Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Pada
malam aku di Israkkan, aku mendengar Allah berfirman maksudnya : 'Hai Muhammad!
Perintahkan umatmu supaya memuliakan tiga golongan iaitu ibu bapa, alim ulama
dan penghafaz Al Quran'."
Pertama : Memuliakan kedua ibu bapa.
Kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi sekali,
sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan kemurkaan Allah. Ini
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Keredaan Allah
terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada
kemurkaan ibu bapanya."
(Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim).
Kedua :
Memuliakan alim ulama.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah di
antara hamba-hamba-Nya adalah para ulama.”
(Surah Fathir ayat 28)
Ketiga
: Memuliakan Penghafaz al-Quran.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki
kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya :
"Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka
adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang
pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan