Barakah adalah seorang gadis yang berasal dari Habsyah
(Ethiopia). Pada asalnya Barakah merupakan seorang hamba yang didagangkan atau
dijual di pasar. Namun, beliau diselamatkan atau telah dibeli oleh bapa
Rasullulah saw iaitu Abdullah bin Abdul Muttalib. Barakah telah diberikan
gelaran sebagai "Ummu Aiman".
Berikutan pemergian Abdullah, bapa Rasullulah saw atas urusan
perniagaan Barakah menjadi pembantu peribadi kepada isteri Abdullah,iaitu bonda
Rasullulah saw iaitu Aminah binti Wahab. Apabila Aminah melahirkan Baginda
Rasullulah saw, Barakah bertindak sebagai pengasuh dan penjaga kepada
Rasullulah.
Setelah Aminah meninggal dunia, Barakah bersama-sama Rasullulah
saw menetap di rumah Abdul Muttalib. Setelah baginda bernikah dengan Khadijah
binti Khuwalid, Barakah turut
mengikuti Rasullulah menetap di rumah Baginda. Hasil usaha Rasullulah bersama
Siti Khadijah binti Khuwailid Barakah dinikahkan dengan anak angkat baginda Zaid bin
Harithah.
Ummu Aiman ialah salah seorang ibu angkat Rasullulah saw sesudah
ayah dan ibu kandung Rasullulah saw, Aminah meninggal dunia ketika Baginda
masih kecil dan baginda diserahkan untuk diperlihara oleh datuknya Abdul
Muttalib.
Ummu Aiman ikut serta dalam rombongan awal yang disuruh oleh
Nabi Saw berhijrah ke Madinah. Untuk melakukan perjalanan itu beliau tidak
membawa bekalan sedikit pun. Bila rombongan itu berhenti di suatu bernama Rauha
untuk merehatkan kaki yang lesu, Ummu Aiman merasa terlalu dahaga, tetapi
kerana imannya begitu teguh beliau bersungguh-sungguh menahan dahaganya .
Ummu Aiman berkata:"Pada waktu itu aku mendengar seperti
guruh di langit. Aku mendongak ke atas dan kemudian aku lihat sebuah timba
seperti dihulurkan dari atas dengan tali berwarna putih.
"Timba itu berisi air. Aku minum air itu sehingga aku
kenyang.
Ummu Aiman berkata:"Sejak aku mimum air itu aku tidak pernah
lagi merasa dahaga. Aku cuba berjalan di bawah cahaya matahari yang panas
terik, namun aku tidak juga merasa dahaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan