Catatan Popular

Isnin, 25 April 2011

SYEIKH ABU YAZID AL BUSTAMI : UCAPAN, PENGALAMAN DAN PENGALAMAN KEROHANIAN


UCAPAN-UCAPAN KEROHANIAN SYEIKH ABU YAZID AL BUSTAMI
1        Selama 30 tahun saya mencari Tuhan, tetapi apabila saya fikir dan pandang dengan seksama, saya dapati pada hakikatanya Allah yang mencari dan saya lah dicariNya”
2          ” Selama 30 tahun lamanya saya mengamalkan membasuh mulut 3 kali sebelum saya duduk menyebut nama Allah”
3          ” jangan uji Tuhan dengan sepotong dua roti”
4          “Hendaklah engkau rasai diri mu itu sebagai kosong”
5          ”Aku mohon rahmatNya dari pemberi rahmat dan bukanmohon keramat”
6          ”Apa sahaja yang saya dapat adalah kuniaaan Allah dan bukan kerana usaha dan amalan kerohanianku”
7          ”telah bertahun-tahun lamanya saya ingin hendak menyembah sembahyangku kepada Allah yang boleh diterimaNya, tetapi hingga kini saya masih belum juga berjaya”
8          ”Dengaa sembahyang bersungguh-sungguh selama lebih dari 40  tahun, maka hijab itu pun terbuka. Dengan tawaduk saya, saya mohon kepada Allah menunjukkan jalan kepada Nya. Saya terdengar suara ketuhanan berkata: ”kamu tidak dapat memasuki jalan itu sehingga kamu buangkan segalanya, walaupun tempayan             pecah dan selimut koyak yang ada di samping kamu itu”Dengan segera saya buangkan segalanya itu. Jalan itu pun ditunjukkan kepada saya.Saya diperintahkan supaya berkata-kata kepada mereka yang ingin menurut jalan itu, bahawa mereka tidak adapat menempuh jalan tersebut sehingga merekamembuangkan segalanya sepetri yang saya lakukakan”
9          ”Jika aku minta satu lepas satu permintaan kepada Allah, dia menjauhkan diri Nya dari ku. Tetapi bila aku inginkan pandanganNya, aku pun lupa segala permintaan ku dan lalu berkata: ” Ya Allah !, jadilah kepunyaan Abu Yazid dan lakukankanlah apa yanag kamu suka kepadanya”
10        ”kelazatan berdampingan dengan Allah itu tidak akan aku tukarkan dengan kerajaaan dunia ini”
11        ”Aku bersayarah selama 40 tahun. Tidak seorangapun yang dapat menuju melalui syarahaku itu, kecuali Allah menghendakinya supaya orang itu maju dalam bidang kerohaniannya itu tanpa syarahanku”
12        ”Aku ini hamba Allah, kenapa pula kehendak ku mendahului kehendakNya”
13        “Jangan bergantung dengan usaha mu, tetapi bergantunglah dengan rahmatnya”
14        ”Siapa diksihi Allah, dia akan diberi penderitaan dan kesususahan”
15        Anggaplah kekuatan hidupmu itu hanya untuk hari ini, tidaklebih dari itu”
16        ”Bersaama dengan orang-orang salih itu lebih baik dari melalukan amalan saleh. Dan bersama syaitan itu adalah lebih hina dari melalukan perbuatan keji dan dosa”
17        ” Berpuasa itu mendatangkan rahmat”
18        ”Kasih kepada Allah menyebabkan kamu lupakan dunia ini dan akhirat”
19        ” Orang yang tidak merasa lazat dalam menyembah Allah, akan menghabiskan masanya dalam hal-hal keduniaaan. Tetapi orangyang lazat dalam mengenang Allah, menasihatkan mereka yang ingin menuju kepada Allah supaya menghindarkankan makhluk. Dengan bersama  orang ramai itu adalah membuat seseorang meluapakan Allah”
21        ”Aku haiaran kenapa ahmaba yang sudah kenal; Allah itu menyembah Dia pula kenapa berada dalam diri sendiri dan tidak masuk ke dalam mabuk Allah (Zauk) dan hapus segala yang lain kecuali Allah!. Bagaimana seseorang yang telah fana dalam Allah itu hendak menyembahnya pula?”


PENGALAMAN KEROHANIAN ABU YAZID

1          “ Apabila Allah menfanakan daku dan membawa  daku ke baqa denganNya, dan membuka hijab yang mendindingi daku dengan Dia. Maka aku pun dapat memandangNya dan ketika itu jua hancur leburlah pancaindara ku dan tidak dapat hendak berkata apa-apa. Hijab diri tersingakap dan saya berada di kedaaan itu beberapa lama tanpa pertolongan pancaindera. Kemudian Allah kurniakan daku mata ketuhanan dan telinga ketuhanan, dan daku dapati segala segalanya adalah di dalam Dia jua”

2          “ Ku memehon supaya berada dalam dia. Daku pun diperintahkan supaya keluar dari bidang syaria’at”
3          “ Apabila Allah memisahkan dan melepaskan daku dari semua makhlukNya. Dia kurniakan saya dengancahayaNya dan daku diberi tahu akan rahasia-rahasiaNya, maka terlihatlah akan daku Allah itu dengan mata hatiku. Pabila daku bandingkan nur cahaya Allah dengan diriku, maka terasa hina dan tidak benilainya daku. Di hadapan kescucianNya, adku adalah tidak suci”
4          ”Aku pun masuk ke dalam satu kehidupan yang tidak ada mati-mati lagi dan wujud saya adalah kekal”
5          ”Ku keluar selangkah dari bendul ketuhanan itu tetapi aku berasa lemah llu jatuh. Terdengar suara ketuhanan membisikkan: ”Bawa kembali kekasih ku kepada Aku, kerana dia tidak dapat hidup tanpa Aku dan tidak dapat bergerak selangkah pun tanpa Aku”
6          ”Kemudian suara Ketuhanan memberitahu daku bahawa, makhluk ingin hendak melihat daku. Aku menjawab: ”aku hendak melihat Engkau sahaja, tidak mahu melihat yang lain. Tetapi andainya sudah kehendak Mu supaya makhluk melihat daku, maka aku menerima perintah Mu. saya berdoa agar kurniaan kepakda ku Wahdaniat (keesaaaNya), supaya apabila makhluk melihat daku ia akan menumpukan pandangan mereka kapada kejadian Mu dan kepada Mu jua, dan aku tidak menjadi pendidding antara Engkau dan kejadian Engkau”. Allah perkenankan doa aku. Semejak itu, dalam keadaan itu, makhluk nampak oleh saya.”
7          ” Aku dapati bahawa hanya dengan adanya kurniaan Allah untuk memberi daya upaya kepada kita unmuk melakukan latihan kerohaian itu sahaja, maka kita dapat melakannya. Oleh itu, pelaku pada hakikatnya Allah taala jua”
8          ”Dalam Dia itu, saya mohon kepadaNya agar Dia berada di sampingku dan jauh dari manusia dan hal-hal keduniaan, apa sahaja selain Dia. Allah pun mengabulkan doa ku , lalu mengurniakan kepada ku rahmatNya dan masuklah aku ke dalam bidang tauhid, dan di situ aku diberitahu bahawa semenjak peristiwa itu, kehendak aku kehendak Dia jua”
9          ”Allah yang Maha Besar telah berkenan menerima daku di dalam 2,000 tingkatan, di dalam setiap tingkatan itu Dia menawarkan sebuah kerajaan kepada ku tetapi ku tolak. Allah berakata kepada ku: ” Abu Yazid, apakah yang engkau inginkan”. Aku menajawab: ” Aku ingin tidak menginginkan”

Tiada ulasan: