Berkenaan
syaitan samada ia berasal dari golongan malaikat atau jin, terdapat berbagai
pendapat.
Kini persoalan yang yang timbul apakah Syaitan (Iblis) termasuk dari golongan para malaikat atau tidak?
Mari sama-sama kita kaji.
Sumber
perbezaan pendapat ini, berhubung peristiwa penciptaan Nabi Adam As dimana para
malaikat sujud kepada Adam As atas perintah Tuhan namun syaitan tidak melakukan
hal yang sama.
Sebahagian
berkata bahawa syaitan (Iblis) berasal dari golongan malaikat. Hujah mereka:
oleh kerana dalam ayat al-Qur’an, Iblis telah dikecualikan dari golongan
malaikat (seluruh malaikat sujud kecuali Iblis), maka itu Iblis tentu berasal
dari golongan malaikat.
Terkecualikannya Iblis dari para
malaikat tidak menunjukkan Iblis spesis dengan para malaikat. Bahkan
sejauh-jauh makna yang boleh difahami di sini bahawa Iblis (melalui ibadahnya
ribuan tahun) berada bersama para malaikat dan sebaris dengan mereka. Namun
kemudian dikeranakan sifat takaburnya, keingkarannya dan penentangannya di hadapan
Allah Swt, maka ia dilempar keluar dari syurga.
Terdapat
beberapa noktah yang dapat mengukuhkan masalah ini:
1. Allah Swt berfirman dalam
surah al-Kahf, “Syaitan
(Iblis) berasal dari spesis jin.”
2. Allah Swt menafikan segala
bentuk kemungkinan terjadinya perbuatan maksiat dari para malaikat. Dengan
demikian malaikat adalah makhluk yang suci -maksum- dan sekali-kali tidak akan
terjerumus ke dalam perbuatan dosa, penentangan, kemegahan, kesombongan dan …..
3. Dalam sebahagian ayat
al-Qur’an, terdapat pembahasan berkenaan ayah-ayah dan datuk-datuk syaitan.
Dan perkara ini menunjukkan bahawa terdapat proses kelahiran dan keturunan di kalangan syaitan dan secara umum ia berlaku di kalangan jin-jin, sementara malaikat merupakan kewujudan ruhani dan tidak mungkin terjadi masalah-masalah ini di kalangan mereka, sehinggakan mereka juga tidak makan dan tidak minum.
Dan perkara ini menunjukkan bahawa terdapat proses kelahiran dan keturunan di kalangan syaitan dan secara umum ia berlaku di kalangan jin-jin, sementara malaikat merupakan kewujudan ruhani dan tidak mungkin terjadi masalah-masalah ini di kalangan mereka, sehinggakan mereka juga tidak makan dan tidak minum.
4. Dalam sebahagian ayat
al-Qur’an, Allah SWT berfirman bahawa malaikat ditempatkan sebagai para utusan
-rasul-. Rasul ertinya utusan Allah dan barang siapa yang digelar sebagai
utusan atau rasul, akan menepis kemungkinan terjadi sebarang kekufuran,
kesalahan dan maksiat. Lalu bagaimana mungkin syaitan yang terjerumus ke dalam
maksiat besar ini termasuk dari golongan malaikat?
Di samping
itu, kesepakatan para ulama dan hadis-hadis mutawatir yang diriwayatkan dari
para Imam Ahlulbait As menegaskan bahawa syaitan tidak berasal dari golongan
malaikat. Dan sebagaimana yang kita ketahui bersama bahawa riwayat mutawatir
merupakan salah satu wasilah yang paling penting dalam menyingkap kebenaran
hadis.
Fokus dan
sebab utama pertanyaan soalan ini adalah –bermula dari- peristiwa penciptaan
Nabi Adam As. Tatkala Allah Swt hendak mencipta manusia, malaikat dalam etika
dan santun yang tinggi bertanya kepada Tuhan: “Apakah kami tidak mencukupi
untuk bertasbih dan mensucikan-Mu? Secara dasarnya apakah tujuan penciptaan
manusia? Ketika Allah Ta'ala menjelaskan rahasia penciptaan manusia kepada
malaikat dan memberikan khabar gembira kepada mereka bahawa manusia adalah
khalifah Tuhan di muka bumi. -Mendengar hal ini-, para malaikat dengan
tawaduknya menerima seruan Tuhan (untuk bersujud kepada Nabi Adam As) dan
dengan rendah hati, tulus, dan penuh penghormatan, mereka sujud kepada Nabi Adam
a.s..
Di antara
para malaikat, atau sebaiknya kami katakan dalam barisan para malaikat ada
Iblis. Ia juga dalam tempoh yang lama telah beribadah kepada Tuhan. Namun di
dalam batinnya tersembunyi sesuatu yang tiada mengetahuinya kecuali Tuhan.
Rahasia yang tersembunyi selama ini terungkap pada peristiwa penciptaan Adam
As. Terbukti Iblis membelakangi (kufur) perintah Tuhan. Sebenarnya Iblis telah
kafir semenjak dulu, namun dengan sifat takabbur dan penentangannya dari sujud
kepada Nabi Adam As, tirai kekufuran ini tersingkap.
Ketika Allah
Swt berfirman kepada seluruh malaikat dan Iblis (yang ada di kalangan mereka
dan beribadah): Sujudlah kepada Adam a.s. Seluruh malaikat mematuhi perintah
ini kecuali Iblis yang menentang perintah ini dan tidak sujud kepada Adam As.
Alasan Iblis adalah bahawa aku diciptakan dari api sedangkan dia dari tanah
liat. Bagaimana mungkin kewujudan yang lebih tinggi boleh sujud kepada makhluk
yang lebih rendah?
Seakan-akan
Iblis lalai dari hakikat Adam As yang sebenarnya! Seakan-akan ia tidak melihat
bahawa ruh Ilahi telah dihembuskan ke dalam diri Adam As. Hakikat kemanusiaan
manusia, nilai, dan harganya terletak pada mutiara malakuti yang berasal dari
Allah Swt yang telah dianugerahkan kepada Adam As. Benar, menurut sangkaan Syaitan,
api lebih halus dari tanah liat, walaupun dalam bandingan -qiasan- ini ia juga
telah melakukan kesilapan– yang mana ia sekarang bukan menjadi fokus pembahasan
kami–. Ia hanya melihat Adam hanya dari unsur material, duniawi (nasut)
dan jasad manusia sahaja, namun lalai dari sudut kedudukan menjulang
kemanusiaan yang terpendam pada diri Adam As! Dan dari dua perbuatan Iblis ini,
ia mendapat dua reaksi, iaitu terusir dari syurga dan dari sisi Tuhan. Reaksi
pertama perbuatan Iblis adalah sifat bangganya terhadap aksi penciptaan manusia
(dari tanah liat) dan reaksi kedua perbuatannya adalah kesombongannya dan
puncak penentangannya terhadap perintah Allah Swt.
Kini persoalan yang yang timbul apakah Syaitan (Iblis) termasuk dari golongan para malaikat atau tidak?
Mari sama-sama kita kaji.
A.
Syaitan;
B.
Iblis;
C.
Malaikat;
D.
Jin.
a Syaitan: Perkataan syaitan bersumber dari dari kata sya-tha-na شَطَنَ-
-. Syâtin bermakna kewujudan yang rendah dan tercela, ingkar, keras
kepala dan menentang. Ia lebih umum dari manusia, jin, atau haiwan
dan bahkan juga bermakna ruh jahat dan jauh dari kebenaran. Pada hakikatnya,
terdapat titik persamaan dari makna-makna ini.
Oleh kerana
itu, Syaitan adalah merupakan nama Am (nama spesies) yang dilebelkan kepada
kewujudan yang menyesatkan dan yang menyelewengkan (baik manusia atau bukan
manusia).
Dalam
al-Qur’an dan juga dari lisan para Imam Ahlulbait As bahawa Syaitan tidak hanya
disandarkan kepada satu kewujudan yang tertentu, bahkan kepada manusia-manusia
jahat atau akhlak yang tercela seperti hasad, juga disebut sebagai syaitan
Iblis:
adalah nama khusus (‘alam) yang hanya memiliki satu individu luar (mishdaq)
sahaja. Ia adalah makhluk pertama yang melakukan maksiat di alam semesta dan
mendakwa dirinya bebas -independent- di hadapan Allah Swt. Bersikap sombong dan
bongkak. Ia menentang perintah Tuhannya dan pada akhirnya diusir dari syurga.
Nama rendah lainnya Iblis adalah “Azâzil dan Iblis berasal dari kata “Ablas”
yang sebenarnya ia merupakan gelaran baginya. Iblis ertinya berputus asa dan
boleh jadi penyebutan ini kerana Iblis telah berputus asa dari rahmat Tuhan
sehingga ia disebut sebagai Iblis.
Malaikat:
Baik kiranya jika dijelaskan sebahagian dari sifat malaikat supaya dengan itu
kami dapat membuat kesimpulan bahawa malaikat tidak memiliki kecenderungan ke
arah maksiat. Oleh kerana itu, Syaitan tidak boleh berasal dari jenis para
malaikat
Malaikat-malaikat
adalah satu kewujudan yang disebutkan Tuhan dengan sebaik-baik sifat dalam
al-Qur’an. Allah Swt berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang
dimuliakan. Mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka
mengerjakan perintah-perintah-Nya.” (Qs.
Al-Anbiya [21]:26-27) .
Dalam diri
malaikat, tidak ada kecendrungan untuk menentang kebenaran dan di setiap
keadaan, mereka sentiasa beribadah dan taat kepada Allah Swt. Para malaikat
merupakan kewujudan yang maksum (terjaga dari perbuatan dosa). Diri dan zat
suci mereka sekali-kali tidak pernah ternoda oleh dosa. Dan yang lebih penting
dari semua itu, ketaatan dan kepatuhannya di hadapan Tuhan mereka. Sikap
menzahirkan kelemahan mereka di hadapan segala sesuatu yang tidak ketahui dan
tidak berbangga dan sombong atas apa yang mereka ketahui. Kerana mereka yakin
bahawa segala apa yang mereka miliki adalah bersumber dari Allah Swt. Dan
sekiranya sedetik saja iradah-Nya berkaitan ke atas sesuatu yang tidak
diketahui, maka apa yang mereka -malaikat- ketahui juga akan bertukar
menjadi ketidaktahuan.
Benar,
sepenting-penting perbezaan antara para malaikat dan syaitan adalah pada
peristiwa penciptaan dan sujud kepada Adam a.s. Kerana malaikat dengan jiwa dan
hatinya mendapati bahawa diri mereka tidak mengetahui tentang ilmu nama-nama
Ilahi. Ertinya mereka memahami bahawa banyak hal yang tidak mereka tidak
fahami. Namun syaitan dengan sifat pengingkaran dan sombong menyangka bahawa ia
mengetahui segala-galanya, sedangkan ia sama-sekali tidak memahami bahawa sujud
pada Adam pada hakikatnya kerana ilmu-ilmu yang telah dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Dan fikiran gelapnya sama-sekali tidak mampu untuk mengetahui ilmu-ilmu
tersebut! Iaitu sifat takabur dan sombongnya menjadi penghalang baginya untuk
memahami dan pada akhirnya, ia menjadi penghalang untuk ia sujud kepada Adam
a.s.! Kerana penolakkannya untuk sujud adalah penolakan berdasarkan pada sikap
takaburnya dan bukan kerana ia tidak mampu untuk sujud!
Dengan
penjelasan ini, menjadi terang bahawa malaikat adalah maksum yang tulin dan
terpelihara dari segala bentuk kesalahan. Tatkala tiada jalan untuk berbuat
dosa, maka seluruh perbuatannya adalah ketaatan yang murni kepada Tuhan.
Apabila ketaatan menjadi wajib dan harus kepada sesuatu kewujudan, maka
kekufuran, kesombongan, dan kemaksiatan menjadi terhalang baginya. (Dalil ini
merupakan dalil rasional pertama berkait perbezaan antara syaitan dan malaikat,
dan sebagai kesimpulannya bahawa syaitan bukan dari golongan malaikat)
Sebelum
mengutarakan dalil-dalil rasional (aqli) dan naqli (dalil-dalil ayat al-Qu'ran
dan hadis), perlu kiranya di sini kami jelaskan secara ringkas tentang masalah
jin.
Jin: Jin pada asalnya adalah suatu kewujudan yang tersembunyi dari panca
indra manusia. Al-Qur’an membenarkan kewujudan seperti ini dan menjelaskan
beberapa perkara tentang jin serta memandang jenisnya berasal dari api;
sebagaimana spesis manusia diciptakan dari tanah. Namun tentu saja penciptaan
makhluk-makhluk ini terjadi sebelum manusia.
Sebahagian
ilmuan menyebut jin merupakan sejenis ruh yang berakal yang tidak memiliki
unsur material. Namun jelas bahawa jin bukanlah makhluk nonmaterial secara
mutlak. Kerana sesuatu yang diciptakan dari api adalah material dan memiki satu
kondisi setengah abstrak -nonmaterial-. Atau dengan ungkapan lain disebut
sebagai jenis tubuh yang halus (jism latif).
Berdasarkan
banyak ayat-ayat al-Qur’an menunjukkan bahawa jin juga seperti jenis manusia,
iaitu memiliki kehendak dan perasaan dan dapat melaksanakan
perkerjaan-pekerjaan berat.Ada yang mukmin dan ada yang kafir. Sebahagian
mereka saleh, dan sebahagian yang lain melakukan kerosakkan. Sebagaimana
manusia, mereka juga memiliki kehidupan, kematian dan kiamat…. Jenis kelaminnya
ada pria dan ada wanita. Mereka juga berkahwin dan berketurunan.
Namun
perbahasan utama adalah apakah iblis termasuk dari golongan malaikat atau
tidak? Terdapat berbagai pendapat dikalangan ulama, dan sumber perbezaannya
boleh jadi bersandar pada sebahagian ayat suci al-Qur’an.
Sebahagian
berkata: syaitan (Iblis) berasal dari golongan malaikat. Dalil utama
mereka adalah bersandar pada ayat yang menegaskan, ”Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman
kepada para malaikat, “Bersujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka bersujudlah
mereka kecuali Iblis.” (Qs. Al-Baqarah
[2]:34)
Kerana pada
ayat ini, iblis menjadi terkecuali (mutstastna) dan yang dikecualikan
darinya (mutstastna minhu) adalah para malaikat. Dan kesimpulannya iblis
sebahagian dari malaikat.
Tetapi
penafsiran yang benar (dari ayat di atas) adalah bahawa iblis bukan dari
golongan malaikat. Riwayat mutawatir yang datang dari Imam-imam Ahlulbait a.s.
dan bersepakat tentang hal ini. Semuanya menegaskan bahawa iblis adalah dari
golongan jin bukan dari malaikat! Dan untuk menetapkan masalah ini terdapat
beberapa argumentasi di mana kita akan menyentuh sebahagian darinya:
1. Allah Swt berfirman, “Iblis
berasal dari golongan jin.” (Qs. Al-Kahf
[18]:50)
2. Allah Swt
berfirman, “ -Malaikat- tidak
mendurhakai Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka, dan selalu
mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Qs. Al-Tahrim [66]:6). Ayat ini menafikan secara umum kemaksiatan
dari para malaikat. Dan hal ini menegaskan bahawa pertama, iblis bukan dari
golongan malaikat. Kedua: malaikat sekali-kali tidak akan pernah berbuat
maksiat.
3. Allah Swt berfirman, “Patutkah kamu
mengambil dia (syaitan) dan keturunannya sebagai pemimpin selain dari-Ku,
sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah)
bagi orang-orang yang zalim.” (Qs. Al-Kahf
[18]:50). Ayat ini menegaskan bahawa di antara golongan jin terdapat
generasi atau dengan kata lain mereka melahirkan dan mempunyai keturunan.
Sementara penciptaan para malaikat dari cahaya dan masalah-masalah begini tidak
ada pada mereka.
4. Allah Swt berfirman, “Segala puji bagi Allah pencipta langit dan bumi,
yang menjadikan malaikat sebagai para utusan (untuk mengurus berbagai macam
urusan).” (Qs. Fatir
[35]:1). Dan firman-Nya: “Allah memilih utusan-utusan-(Nya) dari
malaikat dan dari manusia.” (Qs. Al-Hajj [22]:75).
Kita
mengetahui bahawa kekufuran dan kemaksiatan tidak harus terjadi pada Rasul dan
utusan Tuhan.
Dalam
menjawab argumentasi bagi orang-orang yang menggunakan hujah terkecualikannya
Iblis dari para malaikat, harus dikatakan bahawa terkecualikannya iblis
dari para malaikat sama-sekali tidak menunjukkan sama spesis antara iblis dan
malaikat. Setinggi-tinggi perkara yang dapat difahami dari perkara ini adalah
bahawa iblis bersama dalam barisan para malaikat dan ia seperti para malaikat
yang diperintahkan supaya sujud. Sehingga sebahagian yang lain berkata:
pengecualian dalam ayat ini termasuk pengecualian yang terputus –istisna'
munfasil- (yang terkecuali bukan dari spesis yang dikecualikan darinya);
iaitu suatu bentuk pengecualian dari yang bukan sejenisnya
Dalam
menceritakan tentang sifat Iblis dikatakan bahawa ia telah beribadah kepada
Tuhan selama enam ribu tahun. Oleh itu, menempatkan kewujudan seperti ini (yang
telah beribadah dalam tempoh yang lama kepada Allah Ta'ala) dalam satu barisan
dengan para malaikat bukanlah perkara yang asing.
Pernah
ditanya kepada Imam Shadiq As bahawa apakah iblis dari golongan malaikat atau
termasuk salah satu kewujudan samawi –di langit-? Beliau bersabda, “Ia bukan
dari golongan malaikat juga bukan salah satu kewujudan samawi, bahkan ia adalah
jin. Namun ia pernah bersama para malaikat.
Malaikat juga
beranggapan bahawa Iblis sejenis dengan mereka. Namun Allah Swt mengetahui
bahawa ia tidak demikian. Peristiwa ini terus berlanjut hingga peristiwa
perintah sujud kepada Nabi Adam As, dan dengan adanya peristiwa ini,
rahasia terpendam Iblis menjadi terungkap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan