Catatan Popular

Rabu, 3 Julai 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (12) Ikhlas



Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
  1. Soal: Apa syarat sah amal?
          Jawab: Syarat sah amal itu ialah ikhlas.
  1. Soal: Ikhlas itu pula berapa perkara?
    Jawab: Ikhlas itu tiga jenis: Ikhlas orang mubatadi (permulaan), ikhlas orang mutawassit  (pertengahan), dan ikhlas orang muntahi (kesudahan).
  1. Soal: Apakah perbezaan tiga jenis ikhlas ini?
    Jawab: Ikhlas orang mubtadi ialah suci daripada ria dan sum'ah, hanya semata-mata kerana Allah dengan mengharapkan mendapat pahala masuk syurga dan kerana takutkan azab masuk neraka.
    Ikhlas orang mutawassit ialah maha suci daripada ria dan sum'ah, hanya semata-mata kerana Allah, hanya mengerjakan suruhan Allah kerana dia hamba Allah. Mengerjakan suruh dan meninggalkan tegah bukan kerana hendakkan pahala masuk syurga dan bukan kerana takutkan azab masuk neraka. Ikhlas orang muntahi iaitu tiada menilik bagi dirinya ada amal, tetapi hanya memandang kelakuan Allah Ta'ala pada dirinya. (Inilah sikap orang wahdat al-wujud).
75 Soal: Apakah perbezaan di antara tiga jenis ikhlas ini?
Jawab: amal orang mubtadi itu syirik semata-mata kerana membangsakan amal bagi dirinya, lagipun ia menuntut akan balasan amalnya. Amal orang mutawassit itu syirik juga tetapi halus syiriknya jika dibandingkan dengan syirik orang muntahi, kerana sabda Nabi (bukan hadith), terjemahnya, Wujudmu itu dosa tiada boleh dikiaskan baginya bagi lainnya.
Manakala amal orang muntahi itu lepas daripada syirik halus ini. Maka inilah yang dituntut


76. Soal: Manakah jalan yang boleh mengeluar dan melepaskan kita daripada syirik?
Jawab: Jalan yang boleh mengeluarkan engkau dariapda syirik ialah engkau keluar daripada diri engkau. (Keluar dari diri erti diri dianggap tidak ada, yang ada hanya Allah - pada sangkaan orang wahdat al-wujud).
terjemahnya: Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya (kerana mengerjakan sembahyang malam), sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa, takut (akan kemurkaan-Nya) dan harap (akan rahmat-Nya)?
(2) Ikhlas orang muntahi iaitu tiada menilik bagi dirinya ada amal, tetap hanya memandang kelakuan Allah ta'ala pada dirinya, maka ini adalah wahdat al-wujud lagi jabariyah.
(3) Kata-kata dalam perkara 76 di atas yang berbunyi "Jalan yang boleh mengeluarkan engkau daripada syirik ialah engkau keluar daripada diri engkau" berbau fana' atau wahdat al-wujud iaitu menganggap diri tidak ada yang ada hanya Allah, segala yang dilakukan oleh diri sebenarnya itu adalah dilakukan oleh Allah sendiri.


KITAB KASYF AL-ASRAR (11) Beza Iman dan Islam

Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
  1. Soal: Apa perbezaan Iman dengan Islam?
    Jawab: Perbezaan di antara Iman dengan Islam ialah bahawa Iman itu batin dan Islam itu zahir yang tiada bercerai di antara keduanya seperti nyawa dengan tubuh, tiada hidup tubuh melainkan dengan nyawa. Maka demikianlah jua tiada sah Islam melainkan dengan Iman, dan tiada sah Iman melainkan dengan Islam, kerana Islam itu zahir Iman. Sebab itulah tiada boleh dikata muslim orang tiada Islam ya'ni tiada mngerjakan suruh dan meninggal apayang ditegah oleh Syara'. 
  72   Soal: Mana asal amal, mana asal ta'at, mana asal kebaikan dan mana asal kejahatan?                    
         Jawab. (Asal) amal itu ilmu, asal ta'at itu ketiadaan mengikut hawa nafsu, asal   
         kebaikan itu menyalahi hawa nafsu, dan asal kejahatan itu mengikut hawa nafsu.

KITAB KASYF AL-ASRAR (10) Orang berakal



 Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui

 
   67   Soal: Mana yang dinamai cerdik?

          Jawab: Yang dinamai cerdik ialah memelihara akan harta dan agama.
  1. Soal: Yang mana orang berakal?
    Jawab:Tanda orang berakal itu ada empat belas: (1) Meninggalkan kemuliaan dunia. (2) Meninggalkan takabur. (3) Suka mem-banyakkan buat amal ibadat. (4) Suka membanyakkan berbuat amal kebajikan. (5) Benci kepada jalan kejahatan. (6) Kasihkan orang alim lagi beradab. (7) Membalas jasa orang kepadanya. (8) Bersegera membayar hutang. (9) Menahan marah. (10) Suka bersedekah serta manis muka dan tuturkata. (11) Banyak kasihan kepada kaum kerabat. (12) Tiada mahu makan yang haram. (13) Mahu terkena dan tiada mahu mengena. (14) Benci kepada orang yang membuat kebesaran dan kemegahan kerana ditilik dalam hatinya pekerjaan yang tiada memberi faedah dunia dan akhirat. (Jika anda bersifat dengan 14 sifat ini) sempurnalah dunia dan akhirat walaupun tiada tahu membaca kitab sekalipun. Inilah orang yang berakal terpelihara dunia dan akhirat.
    Lawan bagi 14 ini adalah tanda orang yang tiada berakal yang bakal mendapat celaka dunia dan akhirat.
  1. Soal: Mana sekurang-kurang akal manusia?
    Jawab: Sekurang-kurang akal itu meninggalkan dunia.


KITAB KASYF AL-ASRAR (9) Tamsil (perbandingan) dan tanzih (tiada perbandingan)



Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
  1. Soal: Apakah yang menyampaikan kita kepada Allah?
    Jawab: Yang menyampaikan kita kepada Allah itu ialah anugerahnya.
  1. Soal: Mana sebenar-benar ilmu?
    Jawab:Sebenar-benar ilmu ialah mengetahui baik dan jahat, zahir dan batin, awal dan akhir, halal dan haram, makruh dan harus, sunat dan fardhu, syarat dan rukun, sah dan batal.
  63    Soal: Apakah yang mengalahkan ilmu?   

          Jawab: Yang mengalahkan ilmu itu nafsu.
  1. Soal. Apakah yang mengalahkan nafsu?
    Jawab: Yang mengalahkan nafsu ialah takutkan Allah sebenar-benar takut.
  1. Soal: Mana kesudahan ilmu?                                                                                                   Jawab: Kesudahan ilmu ialah kembali kepada asal seperti sediakala.
  1. Soal: Mana kesudahan ma'rifat?                                                                                             Jawab: Kesudahan ma'rifat ialah jahilkan diri.  

   66   Soal: Mana kesudahan akal?
         Jawab: Kesudahan akal lemah daripada mendapat, itulah mendapat. Seperti keadaan Tuhan kita tiada  dalam suatu dan tiada di luar sesuatu, tiada suatu dalamnya jauh, tiada antara hampir, dan tiada bersentuh.
Inilah sabda Nabi (bukan hadith tetapi kata kata ulama'): terjemahnya: Bermula lemah daripada mendapat akan pendapat maka itulah yang didapat. (Lemah daripada mendapat tanggapan mengenai ketuhanan maka itulah tanggapan).terjemahnya: Bermula lemah daripada mendapat akan pendapat maka itulah yang didapat. (Lemah daripada mendapat tanggapan mengenai ketuhan maka itulah tanggapan) maka inilah yang ada persamaan dengan tanzih atau transcendent, manakala perbandingan "kain = Adam,, benang = Muhammad, dan kapas = Allah", yang tersebut dalam sanggahan di atas maka ini ada persamaan dengan tamthil (perbandingan) atau immanent