Catatan Popular

Selasa, 15 Mac 2022

HIKAM ATHAILLAH SYARAH TOK FAKIR KE 39 : HAJAT DARIPADA ALLAH S.W.T, HANYA DIA DAPAT MELAKSANAKANNYA

Menurut Kalam Hikmah ke 39 Al-Arifbillah Syeikh Ahmad Ibnu Athaillah As kandary:

 

“ JANGAN DIAJUKAN HAJATMU KEPADA SELAIN ALLAH S.W.T. ALLAH S.W.T YANG MENDATANGKAN HAJAT ITU KEPADA KAMU. SIAPAKAH YANG SELAIN ALLAH S.W.T DAPAT MENGANGKAT SESUATU YANG DILETAKKAN OLEH ALLAH S.W.T? BARANGSIAPA YANG TIDAK MAMPU MELAKSANAKAN HAJAT DIRINYA SENDIRI, BAGAIMANA PULA DIA SANGGUP MELAKSANAKAN HAJAT ORANG LAIN.”

 

Dalam membentuk keperibadian tauhid, kita perlu melihat sesuatu dari asal mulanya hinggalah kepada penghabisan sampainya. Orang yang masih dalam proses membentuk keperibadian tauhid, diibaratkan jambatan tempat lalu-lintas yang datang dan yang pergi. Apa yang datang menceritakan asalnya dan yang pergi menceritakan tujuannya. Jambatan itu ialah hati dan yang datang itu bermacam-macam, antaranya adalah niat, harapan, angan-angan, cita-cita, hajat dan keinginan. Semuanya datang dari arah yang sama, semuanya bukan jenis benda yang berupa, tetapi adalah jenis tenaga atau kuasa ghaib. Walaupun ghaib, masing-masing itu mempunyai keupayaan dan kekuatan untuk memberi kesan kepada hati. Kesan yang berbeza-beza menyebabkan satu keupayaan dan kekuatan dapat dibezakan dengan keupayaan dan kekuatan yang lain. Boleh dikenal keupayaan dan kekuatan marah, benci, suka, niat, harapan, hajat dan lain-lain. Sumber datangnya segala-galanya ialah makam Lahut (zat Ilahiat), turun kepada makam Jabarut (sifat). Pada makam Jabarut muncullah Iradat dan Kudrat. Iradat dan Kudrat Allah s.w.t menjadi sumber kepada semua keupayaan dan kekuatan. Pancaran Iradat dan Kudrat diterima oleh Alam Malakut sebagai perintah Allah s.w.t. Iradat dan Kudrat yang diterima oleh para malaikat dinamakan Haula dan Kuwwata Allah s.w.t, lalu malaikat-malaikat yang menyambutnya mengucapkan:

 

Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan (Iradat dan Kudrat) Allah s.w.t.

 

 Perintah-perintah yang berhubung dengan manusia dibawa turun dari Lahut kepada Jabarut kepada malakut dan kemudiannya kepada langit dunia atau langit pertama. Langit pertama adalah tempat pengasingan. Ketika Rasulullah s.a.w Mikraj, baginda s.a.w melihat dilangit pertama ada satu pintu ke syurga dan satu pintu ke neraka. Apa yang naik ke atas diasingkan di langit pertama dan apa yang turun ke bawah diasingkan juga di langit yang pertama.

 

 Perintah yang berupa kebaikan turun dari langit pertama dengan diiringi oleh malaikat hingga sampai kepada manusia. Perintah yang mengandungi keburukan diiringi oleh syaitan hingga sampai kepada manusia juga. Baik dan jahat hanya diasingkan apabila memasuki dunia. Pada Alam Malakut tidak ada jahat dan tidak ada baik kerana semuanya diterima oleh malaikat sebagai perintah Allah s.w.t. Malaikat yang memukul ahli neraka tidak membuat kezaliman tetapi melaksanakan perintah Allah s.w.t, tetapi manusia yang memukul manusia lain di dunia adalah melakukan kezaliman. Manusia dan jin yang mendiami alam dunia inilah yang dihadapkan dengan kebaikan dan kejahatan. Makhluk lain dalam dunia tidak memikul kebaikan dan kejahatan. Harimau yang memakan rusa tidak dikira melakukan kejahatan. Angin yang menerbangkan rumah orang tidak dikira sebagai melakukan kezaliman. Hanya manusia dan jin yang dipertanggungjawabkan memikul kebaikan dan kejahatan. Jin jenis jahat dinamakan syaitan. Syaitan sangat gemarkan apa sahaja yang jahat. Syaitan menanti dibawah bumbung langit dunia dan mengiringi keburukan yang turun dengan penuh sukaria hingga sampailah kepada hati manusia. Perkara yang baik diiringi oleh malaikat hingga selamat sampai kepada hati manusia. Walaupun begitu syaitan masih juga mencuba mengganggu perkara baik itu agar bertukar menjadi buruk, tetapi dihalang oleh malaikat.

 

 Setiap perkara yang diterima oleh hati, dibawa oleh malaikat dan syaitan, diberi berbagai-bagai nama mengikut kesannya kepada hati. Ada yang dipanggil niat, ada yang dipanggil keinginan dan ada yang dipanggil hajat serta banyak lagi nama yang digunakan untuk membezakan yang satu dengan yang lain. Setiap yang dibawa oleh malaikat adalah baik, maka lahirlah niat baik, kehendak yang baik dan hajat yang baik. Setiap yang dibawa oleh syaitan adalah buruk, maka lahirlah niat buruk, keinginan jahat dan hajat yang jahat. Biar apa pun istilah yang digunakan, yang pasti ia mempunyai keupayaan untuk menarik hati agar cenderung ke arah atau kepada sesuatu dan ada kekuatan yang memaksa hati untuk mengadakan tindakan mengarah kepada yang dicenderungi itu. Keupayaan dan kekuatannya bukan sahaja terhenti setakat hati dan anggota-anggota di bawah kawalannya sahaja, malah ia mampu bergerak melalui ruang dan zaman.

 

Keupayaan dan kekuatannya mampu mempengaruhi orang lain supaya bergerak ke arah yang sama. Misalnya, seorang pemimpin yang berwawasan mampu mempengaruhi orang ramai supaya bergerak ke arah wawasannya. Ketua penjahat juga mampu menekankan rencana jahatnya kepada anak buahnya. Wawasan dan rencana itu boleh diteruskan oleh orang lain dan boleh juga melintasi zaman lain walaupun orang yang memulakannya sudah meninggal dunia. Sebab itulah sesuatu amal yang dipelopori oleh seseorang kemudian menjadi ikutan orang lain maka si pelopor itu tetap bertanggungjawab ke atas perbuatan orang yang mengikutnya, kerana pada hakikatnya keupayaan dan kekuatan yang diterimanya itulah yang disebarkannya kepada orang lain.

 

 Makhluk yang pertama menerima keupayaan dan kekuatan jahat ialah iblis laknatullah dan daripadanya keupayaan dan kekuatan jahat itu tersebar. Sesiapa yang melakukan kejahatan dia berbuat demikian dengan tenaga iblis laknatullah. Makhluk yang pertama menerima keupayaan dan kekuatan baik ialah Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun Nabi Adam a.s diciptakan terlebih dahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w tetapi roh Nabi Muhammad s.a.w diciptakan terlebih dahulu dan roh Nabi Muhammad s.a.w itulah bekas yang pertama menerima tenaga baik. Sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan maka dia berbuat demikian dengan menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh Roh Muhammad s.a.w. Kejahatan tidak berpisah dengan iblis laknatullah. Kebaikan tidak berpisah dengan Muhammad s.a.w.

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (semua makhluk pada semua zaman) ( Ayat 107 : Surah al-Anbiyaa’ )

 

Tidak ada satu pun makhluk yang memperolehi atau melakukan kebaikan melainkan ia bernaung di bawah rahmat yang Allah s.w.t telah tentukan kepada Nabi Muhammad s.a.w, walaupun kebaikan itu berlaku sebelum baginda s.a.w lahir ataupun sesudah baginda s.a.w wafat. Begitulah pandangan kita jika memandang kepada sempadan alam. Sekiranya pandangan kita tidak berubah dari asal mula sesuatu tentu Iradat dan Kudrat Allah s.w.t tidak terlindung daripada kita. Kita akan melihat bahawa Iradat dan Kudrat Allah s.w.t sahaja yang menimbulkan keupayaan dan kekuatan yang singgah kepada hati lalu dinamakan niat, kemahuan atau hajat. Iradat dan Kudrat Allah s.w.t yang sama juga memperjalankan niat, kemahuan dan hajat melalui ruang dan waktu. Semuanya adalah Iradat dan Kudrat Allah s.w.t.

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun),  kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah. ( Ayat 29 : Surah at Takwiir )

“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” ( Ayat 96 : Surah as-Saaffaat )

 

Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa dibimbing oleh Allah s.w.t kepada jalan yang benar engkau tidak dapat menyesatkannya dan sesiapa yang dibimbing oleh Allah s.w.t kepada kesesatan engkau tidak dapat meluruskannya.

 

Kita sering ucapkan:

 

Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah s.w.t.

 

 Pandangan tauhid memperlihatkan kepada kita bahawa pada apa jua keadaan Iradat dan Kudrat Allah s.w.t tidak luput daripada kita walaupun dalam niat, harapan atau hajat. Apabila mata hati memandang dari asal mula hingga ke akhir tujuan tetap pada Allah s.w.t maka hati pun akan bersandar kepada Allah s.w.t sahaja, tidak lagi bergantung kepada sesama makhluk dan tidak juga kepada dirinya sendiri. Dirinya dan orang lain sama-sama dipikulkan beban. Orang yang memikul beban tidak mampu mengangkat bebannya sendiri, jauh sekali untuk mengangkat beban orang lain. Siapakah dari kalangan makhluk Allah s.w.t yang dapat mengubah apa yang Allah s.w.t telah tetapkan dengan Iradat-Nya dan laksanakan dengan Kudrat-Nya? Tidak ada yang boleh berbuat demikian melainkan Allah s.w.t.

 

Perintah berbentuk kebaikan yang dibawa oleh malaikat mudah kita mengerti dan terima sebagai Iradat dan Kudrat Allah s.w.t. Bagaimana pula ‘perintah’ keburukan yang dibawa oleh syaitan? Adakah kita perlu melakukan keburukan tersebut? Adakah Allah s.w.t memerintahkan kita berbuat jahat? Persoalan ini membuat kita keliru. Kita harus meneliti perkara ini dengan mendalam supaya tidak terjadi salah iktikad. Ibaratkan syaitan sebagai anjing dan Tuhan adalah Tuan yang memerintahnya. Anjing tidak akan menyalak dan menggigit jika tidak diizinkan atau diperintah oleh Tuannya. Andainya Tuan mengizinkan anjing menyalak dan menggigit kita kemungkinannya adalah kerana:

1:  Tuan murka kepada kita.

2:  Kita mencabar hak Tuan.

3:  Pada diri kita ada sesuatu yang digemari oleh anjing.

 

Apabila kita berhadapan dengan situasi seperti di atas kita mempunyai dua pilihan iaitu:

1: Kita membiarkan diri kita digigit oleh anjing. Jika yang menggigit itu adalah anjing gila maka kita juga akan terkena penyakit anjing gila.

2:  Kita lari kepada Tuannya dan merayu agar menghalau anjing itu daripada kita.

 

 Ketika menerima kedatangan ‘perintah’ supaya berbuat jahat kita mesti menerimanya dengan bijaksana agar kita tidak salah mentafsirkannya. Allah s.w.t selalu mengingatkan kita bahawa syaitan adalah musuh kepada manusia, dan layanlah syaitan itu sebagai musuh. Kita diajarkan supaya berlindung kepada Allah s.w.t dari syaitan yang kena rejam. Jika Allah Yang Maha Mulia menyuruh utusan yang sangat keji yang menjadi musuh kita, membawa  benda busuk kepada kita apakah yang dapat kita katakan tentang nilai diri kita pada pandangan Allah s.w.t? Nilai diri kita adalah sama dengan benda busuk yang dibawa oleh musuh kita itu, iaitu kita ini adalah umpama tong sampah yang layak untuk diisikan dengan sampah sarap.

Sekiranya kita menginsafi perkara tersebut, sebaik sahaja utusan yang keji itu dan benda yang busuk itu sampai kepada kita, tentu sekali kita akan jatuh pengsan kerana takut dan khuatir terhadap kehinaan diri kita dan kemurkaan Allah s.w.t kepada kita. Apabila sedar kita seharusnya menginsafi akan kejahatan dan kehinaan diri kita yang menyebabkan utusan yang jahat dan dilaknat membawa benda kotor dan busuk kepada kita. Kita seharusnya menyucikan diri kita agar kekotoran hilang. Kita sepatutnya memperbanyakkan taubat, memohon keampunan dan belas kasihan daripada Allah s.w.t. Kita sepatutnya memperbaiki diri kita, bukan membaham benda busuk yang dibawa oleh utusan yang keji itu. Oleh sebab yang datang itu dengan keizinan Allah s.w.t ia membawa kekuatan yang tidak terdaya kita menentangnya dengan kekuatan diri kita sendiri. Sebab itulah kita diajarkan supaya mengadu kepada Allah s.w.t dan meminta perlindungan-Nya.

Sekiranya kita menentangnya dengan kekuatan diri kita sendiri, kita akan tewas, tetapi jika kita berlindung di bawah payung kekuatan Allah s.w.t kita akan menang. Jadi, dalam menghadapi perintah baik dan ‘perintah’ jahat kita mesti lari kepada Allah s.w.t kerana segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t dan hanya Dia yang mampu menangani segala sesuatu itu.

 

Penting bagi orang yang melatih kerohaniannya memerhatikan gerak hatinya kerana ia adalah utusan yang membawa perkhabaran dan pemberi petunjuk. Jika kita selalu dikunjungi oleh utusan yang membawa kejahatan itu tandanya kita berada jauh dari Allah s.w.t, Tuan Yang Maha Mulia.

 

Perutusan yang sampai itu merupakan teguran agar kita membetulkan jalan. Jalan yang sesuai untuk kita pilih dan lari ke dalamnya ialah bertaubat, beristighfar, mengingati balasan terhadap dosa, mengingati mati dan takut dengan sebenar-benar takut kepada Allah s.w.t yang berbuat sekehendak-Nya tanpa boleh dihalang oleh sesiapa pun. Jika perutusan yang datang membawa kebaikan maka jalan yang patut ditempuh ialah memperbanyakkan syukur, puji-pujian terhadap-Nya, mensucikan-Nya, serta memperteguhkan tawakal dan reda dengan takdir-Nya. Gerak hati atau lintasan hati adalah Kalam Allah s.w.t yang membawa perintah, teguran, nasihat dan tanda-tanda. Semuanya menjadi ujian kepada hati itu sendiri.

HIKAM ATHAILLAH SYARAH SYEIKH SAID RAMADHAN AL BUTHI KE 39 - Jangan menyampaikan hajatmu pada selain Allah

Menurut Kalam Hikmah ke 39 Al-Arifbillah Syeikh Ahmad Ibnu Athaillah As kandary:

 

“Jangan menyampaikan hajatmu pada selain Allah, sebab mereka tak berhak untuk hal semacam itu. Allah-lah yang menakdirkanmu jadi demikian"

“Orang yang tak mampu memenuhi hajatnya sendiri, bagaimana mungkin ia akan jadi tumpuan orang lain saat problem menghinggapi mereka?”



Kesimpulan sementara dari kalam hikmah ini adalah: jangan pernah berpikir untuk minta bantuan orang lain saat Anda punya problem.

 

Seruwet apapun masalah yang Anda hadapi, maka jadikanlah Allah sebagai tumpuan utama. Sebab hanya Allah semata yang bisa menolong Anda. Agar mental diri tak pesimis, maka Anda harus tahu aturan kerja psikologis diri dulu. Sebelum curhat pada Allah, Anda harus MUHASABAH dulu.

 

MUHASABAH artinya introspeksi diri. Sering-seringlah Anda menghitung kebaikan dan keburukan diri sendiri. Lalu coba Anda kaitkan dengan takdir Allah. Jika Anda seorang Muslim dan percaya akan ketuhanan Allah, maka Anda juga harus percaya takdir Allah. Takdir hidup Anda baik ataukah buruk? Bahwa takdir dan kepastian Allah-lah yang membuat hidup Anda jadi penuh warna dengan berbagai macam problem, musibah dan cobaan lainnya. Fungsikan juga nalar akal yang Allah limpahkan pada Anda, ajak ia tuk ikut berpikir.

 

Sering-seringlah menjadikan akal sebagai media mengenal Allah. Sebab dengan demikian, secara perlahan nalar Anda akan jadi lurus. Dengan terbiasa menalar Allah dengan benar, insyaAllah akal jadi tunduk.

 

Sekarang kita start ke awal lagi. “Jangan menyampaikan hajatmu kepada selain Allah, sebab mereka tak berhak untuk hal semacam itu”.

 

Hikmah Ibnu Athaillah ini mengajak kita untuk mengokohkan keyakinan. Mantap pada takdir dan keputusan Allah, bahwa dibalik itu ada hikmah. Coba di nalar, umpama Anda punya teman yang sering memberi sesuatu yang istimewa pada Anda. Apakah Anda akan melupakan kebaikannya? Tentu saja tidak. Perbuatan yang baik dan berharga, kadang sulit terhapus dari memori alam pikir normal. Kebaikan selalu dikenang selamanya. Tapi, yang namanya manusia kadang cepat lupa. Lupa pada jasa-jasa dan lupa akan kebaikan orang-orang disekitarnya. Bahkan mungkin tanpa disadari.

 

Jika Anda seorang akademik, masih ingatkah pada guru Anda dahulu. Bila Anda seorang yang religius dan punya banyak pengikut, mungkinkah anda ingat pada guru yang mengajari Anda baca al-Quran dahulu? ingatkah Anda pada orang-orang disekitar yang jadi memotivasi masa kecil Anda?

 

Apalagi jika ingatan Anda dikaitkan pada kasih sayang Allah, apakah Anda ingat pemberian-pemberian Allah yang berlimpahan? Mungkinkah Anda ingat? Bagaimana mungkin akan lupa pada segala pemberian Allah, padahal setiap tarikan nafas Anda adalah anugerah teragung dari-Nya.

 

Mengherankan sekali jika Anda sibuk mengurusi kekayaan, sedang Anda lupa bahwa Allah yang melimpahkan harta-harta tersebut kepadanya. Mengherankan sekali bila Anda sibuk mengurusi keindahan dan kebugaran tubuh, padahal Allah-lah yang merancang keindahan tubuh Anda!

 

Hal-hal semacam inilah yang kadang buat Anda lupa pada keagungan anugerah Allah selama hidup. Pemberian Allah tentunya lebih berharga. Dunia dan segala isinya semua adalah maha karya Allah yang sangat agung. Kita ini hanya penghuninya. Kita harus tunduk pada ketentuan- ketentuan Allah.

 

Jika bisa di analogikan, dunia ini layaknya perahu/mobil sedangkan Anda adalah mesinnya. Maka berkat Anda mobil itu bisa berjalan normal. Berkat Anda pula mobil itu bisa memacu kecepatannya hingga bisa melesat sedemikian cepat. Fungsi Anda di dunia sangat besar. Tapi ingatlah bahwa Anda hanyalah mesin. Anda tak bisa jalan jika tak dihidupkan dan dikemudikan oleh seorang yang handal menyetir.

 

Lalu siapakah sang penyetir itu? Jawabannya adalah, Allah. Maka ketahuilah bahwa Allah yang menyetir segala hal di dunia ini. Bukan yang lain. Yang maha kuasa atas segalanya hanya Allah. Tak ada yang bisa menandingi kekuasaan Allah. Ingat itu ya, agar iman Anda makin kuat.

 

Tanamkan dalam-dalam di hati bahwa hanya Allah tuhan yang wajib di sembah. Tak ada tuhan selain Dia. Allah maha agung diatas segala- segalanya.

 

Lalu bagaimana cara menyikapi kehidupan yang berliku-liku ini? Apakah kita akan berpangku tangan begitu saja? Tentu saja tidak kan. Anda sebagai penghuni dunia ini tentu tak bisa mengelak dari berbagai macam problem dan masalah yang mewarnai kehidupan Anda. Anda tak mungkin bisa menghindar dari masalah- masalah yang melanda. Maka aturan berikutnya adalah menjalani hidup dengan penuh semangat.

 

Jalanilah hidup ini dengan hati penuh kemantapan. Hadapilah setiap masalah dengan gagah berani dan tanpa gentar. Jiwa kuat tak mundur dari problem. Tentunya harus tetap bertumpu pada satu titik paling agung: Allah. Insyaallah mental Anda akan jauh lebih dewasa dan tambah bijak. Saat semua manusia sibuk dengan kepentingan sendiri-sendiri, jadilah Anda orang yang santun pada sesama. Baik pada yang muda dan hormat pada yang tua.

 

Sabda Rasulullah: "Siapa yang tak berterima kasih pada manusia, maka berarti ia tak bersyukur pada Allah" (HR Imam at-Turmudzi).

 

Kita ambil saja hikmah hidup ini, sebab segala yang terjadi disekitar kita pasti sesuai dengan kehendak Allah. Semua hal pasti ada hikmahnya. Semua kebaikan dan keburukan adalah atas kehendak Allah. Yang bisa dilakukan hanya usaha. Berusaha untuk jadi pribadi yang baik dan selalu baik hingga usia penutupan nanti.

HIKAM ATHAILLAH SYARAH SYEIKH ABDULLAH ASY- SYARQAWI AL KHALWATI KE 39 – JANGAN MENGADU SELAIN ALLAH

Menurut Kalam Hikmah ke 39 Al-Arifbillah Syeikh Ahmad Ibnu Athaillah As kandary:

“Jangan mengadukan musibah kepada selain Allah. Karena Allah semata yang menurunkannya. Bagaimana mungkin selain Allah dapat mengangkat musibah yang telah ditetapkan-Nya? Bagaimana mungkin orang yang tidak bisa mengangkat musibah dari dirinya sendiri bisa “

 

            Jika ada musibah yang menimpamu, jangan kau meminta kepada selain Allah untuk menghilangkannya karena yang menurunkan musibah itu adalah Allah. Ingat, Allahlah Yang Unggul dan tak ada yang bisa mengalahkan-Nya.

            Orang yang tak bisa mengangkat musibahnya sendiri mustahil mampu mengangkat musibah yang menimpa orang lain.

            Kesimpulannya, siapapun selain Allah, sekalipun itu seorang raja, tidak akan mampu mengangkat musibah orang lain. Selain itu, ia pun tentu lebih mencintai dirinya sendiri daripada orang lain. Demikian pula, jika memang benar ia mampu memberi manfaat kepada orang lain, tentu ia akan mendatangkan manfaat kepada dirinya sendiri terlebih dahulu. Namun kenyataannya, ia tidak mampu mendatangkan itu. Perlu diingat, tak ada kelemahan melebihi kelemahan dalam memberi manfaat kepada diri sendiri.

            Oleh karena itu, teramat sempit akalmu jika dalam hajat dan musibahmu kau bergantung pada orang yang juga butuh pertolongan seperti dirimu.

 

HIKAM ATHAILLAH SYARAH HJ SALIM BAHRISEY KE 39 : HANYA MENGADU HAJAT MU KEPADA ALLAH JUA

Menurut Kalam Hikmah ke 39 Al-Arifbillah Syeikh Ahmad Ibnu Athaillah As kandary:

 

“Jangan mengadu atau meminta sesuatu hajat kepada lain Allah, sebab Ia sendiri yang memberi atau menurunkan hajat itu kepadamu.

Maka bagaimanakah sesuatu selain Allah akan dapat menyingkirkan sesuatu yang diletakkan oleh Allah. Siapa yang tidak dapat menyingkirkan bencana yang menimpa dirinya sendiri, maka bagaimanakah akan dapat menyingkirkan bencana dari lainnya. '‘

 

Tibanya sesuatu bencana itu menyebabkan engkau berhajat kepada bantuan pertolongan, maka dalam tiap hajat jangan mengharap kepada lain Allah, sebab segala sesuatu selain AUah itu juga berhajat seperti kau. Sebab siapa yang menyandar (menggantungkan nasib) pada sesuatu selain Allah, berarti tertipu oleh sesuatu bayangan khayal.

 

Sebab tidak ada yang tetap selain Allah yang selalu tetap karunia dan nikmat rahmatNya kepadamu.

 

Syeikh Athaa’ Al-Khurasani berkata : Saya bertemu dcngan wahab bin Munabbih di suatu jalan, maka saya berkata : Ceritakan kepadaku suatu hadits yang dapat saya ingat, tetapi persingkatlah. Maka berkata Wahb : Allah telah mewahyukan kepada nabi Dawud as : “Hai Dawud, demi kemuliaan dan kebesaranKu, tiada seorang hambaKu yang minta tolong kepadaKu dengan sungguh-sungguh kepadaKu, tidak pada lainnya, dan saya ketahui yang demikian dari niatnya, kemudian orang itu akan diperdaya oleh penduduk langit yang tujuh dan bumi yang tujuh, melainkan pasti Aku akan meng- hindarkannya dari semua itu, sebaliknya demi kemuliaan dan kebesaranKu, tiada seorang yang berlindung kepada seorang makhlukKu, tidak kepadaKu dan Aku ketahui yang demikian dari niatnya melainkan Aku putuskan ia dari rahmat yang dari langit, dan Aku longsorkan bumi di bawahnya, dan tidak Aku hiraukan dalam lembah jurang yang mana ia binasa. “

 

Syeikh Muhammad bin Husain bin Hamdan berkata : Ketika saya di majlis Yazid bin Harun, saya bertanya kepada seorang yang duduk di sampingku : Siapakah namamu?

Jawabnya : Saied.

Saya bertanya : Siapakah gelarmu ? Jawabnya : Abu Usman. Lalu saya bertanya tentang keadaannya. Jawabnya : Kini telah habis belanjaku. Lalu saya tanya : Dan siapakah yang engkau harapkan untuk kepentinganmu itu ? Jawab- nya : Yazid bin Harun. Maka saya berkata kepadanya : Jika demikian , maka ia tidak menyampaikan hajatmu, dan tidak akan membantu/ meringankan kebutuhanmu.

Dia bertanya : Dari mana engkau mengetahui hal itu ? Jawabku : Saya telah membaca dalam sebuah kitab : Bahwasanya Allah telah berfirman : Demi kemuliaanKu dan kebesaranKu, dan kemurahanKu dan ketinggian kedudukanKu, di atas arsy. Aku akan mematahkan harapan orang yang mengharap kepada lainKu dengan kekecewaan, dan akan Aku pakaikan kdpadanya pakaian kehinaan di mata orang, dan Aku singkirkan ia dari dekatku, dan Aku putuskan dari hubunganku. Mengapa ia mengharap lainKu dalam kesukaran, padahal kesukaran itu di tanganku, dan Aku dapat menyingkirkannya, dan mengharapkan kepada lainKu serta mengetuk pintu lain, padahal kunci pintu-pintu itu tertutup, hanya pintuKu yang terbuka bagi siapa yang berdoa minta kepadaKu. Siapakah yang pemah mengharapkan Aku untuk menghalau kesukarannya lalu Aku kecewakan? Siapakah yang pernah mengharapkan Aku karena besar dosanya, lalu Aku putuskan harapannya?

Atau siapakah yang pernah mengetuk pintuKu, lalu tidak Aku bukakan ? Aku telah mengadakan hubungan yang langsung antaraKu dengan angan-angan dan harapan semua makhlukKu, maka mengapakah kau bersandar kepada lainKu. Dan Aku telah menyediakan semua harapan hambaKu, tetapi tidak puas dengan perlindunganKu, dan Aku telah memenuhi langitKu dengan makhluk yang tidak jemu bertasbih kepadaKu dari para Malaikat dan Aku perintahkan mereka supaya tidak menutup pintu antaraKu dengan para hambaKu, tetapi mereka tidak percaya kepada sabdaKu. Tidakkah mengetahui bahwa siapa yang ditimpa oleh bencana yang Aku turunkan, tiada yang dapat menyingkirkannya selain Aku, maka mengapakah Aku melihat ia dengan segala angan-angan harapannya selalu berpalingdari padaKu, mcngapakah ia tertipu oleh lainKu. Aku telah memberi kepadanya dengan kemurahanKu apa-apa yang tidak ia minta, kemudian Aku yang mencabut dari padanya lalu ia tidak minta kepadaKu untuk mengembalikannya, dan minta kepada lainKu.

Apakah Aku yang meniberi sebelum diminta, kemudian jika dimintai lalu tidak memberi kepada peminta ? Apakah aku bakhil (kikir), sehingga dianggap bakhil oleh hambaKu. Tidakkah dunia dan akherat itu semua milikKu ? 7'idakkah semua rahmat dan kumia itu di tanganKu ? Tidakkah derma- wan dan kemurahan itu sifatKu ? Tidakkah hanya Aku tempat semua harapan ? Maka siapakah yang dapat memutuskannya daripadaKu.

Dan apapula yang diharapkan oleh orang-orang yang mengharap, andaikan Aku berkata kepada semua penduduk langit dan bumi : Mintalah kepadaKu, kemudian Aku memberi kepada masing-masing orang fikiran apa yang terfikir pada semuanya, lalu Aku beri semua itu tidak akan mengurangi kekayaanKu meskipun sekecil debu ? Maka bagaimana akan berkurang kekayaan yang lengkap, sedang Aku yang mengawasinya ? Alangkah sial (celaka) orang yang putus dari rahmatKu, alangkah kecewa orang maksiat kepadaKu dan tidak memperhatikan Aku, dan tetap melakukan yang haram dan tiada malu kepadaKu.

 

Maka orang itu berkata : Ulangilah keteranganmu itu, lalu menulisnya. Kemudian ia berkata : Demi Allah setelah ini saya tidak usah menulis suatu keterangan yang lain.

HIKAM ATHAILLAH SYARAH PONDOK MODEN KE 39 : ALLAH YANG MEMENUHI SEGALA HAJAT (KEBUTUHAN) MANUSIA

Menurut Kalam Hikmah ke 39 Al-Arifbillah Syeikh Ahmad Ibnu Athaillah Askandary:


“ Jangan mengadu (meminta) hajat kepada selain Allah, sebab Allahlah yang memberi (menurunkan) hajat itu kepadamu.

Maka bagaimanakah sesuatu selain Allah akan dapat menyingkirkan sesuatu yang telah diletakkan oleh Allah. Siapa yang tidak bisa menyingkirkan bencana yang menimpa dirinya sendiri, maka bagaimanakah akan dapat menyingkirkan bencana dari yang lainnya”.

 

Bila terjadi suatu bencana yang menimpa dirimuhingga engkau membutuhkan suatu pertolongan, maka jangan mengharap kepada selain Allah, karena segala sesuatu selain Allah juga mempunyai hajat (kebutuhan) seperti engkau. Ia tidak memenuhi hajatnya tanpa pertolongan Allah, maka bagaimana mungkin ia dapat memenuhi hajatmu.

 

‘Atha Al Khurasani berkata: “ Saya bertemu dengan wahb bin munabbih di suatu jalan, maka kemudian saya berkata kepadanya: “ Ceritakanlah suatu hadits yang dapat saya ingat, tetapi persingkatlah”.

 

Maka wahb bin munabbih berkata: “ Allah telah memberi wahyu kepada nabi Dawud as. : “Hai Dawud, demi kemuliaan dan kebesaran Ku, tiada seorang hamba Ku yang minta pertolongan kepada Ku dengan sungguh-sungguh kepada Ku dan tidak pula pada selain Ku, Aku mengetahui yang demikian dari niatnya, kemudian orang itu akan diperdaya oleh penduduk langit yang tujuh dan bumi yang tujuh, melainkan Aku pasti akan menghindarkannya dari semua itu. Sebaliknya demi kemuliaan dan kebesaran Ku, tiada seorang yang berlindung kepada seorang makhluk Ku, tidak kepadaku dan Aku ketahui yang demikian dari niatnya melainkan Aku putuskan ia dari rahmat yang dari langit, dan Aku longsorkan bumi di bawahnya, dan Aku biarkan ia dalam lembah jurang yang mana ia akan binasa.”

HIKAM ATHAILLAH SYARAH HABIB AHMAD ASEEGAF KE 39 : Jangan Minta Hajat (Kebutuhan) Kepada Selain Allah

Menurut Kalam Hikmah ke 39 Al-Arifbillah Syeikh Ahmad Ibnu Athaillah As kandary:

 

“Janganlah engkau meminta suatu kebutuhan kepada selain-Nya sebab Dialah yang memberi kebutuhan itu kepadamu.

Bagaimana meminta selain kepada Allah sesuatu yang diletakkan oleh Allah? Orang yang tidak dapat memenuhi kebutuhan dirinya bagaimana ia bisa memenuhi kebutuhan orang lain?”

 

DALAM kata hikmah sebelumnya Ibnu Athaillah menerangkan tentang kemurahan, kebaikan dan kesempurnaan kekayaan Allah. Maka pada kata hikmah ini beliau memberi nasehat kalau engkau mengerti bahwa Allah Maha Pemurah dan berbuat baik kepada seluruh makhluk-Nya, maka janganlah engkau meminta suatu kebutuhan kepada selajn-Nya, sebab Dialah yang memberi kebutuhan kepadamu.

Semua harus dikembalikan kepada Allah. Kalau ada kebutuhan, maka mintalah kepada Allah karena yang memberi kebutuhan adalah Allah. Allah-lah yang menurunkan rahmat, rezeki dan Dialah yang memberi segala kebutuhan makhluk-Nya. Dialah Rabbul Alamin yang merawat ciptaan-Nya sejak terciptanya langit dan bumi sampai di surga nanti.

Pada setiap kebutuhan jangan berharap kepada selain Allah sebab segala sesuatu selain Allah itu juga berhajat seperti dirimu. Semua makhluk di alam ini butuh kepada Allah. Yang memenuhi kebutuhan mereka adalah Allah.

Begitu pula, kalau ada bencana menimpa, seperti kemiskinan, maka mengadulah kepada-Nya. Karena yang menurunkan dan yang mengangkat bala hanyalah Allah. Jangan mengeluh kepada selain Allah. Sebab, orang lain tidak bisa menyingkirkan bencana itu. Bagaimanakah sesuatu selain Allah dapat menyingkirkan sesuatu yang diletakkan oleh Allah? Bagaimana orang yang tidak dapat menyingkirkan suatu bencana (kemiskinan atau lainnya) bagi dirinya dapat menyingkirkan suatu bencana dari orang lain?

Jangan menoleh kepada selain Allah, jangan sangat berharap dan sangat merendahkan diri kepada selain Allah. Seseorang yang menggantungkan diri kepada selain Allah maka ia tertipu oleh suatu khayalan yang tidak tetap. Dan tidak ada yang tetap kecuali Allah. Dialah yang tetap dan qadim yang selalu memberi karunia dan rahmat-Nya. Pemberian Allah dan anugerahnya tetap ada dan terus menerus, tidak pernah berhenti dan putus.

Dialah AI-Hayyu (memiliki sumber hidup) Al-Qayyum (yang mengurus makhluk-Nya).

Dialah Al-Karim (Yang Maha Pemurah) yang tidak pernah berhenti memberi, yang tidak jemu memberi, yang memberi sebelum diminta, yang tidak peduli siapa yang diberi dan berapa yang diberikan.

 

Oleh karena selain Allah adalah khayalan dan tidak ada hakikatnya, maka kalau ada hajat, kemiskinan, kesulitan, atau harapan maka minta hajatmu itu kepada Allah. Sebab Allah murka kalau tidak diminta. Berbeda dengan makhluk yang murka bila diminta.

Selalu mintalah kepada Allah, baik itu hajat kecil atau besar, seperti Nabi Musa meminta sesuatu yang paling besar kepada Allah, yaitu meminta melihat Allah. Ia berdoa;

Ø£َÙ†ْظُرْ Ø¥ِÙ„َÙŠْÙƒَ

“Ya Tuhanku, Perlihatkan Dirimu padaku agar aku melihat-Mu.” (QS. Al-A’raf: 143)

Nabi Musa juga pernah butuh sesuatu yang kecil, yaitu sekeping roti, ketika merasa lapar di bawah sebuah pohon di kota Madyan di saat tidak ada orang yang dikenal yang mau mengajaknya makan. Nabi Musa mengangkat hajatnya kepada Allah:

“Ya Tuhanku, Sungguh aku, terhadap apa yang kau turunkan kepadaku dari kebaikan, sangat membutuhkan.” (Al-Qashash: 24)

Jangan kuatir. Orang yang benar-benar menggantungkan diri kepada Allah, maka akan dicukupi oleh Allah. Namun harus dengan tawakkal dan takwa yang sesungguhnya. Orang yang menggantungkan diri kepada selain Allah itu lemah imannya. Ia berbuat syirik, seakan-akan ia meyakini ada yang bisa menolong selain Allah.

Orang yang mengharap kepada manusia akan kembali dengan tangan hampa dan pulang dengan kecewa. Tetapi orang yang mengharap Allah tidak kan pulang dengan tangan kosong. Pasti tangannya terisi. Cerita yang dialami cucu Nabi, Sayyidina Hasan bin Ali di bawah ini menggambarkan hal itu.

Setiap tahun Sayyidina Hasan bin Ali mendapat seribu dinar, sebagai bagian Ahlul Bait dari harta pemerintah Islam. Pada tahun itu, Muawiyah menahan bagian Sayyidina Hasan sehingga menyebabkan kesempitan dalam kehidupannya.

Sayyidina Hasan berkata, “Lalu aku minta tinta untuk menulis surat kepada Muawiyah agar mengingatkan dia tentang diriku. Aku menahan diri untuk tidak menulis dulu. Tiba-tiba aku bermimpi Rasulullah.”

“Bagaimana keadaanmu, wahai Hasan?” tanya Rasulullah.

“Baik, Ayahanda,” jawabku. Aku mengadu kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam tentang lambatnya harta bagianku.

“Apakah Engkau minta tinta agar kau menulis surat kepada makhluk sepertimu untuk mengingatkannya tentang hal itu?” kata Rasulullah.

“Ya, wahai Rasulullah. Lalu apa yang harus aku lakukan?” ucapku.

“Ucapkanlah:

 “Ya Allah, masukkanlah dalam hatiku harapan kepada-Mu dan putuskan harapanku dari selain Engkau sehingga aku tidak mengharapkan seorang pun selain Engkau. Ya Allah, sesuatu yang aku tidak melakukannya, tidak cukup amalku untuk memenuhinya, tidak sampai keinginanku kepadanya, dan tidak sempat aku memintanya dan tidak nampak keyakinan pada lidah (ucapan)ku kepada apa yang Engkau berikan kepada seseorang dari orang-orang terdahulu dan yang berakhir. Maka khususkanlah aku dengannya, Ya Robbal ‘Aalamiin.”

Demi Allah, Belum sampai satu minggu aku membaca doa itu tiba-tiba Muawiyah mengirimkan kepadaku dua ribu. Aku ucapkan, “Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang tidak melupakan orang yang mengingat-Nya dan tidak mengecewakan orang yang berharap kepada-Nya.”

Kemudian aku bermimpi Rasulullah lagi. “Bagaiman keadaanmu, wahai Hasan?” tanya Rasulullah.

“Baik, Ya Rasulullah.”

“Wahai anakku. Begitulah orang yang mengharap Al-Khaliq (Allah) dan tidak mengharap makhluk,” kata Rasulullah kepadaku.

Penuturan Muhammad bin Husein bin Hamdan juga menunjukkan hal itu. Muhammad bin Husein bin Hamdan berkata: Ketika saya berada di majlis Yazid bin Harun di sampingku ada orang, lalu aku bertanya kepadanya;

“Siapa namamu?”

“Said.”

“Siapa gelarmu?”

“Abu Utsman.”

“Bagaimana keadaanmu?”

“Aku kehabisan uang.”

“Siapa yang kamu harap?”

“Aku mengharap kepada Yazid.”

“Kalau engkau mengharap Yazid, pasti engkau tidak dapat harapanmu dan engkau pasti kecewa.”

“Dari mana engkau mengetahui ini, semoga Allah merahmatimu?”

“Karena aku membaca di sebuah kitab yang diturunkan Allah bahwa Allah berfirman;

Demi kemuliaan-Ku, Kebesaran-Ku, kemurahan-Ku, dan ketinggian-Ku di atas Arsy, Aku akan putuskan harapan orang yang berharap kepada selain-Ku dengan kekecewaan dan pasti orang itu Aku beri pakaian kehinaan di depan manusia, dan Aku jauhkan dari dekat-Ku dan Aku putus hubungannya dengan-Ku. Apakah ia mengharap kepada selain-Ku dalam kesukaran sedangkan yang menyingkirkan kesukaran itu adalah Aku? Apakah ia mengharap selain-Ku dan mengetuk pintu selain-Ku, sedangkan kunci pintu itu ada pada-Ku. Padahal semua pintu tertutup dan pintu-Ku selalu terbuka bagi orang yang berdoa kepada-Ku. Siapakah yang memohon kepada-Ku lalu tidak mendapat, siapakah yang mengetuk pintuku lalu tidak Aku buka? Aku telah memenuhi langit-Ku dengan makhluk-makhluk yang tidak jemu bertasbih dari malaikat-Ku dan Aku perintahkan mereka jangan menutup pintu antara Aku dan hamba-Ku. Apakah orang yang meminta kepada orang lain dalam keadaan musibah tidak tahu bahwa tidak ada yang dapat menyingkirkan musibah itu kecuali Aku? Apakah engkau tidak melihat bahwa makhluk itu Aku beri sebelum meminta kemudian ia minta kepada-Ku, apakah ia tidak akan Aku beri? Apakah Aku ini kikir sehingga dianggap kikir. Bukankah dunia dan akhirat ini milik-Ku? Bukankah rahmat dan karunia di tangan-Ku? Bukankah kemurahan itu sifat-Ku? Bukankah Aku ini tempat bagi orang yang punya harapan? Seandainya penduduk bumi dan penduduk langit bersatu untuk berharap kepada-Ku kemudian aku beri satu persatu keinginannya maka tidak berkurang kerajaan-Ku, walaupun sekecil debu. 

Bagaimana akan berkurang kerajaan-Ku sedangkan Aku yang mengurusnya? Alangkah sialnya orang yang putus asa dari rahmatKu dan alangkah sialnya orang yang melanggar Aku dan tidak memperhatikan Aku dan melakukan perbuatan haram dan tidak malu kepada-Ku.”

“Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepadamu. Ulangilah keterangan itu kepadaku. Maka demi Allah, setelah ini aku tidak akan menulis keterangan yang lain,” kata orang itu.