NAFSU (NAFS/JIWA/DIRI/EGO)
PENGERTIAN NAFSU
1 Jauhar Lathiff (permata halus) yang mengandung kekuatan hidup, berkehendak, bergerak dan berkemahuan. Ia dinamakan dengan “ruh haiwani” yang terletak di antara hati dan jasad.
2 Ia juga dikenali dengan nafs natiqah (nafsu yang berakal). Sebagaimana yang diisyaratkan oleh Allah Taala dalam Al qurab (surah 24:35) dengan ungkapan ‘Syajarah mubarakah zaitunah” (pohon zaitun yang penuh berkah). Ia mempunyai derejat yang paling tinggi kerana tidak berada di timut atau tidak juga dibarat atau di alam arwah tunggal (mujarrad)
3 Ia adalah dimensi manusia yang berada di antara roh (cahaya) dan jasmani (kegelapan)
4 Mempunyai dua erti iaitu
(a) kekuatan hawa nafsu amarah, syahwat dan perut yang terdapat dalam jiwa manusia dan merupakan sumber timbulnya akhlak
(b) Jiwa rohani yang bersifat lathiff, rohani dan rabbani. Ia merupakan hakikat diri dan zat manusia kerana memiliki sifat rohani yang lembut (lathiff) dan mempunyai sifat ketuhanan (rabbani). Dikatakan berfungsi sangat besar dalam kehidupan manusia.
5 Nafs juga mempunyai beberapa erti lain antaranya:
(a) Peribadi atau diri dalam suasana fizikal bukan merupakan dimensi yang terpisah
(b) Kesedaran dan perikemanusiaan iaitu segala perkara berkaitan dengan pengalaman kegelisahan, ketenangan, sakit dan lain-lain, hanya diri sendirilah yang merasainya dan belum tentu ditonjolkan melalui penglihatan fizikal. Orang lain hanya setakat dapat membayangkannya apa yang dirasakan oleh perasaan dalaman seseorang.
(c) Sebagaia kehendak, kemahuan dan nafsu-nafsu. Merupakan kekuatan penggerak yang membangkitkan kegiatab dalam diri makhluk hidup dan penggerak tingkah laku serta mengarahkan kepada sesuatu tujuan.
6 Nafs dari sudut pengertia lain mempunyai dua makna:
(a) Menghimpun dua kekuatan amarah dan syahwat dalam diri manusia (lazim digunakan oleh ahli sufi)
(b) Luthf yakni hakikat diri dan esensi manusia. Ia disifati dengan berbagai sifat yang bebeza bergantung kepada keadaan ihwalnya.
7 Dalam kajian ilmu tasawwuf, nafs ini diertikan sebagai sesuatu yang melahirkan sifat tercela
8 Imam Ghazali mengatakan, nafs sebagai pusat kemampuan untuk marah dan syahwat pada manusia dan sebagai pangkal dari segala sifat tercela. Menurutnya. Sebelum manusia mencapai derejat Mutmainnah. Ia memerlukan latihan kerohanian atau mujahadah untuk melawan berbagai kecenderungan jiwa rendah dan nafsu yang menjauhkan hati dari Allah. Nafsu ini mempunyai dua tingkatan sebelumnya iaitu
a- Nafsu Ammarah yakni jiwa atau nafsu yang selalu menyuruh kejahatan (Al quran surah 12;53)
b- Nafsu Lawammah yakni nafsy yang menyesali diri sendiri. Hal ini dikehendaki dalam Al quran (surah75:2)
9 Nafsu juga dikatakan sebagai wilayah imaginasi. Allah ada dalam diri kita, tetapi kita tidak dapat melihat Allah. Tasawwuf ditujukan untuk mengubah jiwa rendah (nafsu ammarah) untuk menjadi jiwa yang lebih tinggi (Nafsu Kamiliah) dan melihat di mana-mana.
10 Seringkali juga nafsu digunakan dalam pengertian yang negatif, kerana dorongan yang terkandung di dalamnya dan disebabkan terdapat ikatan antara hasrat dan kebodohan. Ia dikenali sebagai nafsu Ammarah bis’su (jiwa yang mengajak kepada kejahatan). Dikatakan jiwa boleh ditingkatan mellaui nafsu lawammah ( jiwayang tercela) Al quran surah 75:2. yang dalam keadaan tertentu mirip kepada pemikiran, maka nafsu tersebut dapat dibersihkan dan dikembalikan kepada jiwa yang sebenarnya sebagai nafsu Mutmainnah (jiwa yang tenteram) yang terjamin masuk syurga.
SIFAT-SIFAT NAFSU (Menurut kitab Mishbah Al Hayat)
1 Sifat Hawa Nafsu (Hawa/kebudakan) iaitu nafsu yang selalu ingin menikmati kesenangan-kesenangan jasad dan jasmani serta memenuhi hasrat-hasrat dan berbagai keinginan hawa nafsu
2 Sifat kemunafikan (nifaq) iaitu dalam banayak perkara nafsu ini tidak sehaluan dengan batinnya. Menyanjung atau memuji setinggi langit di hadapan tetapi mengutuk atau memperkecilkannya di belakang.
3 Sifat bermegah-megahan atau suka menunjuk-nunuk (ria)
4 Sifat mengakui sifat ketuhanan (uluhiyyah) dan keras kepala menentang Allah
5 Sifat kikir dan tamak
TINGKATAN NAFSU (Mengikut Ahli tasawwuf)
Menurut Abd Karim Al Jilli, membahagi kan kepada 5 tingkat:
1 An-Nafs Al Hayawaniyah (jiwa kebinatangan) iaitu jiwa yang patuh kepada dorongan-dorongan alamiah
2 An-Nafs Al Ammarah (jiwa yang memerintah) iaitu jiwa yang suka menurut kesenangan syahwat, tanpa peduli perintah dan larangabn Allah
3 An Nafs Al Mulhamah (jiwa yang memperoleh ilham Tuhan dengan sifat keraguan) iaitu jiwa yang mendapat bimbingan Tuhan untuk berbuat kebaikan
4 An Nafs Al Lawammah (jiwa yang menyesali diri) iaitu jiwa yang goyah dalam pendiriannya
5 An Nafs Al Muthmainnah (jiwa yang tenteram) iaitu jiwa yang menuju Tuhan dalam ekadaan tenang dan berada di sisi Tuhan dalam keadaan tenteram.
Menuurut kebanyakan Ahli Tasawwuf :
1 Nafsu ammarah Bis’su (mengajak membuat perkara tercela) .Jenis jiwa ini yang belum jinak dan ini adalah jiwa yang dimiliki oleh tingkatan orang muslim
2 Nafsu Mulhimah (jiwa yang tercela) dimiliki oleh orang-orang tingkatan mukmin
3 Nafsu Lawammah (jiwa yang menyesali) dimiliki oleh orang pada tingkatan makrifat (arif)
4 Nafsu Mutmainnah (jiwa yang tenteram) dimiliki oleh orang sufi yang berada pada tingkatan Muwahhid.
TINGKATAN KEROHAIAN DN NAFSU
1 Shadr : Mendapat cahaya Nur al Islam. Belajar membaca
Mutu: masih jadi pelupa
Peringkat Jiwa : Nfsu Ammarah, gelaran ‘Muslim’
2 Qalb : Mendapat cahaya Nur al Iman, pemberian Allah
Mutu : Sudah mengetahui kenyataan sebenar
Peringkat Jiwa : Nafsu Mulhimah, gelaran ‘Muslim’
3 Fu’ad : Mendapat cahaya Nur al Makrifat, pemberian Allah
Mutu : Sudah melihat kenyataan sebenar
Peringkat jiwa : Nafsu Lawammah, gelaran ‘Arif’
4 Lubb : Mendapat cahaya Nur al Tauhid, pemberian Allah
Peringkat jiwa : Nafsu Mutamainnah, gelaran ‘Muwahid’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan