Kisah seorang yang sangat
zuhud bernama Syeikh Abdul Wahid bin Zaid : Seorang tetangga kami, bekerja
sebagai pegawai negeri dan sangat jahat ketika hidupnya di dunia, dan melakukan
maksiat dan suka menakut-nakutkan orang. Pada suatu malam, saya melihat di
dalam tidur bahawa tangan tetangga saya tersebut memegang tangan Rasulullah
SAW.
Saya bertanya kepada
Rasulullah SAW : “Wahai Rasulullah, seseungguhnya orang ini sangat terkenal
sebagai penjahat di muka Bumi, bagaimana ceritanya engkau sangat menaruh
tanganmu memegang tangannya ? “ Rasulullah SAW bersabda : “ Saya mengetahui apa
yang engkau katakan tersebut. Oleh kerana itu, saya datang untuk memberikan
SYAFAAT-ku kepadanya. ” Kemudian saya bertanya kepada Rasulullah SAW : “ Wahai
Rasul, apakah kelebihan tetangga kami itu, sehingga engkau memberikan
syafaatnya ? ” Rasulullah SAW menjawab : “ Tetanggamu itu banyak membaca
SELAWAT kepadaku.
Pada setiap malam ketika
dia hendak tidur, dia selalu membaca selawat 1000 kali (seribu kali), sehingga
aku mohon kepada Allah SWT mudah-mudahan syafaatku ini diterima disisi-Nya,
agar tetanggamu ini bertaubat kepada-Nya.”
Berkata Syeikh Abdul Wahid
(shohibul hikayat) : “ Di pagi hari saya mengajar di masjid sebagaimana
biasanya, tiba-tiba datang tetangga itu, di saat saya sedang menceritakan apa
yang saya lihat di dalam tidur (mimpi), dia masuk dan mengucapkan salam sambil
menangis, lalu dia berkata : “ Wahai Syeikh Abdul Wahid, izinkanlah aku menjabat
tanganmu, kerana Rasulullah SAW mengutusku kepadamu, agar aku bertaubat di
hadapanmu, dan disaksikan oleh murid – muridmu di masjid ini. ” Syeikh Abdul
Wahid telah berjabat tangan dengan tetangganya yang telah menyesali segala
perbuatannya selama hidupnya tersebut.
Ia berjanji tidak akan
mengulanginya kembali perbuatan jahatnya tersebut.” Subhanallah. Setelah itu,
Syeikh Abdul Wahid bertanya kepada tetangganya tersebut : “ Apakah yang
menyebabkan engkau bertaubat, wahai saudaraku…?” tetangganya menjawab : “
Rasulullah SAW telah datang kepadaku di dalam tidurku, dan baginda menceritakan
kepadaku tentang tanya jawab yang antara engkau dengan baginda, kemudian
Rasulullah memegang tanganku dan bersabda : “ Aku datang kepadamu untuk
memberikan syafaat Allah atas segala dosamu, adalah semata-mata kerana engkau
banyak membaca Selawat atasku. ” “ Setelah itu beliau bertitah kepadaku, agar
di pagi hari aku datang kepadamu, Wahai Syeikh, untuk mengumumkan kepada
khalayak ramai bahawa aku telah bertaubat yang sebenar-benarnya” Demikianlah
keberkahan membaca Selawat atas Rasulullah SAW, ternyata tidak sia-sia bagi
setiap lisan yang selalu di basahi dengan selawat.
Kisah di atas sebagai
bukti nyata Syafaat Rasulullah SAW, bahawa pembacaan salawat dapat mengugurkan
dosa – dosa yang pernah terlanjur dikerjakan oleh seseorang. Sebagaimana
diterangkan dalam Hadis :
“ Diriwayatkan dari Abu
Bakar As Shiddiq : belaiu berkata, bahawa salawat kepada Nabi SAW lebih cepat
menghapus dosa dari pada air dingin memadamkan api dan lebih utama daripada
memerdekakan hamba sahaya ”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan