Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu
takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada
ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga
perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum
seseorang dengan dirinya sendiri.”
i) Terdapat tiga perkara yang memberikan
keselamatan kepada manusia iaitu :
a) Sentiasa menjaga tingkahlaku kerana sesungguhnya Allah
S.W.T Maha Melihat dan Mendengar apa jua yang dilakukan oleh hamba-Nya. Bahkan
setiap amalan itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi
kebahagiaan atau ditimpa celaka dalam hidupnya.
b) Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa ada
diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak yang
bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk sahaja malah dalam menjaga
hubungan dengan Tuhan. Sifat adil akan menghidupkan suasana berkasih sayang
dalam masyarakat.
c) Berjimat cermat ketika susah dan
senang kerana ini akan menyelamatkan seseorang itu daripada menyesal di
kemudian hari.
ii) Manakala
Rasulullah berpesan pula bahawa terdapat tiga perkara lain yang akan
membinasakan manusia iaitu:
a) Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa nafsu
yang mengakibatkan kebinasaan diri.
b) Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.
c) Kagum dengan diri sendiri iaitu ujub dengan kelebihan diri sehingga
menjadikan seseorang itu bersikap angkuh dan sombong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan