Catatan Popular

Isnin, 12 November 2018

KITAB IMAM AL QURTHUBI : FASAL KEMATIAN (BAB 10 - MATI DALAM BERBAIK SANGKA DAN TAKUT PADA ALLAH SWT

Kitab Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat

Oleh Imam al Qurthubi Andalusia (Mahaguru Tafsir)

Diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir bahawa tiga hari sebelum Rasulullah saw wafat, Baginda telah bersabda "Janganlah salah seorang dari kamu meninggal dunia kecuali didalam keadaan sedang berbaik sangka kepada Allah". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Bukhari. Hadis ini turut diriwayatkan oleh Abu Dunya dalam kitabnya 'Husnu azh Zhan Billah', beliau menambah "...susungguhnya ada satu kaum yang dibinasakan Allah kerana buruk sangka kepada Allah. Maka Allah yang Maha memberkati dan Mahaluhur berfirman kepada mereka didalam surah Fuhsilat ayat 23 yang mafhumnya :

"...dan yang demikian itu adalah perasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu. Maka jadilah kamu tergolong diantara orang-orang yang rugi ".

Diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dari Anas bahawa Nabi swt pernah menziarihi seorang pemuda yang sedang dalam keadaan Nazak, Baginda bertanya 'Bagaimana perasaanmu ? '. Ia menjawab " Selain berharap kepada Allah, aku juga mengkhawatiri dosa-dosaku". Lalu Rasulullah bersabda " Jika dalam hati seorang hamba yang mukmin ada dua perasaan seperti itu, Allah tentu akan mengkhabulkan harapannya dan menyelamatkannya dari apa yang ditakutinya". Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh at Tarmidzi yang mengatakan hadis ini hasan sekaliarong gharib. Juga diriwayatkan oleh Tasbit dari Nabi saw secara mursal.

At Tarmidzi dalam kitabnya 'An Nawadir al Ushul' dasar ke 86 mengatakan bahawa ia mendengar dari Yahya bin Habib dari Ady dari Basyar al Mufdhal dari Auf bahawa al Hasan berkata 'Aku pernah dengar Rasulullah bersabda', "Tuhanmu Yang Mahaperkasa dan Mahaagung berfirman", " Aku tidak menghimpunkan pada hamba Ku dua ketakutan sekaliarong dan tidak menghimpunkan dua rasa bebas sekaliarong. Barang siapa yang takut pada Ku didunia, Aku akan beri kebebasan diakhirat. Barang siapa yan merasa bebas dari Ku semasa didunia, Aku akan membuatnya rasa takut diakhirat ".

Bersumber dari Abu Bakar bin Sabiq al Umawi dari Abu Malik al Janbi dari Jaubir dari adh- Dhahhak dari Ibnu Abbas dan dari Rasulullah saw menyentuh berkenaan munajat Nabi Musa as, Allah swt berfirman " Wahai Musa...sesungguhnya setiap hamba Ku yang bertemu Aku pada hari kiamat nanti pasti akan Aku periksa apa yang ada padanya kecuali dua sifat wira'i (Ketakutan dan malu). Aku merasa malu kepada mereka, memberi tangguh kepada mereka, memuliakan mereka dan memasukkan mereka kedalam syurga tampa hisab ". Lalu Rasulullah bersabda lagi "Barangsiapa yang merasa malu kepada Allah didunia dari apa yang telah dilakukannya. Allah pun merasa malu untuk memeriksa dan menyoalnya. Tidak mungkin terkumpul dua rasa malu sekaliarong padanya, sebagaimana juga tidak mungkin terkumpul dua rasa takut sekaliarong padanya ".



KETERANGAN:


Perasaan berbaik sangka terhadap Allah seharusnya lebih kuat semasa seseorang hampir meninggal dunia daripada sewaktu ia sihat. Sebagai ganjarannya Allah telah berjanji akan mengasihinya dan mengampuni dosa-dosanya. Bagi orang-orang yang berada disekelilingnya sewaktu nazak, harus selalu mengingatkannya supaya dia masuk dalam firman Allah "Aku tergantung bagaimana sangkaan hamba Ku kepada Ku, bolehlah ia menyangka Aku sesuka hatinya". Demikian yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim.

Dari sebuah hadis daaif yang telah diriwayatkan oleh al Khathib didalam 'Tarikh Baghdad' - (1/396) dan dari riwayat Hammad bin Salamah dari Tsabit dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda "Janganlah salah seorang dari kamu meninggal dunia kecuali sedang berbaik sangka kepada Alllah kerana berbaik sangka kepada Allah itu adalah harga syurga ". Diriwayatkan oleh Ibnu Umar bahawa ia berkata "Tiang dan tujuan utama agama ialah untuk berbaik sangka kepada Allah. Barangsiapa diantara kamu meninggal dunia sedang kamu berbaik sangka kepada Allah, ia akan masuk syurga dengan perasaan lega." Abdullah bin Mas'ud menyatakan "Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, seseorang yang mahu berbaik sangka kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan sangkaan yang sama kepadanya. Hal itu kerana segala kebijikan ada ditangan Nya ". Mengambil berita dari Sufyan, Ibnu Mubarak mengatakan bahawa Ibnu Abbas pernah berkata " Apabila kamu melihat seseorang hendak meninggal dunia, buatlah ia gembira supaya ia bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan berbaik sangka kepada Nya ". Apabila mereka didalam keadaan sihat dan hidup, maka takut-takutkanlah mereka (memberi peringatan dan kesedaran). Kata al Fudhail "Dalam keadaan sihat seorang hamba lebih baik takut daripada berharap. Tetapi semasa hendak meninggal dunia, berharap itu lebih baik dari takut ".

Diriwayatkan oleh Ibnul Abu Dunya dari Yahya bin Abdullah al Bashri dari Sawar bin Abdullah dari al Mu'tamir bahawa ia berkata " Ketika ayahku hendak meninggal dunia ia berkata kepadaku, "Wahai Mu'tamir... ceritakan kepadaku pekara-pekara yang ringan dan menyenangkan supaya nanti aku bertemu Allah dalam keadaan bersangka baik kepadaNya ". Diriwayatkan oleh Amr bin Muhammad an Naqid dari Khalaf bin Khalifah dari Husain dari Ibrahim bahawa ia berkata "Orang-orang salaf gemar sekali memberitahukan amal-amal kebijikan seseorang yang hendak meninggal dunia supaya ia boleh berbaik sangka kepada Allah yang Mahaperkasa dan Mahaagung ". Tsabit al Banani bercerita "Ada seorang pemuda yang terkenal sangat nakal sehingga selalu membuat Ibunya merasa malu. Sewaktu hendak meninggal dunia, Ibunya dengan penuh kasih sayang menghampirinya dan berkata, 'Anakku, aku selalu mengingatkan mu bahawa kamu pasti akan menemui ajalmu seperti ini'. Ia menjawab ' Wahai ibu.. sesungguhnya aku punya Tuhan yang sangat dermawan dan baik. Hari ini aku masih boleh berharap, mudah-mudahan Dia tidak lokek atas kebaikkan Nya padaku." Akhirnya anak itu dikasihi oleh Allah berkat berperasangka baik kepada Allah ".

Pasa suatu hari, Amr bin Dzar sedang duduk bersama-sama dua sahabatnya Ibnu Abu Daud dan Abu Hanifah, ia berkata "Ya Allah.. takkanlah Engkau hendak menyeksa kami, sedangkan diperut kami ada tauhid ?. Aku tidak pernah melihat Engkau melakukan seperti itu. Ya Allah.. ampunkanlah orang yang selalu bersifat seperti para tukang sihir Firaun pada saat Engkau mengampuni mereka kerana mereka mengatakan (yang terdapat dalam Quran, firman Allah didalam surah asy Syu'ara ayat 47)..."Kami beriman kepada Tuhan semesta Alam".

Kemudian diceritakan pula oleh ath Thabari, katanya "Dikatakan Nabi Allah Yahya bin Zakaria apabila bertemu dengan Nabi Isa bin Maryam as ia bermuka masam, Nabi Isa berusaha membuat ia tersenyum tapi tak menjadi lalu Baginda pun bertanya "kenapa bermasam muka?" Nabi Yahya as menjawab "Kerana setiap kali bertemu denganmu, kamu sentiasa tersenyum seolah-olah kamu telah merasa bebas didunia ini ". Kemudian Allah mewahyukan kepada mereka berdua "Sesungguhnya diantara kamu berdua, yang paling Aku cintai ialah yang paling berperasangka baik terhadap Ku". Demikianlah yang diberitakan oleh Israeliayat (sebuah manuskrip kaum Israel).

Telah diriwayatkan oleh Baihaqi dan Abdurazaq bahawa Zaid bin Aslam mengatakan "Pada hari kiamat kelak, seseorang yang dihadapkan kepada Allah, lalu Allah berfirman kepada Malaikat, "bawa orang ini pergi ke Neraka" Ia bertanya "Wahai Tuhan, bagaimana dengan solat dan puasaku". Allah berfirman "Hari ini Aku memutuskan rahmat Ku, sebagaimana kamu memutuskan hamba-hamba Ku dari rahmat Ku". Allah telah berfirman didalam surah al Hijr ayat 56 yang mafhumnya ;

"Ibrahim berkata ' Tiada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya kecuali orang-orang yang telah sesat ".

Tiada ulasan: