Menurut
Kalam Hikmah ke 24 , Imam Ibnu Athaillah Askandary
Syeikh Junaid al-Baghdadi mengupas apa yang disuarakan oleh Ibn Mas’ud r.a. dengan katanya : Aku tidak tertarik terhadap dunia yang kadang-kadang ia datang kepadaku, dalam hal ini aku telah menetapkan bahawa bahawa dunia ini tempat manusia bersusah payah dan bergundah gulana,tempat yang dipenuhi bala` dan fitnah.Sesungguhnya alam ini penuh dengan kejahatan sesetengah daripada falsafah alam ini ialah ia mendatangi aku dengan apa yang aku tidak senangi,maka jika ia datang dengan apa yang ku senangi itu adalah suatu anugerah,dan jika tidak maka yang asal ialah ketetapan ku yang awal tadi.
Abu Turab r.a. berkata : Wahai manusia ! kamu mencintai 3 perkara walhal yang ketiga bukan milikmu :
Setelah kita insafi semua itu tentang dunia ini maka jadikanlah dunia ini tempat beramal dan berbekal demi perjalanan yang jauh.Beramal dalam ruang lingkup yang luas.Sabar adalah senjata dan teman yang paling berguna dalam menempuh dugaan dunia ini lantaran itu Allah SWT menyatakan :
“
Jangan merasa gusar terjadinya pelbagai kesulitan selagi anda masih berada di
dunia ini, lantaran apa jua kesulitan yang menimpa itu adalah yang sepatutnya
bersifat demikian dan mestilah ia bersifat demikian.”
Allah SWT
telah menjadikan kehidupan dunia sebagai medan yang dipenuhi dengan ujian dan
fitnah ke atas manusia.Tujuannya supaya manusia menghadapinya dengan penuh
kesabaran dan sifat-sifat murni yang lain.Setelah mereka berjaya melepasi ujian
dan fitnah itu mereka akan kembali kepada Allah untuk menerima ganjaran
keredhaan,keampunan dan rahmat Allah.Sehubungan ini Allah SWT menyatakan :
Mafhumnya
: Setiap jiwa pasti merasai kematian,dan Kami uji kamu dengan kejahatan dan
kebaikan,dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. ( Surah
Al-Anbiya` ayat 35 )
Kesulitan
adalah sesuatu yang lazim dan lumrah dalam kehidupan dunia sehingga seorang
sufi yang bernama Ja’afar al-Shadiq berkata :
Maksudnya : Barangsiapa yang mencari sesuatu
yang tidak diciptakan Allah, sudah tentu ia adalah pencarian yang meletihkan
dan tidak ada rezeki baginya.
Orang ramai
bertanya apakah yang dimaksudkan dengan sesuatu yang tidak dicipta Allah di
dunia ini.Jawab al-Shodiq : Istirehat di dunia ini.
Sehubungan ini sufi al-Shodiq berkata lagi :
Maksudnya :
Anda mencari kerehatan di dunia yang fana` ini, rugilah seseorang yang
mencari sesuatu yang tidak ada.
Ibn
Mas’ud r.a. merumuskan sifat yang lazim bagi dunia dengan katanya :
Maksudnya :
Dunia adalah negeri kesusahan dan kedukacitaan,maka andainya terdapat
kesusahan di dunia anggaplah ia satu keberuntungan.Syeikh Junaid al-Baghdadi mengupas apa yang disuarakan oleh Ibn Mas’ud r.a. dengan katanya : Aku tidak tertarik terhadap dunia yang kadang-kadang ia datang kepadaku, dalam hal ini aku telah menetapkan bahawa bahawa dunia ini tempat manusia bersusah payah dan bergundah gulana,tempat yang dipenuhi bala` dan fitnah.Sesungguhnya alam ini penuh dengan kejahatan sesetengah daripada falsafah alam ini ialah ia mendatangi aku dengan apa yang aku tidak senangi,maka jika ia datang dengan apa yang ku senangi itu adalah suatu anugerah,dan jika tidak maka yang asal ialah ketetapan ku yang awal tadi.
Abu Turab r.a. berkata : Wahai manusia ! kamu mencintai 3 perkara walhal yang ketiga bukan milikmu :
1 Kamu mencintai
dirimu,pada hal ia adalah milik hawa nafsu,
2 kamu mencintai ruh
mu pada hal nyawa adalah milik Allah,
3 kamu mencintai
hartamu padahal adalah milik waris yang bertukar ganti,turun temurun.
Setelah kita insafi semua itu tentang dunia ini maka jadikanlah dunia ini tempat beramal dan berbekal demi perjalanan yang jauh.Beramal dalam ruang lingkup yang luas.Sabar adalah senjata dan teman yang paling berguna dalam menempuh dugaan dunia ini lantaran itu Allah SWT menyatakan :
Mafhumnya :
“…Hanya sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dibayar dengan pahala yang
cukup tanpa batasan lagi. ( Surah Az-Zumar ayat 10 )
Saidina Ali KarramaLlahu wajhah mengupas kesabaran
dengan katanya :
Mafhumnya :Sabar itu sebahagian daripada iman yang berkedudukan seperti
kepala bagi sebatang tubuh.Tidak ada gunanya sebatang tubuh yang tidak
berkepala dan tidak ertinya keimanan bagi orang tiada kesabaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan