Catatan Popular

Isnin, 26 Disember 2016

LADUNI ATAU ILHAM



Ilham ialah ilmu yang diberikan kepada Allah kepada semua umat manusia yang berada dalam keadaan tenang. Semakin dekat seseorang itu dengan Allah melalui amalan yang soleh, maka semakin kerap ilham itu muncul kepada seseorang. Ilham yang turun tanpa putus-putus akan menjadi khazanah ilmu laduni yang sangat memberikan manfaat, mensejahterakan orang lain, mudah difahami dan memudahkan kehidupan.

Dalam Al Quran ada dalil yang kuat sebagai bukti kewujudan ilmu ini. “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan ajar kamu.” (Al Baqarah: 282) 

Dalam ayat ini jelas Allah memperkatakan tentang orang-orang bertaqwa yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah, Allah akan beri ilmu secara wahbiah, tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar atau berguru.

Rasulullah SAW bersabda:

Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim) 

Inilah buktinya. Ertinya ilmu yang telah sedia ada itu akan bertambah bila diamalkan. Yakni ia akan dapat ilmu baru hasil dipraktikkan ilmu itu. Proses ini juga berlaku secara wahbiah.


Inilah yang dikatakan ilmu laduni atau ilmu ilham yang mana Allah pusakakan melalui tiga cara:
i. Ilmu itu Allah jatuhkan terus ke dalam hati.
ii. Adakalanya Allah tayangkan ilmu itu yang boleh dilihat seolah-olah melihat skrin TV. Sedangkan orang lain yang ada bersama-sama dengannya ketika itu tidak dapat melihatnya.
iii. Atau mungkin mendengar suara yang membisikkan ke telinganya tetapi tidak nampak rupa makhluknya. Inilah yang dikatakan hatif. Mungkin suara ini suara malaikat atau wali-wali Allah.

Tiada ulasan: