Catatan Popular

Sabtu, 8 September 2018

KISAH UNTAIAN KISAH PARA WALI ALLAH KE 38 Kisah Imam Hambal Dan Si Pembuat Roti


"Daripada Ibnu Abbas R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesiapa yang selalu beristighfar (meminta ampun dari Allah) nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya."
(H.R Abu Daud)

***
Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hambal ingin bermalam di masjid. Malangnya, guard masjid tersebut berkeras tidak membenarkannya tidur di situ kerana dia tidak mengenali Imam Ahmad bin Hambal. Puas Imam Ahmad bin Hambal memujuk pengawal masjid tersebut, namun tidak berhasil jua pujuk rayunya itu.

Akhirnya Imam Ahmad bin Hambal pun berkata : "Aku akan tidur di atas kakiku sendiri (tidur berdiri)." Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hambal tidur dalam keadaan tersebut. Dan melihatkan keadaan itu, pengawal masjid tersebut tetap tidak berpuas hati, lalu dihalaunya Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari masjid tersebut.

Imam Ahmad kelihatan tenang dan pada raut wajahnya jelas menunjukkan ciri - ciri seorang insan yang mulia.

Kebetulan, seorang pembuat roti telah melihat keadaannya itu. Lantas dia membawa Imam Ahmad keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepada Imam Ahmad rumahnya sebagai tempat untuk beliau bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang sangat baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pun meneruskan rutin hariannya iaitu menguli tepung. Sesuatu yang luar biasa telah didengari oleh Imam Ahmad bila mana beliau mendengar si pembuat roti tadi sentiasa beristighfar tanpa henti sepanjang malam semasa beliau menguli tepung. Dan ini membuatkan Imam Ahmad berasa sangat kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad pun bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi.

"Apakah lagi permintaan kamu yang belum Allah tunaikan?"

Pembuat roti menjawab.

"Ya, demi Allah segala doaku telah dikabulkan oleh Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan."

Imam Ahmad bertanya.

"Apakah doa itu?"

Pembuat roti pun berkata.

"Aku sangat menginginkan bertemu dan melihat Imam Ahmad bin Hambal."

Lantas Imam Ahmad berkata.

"Allahu Rabbi! Akulah Ahmad bin Hambal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!"



Tiada ulasan: