Ketika orang-orang kafir menyalib Khubaib
bin Adyadi atas pohon kurma sebelum membunuhnya, dia sama sekali tidak takut
dan gentar.
Bahkan dengan mata tajam, ditatap
orang-orang kafir sambil berkata:
"Sekelompok pasukan bersekutu
berkumpul di sekelilingku dan membentuk satu kumpulan besar. Mereka merasa
senang dengan kabilah-kabilah mereka."
"Hanya kepada Allah aku berkeluh
kesah tetapi bukan kerana serang yang dilancarkan musuhku pada saat
bertempur."
"Aku tidak peduli dengan cara apa
aku mati, selama aku mati dalam keadaan Muslim kerana semuanya tetap kembali
kepada Allah. Semoga dia memberkati pada setiap tulang dan daging yang
tercincang."
uuuuuuuuuuuu
Demikian juga Saad bin Abi Waqqash RA
ketika menemui raja Parsi. Dengan gagah dia berkata:
"Aku akan datang dengan suatu
pasukan yang sangat mencintai kematian, sebagaimana kamu semua cinta pada
kehidupan."
Dalam peperangan Uhud, ramai kaum
Muslimin terbunuh sementara anak panah pasukan kafir begitu deras menyerang
Rasulullah SAW. Saat itu Abu Thalhah RA membuka dadanya menjadi benteng
Rasulullah SAW. Dia berkata, "Wahai Rasulullah, anak panah itu tidak akan
mengenaimu. Kami akan mengorbankan diri kami, agar engkau tidak
terkorban."
Ya, selama kematian membawa keredhaan
Allah, ucapkanlah selamat datang kepadanya.
Berbeza dari orang soleh, ahli maksiat
dan mereka yang tenggelam dalam syahwat dan kenikmatan dunia amat takut
menghadapi kematian. Mereka tidak pernah mengingatinya kerana ketakutan yang
luar biasa. Padahal sepatutnya, Allah SWT lebih mereka takuti dari yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan