Catatan Popular

Rabu, 3 Julai 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (14) Asal kejadian anak Adam dari Nur Muhammad



Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
  1. Soal: Apakah asal kejadian anak Adam?
    Jawab: Asal kejadian anak Adam ialah daripada empat anasir iaitu tanah, air, angin, dan api.
  1. Soal: Tanah itu jadi daripada apa, air jadi daripada apa, angin jadi daripada apa, dan api jadi daripada apa?
    Jawab: Tanah itu daripada air, air itu daripada angin, angin itu daripada api, dan api itu daripada rahsia Muhammad.
  1. Soal: Tanah itu tanah yang mana, air itu air yang mana, angin itu angin yang mana dan api itu api yang mana?
    Jawab: Tanah itu badan Muhammad, air itu cahaya nur Muhammad, angin itu nafas Muhammad, dan api itu nazir Muhammad.
  1. Soal: Tanah itu jadi apa, air itu jadi apa, angin itu jadi apa, dan api itu jadi apa?
    Jawab: Tanah itu jadi daging, air itu jadi tulang, angin itu jadi aurat, dan api jadi darah.
    83 Soal: Mana kejadian diri batin?
        Jawab:Kejadian diri batin itu ialah daripada empat anasir batin.

 

84. Soal: Mana empat anasir batin?
Jawab: Empat anasir batin itu ialah wujud, nur, ilmu, syuhud. Erti wujud itu dzat Allah, erti ilmu itu sifat Allah, erti nur itu asma' Allah, dan erti syuhud itu af'al Allah.

85. Soal: Dzat itu jadi apa kepada kita, sifat itu jadi apa kepada kita, asma' itu jadi apa kepada kita, dan aPal itu jadi apa kepada kita?
Jawab: Dzat itu rahsia kepada kita, sifat itu nyawa kepada kita, asma' itu hati kepada kita, dan af'al itu tubuh kepada kita.

86. Soal: Berapa kejadian daripada ibu, berapa kejadian daripada bapa, dan berapa kejadian daripada Allah?
Jawab: Empat kejadian dari ibu iaitu lemak, darah, rambut, dan daging (dusta). Empat kejadian dari bapa iaitu kulit, 'asab, urat, dan tulang (dusta). Enam daripada Allah iaitu pendengaran, penglihatan, penciuman, perasa, akal dan roh. Apabila Allah berikan pendengaran, akan kita pun dengarlah dengan pendengaran Allah. Apabila Allah berikan penglihatan, maka kita pun melihatlah dengan penglihatan Allah. Apabila Allah berikan kita penciuman, maka kitapun menciumlah dengan penciuman Allah. Apabila Allah berikan kita perasa, maka kitapun rasalah dengan perasaan Allah. Apabila Allah berikan kita akal, maka kita pun berakalkah dengan akal Allah. Apabila kita diberikan roh, maka hdiuplah kita dengan Allah. Akan tetapi tiada diketahui kaifiyaat pemberian itu bagaimana Allah memberinya kepada kita, kerana pengertian beri itu boleh bercerai sifat dengan dzat, maka ini adalah mustahil. makhluk pada batinnya ialah Allah".

KITAB KASYF AL-ASRAR (13) Ma'rifat atau orang 'arif



Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui

77. Soal: Apakah yang dinamakan jahil murakkab?
Jawab: Yang dinamakan jahil murakkab ialah orang yang tiada membezakan di antara muhdath dan qadim, kerana ia jahil akan dirinya dan jahil akan Tuhannya, maka tiadalah mencium bau ma'rifat.

78. Soal: Siapakah orang 'arif?
Jawab: Orang 'arif ialah orang yang mengenal akan dirinya dan mengenal akan Tuhannya, mengenal akan segala sifat-Nya mengenal akan segala afal-Nya, mengenal akan segala asma'Nya, dan mengenal zahir dan batin, baik dan jahat, suka dan duka itu sama sahaja, tiada suka sebab dipuji dan tiada duka sebab dicela.

KITAB KASYF AL-ASRAR (12) Ikhlas



Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
  1. Soal: Apa syarat sah amal?
          Jawab: Syarat sah amal itu ialah ikhlas.
  1. Soal: Ikhlas itu pula berapa perkara?
    Jawab: Ikhlas itu tiga jenis: Ikhlas orang mubatadi (permulaan), ikhlas orang mutawassit  (pertengahan), dan ikhlas orang muntahi (kesudahan).
  1. Soal: Apakah perbezaan tiga jenis ikhlas ini?
    Jawab: Ikhlas orang mubtadi ialah suci daripada ria dan sum'ah, hanya semata-mata kerana Allah dengan mengharapkan mendapat pahala masuk syurga dan kerana takutkan azab masuk neraka.
    Ikhlas orang mutawassit ialah maha suci daripada ria dan sum'ah, hanya semata-mata kerana Allah, hanya mengerjakan suruhan Allah kerana dia hamba Allah. Mengerjakan suruh dan meninggalkan tegah bukan kerana hendakkan pahala masuk syurga dan bukan kerana takutkan azab masuk neraka. Ikhlas orang muntahi iaitu tiada menilik bagi dirinya ada amal, tetapi hanya memandang kelakuan Allah Ta'ala pada dirinya. (Inilah sikap orang wahdat al-wujud).
75 Soal: Apakah perbezaan di antara tiga jenis ikhlas ini?
Jawab: amal orang mubtadi itu syirik semata-mata kerana membangsakan amal bagi dirinya, lagipun ia menuntut akan balasan amalnya. Amal orang mutawassit itu syirik juga tetapi halus syiriknya jika dibandingkan dengan syirik orang muntahi, kerana sabda Nabi (bukan hadith), terjemahnya, Wujudmu itu dosa tiada boleh dikiaskan baginya bagi lainnya.
Manakala amal orang muntahi itu lepas daripada syirik halus ini. Maka inilah yang dituntut


76. Soal: Manakah jalan yang boleh mengeluar dan melepaskan kita daripada syirik?
Jawab: Jalan yang boleh mengeluarkan engkau dariapda syirik ialah engkau keluar daripada diri engkau. (Keluar dari diri erti diri dianggap tidak ada, yang ada hanya Allah - pada sangkaan orang wahdat al-wujud).
terjemahnya: Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya (kerana mengerjakan sembahyang malam), sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa, takut (akan kemurkaan-Nya) dan harap (akan rahmat-Nya)?
(2) Ikhlas orang muntahi iaitu tiada menilik bagi dirinya ada amal, tetap hanya memandang kelakuan Allah ta'ala pada dirinya, maka ini adalah wahdat al-wujud lagi jabariyah.
(3) Kata-kata dalam perkara 76 di atas yang berbunyi "Jalan yang boleh mengeluarkan engkau daripada syirik ialah engkau keluar daripada diri engkau" berbau fana' atau wahdat al-wujud iaitu menganggap diri tidak ada yang ada hanya Allah, segala yang dilakukan oleh diri sebenarnya itu adalah dilakukan oleh Allah sendiri.


KITAB KASYF AL-ASRAR (11) Beza Iman dan Islam

Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
  1. Soal: Apa perbezaan Iman dengan Islam?
    Jawab: Perbezaan di antara Iman dengan Islam ialah bahawa Iman itu batin dan Islam itu zahir yang tiada bercerai di antara keduanya seperti nyawa dengan tubuh, tiada hidup tubuh melainkan dengan nyawa. Maka demikianlah jua tiada sah Islam melainkan dengan Iman, dan tiada sah Iman melainkan dengan Islam, kerana Islam itu zahir Iman. Sebab itulah tiada boleh dikata muslim orang tiada Islam ya'ni tiada mngerjakan suruh dan meninggal apayang ditegah oleh Syara'. 
  72   Soal: Mana asal amal, mana asal ta'at, mana asal kebaikan dan mana asal kejahatan?                    
         Jawab. (Asal) amal itu ilmu, asal ta'at itu ketiadaan mengikut hawa nafsu, asal   
         kebaikan itu menyalahi hawa nafsu, dan asal kejahatan itu mengikut hawa nafsu.

KITAB KASYF AL-ASRAR (10) Orang berakal



 Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui

 
   67   Soal: Mana yang dinamai cerdik?

          Jawab: Yang dinamai cerdik ialah memelihara akan harta dan agama.
  1. Soal: Yang mana orang berakal?
    Jawab:Tanda orang berakal itu ada empat belas: (1) Meninggalkan kemuliaan dunia. (2) Meninggalkan takabur. (3) Suka mem-banyakkan buat amal ibadat. (4) Suka membanyakkan berbuat amal kebajikan. (5) Benci kepada jalan kejahatan. (6) Kasihkan orang alim lagi beradab. (7) Membalas jasa orang kepadanya. (8) Bersegera membayar hutang. (9) Menahan marah. (10) Suka bersedekah serta manis muka dan tuturkata. (11) Banyak kasihan kepada kaum kerabat. (12) Tiada mahu makan yang haram. (13) Mahu terkena dan tiada mahu mengena. (14) Benci kepada orang yang membuat kebesaran dan kemegahan kerana ditilik dalam hatinya pekerjaan yang tiada memberi faedah dunia dan akhirat. (Jika anda bersifat dengan 14 sifat ini) sempurnalah dunia dan akhirat walaupun tiada tahu membaca kitab sekalipun. Inilah orang yang berakal terpelihara dunia dan akhirat.
    Lawan bagi 14 ini adalah tanda orang yang tiada berakal yang bakal mendapat celaka dunia dan akhirat.
  1. Soal: Mana sekurang-kurang akal manusia?
    Jawab: Sekurang-kurang akal itu meninggalkan dunia.