Kitab
Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat"
Oleh Imam al Qurthubi Andalusia (Mahaguru Tafsir)
Telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Buraidah bahawa Nabi saw telah bersabda " Seorang mukmin itu meninggal dunia dengan kening basah". Hadis yang sama juga telah diriwayatkan oleh at Tarmidzi sebagai hadis hasan. Kemudian dari riwayat Abu Abdullah at Tarmidzi al Hakim didalam kitabnya 'Nawardir al Ushul' dari Salman al Farsi yang mengatakan, ia pernah mendengar Rasulullah bersabda iaitu "Perhatikan 3 pekara kepada orang yang akan meninggal dunia.
Jika keningnya basah, sepasang mata (kelopak
mata) berpeluh dan hidungnya mengembang, ia adalah petanda rahmat dari Allah
diturunkan kepadanya. Jika ia terpejam seperti gadis yang dicekik, kulitnya
berwarna kehitaman dan dikedua sudut mulutnya berbuih, maka ia petanda azab
dari Allah swt yang diturunkan kepadanya ".
Menurut dia lagi, pada saat hendak meninggal
dunia, sisa-sisa dosa orang mukmin itu akan diseksa atau dicuci hingga
mengakibatkan keningnya basah. Ulama lain berpendapat kening yang basah adalah
akibat dari perasaan malu kepada Allah kerana pernah melangar laranganNya.
Apabila didalam keadaan tubuhnya dibahagian bawah telah mati sedangkan yang
mampu bergerak hanyalah dibahagian atas sahaja, maka "letak" rasa
malu hanyalah pada sepasang matanya sahaja. Pekara seumpama ini tidak nampak
pada orang-orang kafir atau orang Islam yang sedang sebuk diazab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan