basar dan kalam sekeliannya itu sifat allah ta’ala kerana tiada tiada ada zat yang bersifat dengan segala sifat yang tersebut itu pada haqiqatnya melainkan allah zat allah ta’ala jua dan dibangsakan segala sifat ini kepada makhluk atas jalan majazi jua tiada pada haqiqatnya dan hanyasanya segala sifat yang tersebut itu ada ia berdiri pada segala makhluk itu iaitu mazharnya sifat allah ta’la jua

(maka apabila) tahqiqlah memandangmu dengan yang demikian itu nescaya fana’lah segala sifat makhluk itu di dalam sifat Allah ta’ala ya’ni tiada mendengar ia melainkan dengan pendengaran Allah dan tiada melihat ia melainkan dengan penglihat Allah ta’ala dan tiada tahu ia melainkan dengan tahu Allah ta’ala dan tiada hidup ia melainkan dengan hayat Allah ta’ala dan tiada berkata2 ia melainkan dengan kalam Allah ta’ala jua hingga yang lain daripada segala sifatnya sekeliannya itu dengan sifat Allah ta’ala jua

(bermula) dalil yang menunjukan atas bahawasanya tiada bagi hamba itu mempunyai sekelian sifat ini dan yang ada bagi hamba itu mazhar sifat allah ta’ala jua iaitu
firman allah ta’ala didalam hadis qudsi
ertinya ”Tiada menghampirkan olih segala orangyang menghampirkan dirinya kepadaku itu dengan seumpama mengerjakan barangyang aku fardhukan atas mereka itu dan sentiasa hamba aku menghampirkan diarinya kepada aku itu dengan mengerjakan segala ‘ibadat yang sunat hingga aku kasih akan dia maka apabila aku kasih akan dia nescaya adalah aku pendengaranya yang mendengar ia dengan dia dan penglihatanya yang melihat ia dengan dia dan lidahnya berkata2 ia dengan dia dan yang memegang ia dengan dia dan kakinya yang berjalan ia dengan dia dan hatinya yang bercinta ia dengan ia”

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

" Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihattannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia”

(shahadan) bermula kifiyat tajjali sifat itu bahawa engkau pandang akan haq allah ta’ala itu bahawasanya hamba mendengar itu dengan allah maka fana’lah daripada segala keadaan mendengar ia dengan dirinya kemudian maka apabila tetaplah tajalli sifat yang satu itu daripada hatimu maka engkau pandang pula akan sifat yang lainnya hingga habis segala sifat itu dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu seperti bashar dan kalam dan ilmu dan irodat dan ‘atho’ dan mani’ maka tiada dipandangnya dirinya yang bersifat dengan yang demikian itu hanya menerima daripada sifat allah ta’ala jua kemudian daripada sudah hapus segala sifat yang lainnya itu maka tajalli pula atasmu maka engkau pandanglah akan dia bahawasanya ia jua yang bersifat haiyun maka fana’lah hayat itu daripada dirimu maka nyatalah bahawasanya tiada yang hidup hanya allah ta’ala jua maka apabila hasillah bagimu maqam fana’ ini pada ketika itu maka jadilah engkau baqa’ bi sifat illah maka berolih kemenanganlah engkau pada ketika itu dengan mengenal maka kenallah akan dia dengan pengenalan yang layak dengan sempurnanya dan jadilah engkau pada ketika itu fana’ fi sifat illah dan baqa’ bi sifat illah dan memberi tahu allah ta’ala akan dikau pada ketika itu akan segala rahsia sifatnya yang mulia itu.

(shahadan) pada maqam al baqa’ ya’ni maqam tauhid al sifat inilah kesudahan yang diharap dan yang dimaksudnya dan yang dicita dan yang dituntut dan pada maqam tauhid as sifat inilah kesudahannya sampai dari kebanyakan dari segala anbia’ dan aulia’ dan tiada yang melampaui akan maqam ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barang yang ada anbia’ dan aulia’ yang dibawah qidamnya


(shahadan) faedah tajalli itu memandang ia akan sifat dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu kerana setengah daripada tajalli sifat itu terlebih keras daripada setengah yang lainnya dan lagi pula supaya tamkin dan tetap ia dengan yang satu itu dan manakala tamkin dan tetap dengan yang satu itu nescaya hasillah daripadanya dan kuat bertambah2 supaya dapat ia menanggung akan tajalli dzat kerana tiada kuasa seseorang menanggong akan tajalli dzat itu sebelum lagi tamkin dan tetap pada tajalli segala sifat itu di dalam hati maka apabila sampailah seseorang itu kepada maqam ini nescaya jadilah ia kholifah allah ta’ala di dalam bumi ini dan menjadikan allah akan dia itu ganti pada meluluskan segala hukumnya pada segala hambanya seperti nabi adam as menjadi kholifah pada segala alam ini

seperti firman allah ta’ala yang tersebut didalam alquran

ertinya  “Tatkala berfirman tuhanmu bagi segala malaikat bahawasanya aku hendak menjadikan didalam bumi itu akan seorang kholifah”

(ya’ni) yang menganti akan daku pada meluluskan pada hukumku didalam bumi maka tiada menjadikan ia akan kholifahnya melainkan bahawa mengajari akan dia akan segala asma’ sekeliannya

seperti firman allah ta’ala

ertinya “Dan telah mengajari allah ta’ala akan nabi allah adam akan segala asma’ sekeliannya”

dan lagi menunjuki ia pada ketika itu akan barang yang sesat dan lagi mengetahui akan segala perkara sekeliannya samaada nyata atau tersembunyi dengan pengajaran daripada allah ta’ala kerana jadi kholifahnya seperti

kata setengah ‘ariffin billah

ertinya “Barang siapa mengenal ia akan allah ta’ala dengan sebenar2 pengenal nescaya tiada terlindung atasnya sesuatu jua pun”
dan lagi menganugerahi allah ta’ala akan dia itu akan ilmu laduni iaitu ilmu yang diilhamkan allah ta’ala kepada hati hambanya dengan tiada wasitah mengambil talqin daripada masyaih iaitu ilmu yang tetap yang tiada bolih hilang dan lupa maka orang yang mempunyai ilmu itu dinamakan ‘alim yang sebenarnya

seperti kata Abu Yazid Albustami qadassallahu sirrahu:

“Dan lainnya bukannya orang yang ‘alim itu orang yang mehafazkan ilmunya daripada kitab apabila lupa ia akan barang yang dihafazkan itu maka jadilah ia jahil dan hanyasanya orang yang ‘alim sebenarnya itu iaitu orang yang mengambil ia akan dari tuhannya pada barang waktu yang dikehendakinya dengan tiada sebab hafaz dan daris maka orang itulah yang dinamakan al‘alimu ar rabbani dan orang itulah yang diisyaratkan didalam firman allah ta’ala (علّمنا من لدنا علما) ertinya dan kami ajar akan dia akan ilmu daripada kami”

 (ya’ni) dengan tiada wasitah dengan berlajar dan setengah ilmu itu dengan wasitah berlajar kepada makhluk kepada yang demikian itu tiada dinamakan dia ilmu laduni tetapi ilmu laduni itu yang terbuka pada sirr hati daripada tiada sebab yang menghasilkan akan dia pada khorij

kata Abu Yazid Albustami qadassallahu sirrahu bagi segala ulama’ zhohir pada khasnya
ertinya  “Kamu ambil akan ilmu kamu hai ulama’ az zhohir hal keadaannya mayat daripada mayat dan kami ambil akan ilmu kami itu daripada tuhan yang hidup yang tiada mati intiha’ demikianlah hasil yang disebutkan olih imam alghazali di dalam ihya ulumuddin”

(adapun) pada maqam ini melihatlah ia segala perkara sekeliannya samaada ia zhohir atau bathin dan terbuka baginya segala haqiqat sesuatu dengan cahaya yang nyata yang menganugerah ia allah ta’ala akan dia tiada terlindung atasnya seberat zarah juapun daripada segala alam ini dengan barang yang muafakat dengan hal mereka itu dan anugerahnya itu iaitu tiada dapat seorang juapun menegahkan dia seperti yang tersebut


di dalam alquran firmannya

ertinya “Sekeliannya kami anugerah ia akan mereka itu dan mereka itu daripada pemberian tuhanmu itu tiada tertegah dan lagi pula pada maqam ini”
Mendengar ia akan segala seru samaada dengan lidah yang zhohir atau dengan lidah yang bathin iaitu ‘ibarat daripada hathir hati samaada ia pada tempat yang jauh atau hampir jua jikalau balik jibal khof sekalipun yang seru itu nescaya didengarnya jua kerana padanya itu hampir jua sekelian alam ini (dan warid daripada) hadith bahawasanya sekelian alam ini pada aulia’ allah ta’ala itu seperti qidam jua dengan semata2 anugerah allah ta’ala dan rahmatnya maka bersungguh2lah engkau hai saudaraku menuntut yang demikian itu supaya engkau dapat akan dia

 (dan) bersungguh2 lah engkau pada memintak doa kepda allah subhanahu wata’ala kerana allah subhanahu wata’ala itu memperkenan pinta orang yang meminta seperti firman allah ta’ala (أدعوني أستجب لكم) ertinya minta olihmu kepada aku nescaya aku perkenankan bagimu

(shahadan) bersalahan ulama' pada segala sifat itu adakah ia diri zat atau lain daripadanya
(kata) ulama' usulluddin ya'ni ahlus sunnah wal jumaah rodhiallahu anhu bahawasanya segala sifat ini sekeliannya qodim seperti zatnya jua dan qodimnya pun dengan qodim zat jua dan ujudnya pun dengan ujud zat jua ya'ni tiada bolih tanggal daripadanya tetapi adalah ia ma'ani yang berdiri kepada zat tiada lain daripada zat lagi bertambah atasnya maka pula ini adalah allah ta’ala qodirun biqudrotih muridun bi irodatihi dan alimun biilmihi haiyun bihayatihi samiun bisam’ihi dan basirun bibasrihi dan mutakallimun bikallamihi

 (dan) kata ulama’ ahlu Attassawuf ya’ni ‘Ariffin billah qadassallahu asrarrahum :
”Bahawasanya segala sifat itu diri mausufya’ni diri zat maka atas qaul ini adalah allah ta’ala qodirun bizatihi dan muridun bizatihi dan alimun bizatihi dan samiun bizatihi dan basirun bizatihi dan mutakallimun bizatihi tiada lainnya

(dan kata) Syechuna Al’arif billah Maulana as Syech Siddiq Ibni Umar Khan Talmiz almarhum Alqutub ar Rabbani Maulana as Syech Muhammad bin Abdul Karim as Saman almadani rodiallahu anhuma

(bermula qaul) yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri mausuf tiada lain daripadanya maka iaitu atas jalan kasyaf dan musyahadah kerana qaul ini sabit pada mereka itu ya’ni ahlu attassawuf pada jalan kasyaf dan musyahadah kerana merekaitu sentiasa musyahadahkan allah maka dibukakan olih allah ta’ala akan merekaitu dinding sifatnya maka tiada dilihatnya dan didapatnya olih merekaitu akan sifat itu berdiri kepada ma’ni yang qoimun ia kepada zat dan hanya yang dilihat dan yang didapat olih merekaitu sifat itu berdiri kepada zat jua dan lagi pula mengambil dalil merekaitu dengan akal jikalau bahawasanya sifat itu lain daripada mausuf nescaya adalah allah ta’ala itu majhul yang berkehendak kepada sifat yang mengenalkan dia maha suci allah ta’ala daripada yang demikian itu tetapi adalah ia terlebih ma’rifah daripada segala yang ma’rifah (bermula) qaul yang mengatakan bahawasanya sifat itu lain daripada zat dan lagi bertambah ia atasnya maka iaitu atas jalan ajal dan ‘itiqad iaitu terupa ia pada pihak akal kerana ia isim mushtaq maka tiap2 isim mushtaq itu tiada dapat tiada baginya daripada mushtaq minhu iaitu seperti qodirun umpamanya maka iaitu isim mushtaq ertinya yang diterbitkan maka tiada dapat tiada baginya itu mushtaq minhu yang diterbitkan daripadanya iaitu qudrah ya’ni bahawasanya qodirun itu isim fa’il yang diterbitkan ia daripada masdar iaitu qudrah maka qudrah itu iaitu sifat lain daripada zat tetapi tiada baginya ujud sendiriannya hanya ujudnya itu dengan tiada tanggal ia daripadanya dan qodimnya pun dengan qodim zatnya jua
 
(dan lagi) qaul terupa yang demikian itu pada ‘itiqad kita sebelum lagi sampai kepada maqam mukafahah ya’ni berhadapan dan musyahadah ya’ni berpandangan

(adapun) jikalau sudah sampai kepada maqam mukafahah dan musyahadah maka tiada dilihat disana sifat ini lain daripada saufun intiha’ dimithalkan seperti seorang orangyang dicari umpamanya dikhabarkan olih seseorang akan dia akan sifat hajarrul aswad itu seperti dikata orang baginya bermula hajarrul itu sangat hitam umpamanya maka ‘itiqadkan olih orangyang belum melihat ia akan hajarrul aswad itu seperti yang disifatkan olih orangyang pada akalnya tatkala sebelum ia melihat dia sebab ada berdiri hitam itu kepadanya hingga dikata ia yang hitam maka menjazamlah pada ‘itiqadnya dengan demikian itu kerana tiada dapat sekali2 dirupakan olih akal dikatakan yang hitam itu jikalau tiada berdiri hitam kepadanyalah maka dikata ia yang hitam maka tatkala sampailah ia kenegeri mekah umpamanya terpandanglah ia dengan dia dan dilihatlah akan haqiqatnya sebenarnya jua hajarrul aswad itu yang hitam seperti yang dikhabarkan olih orang itu jua maka hilanglah pada ketika itu ‘itiqadnya yang mengatakan hitam itu berdiri kepada hajarrul aswad kerana sudah musyahadah nyata ia dilihat pada ketika itu tiadalah dilihat yang hitam berdiri berdiri kepada kepada lainnya daripada hajarrul aswad tetapi yang hitam itulah zat hajarrul aswad tiada lainnya faifham wassalam

(soal) jika ditanya orang apa perbezaaan mazhab ahlu attassawuf ini dengan mazhab mu’tazillah

(jawab) bahawasanya mazhab mu’tazillah yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri zat tiada lain daripadanya dan tiada bertambah atasnya itu iaitu ‘itiqadkannya dengan ittihad ertinya bersuatu iaitu seperti bahawa ada bagi zat itu ujud istiqlal dan ada bagi sifat itu ujud istiqlal maka dicampurkan keduanya itu menjadi satu seperti bercampur sakarnabat dengan air maha tinggi allah ta’ala daripada sangka mu’tazillah yang bidaah fasik itu dengan ketinggian yang amat besar
 
(shahadan) bahawa maqam tauhidus sifat inilah maqam yang tetap dan rosih maka tatkala sudah habis segala tajalli sifat itu di dalam hati maka dianugerahkan allah ta’ala akan dia pada ketika itu kuat yang dapat ia menanggong akan tajalli zat jika dikehendaki allah ta’ala maqam inilah yang menyampaikan orang yang arif itu kepada maqam yang diatasnya iaitu maqam tauhiduz zat inilah maqam yang keempat daripada segala maqam ariffin wassalam


KAMUS TAUHID SIFAT

atho’ (عطاء) @ memberi @ menganugerah ( khayalan, fantasia, waham, maya, sangkaan, dualisma keberadaan)
Bashar (بصر) @ penglihatan @ penyaksian @ pemerhatian @ pemusatan kearah imej2 avatar
baqa’ bi sifat illah (بقاء) @ sebatian @ kekal
Fana’ (فناء) @ binasa @ lupus @ kelenyapan @ tanpa keberangkalian ujud
baqa’ bi sifat illah (بقاء بصفات الله) @ sebatian @ kekal dengan sifat ketuhanan
haiyun (حىّ) @ hidup @ berfungsi
Ilmu (علم) @ pengetahuan @ berkeadaan mengenal sesuatu
Irodat (إرادة) @ berkehendak @ membutuhi
Kalam (كلم) @ berkata @ berbahasa dan berbunyi dengan isyarah menggerakan bibir
Mani’ (مانع) @ melarang @ menghalang dari memberi
Tajalli (تجلّى) @ menyatakan keberadaan keatas sesuatu susuk @ tubuh
Tajrij (تدريج) @ satu demi satu


al‘alimu ar rabbani (العلم الربّانىّ) memhami @ mengerti @ berilmu ketuhanan
anbia’ (أنبياء) nabi2 @ pemberita2 @ tukang2 cerita @ ahli2 iluminati @ para filosof2 agama
aulia’ (أولياء) wali2 @ kekasih2 tuhan @ yang bersandar setiap urusan kepada tuhan
kholifah (خليفة) bayangan @ wakil @ pengganti @ dibelakang
khorij (خارج) luar @ tidak dari dalam
laduni (لدنى) ilmu ilham @ wahyu tanpa menuntut dari mana pihak
masyaih (مشائح) guru2 kerohanian
qidam (قدم) telapak kaki @ dibawah hiraki
tamkin (تمكين) keadaan
talqin (تلقين) ajaran @ pimpinan @tunjuk ajar
wasitah (واسطة) perantaraan @ orang tengah

hathir (حطر) bisikan @ goyangan @ detak- detik
jabal khof (جبل قاف) bukit khaf
warid (ورد) kehendak @ ya'ni @ dimaksudkan @ tujuan

faifham (فإفهم) maka fahamkanlah
'itiqad pegangan (إغتقاد) @ pendapat @ fahaman @ doktrin anutan
istiqlal (إستقلال) didatangkan @ dipindahkan
jazam (جزم) berpegang teguh @ menetap
kasyaf (كشف) berpandang tebus @ landas seakan melihat realiti
majhul (مجهول) yang di bodoh @ didungukan disifatkan sebagai tolol @ diperkecil2kan @ diperbudak2kan
masdar (مصدر) nama terbitan @ pronoun
mukafahah (مكافحه) mengawal serta membiasakan
mu'tazillah (معتزلة) kaum rationalis islam yang berpandulkan akaliyah dan tidak melibatkan diri dalam pertentangan politik antara ali ibn abu mutholib dan mu'awiyah bin abu sofyan
musyahadah (مشاهده) penyaksian seakan2 fokus, lantas.. hadap meghadapi
mushtaq (مشتق) isim atau kata nama yang dibina dari nama terbitan.. dengan berasakan tiga huruf asas namun memiliki ma'ani yang berbeza umpamanya: (قال و وإستقلال)
qodim (قدم) dari awalan tanpa awalan
qoimun (قائم) berdiri sendirian
sabit (ثبت) tetap @ keputusan @ tidak ada perubahan
sakarnabat (سكرنبات) gula ato manisan yang tersuling/ diperah dari tanam2an ato buah2an
rosih (راسخ) jelas @ berunsur fakta @ logika
sifat (صفة) oknum zat @ dualisma zat @ penyataan intipati
talmiz (تلميذ) murid @ pengikut @ perlajar @ penuntut bukan penkaji
tanggal @ bercerai @ berpisah @ tidak sebati @ didalam atau diluar @ tidak bersatu
zat (ذات) intipati @ materi awalan tanpa definasi