Abdullah bin Mubarak, ahli
sufi, bertemu seorang tukang kasut, Dua Malaikat, haji mabrur, hamba allah,
Hasan Al-Basri, kasut, Kota Damsyik, masjidil haram, mencari seorang lelaki
tukang kasut, Menunaikan Haji, mimpinya, Muwaffaq’, tahukah kamu, Tukang Kasut,
ulamak terkenal, Zaid. 6 Comments
Seorang ulamak yang juga
ahli sufi terkenal iaitu Hasan Al-Basri, dalam suatu perjalanan pada suatu
musim haji, telah berhenti rehat lalu tertidur. Semasa tertidur itu, beliau
telah bermimpi tentang perbualan di antara dua Malaikat.
Berkatalah Malaikat
pertama, “Sungguh ramai sekali orang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.”
Kata Malaikat kedua,
“Yalah, tahun inilah paling ramai sekali orang menunaikan ibadah haji iaitu
700,000 orang.”
Kata Malaikat yang
pertama, “Tahukah kamu berapa orangkah yang mendapat Haji Mabrur?”
Kata Malaikat yang kedua,
“Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.”
Berkata lagi Malaikat yang
pertama, “Tidak seorang pun dari jemaah tersebut yang mendapat Haji Mabrur.
Tahukah kamu mengapakah tidak ada seorang pun dari jemaah tersebut layak
mendapat Haji Mabrur?”
“Tidak!” Jawab Malaikat
yang kedua.
Lalu Malaikat yang pertama
memberitahu, “Mereka tidak layak mendapat Haji Mabrur kerana ada yang
menunaikan ibadah haji sedangkan kewajipan tanggungannya dalam kekurangan
diabaikannya; Ada di antara mereka menunaikan ibadah haji sedangkan jirannya
yang berada dalam serba kekurangan tidak dihiraukannya; Ada pula antara mereka
menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua dan ketiga untuk menunjuk-nunjuk
sedangkan masih ramai lagi orang lain yang tersangat ingin untuk menunaikan
ibadah haji tetapi tidak dipedulikannya. Akan tetapi ada seorang hamba Allah
yang bernama Zaid seorang tukang kasut yang tinggal di kota Damsyik yang
mendapat pahala Haji Mabrur.”
Tatkala itu Hasan Al-Basri
terjaga dari tidurnya dan masih teringat-ingat akan mimpinya. Beliau merasakan
mimpinya itu adalah amat benar belaka lalu mengambil keputusan pergi ke Kota
Damsyik untuk mencari Tukang Kasut tersebut.
Setelah berada di Kota
Damsyik, maka Hasan Al-Basri telah berjaya bertemu seorang tukang kasut yang
bernama Zaid. Beliau tidak tahu bagaimana hendak memulakan soalan dan akhirnya
mengambil keputusan menceritakan perihal mimpinya itu.
Lalu berkatalah si Tukang
Kasut.
“Sejak berpuluh-puluh
tahun yang lalu, saya tersangatlah rindu hendak mengunjungi Kota Makkah. Maka
sejak dari itulah saya mula menabung sebahagian dari duit upah sebagai seorang
tukang kasut. Maka pada tahun ini cukup sudah duit tabungan tersebut untuk saya
menunaikan fardhu haji. Tetapi pada tahun ini juga isteri saya sedang hamil dan
akan melahirkan anak. Isteri saya telah mengidam hendak memakan apa yang
dibauinya dan meminta saya mendapatakan untuknya.
Maka saya mendapati bau
tersebut datangnya hasil masakan dari rumah yang serba kedaifan milik seorang
Ibu Tunggal yang menyara enam orang anak. Kemudian saya menceritakan hasrat
isteri saya mengidam hendak memakan masakannya. Lalu berkatalah Ibu Tunggal
tersebut, masakan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami.
Saya tetap menyatakan
hasrat untuk membelinya walau dengan berapa harga sekali pun. Lalu berkata lagi
si Ibu Tunggal tersebut, makanan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami.
Kemudian diceritakannya masakan yang baunya harum semerbak itu adalah bangkai
dari seekor keldai. Kami terpaksa memakannya agar kami tidak akan mati
kebuluran. Lalu saya dengan berlinangan air mata, saya kembali ke rumah lalu
menceritakannya kepada isteri saya.
Setelah mendengarnya
isteri saya juga menitiskan air mata dan kami mengambil keputusan memberi
kesemua wang simpanan saya itu kepada Ibu Tunggal tersebut.
Itulah apa yang dapat saya
beritahu tuan.” Kata si Tukang Kasut kepada Hasan Al-Basri mengakhiri
ceritanya.
Hadis Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam, “Dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti
sentias amelihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha.
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat
mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan
tidak dijangkiti penyakit tamak.” (Riwayat At-Tirmidzi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan