Catatan Popular

Isnin, 26 September 2011

AUZUBILLAH ......ALAM BARZAKH QUBUR

ALAM Barzakh adalah Alam Qubur atau kubur iaitu alam sesudah mati. Banyak Hadits yang mengkhabarkan tentang keperitan azab yang tersedia di Alam Barzakh. Kubur akan menjadi tempat yang sempit bagi mereka yang munafiq, kafir dan tidak beriman sebaliknya akan menjadi sebuah taman dari taman-taman Syurga bagi orang- orang yang beriman dan beramal soleh. Alam Kubur merupakan tahap pertama kehidupan Akhirat dan sesiapa yang selamat dalam kehidupan kubur, maka akan selamatlah dirinya dalam kehidupan Akhirat yang seterusnya iaitu di Mahsyar, Mizan dan Sirat.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah ‘Abasa pada ayat 18 hingga 22 yang bermaksud,
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam Kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu itu. Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. Nescaya kamu benar-benar akan melihat Neraka Jahim. Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan yang kamu megah-megahkan di Dunia itu.
Bermegah-megahan bermaksud dalam soal banyak harta, anak, pengikut, kemuliaan, dan seumpamanya telah melalaikan kamu dari ketaatan. ‘Ainul Yaqin Dan sesungguhnya hari Qiyamat itu pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan sesungguhnya Allah membangkitkan semua orang yang ada di dalam Kubur.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al-‘Adiyat ayat 9 yang bermaksud,
Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam Kubur.
FirmanNya lagi dalam Surah Al-Infitar ayat 4 yang bermaksud,
Dan apabila Kubur dibongkarkan.
FirmanNya dalam Surah Fatir ayat 22 yang bermaksud,
Dan tidaklah sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendakiNya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam Kubur dapat mendengar.
Maksudnya Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak dapat memberi petunjuk kepada orang-orang Musyrikin yang telah mati hatinya. FirmanNya dalam Surah Taubah ayat 84 yang bermaksud,
Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati dalam keadaan fasik.
FirmanNya dalam Surah Taha ayat 124 yang bermaksud,
Melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al-Haj ayat 7 yang bermaksud,
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika mentafsirkan ayat yang tersebut di atas bersabda,
“Iaitu siksa orang kafir di dalam kubur. Dan demi Zat yang jiwaku berada pada genggaman KekuasaanNya, bahawasanya Dia menguasakan 99 Tanin. Tahukah kamu semua apakah Tanin itu? Tanin adalah 99 ular yang setiap ular mempunyai sembilan kepala yang menyembur dan menyakari orang kafir hingga Hari Qiyamat dan dia akan digiring dari kuburnya dalam keadaan buta.”
Sekali peristiwa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tiba di Masjid. Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat sekumpulan manusia yang sedang bersenda gurau dan bergelak ketawa lantas Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Jika sekiranya kamu senantiasa mengingat akan maut maka sudah tentu tidak akan terjadi sedemikian ini. Tiada suatu hari pun di mana Kubur tidak mengatakan bahawa, “Aku adalah tempat sesalan dan gundah gulana. Aku adalah tempat pensunyian. Aku adalah rumah bagi binatang-binatang melata.” Apabila seorang Mukmin dikebumikan maka Kubur menyambutnya dengan baik dan berkata kepadanya, “Selamat datang, alangkah bagusnya kau telah datang kepadaku. Di antara mereka yang tinggal di permukaanku, kaulah yang paling ku cintai. Kini kau telah diserahkan kepadaku, nescaya aku bertindak baik terhadapmu.” Kemudian Kubur diperluaskan sehingga sejauh matanya memandang, terbukalah padanya pintu Syurga dari mana dia merasai hawa dan keharuman Syurga. Sebaliknya apabila seorang yang berdosa dikebumikan maka Kubur menyambutnya dengan berkata, “Alangkah celakanya dan nahasnya kamu datang kepadaku, apakah gunanya kamu datang kepadaku? Di antara mereka yang tinggal di permukaanku, kaulah yang paling aku benci. Kini kau telah diserahkan kepada aku, maka akan kau lihat apa yang akan aku perbuat denganmu nanti.” Kemudian dia dihimpit oleh Kubur hingga tulang-tulang rusuknya berceragah seperti jari-jari tangan berceragahan apabila tergenggam di antara satu dengan yang lain. Kemudian sembilan puluh atau sembilan puluh sembilan ekor ular dilepaskan ke atasnya. Ular-ular itu akan menyiksanya sehingga ke Hari Qiyamat.”
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Jika seekor ular itu bertempik sekali ke arah bumi maka kerana bisanya tidak akan tumbuh lagi rumput-rumput di bumi itu sehingga ke Hari Qiyamat.”
Diberitakan dalam sebuah Hadits bahawa sekali Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berada dalam satu perjalanan, dengan tak semena-mena unta yang dikenderai Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam enggan ke muka seolah-olahnya ada sesuatu yang sedang berlaku di situ.
Seorang Sahabat bertanya kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Kenapa berlaku sedemikan Ya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?”
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab,
“Ada seorang yang sedang disiksa di dalam Kuburnya. Suara siksa Kubur itu terdengar oleh unta ini, itulah yang menyebabkan ia takut dan enggan ke muka.”
Dalam sebuah Hadits ada diberitakan bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah melalui dua buah Kubur lalu Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Ahli kedua-dua Kubur ini sedang disiksa. Seorangnya disiksa kerana mengumpat dan seorang lagi disiksa kerana dia tidak menjaga kebersihan ketika dia beristinja membuang air kecil.”
Dalam sebuah Hadits Hassan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hambal Rahmatullah ‘alaih bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar bunyi suara terompah kasut orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang Muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di Dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan disebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan Ihsan diletakkan dihujung dua kakinya. Ia akan didatangi Malaikat dari arah kepala, maka Solat itu berkata kepada Malaikat,
“Dari arahku tidak ada jalan masuk.”
Kemudian Malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka Puasa berkata kepadanya,
“Dari arahku tidak ada jalan masuk.”
Kemudian Malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka Zakat berkata kepadanya,
“Dari arahku tidak ada jalan masuk.”
Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan,
“Di bahagianku tidak ada jalan masuk.”
Maka Malaikat berkata kepadanya,
“Duduklah kamu.”
Kepada mayat itu diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam lalu Malaikat bertanya kepada mayat itu,
“Apakah pandangan kamu tentang seorang lelaki (Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya d an bagaimana penyaksian kamu kepadanya?”
Maka berkata mayat itu,
“Tinggalkan aku sebentar, aku hendak bersolat.”
Maka berkata Malaikat,
“Sesungguhnya engkau boleh mengerjakan Solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang lelaki (Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimanakah penyaksian kamu kepadanya?” Maka berkata mayat itu,
“Lelaki itu ialah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu adalah Pesuruh
Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.” Maka Malaikat berkata kepada mayat itu,
“Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di Akhirat, Insya Allah.” Kemudian dibuka baginya satu pintu Syurga, maka dikatakan padanya,
“Itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.” Maka bertambah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta dan disinari cahaya baginya.”
Sebaik sahaja seseorang itu dikebumikan, Malaikat Munkar dan Nakir akan datang mengajukan soalan-soalan tentang keimanan kepada Ruh manusia di dalam kubur. Yang pertama sekali adalah soalan,
“Man Rabbuka?” (Siapa Tuhan Pemelihara kamu?)
“Man Nabiyyuka?” (Siapa Nabi kamu?)
“Ma Dinuka?” (Apa Agama kamu?)
“Ma Imamuka? (Apa Pedoman kamu?)
“Man Ikhwanuka?” (Siapakah saudara-saudara kamu?)
Maka sebagai seorang Islam yang beriman hendaklah menjawab pertanyaan itu
sebagai berikut:
Allah adalah Tuhan Pemeliharaku,Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah Nabiku, Islam adalah Agamaku, Al-Quran adalah pedomanku dan Seluruh kaum Muslimin adalah saudara-saudaraku.
Kemudian akan ditayangkan sebuah gambaran seorang lelaki di hadapannya dan akan ditanyakan kepadanya sama ada dia mengenali lelaki tersebut dan apakah pandangannya terhadap orang tersebut yang mana beliau adalah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Barangsiapa yang mengenali Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan mengamalkan ajaran serta Sunnah-Sunnahnya nescaya dia akan dapat mengecam lelaki tersebut, iaitulah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Barangsiapa yang tidak dapat mengecam gambaran Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka tidak syak lagi bahawa dia adalah orang yang tidak beriman dengan apa yang telah disampaikan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Imam At-Tirmizi, Al-Hakim dan Ibnu Majah Rahmatullah ‘alaihim telah meriwayatkan sebuah Hadits dari Hadhrat ‘Utsman Ibnu ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu, bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Sesungguhnya Alam Qubur itu adalah tahap pertama untuk Alam Akhirat. Bilamana seseorang telah selamat dalam tahap yang pertama itu, maka untuk tahap- tahap selanjutnya akan lebih ringan. Tetapi kalau tidak selamat dalam tahap pertama tersebut, maka untuk tahap-tahap selanjutnya akan lebih dahsyat.”
Setiap kali Hadhrat Sayyidina ‘Utsman Ibnu ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu menziarahi perkuburan maka beliau menangis teresak-esak sehingga membasahi janggutnya yang mulia. Seorang bertanya kepada beliau,
“Tuan tidak pernah menangis tatkala Tuan mendengar perkhabaran- perkhabaran tentang Syurga dan Neraka sepertimana Tuan menangis ketika menziarahi perkuburan ini.”
Hadhrat ‘Utsman Ibnu ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu menjawab,
“Kubur ini adalah merupakan tempat persinggahan yang pertama dalam perjalanan menuju ke Alam Akhirat. Barangsiapa yang telah selamat di tempat persinggahan yang pertama ini maka persinggahan-persinggahan yang berikut akan dipermudahkan baginya. Sebaliknya, barangsiapa yang gagal di tempat persinggahan yang pertama ini maka dia akan mengalami berbagai kesulitan di persinggahan-persinggahan yang berikutnya.”
Selanjutnya beliau berkata,
“Aku mendengar Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda;
“Tidak pernah aku menyaksikan sesuatu pemandangan yang lebih menakutkan daripada kejadian-kejadian yang berlaku di dalam Kubur.”
Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu ‘Anhu telah meriwayatkan sebuah Hadits bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Seorang mayat akan disiksa dalam Kubur menurut apa yang dijeritkan dalam tangisan keluarganya.”
Hadhrat Zaid Radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda mafhumnya,
“Aku khuatir kamu tidak akan mengebumikan mayat-mayat lantaran gentar dan takut jika aku berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala supaya Dia mempersaksikan kepada kamu akan keadaan dan azab siksa Kubur. Setiap makhluk pernah mendengar suara siksa Kubur kecuali makhluk-makhluk manusia dan jin.”
Dalam Hadits ada dijelaskan bahawa Ruh-Ruh itu menduduki tempat-tempat yang tertentu dan ada yang berterbangan bersama Para Malaikat, menduduki pada tempat-tempat yang tertentu di langit, dalam kubur dan juga di angkasa bersama dengan golongan-golongan yang tertentu pula.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang mafhumnya,
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh Para Malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu orang-orang yang mati Syahid, orang- orang yang mengerjakan Solat malam dalam bulan Ramadhan dan orang-orang yang berpuasa di hari ‘Arafah.”
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang mafhumnya,
“Bahawasanya kubur itu merupakan satu taman dari taman-taman Syurga dan merupakan lubang dari lubang-lubang Neraka.”
Hadhrat ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha memberitakan bahawa selepas tiap-tiap Solah adalah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memohon perlindungan dari siksa Kubur. Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selalu berdoa dengan doa berikut,
“Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari azab Neraka Jahannam, dan dari azab siksa Qubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah Dajal Al-Masih.”
Dari Hadhrat Mu’adz Ibnu Jabal Radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang mafhumnya,
“Tiada seseorang yang mengerjakan sesuatu amalan yang lebih selamat baginya dari siksa Kubur daripada Zikrullah.”
Menurut sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Ad-Dailami dalam Musnad Al-Firdaus, dari Hadhrat Mu’adz Radhiyallahu ‘Anhu berkata bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Mengingati Para Nabi adalah sebahagian dari Ibadah, dan mengingati Para Solihin adalah merupakan Kaffarah, dan mengingati Maut adalah Sadaqah, dan mengingati Qubur akan mendekatkan kamu kepada Syurga.”
Dalam sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat Imam Tabrani Rahmatullah ‘alaih, bahawa Hadhrat ‘Uqbah Ibni Amir Radhiyallahu ‘Anhu berkata, bahawa Hadhrat baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Sesungguhnya Sedekah dapat menghindarkan dari ahlinya akan kepanasan azab Qubur dan adapun sesungguhnya orang beriman hanya dapat bernaung pada Hari Qiyamat di bawah naungan Sedekahnya.”
Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu telah ditanya tentang ke mana Ruh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka beliau berkata,
Ruh itu menuju ke tujuh tempat. Ruh Para Nabi dan Rasul menuju ke Syurga ‘Adnin, Ruh Para ‘Ulama menuju ke Syurga Firdaus, Ruh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga ‘Illiyyin, Ruh Para Syuhada berterbangan seperti burung di Syurga mengikut kehendak mereka, Ruh Para Mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai Hari Qiyamat, Ruh anak-anak orang beriman akan berada di gunung dari minyak Misik, Ruh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka disiksa berserta jasadnya hingga sampai Hari Qiyamat.”

Tiada ulasan: