Sebagai
contoh adalah kisah Saiyidina Umar r.a yang menemui ketika beliau dalam
perjalanan dari Madinah ke Makkah seorang penggembala kambing yang miskin. Umar
ingin menduga sifat amanah pemuda yang miskin, tidak terdidik, dan bahkan hidup
di tengah kampung tidak jauh dari kebisingan kota.
Umar berkata
kepadanya: "Mahukah anda menjual satu dari kambingmu yang banyak
itu?". Pemuda itu dengan tegas menjawab: "Saya bukan pemilik
kambing-kambing itu. Saya hanya pengembala". Umar menduga lagi:
"Katakan saja kepada tuanmu bahawa seekor srigala telah datang
memakannya".
Tapi dengan
sangat tegas pemuda itu menjawab: " lalu di mana Allah? " Umar
menangis dengan ketegasan pemuda itu, dan keesokan harinya beliau menemui
tuannya dan dibelinya kambing itu sehingga pemuda itu dapat dibebaskan dari
perhambaan.
Inilah yang
dinamakan dengan sifat muraqabatulloh yang lahir dari taqwa. Jika ianya
digabungkan dengan keimanan dan keyakinan bahawa semua amalan kita akan
dipersoalkan pada hari akhirat kelak, maka akan terjalinlah hubungan sesama
manusia yang harmoni jauh dari sebarang masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan