Catatan Popular

Isnin, 26 September 2011

TAHU KO .......TEMPAT KEDIAMAN RUH KITA (SELEPAS MATI) DI ALAM BARZAKH

Di dalam Hadits Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ada menyatakan tempat kediaman Para Ruh di Alam Barzakh yakni sesudah manusia itu mati sebagaimana berikut:
1. Ada Ruh yang bertempat dan berdiam di suatu tempat yang tertinggi sekali yang dinamakan ‘Iliyyin dan ada Ruh yang berkumpul dengan kelompok Para Malaikat. Mereka adalah Ruh-Ruh Para Nabi ‘Alaihimus Solatu Wassalam. Namun di antara golongan inipun terdapat juga perbezaannya dan ada tingkatannya yang tersendiri, sebagaimana yang telah pernah dilihat oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada malam perjalanan Isra dan Mi’raj beliau.
2. Ada Ruh-Ruh yang bertempat tinggal dan berdiam di tempat peristirehatan burung-burung yang bulunya hijau menyedapkan pandangan, dan Ruh-Ruh itu dapat berkeliaran di dalam Syurga sesuka hatinya. Itulah Ruh-Ruh orang yang mati Syahid untuk menegakkan Kalimah Allah yang luhur dan mempertahankan ajaran Agama Islam.
3. Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di pintu Syurga iaitu sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang mafhumnya,“Daku melihat sahabatmu ditahan di pintu Syurga.”
4.Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di dalam Kuburnya sendiri sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadits yang meriwayatkan bahawa seorang yang menyembunyikan pakaian rampasan perang lalu orang tersbut mati Syahid. Orang ramai menyangkakan bahawa Si Fulan tersebut pasti akan mengalami kesenangan dan keenakan kerana dapat ditentukan masuk Syurga. Tetapi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu bersabda, “Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaanNya, bahawasanya pakaian yang disembunyikan olehnya itu pasti akan menyala menjadi api yang akan membakar dirinya di dalam Kuburnya itu.”
5.Ada Ruh-Ruh yang berdiam di tepi sungai di pintu Syurga sebagaimana disebutkan dalam sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda, “Para Syuhada itu ada di tepi sungai di pintunya Syurga dan berada di dalam sebuah kubah yang berwarna hijau. Mereka memperoleh rezeki mereka dari Syurga pada waktu pagi dan petang.”
6. Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di dalam bumi dan tidak dapat naik ke atas langit sebab memang Ruh yang hina sewajarnya menetap di dalam tanah sahaja. Ruh yang sedemikian tidak dapat berkumpul dengan Ruh-Ruh lain yang mulia dan terhormat yang ada di atas langit. Hal ini seperti halnya tidak dapat berkumpulnya antara manusia yang hina dan manusia yang mulia dan terhormat sewaktu di Dunia. Pada hakikatnya, sesudah mati Ruh manusia akan berkumpul dengan golongannya sendiri, yakni yang mulia berkumpul dengan yang mulia dan yang hina berkumpul dengan yang hina dan rendah darjatnya.
7. Ada Ruh-Ruh yang berenang di sungai yang berair darah dan menelan batu.
8. Ada Ruh-Ruh yang berdiam di tempat yang panas iaitu sebuah tungku api. Ini merupakan tempat bagi Ruh-Ruh yang ahli zina, baik yang lelaki mahupun yang perempuan.
Menurut Hadhrat Shah Waliyullah Muhaddits Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Ruh orang-orang selepas mati terbahagi kepada beberapa golongan seperti berikut:
1. Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat tinggi yang memiliki pengaruh semesta. Mereka ini adalah golongan Insan Kamil. Mereka ini ada urusan yang bersifat semesta.
2. Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat tinggi yang tertentu. Dalam golongan ini termasuklah mereka yang mati Syahid di zaman dahulu dan lain-lain yang seperti mereka, seperti Hadhrat Sayyidina Hamzah Radhiyallahu ‘Anhu dan sebagainya. Urusan mereka bersifat semesta dalam pengkhususan yang tertentu.
3. Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat rendah. Mereka ini ada berbagai golongan seperti Para Syuhada, Para ‘Abid dan mereka yang mencapai peringkat Zauq dalam peringkat Fana yang awal. Kegiatan mereka daripada jenis yang khusus, seperti menolong orang yang tertindas, menyempurnakan kerja-kerja tertentu yang memberi faedah kepada orang ramai, mengelakkan kejahatan tertentu dan memberi bantuan untuk mencapai kemenangan.
4. Ruh mereka yang bersatu dengan Jin. Mereka ini adalah orang-orang yang mengamalkan pelbagai jenis kejahatan. Akibatnya satu aspek timbul dari semua kejahatan mereka itu dan mereka tenggelam di dalam aspek yang satu itu. Golongan ini terbahagi kepada banyak pecahan menurut besar atau kecilnya pengaruh kejahatan itu. Mereka ini termasuklah orang-orang yang merosakkan orang-orang lain dan setengahnya membuat tindakan kezaliman dan kejahatan.
5. Ruh mereka yang berhubung dengan Jin tetapi perhubungan itu idak berapa erat. Mereka ini adalah orang-orang yang mengamalkan satu kejahatan terus menerus yang akibatnya Ruh mereka Fana dalam kejahatan itu. Mereka ini ada berbagai-bagai jenis menurut perbezaan kejahatan mereka itu.
6. Ruh mereka yang tenggelam dalam suatu jenis kebaikan.
7. Ruh mereka yang Fana dan tenggelam dalam berbagai jenis kebaikan sepertimana orang yang Fana dalam berbagai jenis kejahatan
8. Ruh mereka yang tidak Fana dalam sebarang kebaikan atau kejahatan dan tidak terpengaruh secara luar biasa oleh apa-apa kebaikan atau kejahatan. Kebanyakan manusia adalah dari jenis ini.

Sebahagian Para Ahli Hukum telah menerangkan tentang tempat kedudukan Ruh-ruh setelah mati seperti berikut:
1. Ruh Para Anbiya berada di dalam Syurga ‘Adnin. Mereka berada dalam liang yang selesa keadaan tubuh mereka. Adapun tubuh mereka sentiasa bersujud kepada Tuhan.
2. Ruh Para Syuhada berada di Syurga Firdaus dalam bentuk seekor burung yang hijau di tengah-tengah syurga itu. Mereka terbang sekehendak hati mereka lalu hinggap pada sebuah kendil yang digantungkan di ‘Arash.
3. Ruh anak-anak orang Islam berada dalam bentuk seekor burung pipit dan berterbangan di dalam Syurga.
4. Ruh anak-anak orang Musyrik berputar-putar di Syurga dan tidak punya tempat yang khusus sehinggalah ke Hari Qiyamat, lalu mereka melayani Ruh Para Mukminin.
5. Ruh Para Mukminin yang berhutang dan menganiaya akan digantung di angkasa. Mereka tidak sampai ke Syurga dan tidak pula sampai ke langit sehinggalah kerabatnya membayarkan hutangnya Dan mengadili penganiayaannya.
6. Ruh orang-orang Islam yang berdosa akan diazab dalam Kubur beserta tubuh mereka.
7. Ruh orang-orang Kafir dan Munafik akan dipenjarakan dalam Neraka Jahan

Tiada ulasan: