Suatu masa, wilayah Khurasan pernah
ditadbir oleh gabenor Yazid bin Muhallab. Dia seorang lelaki kacak dan cantik
wajahnya. Selain mempunyai jasmani yang menarik, Yazid bin Muhallab juga
seorang yang pintar dalam pentadbiran, sehingga rakyat sangat menyukainya dan
suka mendengarkan pidatonya.
Akan tetapi, dia tidak
begitu suka tinggal di Khurasan, maka dia pun dipindahkan ke tempat lain.
Sebagai gantinya, kerajaan pusat mengangkat Qutaibah bin Muslim untuk menjadi
gabenor Khurasan. Dia seorang lelaki yang agak hodoh dan kelihatan tidak begitu
menarik.
Seorang penyair muda telah menggubah syair
tentang gabenor Qutaibah ini yang bunyinya:
Semasa Yazid mentadbir Khurasan,
semua wajah kelihatan ceria.
pintu-pintu nikmat dan kemewahan terbuka luas.
Tapi kini, diganti oleh monyet di sekitarnya
berwajah hodoh dan menakutkan.
semua wajah kelihatan ceria.
pintu-pintu nikmat dan kemewahan terbuka luas.
Tapi kini, diganti oleh monyet di sekitarnya
berwajah hodoh dan menakutkan.
Apabila syair itu
tersiar dan sampai kepada Qutaibah, gabenor baru ini sangat marah dan
memerintahkan agar penggubahnya ditangkap. Akan tetap si penyair segera
melarikan diri dan menyembunyikan diri buat beberapa masa. Akhirnya dia tidak
tahan bersembunyi lama dan nekad untuk pergi berjumpa dengan ibu Qutaibah dan
meminta surat jaminan daripadanya.
Setelah mendapat surat
itu, dia pergi ke istana gabenor dan menyerahkan surat tersebut. Qutaibah tidak
dapat berbuat apa-apa setelah menerima surat dari ibunya.
“Dengan wajah apa engkau datang berjumpa denganku?” Tanya Qutaibah.
“Dengan wajah apa engkau datang berjumpa denganku?” Tanya Qutaibah.
“Dengan wajah yang
kugunakan untuk berjumpa dengan Tuhanku, tapi Dia lebih banyak berbuat baik
terhadapku daripada aku berbuat baik kepada-Nya. Dia tidak marah. Padahal
kesalahanku kepadanya lebih banyak jika dibandingkan dengan kesalahanku
kepadamu.”
Qutaibah tertawa dan suka mendengarkan alasan si penyair itu, maka dia pun dibebaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan