Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis
Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan
menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.
Hadis-1
[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan)
bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang
solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak
pernah berbuka. (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-2
[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan
dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan
orang lain. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Hadis-3
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati
orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk
menghadapi datangnya bencana. (Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
Hadis-4
[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat
bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w.
menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi
dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak
mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang
teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak
melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka
bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w.
menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah." (Hadis
Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Hadis-5
[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau
meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali
muntahannya. (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-6
[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak
menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan
seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular
itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka
simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran
ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah
berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik
bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka
bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan
Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi." (Hadis
Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-7
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa
sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak
hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat
dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan
kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah
telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah
sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah,
Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat
lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi
menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di
tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di
tempat halal, maka dia memperoleh pahala. (Hadis Riwayat: Imam Muslim)
Hadis-8
[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah
sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah
ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan