(SAJAK HAKIKAT)
Tanpa cahaya tidak kelihatan warna
Malam hari, tidak kelihatan warna
Adanya gelap diketahui adanya cahaya
Semua yang tidak kelihatan diketahui kerana ada bandingan dan lawannya.
Malam hari, tidak kelihatan warna
Adanya gelap diketahui adanya cahaya
Semua yang tidak kelihatan diketahui kerana ada bandingan dan lawannya.
Tetapi Allah tidak ada bandingan atau lawannya
Dia Melihat semua
Mata tidak nampak Dia
Kerana Dia tidak ada lawan dan bandingNya
Dia Melihat semua
Mata tidak nampak Dia
Kerana Dia tidak ada lawan dan bandingNya
Ruh tidak berbentuk
Tetapi ia mengambil bentuk
Badan dan benda berbentuk
Di situlah Ruh mengambil bentuk
Tetapi ia mengambil bentuk
Badan dan benda berbentuk
Di situlah Ruh mengambil bentuk
Apabila gelombang fikiran
Timbul dari lautan Ketuhanan
Ia menutup dirinya dalam bunyi dan perkataan
Di situlah dirinya dizhohirkan
Timbul dari lautan Ketuhanan
Ia menutup dirinya dalam bunyi dan perkataan
Di situlah dirinya dizhohirkan
Ombak berbentuk berupa
Kemudian hancur binasa
Tinggallah laut sahaja
Tempat asalnya.
Kemudian hancur binasa
Tinggallah laut sahaja
Tempat asalnya.
Penjelasan/Maksud
Setiap sesuatu dalam alam ini dapat diketahui kerana adanya bandingan atau lawannya.
- Kalau tidak ada gelap, tidaklah diketahui adanya cahaya.
- Kalau tidak ada susah, tidaklah diketahui adanya senang dengan nikmatnya.
- Jika tidak ada malam, tidaklah diketahui nikmatnya siang.
Inilah hal-ahwal yang berkaitan dengan sesuatu yang baru atau alam ini.
Berkenaan Allah, ianya Maha Suci dari sebarang bandingan atau lawannya; malah sebaliknya Dia Yang Meliputi akan segala maujud yang dirasa, yang dipandang, yang didengar dan yang disentuh. Mata yang kasar ini selama-lamanya tidak nampak Dia; kerana yang kasar itu manakan mungkin melihat sesuatu yang tidak ada lawan atau bandingannya. Allah itu Maha Tinggi dan Maha Suci daripada sebarang kekurangan dan persamaan kerana sesuatu yang berupa dan berbentuk ada hadnya.
Demikian pula Ruh yang tidak berbentuk itu. Ia bukannya sesuatu yang boleh dilihat dengan mata yang kasar ini. Ia juga tidak berada di dalam dan tidak berada di luar badan kerana ianya tidak berbentuk sebagai bentuknya badan yang kasar ini. Badan dan benda-benda ada bentuknya, ukurannya dan saiznya. Pada badanlah ruh itu mengambil bentuk, tetapi bukan menetap di dalamnya. Dengan kerana itu, ia tidak hancur dan ikut binasa apabila badan dan bentuk itu musnah. Ia tetap dengan keadaannya yang asal. Ini adalah kerana ia adalah;
Ruh ini bukanlah jisim dan bukanlah 'aradh', kerana ia datang dari urusan Allah Taala sebagaimana firmannya yang bermaksud:
'Katakanlah hai Muhammad bahawa Ruh itu adalah urusan Tuhanku.(Surah Al-Israk ayat 85)
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
'Hai Jiwa yang Tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan redho dan diredhoi." (Surah Al-Tahrim ayat 12)
Urusan Allah bukanlah berupa jisim dan bukan pula 'aradh', malahan ia adalah suatu kekuatan 'ILAHIYAH' seperti 'AKAL YANG PERTAMA' (Al-'Aklul-Awal), Luh dan Qalam. Kekuatan Ilahiyah adalah Jauhar-Jauhar Tunggal yang bukan dari benda, malah ia merupakan sinar-sinar abstrak yang dapat difahami oleh akal (Ma'quulah). Bukan boleh dirasa. Apa yang kita sebut sebagai ruh dan Qalbu adalah dari Jauhar-Jauhar itu. Ia tidak rosak, tidak layu, Tidak binasa, tidak mati bahkan;ia terpisah dari badan dan menantikan perkembalian pada hari kiamat
Bandingannya adalah seperti sebuah lautan. Ombak membentuk dan berupa pada lautan itu. Bentuk dan rupanya akan hancur binasa apabila lautan itu tenang atau ombak itu menghempas pantai. Dengan itu yang tinggal cuma lautan sahaja. Laut adalah tempat asalnya.
Fikiran itu menzhohirkan dirinya dalam bunyi dan perkataan. Sebenarnya fikiran itu tersembunyi dalam bunyi dan perkataan itu. Demikian pula apabila badan atau penzhohiran itu binasa, maka tinggallah ruh sahaja. Apabila yang majazi(bukan hakiki) binasa, maka tinggallah Yang Hakiki. Apabila alam semesta binasa tinggallah Allah saja.
Wahai diriku, naiklah melepasi nama dan bentuk. Naiklah dan naiklah lagi dengan Qudrat TuhanMu melepasi ombak, melepasi bunyi, melepasi perkataan, melepasi fikiran dan melepasi apa sahaja yang tidak hakiki agar dapat menjejaki maksud isyarat AuliaMu seperti mana berikut;
"Orang-orang yang mempunyai makrifat itu, apabila kembali dari kenaikkan mereka ke Alam Hakikat itu, sebulat suara mengakui bahawa mereka tidak melihat apa pun kecuali Allah Yang Maha Esa sahaja. Ada yang sampai ke peringkat ini dengan saintifik, ada pula percubaan dan secara subjektif. Di sini, mereka nampak Keesaan Yang Mutlak dan akan tenggelam di dalamnya. Berbilang-bilang dan banyak tidak ada pada pandangan mereka. Mereka kagum dan terpesona memandang KeEsaan itu. Tiada daya upaya mereka kecuali menyebut "Allah", bahkan menyebut diri mereka sendiri pun tidak berupaya. Tiada apa lagi bersama mereka kecuali Allah.
Mereka mabuk dalam suasana yang di dalamnya aqal mereka sendiri pun lenyap, hingga ada yang berkata "Dalam baju ini tidak ada yang lain kecuali Allah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan