Pada suatu hari Syeikh
Abdul Wahid bin Zaid penganti kepada ahli sufi terkenal Hassan Al-Basri dan
mempunyai salsilah Fudhail Bin Iyadh serta pernah mendapat didikan dan berguru
dengan Imam Abu Hanifah,pengasas mazhab hanafi berjalan di pasar
Tiba-tiba ia terlihat
seorang hamba yang sedang dijual di pasar. Syeikh Abdul Wahid ingin membeli
hamba untuk membantunya kerja-kerja di rumahnya. Hamba yang dibelinya itu
seorang yang sangat rajin dan taat melakukan kerja-kerja yang diarahkan oleh
Syeikh Abdul Wahid dengan tekun sekali.
Syeikh Abdul Wahid merasa
hairan tentang perilaku pelik hambanya, iaitu di waktu malam tidak ada di rumah
walaupun Syeikh Abdul Wahid puas mencarinya sedangkan pintu rumahnya tertutup
dan tiada tanda-tanda pintu dibuka.
Pada waktu pagi, hamba
tersebut memberikannya sekeping wang dirham yang terukir di atasnya surah
Al-Ikhlas. Hamba tersebut, menyatakan jangan ditanya kemana dia pergi. Syeikh
Abdul Wahid menerimanya dan tidak mahu mengetahui apa yang dilakukan dan kemana
hambanya pergi pada malam hari.
Setelah sekian lama, pada
satu hari datang seseorang mengadukan kepada Syeikh Abdul Wahid tentang
perilaku hambanya kerjanya mengali kubur orang meninggal dunia. Syeikh Abdul
Wahid terkejut tentang apa yang telah diberitahu oleh kenalannya dan berjanji
akan menyiasatnya terlebih dahulu.
Pada suatu malam, Syeikh
Abdul Wahid mengintai gerak-geri hambanya tanpa diketahui olehnya. Syeikh Abdul
Wahid melihat dengan jelas dan pelik bagaimana pintu bilik hamba itu dibuka dan
ditutup hanya dengan menghala jarinya sahaja. Syeikh Abdul Wahid terus
mengekori hambanya sampai ke suatu tempat lapang di padang pasir. Hambanya
menukar pakaiannya kepada pakaian yang diperbuat daripada guni. Hambanya
menunaikan solat sehingga terbit fajar. Setelah selesai solat hambanya terus
berdoa dan memohon kepada Allah :"Wahai tuanku yang besar berilah upah
kepada tuanku yang kecil." Selesai berdoa jatuhlah sekeping wang dirham
dari langit. Syeikh Abdul Wahid memerhatikannya dengan perasaan hairan dan
takjub sekali.
Oleh kerana hari hampir
siang, Syeikh Abdul Wahid mencari air disekitarnya untuk berwuduk dan
menunaikan solat subuh. Kemudian, selesai solat subuh Syeikh Abdul Wahid berdoa
bahawa dia berjanji akan memerdekakan hambanya, kerana hambanya seorang yang
soleh.
Selesai berdoa, Syeikh
Abdul Wahid berusaha mencari hambanya tetapi tidak berjumpa kerana dia
menghilangkan diri dengan begitu cepat sekali. Syeikh Abdul Wahid mencari jalan
untuk pulang ke rumahnya tetapi tidak berjumpa ini kerana tempat tersebut
terlalu asing baginya. Dengan perasaan cemas dan menyesal atas tindakannya
mengekori hambanya. Ketika Syeikh Abdul Wahid mundar mandir mencari bantuan
beliau ternampak seseorang berkuda sedang menuju ke arah beliau.
Dengan perasaan tidak
sabar menunggu orang itu sampai ke arahnya, lantas orang berkuda itu bertanya
:"Apakah yang sedang dibuat olehmu wahai Abdul Wahid." Syeikh Abdul
Wahid kehairanan dan berkata di dalam hatinya bagaimana orang berkuda itu
mengetahui namanya. Lantas, Syeikh Abdul Wahid memberitahu apa yang terjadi.
Orang yang berkuda itu memberitahu "Janganlah kamu berasa curiga tentang
apa yang berlaku." Lantas orang yang berkuda memberitahu lagi:"Tahukah
kamu berapa jauh jarak rumah kamu dengan tempat ini?". Jawab Syeikh Abdul
Wahid :"Saya tidak tahu"
Jaraknya adalah dua tahun
perjalanan dengan kuda yang berlari cepat kata orang berkuda itu kepada Syeikh
Abdul Wahid, kehairanan dan berkata dalam hati semasa aku mengikut hambaku
malam tadi hanya beberapa minit sahaja perjalanan kemari.
Orang berkuda telah
berpesan kepada Syeikh Abdul Wahid jangan pergi kemana-mana tunggu sahaja di
sini sampai hambamu datang dan mengikuti pulang ke rumah. Semasa menunggu
Syeikh Abdul Wahid telah beberapa kali tertidur dan terjaga kerana keletihan
dan kehausan. Apabila Syeikh Abdul Wahid tersedar daripada tidurnya didapati
disisi terdapat makanan dan minuman yang telah terhidang dan hambanya juga
berada disitu.
Hambanya mempelawa Syeikh
Abdul Wahid makan makanan yang telah terhidang. Syeikh tanpa berkata-kata hanya
menurut sahaja perintah dan makan dengan selera sekali. Hambanya berpesan
kepada Syeikh Abdul Wahid agar tidak mengulangi perbuatan ini lagi dan tunggu
sehingga hambanya selesai solat. Seperti biasa selesai solat hambanya berdoa
dan sekeping dirham diberikan kepada Syeikh Abdul Wahid. "Ini wang dirham
malam tadi"
Setelah itu hambanya
memimpin Syeikh Abdul Wahid berjalan dan tidak sampai beberapa saat sahaja
mereka telah tiba di hadapan rumah Syeikh Abdul Wahid. Hambanya bertanya kepada
Syeikh Abdul Wahid benarkah Syeikh memerdekakannya kerana Allah SWT. Lalu
hambanya, menunjukkan batu penyedal pintu dan menyatakan bahawa ia adalah wang
tebusan pembebasannya.
Syeikh Abdul Wahid sangat
hairan bagaimana batu tersebut boleh bertukar menjadi seketul emas.
Keesokkannya, Syeikh Abdul
Wahid pergi ke rumah kenalannya yang menuduh hambanya seorang penggali kubur
untuk menceritakan perkara yang sebenar. Sementara di rumahnya, anak perempuan
Syeikh Abdul Wahid memarahi hambanya tentang kehilangan ayahnya selama dua
malam sambil menuduh membunuh ayahnya kerana mengintip perbuatan jahatnya
menggali kubur orang. Anak perempuan Syeikh telah mengambil batu dan
membalingnya ke arah hambanya lalu terkena pada matanya yang menyebabkan mata
hamba terkeluar dan dia jatuh pengsan.
Setelah itu, ketika Syeikh
Abdul Wahid balik dan mengetahui tentang apa yang berlaku. Dengan perasaan
marah Syeikh Abdul Wahid mengambil pedang lalu memotong tangan anaknya sehingga
putus. Syeikh Abdul Wahid sangat menyesal atas apa yang berlaku tentang tuduhan
yang dibuat oleh anaknya sedangkan mereka tidak mengetahui hal yang sebenar.
Setelah itu, apabila
hambanya sedar daripada pengsan dia cepat bangun serta mengambil mata yang
terjatuh tadi lalu dimasukkan kembali ke tempat asalnya sambil berdoa. Dengan
izin Allah matanya elok seperti sediakala. Kemudian, dia mengambil tangan anak
Syeikh Abdul Wahid yang putus seraya membaca sesuatu dengan izin Allah tangan
anak Syeikh pulih seperti sediakala. Orang ramai kehairanan melihat keajaiban
yang telah berlaku.
Begitulah, besarnya darjat
orang-orang yang taat beribadah dan patuh kepada Allah semata-mata, sehinggakan
memperolehi darjat kemuliaan yang tinggi dari Alllah Subhanallahu Wataala.
Semoga kisah para wali allah ini menginsafi diri ini , bahawa Allah berhak
memberikan 'kelebihan' kepada sesiapa sahaja hamba yang dipilih olehNya.
Bersama-samalah kita memperelok dan meningkatkan amalan kita semata-mata hanya
kepadaNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan