Bahawa di dunia terdapat tiga kategori manusia.
Kategori
Pertama : Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata.
Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun.
Golongan ini ingin hidup dan puas di dunia yang sementara ini. Sikap mereka
jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran.
Firman Allah SWT. yang bermaksud : "Dan tentu akan mereka katakan :
'Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak
dibangkitkan."
(Surah
al-An'am ayat 29).
Kategori
Kedua : Golongan yang hilang pedoman , terumbang ambing, aqidah bersimpang
siur.
Golongan ini melakukan kesesatan dan menyimpang
daripada jalan Allah SWT. dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka
mereka membuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah
SWT. dan hari kiamat tetapi akidah mereka lemah. Akidah yang tidak dapat
memandu aktiviti harian.
Mereka berfahaman kebendaan (materialis)
walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja berbentuk kerohanian. Golongan
seperti ini tidak memahami tuntutan Islam sebenar dan akhirnya menjadi tertipu
dengan amalan mereka. Dalam Islam baik sahaja tidak mencukupi, tetapi mesti
mengikut landasan syariat dan niat mestilah kerana Allah SWT sahaja. Barulah ia
jadi ibadat yang ada nilai pelaburan akhirat.
Ramai yang pergi haji tiap-tiap tahun tetapi
beli rumah menerusi sistem kewangan riba, ramai yang menderma kebajikan tetapi
bercampur matlamat antara riak dan ibadat, ramai yang kuat sembahyang tetapi
isterinya masih membuka aurat dan memakai solek di khalayak ramai.
Kategori
Ketiga : Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk
mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak.
Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah
SWT. Mereka mengetahui hakikat hidup serta memahami nilai dunia berbanding
dengan hari akhirat. Orang seperti ini jasadnya sahaja di dunia tetapi hatinya
di akhirat. Segala kerjanya di atas dunia di salurkan kepada kepentingan
akhirat. Orang begini dekat dengan Allah SWT dan sentiasa menjaga agar
amalannya atau pelaburan akhiratnya tidak rosak.
Allah SWT membandingkan mereka seperti dalan
firman-Nya yang bermaksud :
"Dan
tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan bersenda gurau
belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
bertakwa. Maka tidaklah kamu memahaminya." (Surah al-An'am ayat 32)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan