Catatan Popular

Isnin, 5 September 2011

13 FAHAMAN-FAHAMAN TASAWWUF PALSU

Perkataan tasawwuf, ahli sufi yang sering diperkatakan oleh masyarakat, setakat mana masyarakat kenal ahli tasauf yang sebenar? Kita tidak tahu. Oleh sebab itu kita lihat ramai orang terjebak dengan ajaran sesat yang berselindung disebalik nama tasauf atau ahli sufi.
Ajaran sesat yang berselindung disebalik nama tasauf ini bukan pada hari ini sahaja timbul, malah ianya timbul sebelum Imam Al-Ghazali lagi. Apabila agama Islam tersebar luas keseluruh pelosok dunia dan bukan sahaja disekitar negara arab sahaja malah ianya mencakupi disebelah Rom dan Parsi. Kesan daripada itu berbagai kesan budaya telah menyerap masuk kedalam Islam. Hasil daripada itu juga fahaman yang berasal dari budaya lain telah menyerap masuk kedalam masyarakt Islam. Kesempatan inilah yang telah diambil oleh musuh Islam untuk merosakkan Islam dengan orang Islam sendiri.
Dalam kitab “Tuhfah Al-Raghibin Fi Bayan Haqiqatu Iman Al-Mu’minin” oleh ‘Alim Al-Fadhil Muhmammad Arshad telah menyatakan terdapat tiga belas golongan fahaman salah yang berselindung disebalik nama sufi atau ahli tasauf. Golongan ini layak digelar sebagai kafir atau fasiq. Kerana ajaran-ajaran mereka bertentangan dengan ajaran Islam yang berpandukan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Golongan tersebut ialah:

Pertama: Habibiyyah, antara iktiqad golongan ini ialah:  
  1. Apabila seseorang itu telah sampai kepada martabat kasih kepada Allah, maka terlepas dari taklif syara’. Segala yang haram menjadi halal bagi mereka. Fardhu sembahyang, puasa dan sebagainya adalah harus bagi mereka untuk mengerjakannya atau tidak.
  2. Golongan mereka tidak perlu menutup aurat.
  3. Apabila samapi ketahap yang paling tinggi sekali kasih kepada Allah segala dosa besar seperti zina, minum arak dan sebagainya boleh mereka lakukan dan tidak mendapat azab daripada Allah.
  4. Segala ibadat zahir tidak perlu mereka lakukan dan mereka hanya perlu bertafakkur sahaja untuk beribadat.
  5. Harus bagi mereka untuk bersetubuh dengan segala perempuan.
  6. Segala harta didunia ini adalah milik anak Adam. Dan kita semua adalah dari keturunan anak Adam, jadi kita berhak segala harta yang berada di muka bumi ini.
Kedua: Auliyaiyyah, antara iktiqad golongan ini ialah:

Apabila seseorang itu sampai kepada darjat wilayah, terlepas mereka daripada segala suruhan dan larangan dan martabat wali lebih mulia dari martabat nabi.

Ketiga: Thamrakhiyyah.

Golongan ini antara lain, iktiqad mereka ialah tidak lagi terikat dengan suruhan dan larangan Allah. Golongan ini mengharuskan menyanyi dan segala alat muzik. Mereka diharuskan untuk berzina dan sebagainya. Golongan ini diasaskan oleh Abdullah Thamrakhiyyah.

Keempat: Ibahiyyah, iktiqad mereka ialah:  
  1. Kita tidak perlu melakukan kerja-kerja menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana kita sendiri tidak mampu melakukan kerja-kerja tersebut apalgi untuk menyeru orang lain.
  2. Golongan ini mengharuskan zina dan tidak berdosa.
Kelima: Haliyah. Iktiqad golongan ini ialah:

   Diharuskan menari dan bertepuk tangan sambil menyanyi sehingga pengsan.
  1.  Kata mereka bahawa “Sheikh kami berada dalam suatu hal”.
Keenam: Huriyyah.

Iktiqad golongan ini hampir sama dengan iktiqad golongan Haliyah, cuma mereka menambah semasa kami pengsan ketika menyanyi, kami didatangi oleh bidadari daripada syurga lalu kami jima’ dengan mereka dan setelah sedar kami mandi junub.

Ketujuh: Waqi’iyyah.

Iktiqad golongan ini ialah bahawa kita tidak perlu kenal Allah Taala. Ini kerana kita ini lemah lagi seorang hamba. Jadi kita tidak perlu mengenal Allah lagi.

Kelapan: Mutajahiliyyah/Mutahalliyyah.

Golongan ini memakai pakaian-pakaian yang elok dan melakukan pekerjaan fasiq. Antara kata mereka bahawa: Kami tidak dapat lari dari melakukan zina.

Kesembilan: Mutakasilah.

Golongan ini malas bekerja. Kerja mereka hanyalah meminta-minta daripada orang ramai samada atas nama zakat atau sedekah.

Kesepuluh: Ilhamiyyah.

Iktiqad golongan ini sama seperti al-Dahriyyah. Golongan ini enggan belajar dan membaca Al-Quran. Pada pandangan mereka, Al-Quran itu hanya merupakan hijab untuk mengenal Allah. Kerana itu mereka hanya mempelajari syair-syair dan kata hikmah sahaja sebagai tarikat mereka.


Kesebelas: Hululiyyah. Iktiqad golongan ini ialah:
 
  1.  Bahawa setiap makhluk bersatu dengan Allah Taala.
  2. Harus kita memandang kepada perempuan yang cantik dan boleh menari dan memeluknya. Kerana sifat cantik itu adalah sifat Allah yang dianugerahkan kepada kita semua.
  3. Apabila seseorang itu sunyi dari hawa nafsu dan ikhlas kepada Allah, maka gugurlah segala amal syariat. Segala ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya.
Keduabelas: Kaum Wujudiyyah.
 
Iktiqad golongan ini berdasarkan kepada tafsir kalimah “La Ilaha IllaLlah” iaitu: Tidak ujud melainkan ujud Allah. Dan pandangan mereka lagi bahawa tidak maujud melainkan dalam kandungan ujud segala makhluk. Iaitu setiap makhluk terdapat ujud Allah. Allah dan makhluk adalah dari satu jenis dan sebangsa. Golongan ini juga beriktiqad bahawa tuhan bertempat dan tertakluk kepada masa.

Ketigabelas: Mujassimah. Iktiqad golongan ini ialah: 
  1.  Allah mempunyai anggota seperti tangan, kaki, berdaging dan sebagainya.
  2.  Allah Taala itu berupa tetapi tidak tahu bagaimana rupanya.
  3.  Allah Taala bergerak samada naik atau turun. Dan tempat kediaman Allah Taala ialah diatas ‘Arash.
Itulah antara fahaman-fahaman yang tersebar dikalangan umat Islam semenjak dahulu. Fahaman-fahaman ini tersebar dari satu generasi ke satu generasi sehinggalah sampai kehari ini. Fahaman ini mendapat pengaruh bukan sahaja masyarakat Islam di Malaysia tetapi juga umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu kita janganlah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang diragukan kesahihannya.

Tiada ulasan: