Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
67 Soal: Mana yang dinamai cerdik?
Jawab: Yang dinamai cerdik ialah memelihara akan harta dan agama.
- Soal: Yang mana orang berakal?
Jawab:Tanda orang berakal itu ada empat belas: (1) Meninggalkan kemuliaan dunia. (2) Meninggalkan takabur. (3) Suka mem-banyakkan buat amal ibadat. (4) Suka membanyakkan berbuat amal kebajikan. (5) Benci kepada jalan kejahatan. (6) Kasihkan orang alim lagi beradab. (7) Membalas jasa orang kepadanya. (8) Bersegera membayar hutang. (9) Menahan marah. (10) Suka bersedekah serta manis muka dan tuturkata. (11) Banyak kasihan kepada kaum kerabat. (12) Tiada mahu makan yang haram. (13) Mahu terkena dan tiada mahu mengena. (14) Benci kepada orang yang membuat kebesaran dan kemegahan kerana ditilik dalam hatinya pekerjaan yang tiada memberi faedah dunia dan akhirat. (Jika anda bersifat dengan 14 sifat ini) sempurnalah dunia dan akhirat walaupun tiada tahu membaca kitab sekalipun. Inilah orang yang berakal terpelihara dunia dan akhirat.
Lawan bagi 14 ini adalah tanda orang yang tiada berakal yang bakal mendapat celaka dunia dan akhirat.
- Soal: Mana sekurang-kurang akal
manusia?
Jawab: Sekurang-kurang akal itu meninggalkan dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan