Kitab Al
Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat
Oleh
Imam al Qurthubi
Andalusia (Mahaguru Tafsir)
Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw telah bersabda "Kematian adalah kifarah bagi setiap muslim". Hadis ini juga dikatakan oleh al Qadli Abu Bakar ibnu Arabi didalam kitabnya "Siraj al Muridin", beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih sekaligus hasan.
KETERANGAN:
Sesungguhnya kematian itu adalah merupakan kifarah bagi segala penderitaan dan rasa sakit yang dialami oleh seseorang muslim semasa menderita terlantar kerana sakit dipembaringan dan kemudiannya membawa maut. Dalam hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah telah bersabda "Setiap orang muslim yang ditimpa penderitaan berupa sakit dan lain-lainnya, nescaya kerananya Allah akan menurunkan dosa kejahatan-kejahatan itu seperti pokok yang menguggurkan daun-daunnya ". Dari kitab 'Al Muwatha' iaitu sebuah riwayat dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda " Barangsiapa yang dikehendaki Allah baik, Allah akan mendugainya".
Kemudian dalam sebuah hadis ma'tsur, Allah swt telah berfirman "Sesungguhnya Aku tidak mengeluarkan seseorang dari dunia sedang aku ingin mengasihinya, sebelum Aku cukupkan padanya atas semua kesalahan yang pernah ia lakukan, dengan sakit ditubuhnya, musibah yang menimpa keluarga dan anaknya, kesusahan hidup, kesempitan rezekinya sehingga kepada hal-hal yang kecil. Apabila masih ada sisa dosanya, aku akan memberatkannya dengan kematian, sampai akhirnya ia datang kepada Ku seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya". Dikatakan oleh penulis kitab 'Syarah ash Shudur' dimukasurat 28. Didalam sanadnya terkandung nama 'ad Dairuni', nama seorang perawi yang dicurigai kerana selalu berdusta.
Berbeza keadaannya dengan mereka-mereka yang tidak dicintai dan tidak mendapat redha Allah, seperti yang telah disebukkan didalam sebuah riwayat yang menyatakan, Allah swt telah berfirman "Demi Keperkasaan dan Keagungan Ku, Aku tidak mengeluarkan dari dunia seorang hamba yang ingin Aku seksa, sampai Aku memenuhi setiap kebajikan yang pernah dilakukannya dengan kesehatan tubuhnya, kelapangan pada rezekinya, kesenangan dalam hidupnya dan rasa tenang didadanya, sampai hal-hal yang kecil sekali. Jika masih ada sisa kebaikkannya, aku akan permudahkan kematiannya, sampai akhirnya dia datang kepada Ku tampa mempunyai sebarang kebajikan sedikit pun yang dapat ditebus dari Neraka " Hadis sanad ini juga dibentangkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih seperti yang telah diperkatakan oleh Abul Hasan ibnul Hishar dari Ubid bin Khalid as Salmi, salah seorang sahabat Nabi, bahawa Rasulullah bersebda "Kematian mengejut adalah hukuman yang menyedihkan bagi orang kafir ". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud secara mursal.
Diriwayatkan oleh at Tarmidzi didalam hadis daaif dari Aisyah ra bahawa ia berkata "Sesunggunnya kematian mengejut itu adalah kesenangan bagi orang mukmin tetapi hikuman yang menyedihkan bagi orang kafir". Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa sesungguhnya Nabi Allah Daud as telah meninggal pada hari Sabtu secara mengejut. Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam budak Saidina Umar al Khatab bahawa ia berkata "Jika sesorang mukmin yang masih mempunyai sisa dosa yang belum mencukupi pada amalannya, Allah swt akan memberatkan Shakaratulmaut. Kesakitan yang dashyat itu akan mencapaikan darjatnya disyurga. Jika orang kafir melakukan kebajikan didunia, Allah akan permudahkan kematiannya untuk melunaskan balasan kebajikan yang telah dilakukan itu, kemudian ia kembali ke Neraka ". Hadis ini juga telah diperkatakan oleh Abu Muhamad @ Abdul Haq.
Telah diriwayatkan oleh al Hafizh Abu Nu'aim dari hadis al A'masy dari Ibrahim dari al Qamah dari Abdullah bahawa Rasullah saw telah bersabda "Nyawa orang mukmin itu keluar dengan melompat dan nyawa orang kafir itu keluar seperti keluarnya seekor keldai.Sesungguhnya seorang mukmin yang melakukan kesalahan (dosa) lalu kerananya ia diperberatkan pada saat kematian, nescaya kesalahan (dosa) itu akan lebur olehnya. Seorang kafir yang melakukan kebajikan akan dipermudah kematiannya sebagai balasan atas kebajikian itu". Telah diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak dan Ahmad, sesungguhnya Abu Darda pernah berkata "Aku menyukai kematian kerana aku rindu kepada Tuhanku. Aku menyukai sakit untuk menghapuskan kesalahanku. Aku sukakan kemiskinan untuk tawadu' kepada Tuhanku yang Mahaperkasa dan Mahaagung".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan