MARTABAT HATI
Hati adalah jauhar lathif (permata halus) yang tunggal dan bersifat Nurani. Ia diciptakan oleh Allah Taala dengan suatu sebab iaitu kerana adanya ruh dan diciptakan juga hawa nafsu. Ia terletak di antara ruh dan nafsu.
Hal ini sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw:
“Allah menciptakan hati (al-qulub) 4,000 tahun lebih dahlu daripada jasad. Setelah itu , Dia meletakkan di tempat yang dekat dengan Nya. Sementara itu arwah diciptakan oleh Allah swt 70,000 tahun lebih dahulu daripada hati. Setelah itu. Ia letakkan di taman kelembutan Nya (raudah al uns). Sebelumnya Allah swt telah terlebih dahulu menciptkan Sirr (rahsia) daripada ruh dan menempatkan Sirr tersebut di taman keintiman (raudah al wisl).”
Allah swt juga telah menjelaskan dalam firman Nya:
“Telah ku ciptakan seorang malaikat di dalam tubuh setiap anak keturunan Adam. Di dalam malaikat itu ada Sadr. Di dalam Sadr itu ada Qalb. Di dalam Qalb itu ada Fu’ad. Di dalam Fu’ad itu ada Syagf. Di dalam Syagf itu ada Lubb. Di dalam Lubb itu ada Sirr. Dan dalam Sirr itu ada Aku”
Juga, FirmanNya yang ditujukan kepada Nabi Daud as:
“Wahai, Daud!, kosongkan untuk Ku sebuah rumah, agar boleh Aku tinggal di dalamnya!”.
Mendengar perintah tersebut, Nabi Daud as tidak memahaminya lalu bertanya kepada Allah swt: “ Bagaimana caranya, wahai Tuhanku!”. Lantas Allah swt berfirman: “ Kosongkan hatimu hanya untuk Ku”
Mengikut Syeikh Abdul Razzaq al Qusyasi mengatakan bahawa:
Qalb adalah sutu jauhar Nurani. Ia menjadi perantara antara Ruh Haiwani dengan jasad. Jika mendapat limpahan kurnia dan anugerah Allah, dengan makrifat kepada Nya, Maka Ruh Haiwani tersebut akan digantikan menjadi Ruh Insani.
Hal ini telah diisyaratkan dalam firman Nya berbunyi:
“Telah Ku tiupkan Ruh Ku ke dalam dirinya”.
Dengan demikian nafsu Amarrah dan nafsu lawammah akan segera berubah menjadi nafs Mutma’innah dengan kembalinya Ruh Natiqah iaitu kembali kepada akal yang pertama (Al aql al awwal)
Menurut Imam Ali rda :
Qalbu mempunyai 5 nama yang berlainan:-
Pertama disebut Sadr, kerana ia merupakan tempat terbitnya cahaya Islam.
Hal ini sebagaimana firman Allah swt:
“Adakah sama dengan mereka yang dibukakan Sdrnya kepada Islam”
Kedua disebut Qalb, kerana merupakan tempat terbitnya keimanan.
Sebagaimana firman Allah swt:
“Mereka itulah yang di dalam kalbunya ada keimanan”
Ketiga disebut dengan Fu’ad, kerana ia merupakan tempat terbitnya makrifat.
Sebagaimana firman Allah swt berbunyi:
“Fu’ad tidak akan pernah mendustai apa-apa yang dilihatnya”
Keempat disebut Lubb, kerana ia merupakan termpat terbitnya tauhid.
Sebagaimana Allah swt berfirman:
“Sesungguhnya hal tersebut menjadi bukti kepada orang-orang yang berakal”
Kelima disebut Syagf, kerana ia merupakan tempat terbitnya rasa saling menyayangi dan mencintai sesama makhluk.
Sebagaimana firman Allah swt:
“Sungguh Ia (Zulaikha) telah dikuasai oleh rasa cinta yang membara”
Selain itu, hati pun disebut dengan nama Habbah al qulub, kerana ia merupakan terbitnya cahaya.
Sebagaimana diterangkan Allah swt dalam hadis qudsi berbunyi:
“Tiada yang sanggup menampung Ku, baik di bumi mahupun di langit Ku.Hanya hati hamab Ku yang Mukmin yang dapat menampung Ku”
Ia juga dinamai Surah al qulub, kerana ia merupakan tempat penamapakan Allah swt yang maujud dalam rupa ruh Nabi Muhammad saw.
Hal ini sebagaimana firmanNya di dalam hadis qudsi:
“Sungguh telah Kami mulaiakan anak keturunan Adam. Dan Kami telah menamapakkan Diri di dalamnya”
Saidina Ali r.a telah menerangkan lagi bahawa:
Qalbu orang mukmin sangatlah lembut sehingga dialah dipilih oleh Sirr untuk menajdi kediaman Nya. Dipilihnya qalbu orang mukmin kerana ia mempunayi cahaya qalbu yang lembut dan halus seperti kelembutan benang yang dimasukkan ke dalam lubang jarum.
Beliau juga menegaskan lagi:
Bahawa Allah swt mempunyai ‘tempat’ di bumi, iaitu di qalbu (hati) orang-orang mukmin, kerana itu, Dia sangat megasihi qalbu yang paling bersih, paling kukuh dan palimg suci. Yakni hati yang teguh dalam berpegang pada agama, yang suci di dalam keyakinan dan yang bijaksana dalam menghadapi segala persoalan.
Hal ini semakin kukuh dengan peristiwa cerita Nabi saw:
Di mana pada suatu ketika, para sahabat beliau bertanya kepada Nabi Muhammad saw; “ Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?. Nabi saw menjawab, “ Setiap mukmin yang hatinya sentiasa suci dan terpelihara dengan dipenuhi dengan taqwa, tidak mengkhianat, tidak durhaka, tidak mendendam, tidak dihuni sifat penipu dan tidak pula pendengki”,
Setelah itu, beliau kembali menegaskan dengan sabdanya:
“Hati itu lebih utama daripada kaabah dan syurga”
Kerana alasan beliau kaabah itu dibangun oleh Nabi Ibrahim as, diperuntukkan sebagai bauy Allah (rumah Allah), sedangkan hati adalah khazanah Allah (perbendaharaan Allah). Di Kaabah terdapat hajar al aswad (batu hitam) sedangkan pada hati terdapat hajar al abad (batu abadi) dengan Sirr sebagai pusat keinginannya. Selain itu pada qalbu atau hati ini terdapat tempat tauhid dan segala rahsia.
HATI BERBOLAK BALIK
Telah dijelaskan di atas bahawa Qalbu atau hati terletak di antara Ruh dan Nafsu. Bila sseorang cenderung mengikuti nafsu, maka hatinya pun cenederung akan patuh kepadanya. Namun sebaliknya, jika ia cenederung mematuhi ruh, maka hatinya pun akan mengikutinya pula.
Itulah sebabnya , hati dinamakan dengan qalbu kerana ia boleh berbalik-balik antara kecenderungan ruh dan nafsu
Sebagaimana Sabda Rasulullah saw:
“ Hati anak Adam itu seperti bulu burung yang ditiup angin. Dalam sehari ia boleh bolak balik sebanyak tujuh (7) kali”
“Perumpamaan qalbu itu seumpama bulu burung yang terhampar di padang luas yang dibolak balikkan oleh angin ke depan dan ke belakang”
Yang dimaksudkan dengan ‘Bulu’ adalah Ruhul Quddus. Yang dimaksudkan dengan ‘Qalbu’ adalah tempat terbitnya cahaya, syuhud (penyaksian) dan wajd (kelazatan cinta). Yang dimaksudkan dengan ‘terhampar’ adalah menanti belaian kasih, iaitu laksana sedang berdiri di pintu kekuasaan Allah. Yang dimaksukan dengan ‘padang yang luas’ adalah Wahdaniyyah Allah. Yang dimaksudkan dengan ‘berbolak balik’ adalah semua tajalli yang berupa penampakan sifat, asma dan afaalNya. Manakala yang dimaksudkan dengan ‘angin’ adalah pertolongan dari nafs ar Rahman
MEMPUNYAI BANYAK MATA DAN AMAT LUAS
Dalam hal ini, Syekh Ibrahim bin Adham berkata: ” bahawa qalbu orang-orang yang sudah makrifat pada Allah Taala mempunyai banyak mata, sehingga boleh melihat sesuatu yang tiada dilihat oleh yang lain. Pada qalbu mereka ada beberapa sayap sehingga boleh terbang menghadap ke hadrat Rabb al Alamin dan menikmati keindahan dan kenikmatan syurga serta boleh meminum air samudera kebijakan.
Hal ini sesuai dengan sabda Nabis saw yang menjelaskan bahawa hati orang-orang yang telah makrifat pada Allah taala akan mampu melingkupi semesta alam.
”Pada hati orang-orang yang telah makrifat kepada Allah terdapat beberapa lisan. Dengannya, ia memohon dan mengadu kepada Tuahannya secara rahsia, sehingga para melaikat pencatat amal (Kiram Katibin) pun tidak mengetahui apa yang diucapkannya”
Hadis lain pula berbunyi:
”Pada qalbu orang-orang yang makrifat kepada Allah terdapat beberapa sayap, yang dengannya ia terbang menghadap ke Hadrat Tuahnnya”
Selain itu, ada juga sabda Nabi saw yang menyatakan bahawa setelah ia terbang menghadap Tuahnnya, ia bersenang-senang di taman yang amat suci sambil menikmati berbagai kenikamatan dan meminum air kebijakanaan.
Sabda Nabi saw berbunyi:
” Di dalam tubuh manusia itu asa datu insan yang keberadaannya hanya diketahui oleh Allah semata”
Tatkala Nabi Musa as sedang khusuk beribadah, ia bertanya kepada Allah , ”Ya Tuhanku. Di manakah Engkau ’bersemayam’”.
Mendengar itu, Allah terus berfirman:
”sesuungguhnya Aku telah menciptakan pada hati setiap mukmin sebuah tempat yang teramat luas. Dan ku ciptakan pula pada hati setiap orang kafir suatu tempat yang teramat sempit. Tidakkah engkau ketahui, wahai Musa!. Bila seorang mukmin sedang bertafakkur, maka di dalam hatinya ada Syurga, Neraka, Arsy Kursi, Loh, Qalam serta tujuh lapis langit dan 7 lapis bumi serta isinya. Semuanya itu tertampung di dalama hatinya”.
Berkaitan dengan hal ini juga Sabda Nabi saw nenjelaskana bahawa:
” Pada hati orang mukmin, terdapat pelita yang terang bederang yang merupakan cahaya Allah. Sedangakan hati orang kafir sangatlah teramat hitam dan gelap”
Dinamakan qalbu al alim iaitu hati Insan kamil yang mendapat limpahan kurnia dari Allah Taala dengan pertolongannya. Jelasnya, Insan kamil ini, ia berada di antara alam Uluwwi (alam yang tinggi dan alam salafi (alam yang rendah) atau berada antara Allah dan semesta aalam. Oleh kerana itu, hati orang mukmin terdapat tirai pemisah antara Allah Taala selaku khaliq dengan makhlukNya. Ini jelas kerana qalbu orang yang mukmin itu mempunyai dua muka. Satu muka yang berada pada bahagian jasad yang nyata dan muka yang kedua yang berada pada muka inti zat yang elok. Dengan demikian, dari muka yang kedua ini ia akan memperolehi cahaya dan isyarat dari Sang Maha Penguasa yang akan membuatnya tenggelam dalam lautan Penyaksian (Bahr al Musyahadah). Pada saat ia tenggelam dalam lautan penyaksian, munculah prasangkannya bahawa ”Sesungguhnya Tuhan hanya Allah”. Yang pada akhirnya akan memunculkan perkataan ”Aku adalah Dia” (Ana Huwa) yang keluar dari lidahnya dengan penuh rasa cinta, Dalam hal inilah menyebabkan lenyap dan tenggelam dalam Ahadaiyyah (Kesatuan). Oleh itu, tidaklah aneh jika mereka terlanjur mengeluarkan bahawa ”Dia adalah Aku”(Huwa Ana)
Hal ini senada dengan firman Allah Taala yang meceritakan tentang perkataan Nabi Nuh as :
”Dan bagi mereka yang memasuki rumah ku”.
Rumah yang dimaksudkan di sini adalah qalbu, kerana ia merupakan tempat pelenyapan pada Allah pada maqam Fana fi allah dan abadi bersama Nya Baqa bi Allah.
Allah berfirman :
”Allah sumber cahaya yang menerangi langit dan bumi. Perumpamaan cahayanNya, bagaikan obor yang berpelita di dalamnya. Pelita itu berada di dalam relung kaca. Relung kaca itu bagaikan cahaya bintang bergemerlapaan yang dinyalakan dengan minyak zaitun penuh berkat”
Perumpamaan hati orang beriman (Sadr al mukmin) adalah seumpama obor (misykah). Perumpamaan hati yang mukmin (Qalb al mukmin) adalah umpama pelita (misbah). Perumpamaan makrifat orang mukmin (Makrifat al mukmin) adalah umpama cahaya pelita dan pelitanya itu sendiri yang berderang bagaikan bintang yang gilang gemilang. Dan minyak zaitunlah yang membantu menyalakan pelita makrifat itu.
Yang dimaksudkan dengan obor adalah badan. Yang dimaksudkan dengan pelita (misbah) adalah ruh pohon kayu yang dinyalakan dari cahaya. Yang dimaksukan dengan kaca (Zujajah) adalah hati. Yang dimaksudkan dengan gelas yang dipersamakan dengan bintang yang gilang gemilang (kaukah durriy) adalah nafs. Yang dimaksudkan dengan minyak zaitun (Zaitunah) adalah nafs yang telah selesai dinyalakan dengan cahaya yang suci serta fikiran yang terang
5 ulasan:
Asalamualaikum
amat baik catatan saudara, izinkan saya mengambil beberapa nota-nota dari laman web saudara.
terimah kasih salasilah saya pun sampai kepada Sultanul Awliya dan Khawaja Moinudeen Chistyi.Saya menyebarkan ajaran Baginda berdua di malaysia,indon dan juga di singapura dn brunei.\wasalam - Dr Ismailkassim [ drihk@yahoo.com]
terima kasih,,,semoga ber manfaat,,,,,,,,,,,,,,,sangat haus diriku..akan hal ini...aamiin
mohon berkongsi ilmu ini saudara
FANTASTIS,...INDAH SEKALI
JIN SADUR MATERI ANDA,..TERIMA KASIH
sila belajar asas agama islam terlebih dahulu..... barulah boleh belajar yang lebih mendalam...
Catat Ulasan