Beliau berkisah, “Dengan tatapan yang pasti aku memandang Allah setelah Dia membebaskan diriku dari semua makhluk-Nya, menerangi diriku dengan Cahaya-Nya, membukakan keajaiban-keajaiban rahsia-Nya dan menunjukkan kebesaran-Nya kepadaku.
Setelah menatap Allah aku pun memandang diriku sendiri dan merenungi rahsia serta hakekat diri ini. Cahaya diriku adalah kegelapan jika dibandingkan dengan Cahaya-Nya, kebesaran diriku sangat kecil jika dibandingkan dengan kebesaran-Nya, kemuliaan diriku hanyalah kesombongan yang sia-sia jika dibandingkan dengan kemuliaan-Nya. Di dalam Allah segalanya suci sedang didalam diriku segalanya kotor dan cemar.
Bila kurenungi kembali, maka tahulah aku bahwa aku hidup kerana cahaya Allah. Aku menyadari kemuliaan diriku bersumber dari kemuliaan dan kebesaran-Nya. Apapun yang telah kulakukan, hanya kerana kemaha kuasaan-Nya. Apapun yang telah terlihat oleh mata lahirku, sebenarnya melalui Dia. Aku memandang dengan mata keadilan dan realiti. Segala kebaktianku bersumber dari Allah, bukan dari diriku sendiri, sedang selama ini aku beranggapan bahawa akulah yang berbakti kepada-Nya.
Aku bertanya: “Ya Allah, apakah ini?”
Dia menjawab: “Semuanya adalah aku, tidak ada sesuatu pun juga kecualai Aku”
Kemudian ia menjahit mataku sehingga aku tidak dapat melihat. Dia menuruhku untuk merenungi akar permasalahan, aiitu dirinya sendiri. Dia meniadakan aku dari kehidupanNya sendiri, dan ia memuliakan diriku. Kepadaku dibukanNya rahsia diriNya, sendiri yang mana sedikitpun tidak terjejas oleh kerana ada ku. Demikianlah Allah, kebenaran yang tunggal menambahkan kenyataan ke dalam diriku. Melalui Allah aku memandang Allah, dan kulihat Allah di dalam kenyataanNya.
Di sana aku berdiam dan beristirehat untuk beberapa saat lamaNya. Kututup telinga dari derap pejuangan. Lidah yang meminta-minta kutelan ke dalam tenggorakan keputus asaan.
Ku campakkan pengetahuan yang telah kutuntut dan kubungkuskan kata hati yang menggoda kepada perbuatan-perbuatan aniayai dan zalim. Di sana ku berdiam dengan tenang. Dengan kemurahan kurnia Allah ku buang kemewahan-kemewahan dari jalan menuju prinsip-prinsip dasar.
Ku campakkan pengetahuan yang telah kutuntut dan kubungkuskan kata hati yang menggoda kepada perbuatan-perbuatan aniayai dan zalim. Di sana ku berdiam dengan tenang. Dengan kemurahan kurnia Allah ku buang kemewahan-kemewahan dari jalan menuju prinsip-prinsip dasar.
Allah manaruh belakAsih kepadaku. Ia memberkati ku dengan pengetahuan abadi dan menanam lidah kebajikanNya ke dalam tenggorakan ku.Untuk ku diciptakanya sebuah mata dari cahayaNya, semua makhluk ku lihat melalui Dia. Dengan lidah kebajikan itu aku berkata-kata kepada Allah, dengan pengetahuan Allah ku perolehi sebuah pengetahuan dan dengan cahaya Allah ku dapat menatapNya.
Allah berkata kapada ku: “Wahai engkau yang tak memiliki sesuatu apa pun , namun telah memperlehi segalanya, yang tak memiliki bekalan , namun telah mempunyai kekayaaan”.
“Ya Allah”, jawab ku, “Jangan biarkan diriku sendiri tanpa mendambakan Mu. Adalah lebih baik jika engkau menjadi milik ku sendiri tanpa engkau.”
”Alangkah lebih baik jika aku berkata-kata kepada Mu melalui Engkau, daripada aku berkata-kata kepada diri ku sendiri tanpa Engkau”.
Lalu Allah berkata:” Oleh kerana itu perhatikan kana hukum Ku dan jaagan engkau melanggar perintah serta larangan Ku, agar Kami berterima kasih atas segala jerih payahmu”
Aku Menyahut: ”Aku telah membuktikan iman ku kepada Mu dan aku benar-benar yakin sesungguhnya Engkau lebih pantas untuk bertrimakasih kapada diri Mu sendiri daripada hamba Mu. Bahkan jika engkau mengutuk diri ku yang hina ini, engkau bebas dari segala perbuatan aniayai”
“Dari siapakah engakau belajar”, tanya Allah.
“Yang bertanya lebih tahu dari ia yang ditanya”, jawab ku. “Kerana Ia adalah yang dicita-ciatakan dan yang mencita-ciatakan, yang dijawab dan yang menjawab”
Setelah Dia menyaksikan kesuciaan hati ku yang terdalam dan terependam, aku mendengar seruan puas dari Allah. Dia mengecop diriku dengan cop kepuasanNya. Dia menerangi ku, meyelamatkan ku dari kegelapan hawa nafsu dan kecemaran jasmani. Aku tahu bahawa melalui Dia lah aku hidup dan kerana rahmat limpahNya lah aku boleh menghamparkan permaidani kebahagiaan di dalam hati ku.
Allah berkata: “ Mintalah kepada Ku segala sesuatu yang engkau kehendaki!”.
“Engkaulah yang ku damabakan”, jawabku, “Kerana engkau lebih dari kelimpahan, lebih dari kemurahan dan melalui engkau telah ku dapatkan kepuasan di dalam Engkau, Kerana Engkau adalah milik ku, telah ku gulung catitan-catitan kelimpahan dan kemurahan. Janganlah Engkau jauhkan aku dari diri Mu jangan lah Engkau berikan kepada ku sesuatu yang lebih rendah daripada Engkau”
Beberapa lama Dia tak menjawab. Kemudian sambil meletakkan mahkota kemurahan hati ke atas kepala ku, berkatalah Dia.
“Kebenaranlah yang engkau ucapkan dan kenyataanlah yang engkau cari, kerana itu engkau menyaksikan dan mendengarkan kebenaran”
“Jika aku telah melihat”, ujar ku pula, “melalui Engkaulah aku melihat, dan jika aku telah mendengar, melalui Engkaulah aku mendengar. Setelah Engkau, barulah aku mendengar”.
Kemudian ku ucapakan berbagai pujian kepadaNya. Kerana itu Ia hadiahkan kepada ku sayap keagungan, sehingga aku dapat melayang-layang memadang alam kebesaranNya dan hal-hal menakjubkan dari ciptaanNya. Kerana Ia mengetahui akan kelemahan ku dan apa-apa yang ku inginkan, maka Ia menguatkan diri ku dengan kekuatanNay sendiri dan mendandankan diriku dengan perhiasan-perhiasanNya sendiri,
Ia menaruh mahkota kemurahan hati ke atas kepalaku dan membuka pintu istana keleburan untuk ku, setelah Ia melihat betapa sifat-sifatku lebur ke dalam sifat-sifatNya, dihadiahNya kepada ku sebuah nama dari hadratNya sendiri dan berkata-kata kepada ku dalam wujudnya sendiri. Maka terciptalah keleburan dan punahlah perpisahan.
’Kepuasan Kami adalah kepuasanmu”, kataNya, ”dan kepuasanmu adalah kepuasan Kami. Ucapan-ucapanmu tak mempunyai kecemaran dan tak seorang pun akan meghukumkan mu kerana ke akuanmu”
Kemudian Dia menyuruhku untuk merasakan hujaman rasa cemburu dan setelah itu Ia menghidupkan ku kembali. Dari dalam api penguji itu aku keluar dalam kadaaan suci bersih.
Kemudian Dia bertanya: ”Siapakah yang memiliki kerajaan ini?”
”Engakau”, jawab ku.
”Siapakah memiliki kekusaaan?”
”Engkau”, jawab ku
”Siapakah yang memiliki kehendak”
’Engkau”, jawabku.
Kerana jawapan-jawapan ku itu sama seperti yang didengarkan pada awal penciptaan, maka ditunjukkan kepada ku betapa, jika bukan kerana belas asih ya, alam semesta tidak akan pernah tenang, dan jika bukan kerana cintaNya , segala sesuatu telah dibinasakan oleh keMaha PerkasaaanNya.
Dalam masa kemabukan itu setiap lembah ku terjuni. Ku lumat hancurkan tubuhku ke dalam setiap wadah gejolak api cemburuan. Ku pacu kuda pemburuan ke dalam hutan belantara yang tebal. Ku temukan bahawa tidak ada yang lebih baik dari kepapaan dan tidak lebih daripada ketidak upayaaan.
Tiada cahaya yang lebih terang daripada keheningan dan tiada kata-kata yang lebih merdu mersik daripada kebisuan.
Aku menghuni istana keheningan, aku mengenakan pemakaian ketabahan, sehingga masalah dapat ku lihat hingga ke akar-akar umbinya.
Dia melihat betapa jasmaniku dan rohaniku bersih dari hujanan hawa nafsu, kemudian dibukakanNya pintu kedamaian di dalam dadaku yang kelam dan diberikannya kepada ku lidah perlindungan dan ketauhidan.
Kini telah kumiliki sebuah lidah rahmat yang abadi, sebuah hati yang memacarakan nur ilahi, dan mata yang telah ditempa oleh tangannya sendiri. Kerana Dia lah aku boleh berbicara dan dengan kekuasaanNya lah aku menang. Kerana melalui Dia aku hidup, maka aku tidak akan pernah mati. Kerana telah mencapai tingkat keluhuran ini maka isyaratku adalah abadi, ucapanku berlaku untuk selama-lamanya, lidahku adalah lidah tauhid dan ruhku adalah ruh keselamatan.
Aku tidak berbicara ,mengenai diri ku sendiri sebagai seorang pengkhutbah dan aku tidak berbicara melalui diriku sendiri sebagai seorang pemberi peingatan. Dialah yang mengerakkan lidah ku sesuai dengan kehendakNya sedang aku hanyalah seseorang yang meyampaikan. Sebenarnya yang berkata-kata ini adalah Dia, bukan aku.
Setelah memuliakan diriku, Dia berkata: ”hamba-hamba Ku ingin bertemu dengan mu”.
”Bukankah keinginanku untuk menemui mereka”, jawab ku.
Tetapi jika Engkau menghendaki ku untuk menemui mereka, maka aku tidak akan membantah kehendak Mu.
Hiasilah diriku dengan ke-Esaan-Mu, sehingga apabila hamba-hamba-Mu memandangku yang terpandang oleh mereka adalah ciptaan-Mu. Dan mereka akan melihat Sang Pencipta mata, bukan diriku ini”.
Keinginanku ini dikabulkan-Nya. Ditaruh-Nya mahkota kemurahan hati ke atas kepalaku dan Ia membantuku mengalahkan jasmaniku.
Setelah itu, Dia berkata, “temuilah hamba-hamba-Ku itu”.
Aku pun berjalan selangkah menjauhi hadratNya, tetapi pada langkah yang kedua aku jatuh terjerumus. Terdengaralah oleh ku seruan:
” Bawalah kembali kekasih Ku kemari. Ia tidak dapat hidup tanpa aku dan tidak ada satu jalan pun yang diketahuinya kecuali jalan menuju Aku”.
”Setelah aku mencapai taraf peleburan ke dalam keesaan, itulah saat pertama aku manatap Yang Esa. Bertahun-tahun lamanya aku berkelana di lembah yang berada di kaki bukit pemahaman”, kisah Abu Yazid.
Akhirnya aku nmenjdi seekor burung dengan tubuh yang berasal dari keesaaan dan sayap keabdian.
Terus menerus aku melayang-layang di angkasa kemutlakan. Setelah terlepas dari segala sesuatu yang diciptakanNya, aku pun berkata: ” Aku telah sampai kepada Sang Pencipta”.
”Kemudian ku jongokkan kepala aku dari lembah kemuliaan. Kemudian selama 30,000 tahun aku terbang di dalam keleburanNya yang luas, 30,000 tahun di dalam kemulaiaanNya, 30,000 tahun di dalam keesaanNya. Setelah berakhir selama 90,000 tahun , maka terlihatah oleh aku Abu Yazid, dan segala yang terpanadang oleh ku adalah aku sendiri”.
Kemudian, ku lanjutkan lagi dengan menjelajahi 4,0000 padang belantara. Ketika sampai ke akhir pejelajahan itu, terlihatlah oleh ku bahawa aku masih berada di tahap awal kenabian.
Maka kulanjutkan pula pengembaraan yang tak berkesudahan di lautan tanpa tepi itu untuk beberapa lama, aku katakan, “Tidak ada seorang manusia pun yang pernah mencapai kemuliaan yang lebih tinggi daripada yang telah kucapai ini. Tidak mungkin ada tingkatan yang lebih tinggi daripada ini”. Tetapi ketika kutajamkan pandangan ternyata kepalaku masih berada di telapak kaki seorang Nabi.
Maka sedarlah aku, bahawa tingkat terakhir yang dapat dicapai oleh manusia-manusia suci hanyalah sebagai tingkatan awal dari kenabian. Mengenai tingkat terakhir dari kenabian tidak dapat kubayangkan.
Maka sedarlah aku, bahawa tingkat terakhir yang dapat dicapai oleh manusia-manusia suci hanyalah sebagai tingkatan awal dari kenabian. Mengenai tingkat terakhir dari kenabian tidak dapat kubayangkan.
Kemudian Rohku menembus segala penjuru di dalam kerajaan Allah. Syurga dan neraka ditunjukkan kepada rohku itu tetapi ia tidak ku peduli. Apakah yang dapat menghadang dan membuatnya peduli .
Semua sukma yang bukan Nabi yang ditemuinya tidak dipedulikannya. Ketika ruhku mencapai sukma manusia kesayangan Allah, Nabi Muhammad saw, terlihatlah olehku 100 lautan api yang tiada bertepi dan 1000 tirai cahaya. Seandainya kujejakkan kaki ke dalam lautan api yang pertama itu, niscaya aku hangus binasa. Aku sedemikian gentar dan bingung sehingga aku menjadi sirna. Tetapi betapa pun besar keinginanku, aku tidak berani memandang tiang perkemahan Muhammad Rasulullah Saw.Walaupun aku telah berjumpa dengan Allah, tetapi aku tidak berani berjumpa dengan Muhammad Rasulullah Saw. Kemudian Abu Yazid berkata, “Ya Allah, segala sesuatu yang telah terlihat olehku adalah aku sendiri. Bagiku tiada jalan yang menuju kepada-Mu selama aku ini masih ada. Aku tidak dapat menembus keakuan ini, apakah yang harus kulakukan?”
Maka terdengarlah perintah, “Untuk melepas keakuanmu itu ikutilah kekasih Kami Muhammad Saw. Usaplah matamu dengan debu kakinya dan ikutilah jejaknya.
Maka terjunlah aku ke dalam lautan api yang tak bertepi dan kutenggelamkan diriku ke dalam tirai-tirai cahaya yang mengelilingi Muhammad Rasululah Saw.
Dan kemudian tak kulihat diriku sendiri, yang kulihat Muhammad Rasulullah Saw. Aku terdampar dan kulihat Abu Yazid berkata,” aku adalah debu kaki Muhammad, maka aku akan mengikuti jejak beliau Saw”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan