Catatan Popular

Ahad, 19 April 2020

IMAM JAFAR ASSIDIQ MEMAKAI 2 PAKAIAN PADA 1 MASA


Ada seorang hamba Allah telah menegur Imam Ja'afar

"Wahai Ja'afar, tuan memakai pakaian yang mahal-mahal," (Yakni tidak sepatutnya seorang ulama sufi memakai pakaian mahal kerana tidak warak dan tawaduk seperti yang diajarkan oleh nabi, padahal para ulama itu pewaris para nabi, maka pakaian sederhana sepatutnya dijadikan pilihan para ulama sufi - admin)

Mendengarkan itu beliau menjawab,

“Lihatlah pakaian di dalamku."

Orang itu pun meraba pakaian bahagian dalam beliau. Orang itu terperanjat apabila dirasainya pakaian yang dalam itu sangat kasar hinggakan tangannya tergaris oleh kasarnya pakaian itu.

Orang itu bertanya,

“Apakah maksudnya dua jenis pakaian yang tuan pakai ini?"

Ja'afar menjawab,

"Pakaian luar ini untuk dunia (untuk menyembunyikan pengabdiannya dan mengelakkan dari diketahui orang ramai bahawa dia seorang sufi yang zuhud), dan pakaian dalam itu ialah untuk keredhaan Tuhanku (yang menghormati kehambaan kita dan memuliakan penyerahan kita kepadaNya)."

Nota admin: Yakni orang ramai sukakan pakaian yang indah kerana cintakan dunia seolah-olah mati itu perkara ringan dan akhirat itu cerita dongeng. Jadi apabila memakai pakaian yang zuhud, maka orang akan menganggap dia seorang sufi dan akan dimuliakan. Oleh sebab itu beliau memakai pakaian indah di luar agar tidak diketahui orang bahawa hatinya hanya ingat akhirat dan tidak peduli lagi kepada nikmat dunia yang menipu. Dengan memakai pakaian indah akan menyebabkan orang ramai berfikir dia juga sama seperti pecinta dunia yang lain.

Maka selamatlah dia dari diagungkan dan selamat juga hatinya dari rasa dirinya mulia. Adapun beliau memakai pakaian kasar di dalam adalah kerana pengabdian dia kepada Allah. Pada pendapat pecinta Allah (yang kenal dirinya sebagai hamba yang hina), seorang hamba itu perlu makan, minum, pakaian, cara hidup, tempat tinggal dan lain-lain selayaknya seorang hamba, bukan seperti raja. Pakaian indah, makan minum enak, tilam yang empuk, rumah yang selesa, semua ini adalah untuk raja, bukan hamba. Jadi seorang muslim yang menjadi "hamba" di dunia dan tidak tertipu dengan nikmat dunia yang sementara, akan dilayan Allah sebagai raja di akhirat nanti.

Oleh sebab itulah penghuni syurga akan dilantik menjadi raja, isterinya sebagai permaisuri, para bidadari dan bidadara sebagai hamba serta pelayan, makan minum yang enak, pakaian yang terindah. Jadi sesiapa yang bersabar di dunia daripada mencintai nikmatnya yang menipu, maka akan mendapat habuan besar di syurga kelak. Adapun mereka yang tertipu dengan nikmat dunia lalu mengorbankan apa sahaja untuk memenuhi nafsu duniawinya, maka dia pasti akan tenggelam bersama keburukan dunia dan di akhirat kelak tidak akan mendapat apa-apa habuan yang baik kerana semuanya telah dirasakan di dunia. Pesan para ulama:

"Nikmat dunia yang halal itu akan dihisab, nikmat yang haram pula akan diazab."

Semoga Allah leburkan serta tawarkan hati kita daripada mencintai dunia dan terkejar-kejar siang dan malam cuba mendapatkan dunia padahal semuanya hanyalah tipu daya dan tidak ada satu pun yang bermanfaat selepas masuk ke dalam lubang kubur kelak.

Sebagai penutup,

Seorang bertanya kepada Imam Ja'afar ,

“Siapakah yang lebih baik di antara kedua orang ini: Orang kaya yang bersyukur ke hadrat Allah kerana kurniaan Allah kepadanya; atau orang fakir yang redha dengan kemiskinannya?"

Ja'afar menjawab,

"Orang fakir yang redha itulah yang lebih baik, kerana orang kaya ini sentiasa ingatkan harta bendanya (1 keburukan) walaupun bersyukur (1 kebaikan) tetapi fakir itu sentiasa ingat kepada Allah (1 kebaikan) dan redha pula dengan kemiskinannya (1 kebaikan)." (Si kaya ada 1 keburukan dan 1 kebaikan, manakala si fakir ada 2 kebaikan - admin)

Oleh sebab itu, jika seorang yang kaya itu sentiasa ingat pada Allah (kematian dan akhirat) dan bersyukur (tanpa kerisauan akan kehilangan hartanya dan kematian hingga terpaksa tinggalkan hartanya), maka dia setaraf dengan yang fakir tadi.

Wali HABIB ALAJMI MEMBERI PENGEMIS SEMUA MAKANAN YANG DIJAMU PADA TETAMUNYA SENDIRI.


Suatu hari seorang tetamu sedang memakan sedikit makanan yang dihidangkan oleh ‘Ajmi.

Pada ketika itu datanglah seorang pengemis, ‘Ajmi pun terus mengambil makanan itu dan memberi pengemis tersebut kesemuanya.

Tetamu itu (Hasan Al-Basri) terperanjat melihat kelakuan ‘Ajmi yang dianggap biadap itu, dan berkata,

“Kamu sepatutnya tahu sedikit sebanyak tentang adab sopan.”

‘Ajmi diam sebentar.

Tidak beberapa lama kemudian, Hasan terkejut apabila tiba-tiba datang seorang perempuan membawa hidangan yang banyak dan lazat.

Kedua-duanya pun makan bersama tanpa berkata apa-apa. Setelah selesai makan, ‘Ajmi berkata,

“Wahai Syaikh Hasan, tuan adalah orang yang baik. Tetapi tuan hendaklah menambah kukuhkan imanmu kepada Allah (iaitu sesuatu yang diberi dengan nama Allah akan mendapat ganjaran berlipat ganda).”


IMAM ABI ISHAQ IBRAHIM BIN SYAHARYAR SYAIBANI MEMBERI PENGAJARAN KEPADA ULAMA YANG HASAD KEPADANYA

Satu hari Syeikh Ishaq sedang memberi syarahan. Di antara orang ramai yang hadir itu ada seorang guru yang alim. Guru ini memandang bahawa Syeikh Ishaq bukanlah alim benar dan beliau hanya menunjuk-nunjuk (riak). Penyakit hati seperti ini tersangatlah umum dikalangan alim ulama dan ia merupakan ujian Allah buat mereka.

Pada pandangan orang alim itu, Syeikh Ishaq adalah seorang sufi palsu dan tidak mempunyai ilmu yang mantap sepertinya (mungkin Syeikh Ishaq hanyalah orang Soleh yang bukan dari kalangan alim ulama -admin). Tetapi orang menghargai syarahan beliau dan menghormati beliau. Bagaimana ini?

Dengan izin Allah, Syeikh Ishaq dapat membaca fikirannya (karomah atau kasyaf yang Allah kurniakan kepada beliau- admin) dan menunjuk kepada lilin (kandil) yang terpasang di hadapannya. Kandil ini ialah sebuah mangkuk kaca yang diisi air. Atas air itu dibubuh lapisan minyak. Di atas minyak ini dibubuh sumbu. Inilah yang digunakan sebagai lampu pada zaman itu.

Syeikh Ishaq berkata kepada lampu atau kandil itu (dan didengari oleh guru alim tersebut),

"Saya baru sahaja mendengar percakapan antara air dengan minyak. Kata air kepada minyak, 'Akulah makhluk yang paling berguna sekali dalam dunia ini. Jika aku tidak dijadikan, semua orang akan mati kehausan. Tapi kamu tidak ada sifat seperti aku itu. Kenapa pula kamu duduk di atas kepalaku?"

Minyak menjawab, “Memang benar kamu mulia dan aku hina. Namun, kamu sangat sombong dengan sifatmu itu. Pandanglah dahulu leluhurku (asal kedatanganku). Mula-mula aku sebagai biji benih dalam tanah. Kemudian aku tumbuh sebagai pokok. Pokok itu ditebang dan diperah. Dan sekarang aku membakar diriku untuk menerangi orang lain. Walaupun begitu aku tidak peduli derita yang aku tanggung kerana ia untuk faedah orang ramai. Oleh itu, Tuhan yang maha pengasih telah memberi kurnia kepadaku dengan kemuliaan yang kamu rungutkan itu'."

Mendengarkan itu orang alim itu pun malu dan dengan izin Allah beliau sangat terkesan dengan kata-kata Syeikh Ishaq yang penuh dengan Nur kerohanian. Maka terdetiklah perasaan dalam hatinya untuk berasa malu dan ingin taubat. Beliau terus menjatuhkan dirinya kepada kaki Syeikh Ishaq dan meminta maaf kerana dengkinya terhadap Syeikh Ishaq itu.

Nota: Air itu umpama orang alim tersebut yang tidak ada sesiapa pun mampu menyangkal fakta bahawa kewujudan mereka adalah sangat penting dan tanpa mereka agama akan mati. Seperti itu lah bumi akan mati, manusia akan mati, haiwan akan mati jika tanpa air. Namun minyak diletakkan di tempat yang lebih tinggi di dalam kandil tersebut walaupun pada faktanya minyak tidaklah begitu berguna kepada dunia, tidak termasuk dalam keperluan asas, tidak mati manusia dan haiwan tanpanya. Maka air merasa cemburu dan dengki, kenapa dia tidak dimuliakan selayaknya berbanding minyak yang lebih hina?

Inilah sifat Iblis yang menyebabkan dia menjadi Iblis dan Allah menguji para alim ulama dengan sifat ini dan memasukkan ke neraka mereka yang gagal dan meninggikan darjat mereka yang lulus. Iblis juga asalnya adalah alim ulama dan ahli ibadat yang hebat namun dilaknat Allah kerana sifat "aku lebih baik dari dia".

Maka dalam kisah ini, mengapa minyak lebih dimuliakan dalam kandil tersebut (kandil diumpamakan agama kerana ia mengeluarkan cahaya) adalah kerana pengorbanan dan susah payah minyak tersebut yang menjalani pelbagai kesakitan dan kesengsaraan sebelum di bergelar "minyak".

Maka itulah jawapan buat guru alim tersebut mengapa Syeikh Ishaq dimuliakan Allah melebihi dirinya yang alim, iaitu kerana Syeikh Ishaq telah mengalami kesengsaraan dan kesusahan yang dahsyat dalam perjalanan kerohaniannya menuju makrifatullah. Biasanya orang sufi akan diuji dengan kemiskinan, fitnah harta, fitnah wanita, fitnah pangkat, difitnah sebagai gila, palsu, suka menunjuk, dimusuhi oleh orang yang cemburu apabila mereka dimuliakan makhluk Allah dan pelbagai lagi kesakitan.

Oleh sebab itu, walaupun Syeikh Ishaq tidak mempunyai ilmu setinggi guru alim tadi, tapi kedudukannya di sisi Allah adalah lebih mulia kerana musibah dan ujian yang dikurniakan lalu beliau bersabar redha, tidak sangka buruk, tidak memusuhi, mendoakan kebaikan buat semua termasuk yang membenci, menggangu, memfitnah dan menzaliminya dan lain-lain ujian hati yang sangat sukar dilakukan oleh orang biasa yang tidak biasa dengan dunia kerohanian. Seperti memaafkan, tersenyum dan melayan dengan baik kepada seseorang yang meludahi wajah kita tanpa sebab. Perkara itu sangat sukar dilakukan oleh orang biasa bahkan sukar dilakukan oleh orang yang tinggi ilmu sekalipun kerana sifat itu bukan dikurniakan kepada orang alim atau kepada ahli ibadat, tapi ia dikurniakan kepada ahli hati (para sufi yang sentiasa menjaga hati).

IMAM IBRAHIM ADHAM DIPUKUL SEHINGGA BERDARAH HANYA KERANA MENUNJUKKAN ARAH BANDAR KEPADA ASKAR YANG TERSESAT JALAN


Satu hari, semasa melintas sebuah belantara, Ibrahim bertemu dengan seorang askar yang sesat dan askar itu bertanya kepada beliau jalan menuju ke bandar.

Ibrahim menunjukkan askar itu jalan ke kubur. Apabila Askar sampai ke kuburan, dia sangat marah lalu kembali semula ke belantara tadi mencari Ibrahim. Dilihatnya Ibrahim masih di tempat sama lalu memukul kepala Ibrahim sehingga darah mengalir.

Ibrahim diikatnya dengan tali dan ditariknya ke bandar. Orang berkata bahawa yang ditarik itu ialah Sultan Ibrahim, raja kerajaan Balkh!

Askar itu berkata,

“Tapi, dia menunjukkan padaku jalan yang salah!"

Ibrahim lalu menjawab,

"Bandar ialah tempat di mana penduduknya sentiasa bertambah. Penduduk kubur itu sentiasa bertambah. Tetapi penduduk bandar pula berkurangan apabila ada orang mati. Bukankah tanah perkuburan itu sebenarnya bandar yang sedang membesar?"

Mendengar jawapan itu, askar itu pun kenal bahawa Ibrahim ialah seorang wali Allah. Dia pun menundukkan badannya tanda hormat serta memohon maaf.

Ibrahim berkata,

“Dengan sebab engkau telah berkasar denganku, saya telah dijadikan sebagai seorang penghuni syurga. Oleh itu, saya berdoa kepada Allah supaya memberimu syurga juga kerana budi baikmu terhadapku."

Rujukan: Kitab Tazkiratul Auliyaa', Syaikh Fariduddin Al-Attar, terjemahan bahasa Melayu, Pustaka Aman Press.

Nota: Syurga dipagari dengan pelbagai musibah dan kesengsaraan, tidak masuk orang ke syurga melainkan mesti mengharungi segala jerih payah itu. Para wali Allah adalah hamba Allah yang paling memahami hakikat ini maka mereka sangat gembira apabila ditimpa musibah bahkan berterima kasih pula kepada yang menzalimi mereka kerana asbab kezaliman orang kepada mereka, lalu mereka bersabar, maka mereka diredhai Allah dan dimasukkan ke syurga-Nya.

Inilah Maqam nafsu Mardhiyah, iaitu satu capaian nafsu yang redha dan gembira dengan segala musibah dari Allah dan menganggap ia sebagai satu perhatian khusus dari Allah untuknya kerana mereka memahami musibah hanyalah untuk para kekasih Allah.

Oleh sebab itulah para Nabi dan Rasul lah yang paling banyak menerima musibah dan kesengsaraan di dunia ini, dan orang fasik, orang kafir, orang fajir, orang munafik pula bergembira, bergelak ketawa dan bersenang lenang serta diberi kesenangan hidup oleh Allah supaya mereka terus lalai dan terus lalai.


SEORANG SULTAN MENJADI WALI HANYA KERANA ASBAB UCAPAN RINGKAS IMAM SIRRI AS SAQTI


Satu hari, semasa Al-Saqti memberi syarahan, khalifah pun datang dengan segala kebesarannya.

Pada masa itu Al-Saqti sedang berkata,

"Makhluk yang paling dimuliakan Allah ialah manusia, namun begitu manusia melakukan banyak dosa."

Khalifah sangat terkesan dengan ceramah ringkas itu lalu kembali ke istananya. Pada malam itu khalifah tidak dapat tidur kerana terkenangkan balasan Allah di akhirat kelak. Besoknya, baginda buangkan pakaian kerajaan dan memakai pakaian darwisy.

Baginda terus berjumpa Al-Saqti dan berkata bahawa syarahan beliau itu telah mempengaruhinya dan menyebabkan baginda ingin membuangkan segala hal keduniaan dan ingin memencilkan diri untuk menuju jalan Allah. Baginda meminta Al-Saqti menunjukkan jalan itu.

Al-Saqti memberitahu baginda bahawa ada dua jalan menuju Allah itu.

1) Pertama ialah apa yang diperintahkan oleh Quran (jalan syariat) seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, memberi zakat, membaca Quran dan lain- lain perintah agama.

2) Jalan yang kedua ialah jalan yang lebih dekat (jalan tareqat/kesufian), iaitu membuangkan hal-hal keduniaan dan menghabiskan masa beribadat kepada Allah, tidak meminta kepada makhluk dan tidak menerima daripada mereka, terima pemberian (baik atau buruk) daripada Allah dan meminta kepada Dia sahaja.

Setelah mendengar itu, khalifah itu pun memilih jalan kedua dan terus pergi ke belantara. Ibunya menangis dan merungut yang Al-Saqti menyebabkan anaknya jadi darwisy (sufi) dan sekarang tidak diketahui di mana dia.

Kata Al-Saqti janganlah risau, dia akan kembali tidak lama lagi. Setelah khalifah yang jadi darwisy itu kembali ke tempat Al-Saqti, beliau pun menjemput ibu dan anak isteri khalifah itu bertemu dengannya. Melihatkan keadaan khalifah yang telah jadi darwisy itu, mereka semuanya menangis, dan memujuknya supaya menjadi khalifah semula.

Khalifah itu pun cuba hendak pergi lagi kerana enggan menurut kata mereka. Isterinya meminta supaya dibawa anaknya seorang bersamanya (dengan harapan cinta pada anak akan buat dia kembali kepada dunia -admin).

Khalifah itu pun menanggalkan pakaian indah anaknya itu dan memakainya pakaian kasar darwisy. Apabila ibu kanak-kanak itu melihat pakaian yang buruk itu, maka disambarnya anaknya kembali dan terus mereka kembali ke istana, dengan meninggalkan khalifah yang telah jadi darwisy itu kembali ke hutan belantara.

Beberapa hari kemudian, ada orang memberi khabar kepada Al-Saqti menyatakan khalifah itu tidak lama lagi akan meninggal dunia dan beliau meminta Al- Saqti bertemu dengannya. Al-Saqti sampai ke tempat perkuburan di mana dilihatnya khalifah itu terbaring di atas tanah. Al-Saqti terus duduk dan meletakkan kepala khalifah itu di ribanya.

Khalifah itu berkata, "Tuan terlambat sedikit."

Setelah menyebut nama Allah, baginda pun mati. Semasa Al-Saqti pulang ke desanya untuk mengambil alat-alat untuk menguburkan baginda itu, di tengah jalan bertemulah beliau dengan ramai orang membawa alat-alat yang diperlukan itu.

Mereka berkata bahawa mereka telah terdengar suara ketuhanan yang menyuruh mereka membawa alat-alat itu dan menyembahyangkan baginda sebagai hamba kecintaan Allah yang baru sahaja meninggal dunia.


IMAM ABDULLAH BIN MUBARAK MEMPERHAMBAKAN WALI ALLAH SEHINGGA BELIAU SENDIRI MENJADI WALI


Abdullah bin Mubarak merupakan seorang wali Allah yang mahsyur.

Sebelum menjadi sufi, beliau ialah seorang kaya. Beliau ini ada mempunyai hamba. Beliau berjanji akan membebaskan hamba ini jika dia dibayar seratus dinar (Nilai pada hari ini lebih kurang RM70,000). Hamba itu pun membayarnya beransur-ansur tiap-tiap hari.

Satu hari sahabat Abdullah memberitahu beliau,

"Hambamu itu pergi ke kubur tiap-tiap hari mencuri kain kapan dan menjualnya ke pasar. Dari hasil jualan itu dibayarnya kepada tuan."

Beliau sangat marah dan satu malam pergilah ia ke kubur mengintai apakah benar yang dikatakan oleh sahabatnya itu. Di sana dilihatnya hamba itu memakai kain yang kasar dan gelang besi di lehernya. Hamba itu masuk ke dalam kubur dan menangis merayu dan berdoa sehingga pagi. Kemudian pergi ke masjid.

Abdullah menurut hamba itu tanpa diketahuinya. Hamba itu berdoa,

"Oh Tuhan! Tidak lama lagi saya akan membayar pendapatan harianku kepada tuan badanku ini.”

Tiba-tiba satu cahaya datang hampir dengannya. Cahaya itu datang ke tapak tangannya dan menjadi wang. Semasa beliau hendak bangun pergi mengirim wang itu kepada Abdullah, maka Abdullah pun keluar dari tempat sembunyinya dan memanggil hambanya itu, lalu berkata,

“Dari hari ini marilah kita bertukar. Engkau jadi tuan dan aku jadi hamba."

Hamba itu pun lalu berdoa dan berkata,

"Sekarang rahsia telah terbuka, saya tidak mahu hidup lagi."

Dengan serta-merta hamba itu pun meninggal dunia. Beliau pun dikebumikan oleh tuannya dengan pakaian yang kasar itu.

Pada malam itu, Abdullah bermimpi Nabi Muhammad SAW dan lain-lain aulia datang bertemu dengannya, lalu berkata yang bermaksud,

"Abdullah bin Al-Mubarak, adakah patut kamu kebumikan orang yang kami kasihi dengan pakaian kasar itu?"

Akibat daripada peristiwa inilah dikatakan Abdullah pun bertaubat dan mula menjalani hidup sebagai sufi sehingga mahsyur namanya hingga ke hari ini sebagai salah seorang wali Allah yang besar dan tinggi martabatnya.
Wallahualam.

Wali IMAM ABU YAZID AL BUSTAMI DITEGUR ANJING


Suatu hari, tatkala Abu Yazid sedang berjalan di satu lorong, maka datang seekor anjing.

Beliau menarik pakaiannya ke atas sedikit agar tidak tersentuh oleh anjing itu.

Anjing itu pun berkata dalam bahasa manusia,

“Jika aku kering, sia-sia menyinggung aku, dan jika aku basah, tuan boleh cuci pakaian itu dengan air (dan tanah untuk menyucikan najis mughallazah -admin). Tetapi rasa hina yang ada di dalam hatimu terhadap aku tidak dapat dibasuh dengan air dari tujuh batang sungai. Dosa batin itu payah hendak dibasuh. Hatimulah yang sebenarnya kotor."

Abu Yazid tersentap dengan teguran itu lalu berkata,

"Wahai anjing, kamu ini sangat bijak, marilah tinggal denganku seketika."

Anjing itu menjawab,

"Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina oleh dunia tetapi tuan dipuji oleh dunia. Di samping itu, aku tidak menyimpan makanan untuk besok tetapi tuan menyimpan makanan untuk setahun."

Abu Yazid berkata,

"Sekiranya aku tidak sesuai dan layak tinggal dengan anjing, bagaimana pula aku hendak hampir dengan Tuhan dan duduk di majlis-Nya. Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan aku dan mengajar orang-orang melalui perkara-perkara yang kecil."

RABIATUL ADAWIYAH RATU SUFI MENDAPAT HADIAH DARIPADA RASULULLAH


Ibu bapa Rabi’atul-adawiyyah adalah orang miskin. Hinggakan dalam rumah mereka tidak ada minyak tanah untuk memasang pelita dan tidak ada kain untuk menyelimuti badan beliau yang masih kecil.

Beliau ialah anak yang keempat. (Disebabkan itu beliau diberi nama "Rabi'ah" yang bermaksud "ke empat"  Ibunya menyuruh ayahnya meminta minyak dari jiran. Tetapi bapa beliau telah membuat keputusan untuk tidak akan meminta kepada sesiapa kecuali kepada Allah.

Bapa itu pun pergilah berpura-pura ke rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengar oleh orang dalam rumah itu. Kemudian dia pun pulang dengan tangan kosong. Katanya orang dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu.

Pada malam itu si bapa bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi SAW. Nabi bersabda kepadanya yang bermaksud,

“Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah, dan akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. Kamu hendaklah pergi berjumpa amir (gabenor/ketua) Basrah (ibu kota Iraq) dan beri dia sepucuk surat yang bertulis – kamu istiqamah berselawat kepada Nabi seratus kali tiap-tiap malam dan empat ratus kali tiap-tiap malam Jumaat. Tetapi oleh kerana kamu tidak mematuhi peraturan pada hari Khamis sudah, maka sebagai dendanya kamu hendaklah membayar kepada pembawa surat ini empat ratus dinar".

Bapa Rabi'atul-Adawiyyah pun terus jaga dari tidur dan pergi berjumpa dengan amir tersebut, dengan airmata kesukaan mengalir di pipinya. Apabila berita itu sampai kepada Amir, beliau sungguh berasa gembira membaca surat itu dan faham bahawa beliau ada dalam perhatian Nabi SAW.
Amir pun memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar dan dengan gembira memberi bapa Rabi'atul-'adawiyyah sebanyak empat ratus dinar.

Amir itu meminta supaya bapa Rabi'atul-'adawiyah selalu mengunjungi beliau apabila hendakkan sesuatu kerana beliau sungguh berasa bertuah dengan kedatangan orang yang hampir dengan Allah.

Sabtu, 11 April 2020

KISAH IKTIBAR IDRIES SHAH : Orang yang Menyadari Kematian



Konon, ada seorang darwis yang mengadakan perjalanan lewat laut. Ketika para penumpang lain satu demi satu naik ke kapal, mereka melihatnya dan sebagaimana lazimnya mereka meminta nasihat padanya. Semua darwis akan mengatakan hal yang itu-itu saja kepada setiap orang yang meminta nasihat: darwis itu tampaknya hanya mengulangi salah satu rumusan yang menjadi sasaran perhatian darwis dari masa ke masa.
Rumusan itu adalah: "Cobalah menyadari maut sampai kau tahu apa maut itu." Hanya sedikit penumpang yang secara serius tertarik pada peringatan tersebut.
Mendadak ada angin topan menderu. Awak kapal dan penumpang semuanya berlutut, memohon pada Tuhan agar menyelamatkan kapal itu. Mereka berteriak-teriak ketakutan, pasrah pada nasib, menangis mengharapkan pertolongan. Sementara itu, sang Darwis duduk tenang, merenung, tak bereaksi sama sekali terhadap kehebohan dan situasi di sekelilingnya.
Akhirnya, kekacauan itu berhenti, laut dan langit tenang, dan para penumpang menjadi sadar betapa tenang darwis itu selama peristiwa badai itu berlangsung.
Ada orang bertanya padanya: 'Tidakkah Tuan menyadari bahwa selama prahara menakutkan tadi berlangsung hanya selembar papan kokoh yang memisahkan kita dari maut?"
"Oh, ya, tentu," jawab sang darwis, "saya tahu bahwa di laut selalu begitu. Tetapi, saya juga sadar bahwa, seperti yang sudah sering saya renungkan ketika berada di darat, dalam peristiwa biasa sehari-hari, pemisah antara kita dan maut bahkan lebih rapuh lagi."

Kisah ini karya Bayazid dari Bistam, suatu tempat di selatan Laut Kaspia. Ia salah seorang Sufi terbesar zaman lampau, dan wafat pada paruh akhir abad kesembilan.
Kakeknya adalah seorang penganut Zoroastrian, dan ia mengenyam pendidikan esoterisnya di India. Karena gurunya, Abu- Ali dari Sind, tidak mengetahui sepenuhnya tata cara ritual Islam, beberapa ahli beranggapan bahwa Abu-Ali seorang penganut Hindu, dan bahwa Bayazid sebenarnya mempelajari metode mistik India. Tetapi, tak ada ahli yang berwenang, di antara para Sufi, yang membenarkan anggapan tersebut. Para pengikut Bayazid antara lain tarekat Bistamia.

KISAH IKTIBAR IDRIES SHAH : Gerbang Sorga



Zaman dahulu ada seorang lelaki baik hati. Ia telah menjalani hidupnya dengan melakukan segala hal yang memungkinkan orang masuk sorga. Ia menolong orang miskin, mengasihi sesamanya, dan melayani mereka. Mengingat pentingnya kesabaran, ia bertahan menanggung kesulitan besar yang terkadang tak terduga, dan sering kali ini dilakukannya demi kebahagian orang lain. Ia pun berkelana ke berbagai tempat untuk mendapatkan pengetahuan. Kerendahan hati dan perilakunya yang pantas ditiru dikenal dari Timur ke Barat dan dari Utara ke Selatan; orang-orang memujinya sebagai seorang bijaksana dan warga yang baik.
Segala kebajikan ia jalankan kapan pun ia ingat untuk melakukannya. Namun, ia mempunyai satu kekurangan yaitu kurang perhatian. Kecenderungan ini memang tidak begitu kuat, ia menyadarinya, dan bila dibandingkan dengan semua kelebihanya, kekurangan itu sungguh hanyalah cacat kecil saja. Ada sejumlah orang miskin yang belum ditolongnya, sebab dari waktu ke waktu ia kurang perhatian terhadap kebutuhan mereka. Cinta kasih dan pelayanan pun kadang terlupakan apabila apa yang dipikirkannya adalah keperluan atau hasrat pribadi yang muncul dalam dirinya.
Ia suka sekali tidur. Dan kadang-kadang ketika ia sedang tidur, kesempatan untuk mendapatkan pengetahuan, atau memahaminya, atau melaksanakan kerendahan hati, atau menambahkan jumlah tindakan-tindakannya yang baik, kesempatan-kesempatan serupa itu lewat begitu saja, dan tidak kembali lagi.
Sama seperti karakternya yang baik meninggalkan kesan pada diri sejatinya, begitu pula karakternya yang buruk tadi.
Kemudian, ia meninggal. Menyadari dirinya berada di alam baka, dan sedang berjalan menuju pintu-pintu Taman Bertembok, orang itu berhenti sebentar. Ia menguji kata hatinya. Ia merasa mempunyai kesempatan yang besar untuk memasuki Gerbang Mulia itu.
Tiba-tiba, dilihatnya gerbang itu tertutup; lalu terdengar suara berkata kepadanya: "Berjaga-jagalah senantiasa; sebab gerbang ini hanya terbuka sekali dalam seratus tahun." Ia pun tinggal di sana menunggu, penuh gairah menantikan dibukanya kembali gerbang tersebut. Tetapi, mengabaikan kesempatan untuk melakukan kebajikan bagi manusia, ia mendapati bahwa kemampuannya untuk memperhatikan tidaklah cukup bagi dirinya. Setelah berjaga terus selama waktu yang rasanya sudah seabad, kepalanya terkantuk-kantuk. Segera saja kelopak matanya menutup. Dan dalam saat yang sekejap itu gerbang pun terbuka. Sebelum mata lelaki itu benar-benar terbuka kembali, gerbang itu pun tertutup dengan suara gemuruh yang cukup dahsyat untuk membangunkan orang mati.

Kisah ini merupakan bahan ajaran darwis yang disukai, kadang- kadang disebut 'Perumpamaan tentang Kurangnya Perhatian.' Walaupun dikenal sebagai cerita rakyat, asal usulnya tidak diketahui. Beberapa orang menganggapnya berasal dari Hadrat Ali, Khalifah Keempat. Yang lain mengatakan bahwa kisah ini begitu penting sehingga disampaikan oleh Nabi sendiri, secara rahasia. Yang pasti, kisah ini tidak ditemukan dalam Hadits Nabi yang sahih.
Bentuk sastra yang ditampilkan di sini berasal dari karya seorang darwis tak dikenal dari abad ketujuh belas, Amil-Baba, yang naskah-naskahnya menekankan bahwa 'pengarang sejati adalah dia yang karangannya tanpa nama karena dengan cara itu tak ada yang berdiri di antara pelajar dan yang dipelajarinya.'

KISAH IKTIBAR IDRIES SHAH : Fatima Si Pemintal dan Tenda


Konon, di sebuah kota di ujung barat hiduplah seorang gadis bernama Fatima. Ia putri seorang pemintal kaya raya. Suatu hari ayahnya berkata kepadanya, "Ikutlah denganku, putriku. Kita akan mengadakan perjalanan. Aku punya urusan dagang di kepulauan Laut Tengah. Barangkali dalam situasi menyenangkan kau akan bertemu seorang pemuda tampan yang akan kau pilih menjadi suamimu." Mereka segera bersiap.
Begitulah, dari satu pulau ke pulau lain mereka berkelana. Sang ayah berdagang, sementara Fatima mengangankan seorang pemuda yang akan menjadi suaminya. Tetapi, suatu hari dalam pelayaran menuju Kreta, laut mengamuk, dan badai dahsyat membuat kapal mereka karam. Fatima yang setengah sadar terdampar di pantai dekat Aleksandria. Ayahnya meninggal dan tinggallah Fatima kini sebatang kara.
Hanya samar-samar ia bisa mengingat siapa dirinya, sebab pengalaman karamnya kapal dan terlunta-lunta di laut lepas telah membuatnya letih.
Ketika ia sedang berputar-putar di pantai tanpa tujuan, sebuah keluarga penenun kain melihatnya. Meskipun miskin, mereka menerimanya di pondok mereka dan mengajarinya keterampilan menenun. Demikianlah gadis itu memulai hidup keduanya, dan dalam setahun dua tahun ia sudah merasa gembira kembali. Ia berdamai dengan nasibnya. Tetapi suatu hari, ketika sedang bersantai di pantai, sekelompok pedagang budak menghadang dan membawanya pergi; bersamanya juga ada tawanan lain.
Ratapan dan keluh kesah Fatima tidak menimbulkan simpati dari orang-orang yang menangkapnya. Ia dijual ke Istanbul sebagai seorang budak.
Dunianya limbung untuk kedua kalinya. Fatima beruntung karena ketika itu pasar sedang sepi dan hanya ada sedikit pembeli budak. Salah satunya seorang lelaki yang mencari budak untuk bekerja di pabrik kayunya untuk membuat tiang-tiang kapal. Ketika dilihatnya Fatima diperlakukan tidak senonoh, ia merasa kasihan dan memutuskan membeli gadis malang itu. Pikirnya, dengan begitu setidaknya ia bisa memberi hidup yang sedikit lebih baik bagi Fatima dibandingkan bila gadis itu dibeli oleh orang lain.
Ia membawa Fatima ke rumahnya dengan maksud mempekerjakannya sebagai pelayan bagi istrinya. Tetapi ketika tiba di rumah, ia diberitahu bahwa kapal muatnya telah dirampok bajak laut. Padahal semua uangnya sudah ia habiskan untuk membeli muatan dalam kapal tersebut. Ia tak punya uang lagi untuk mengupah pekerja, jadi ia, Fatima, dan istrinya sendirian bekerja keras membuat tiang-tiang.
Fatima, yang sangat bersyukur telah diselamatkan oleh pembelinya itu, bekerja sangat giat dan baik sehingga tuannya membebaskannya, dan jadilah Fatima orang kepercayaan tuannya. Dan Fatima cukup bahagia dengan kehidupan ketiganya itu.
Suatu hari, tuan itu berkata kepada Fatima: "Fatima, pergilah dengan kapal muat membawa tiang-tiang kapal ke Jawa sebagai suruhanku, dan pastikan kau menjualnya dengan mendapatkan laba."
Fatima pun pergi berlayar. Namun, tatkala kapal itu berada di pesisir Cina, topan dahsyat menenggelamkannya, dan lagi-lagi Fatima menemukan dirinya terdampar di pantai di tanah asing. Sekali lagi, gadis itu menangis sedih, sebab ia merasa tak sekalipun hidupnya berlangsung sesuai dengan apa yang diharapkannya. Kapan pun segala sesuatu tampak mulai membaik, celaka datang dan menghancurkan segala asa.
"Mengapakah," keluhnya," setiap kali aku berusaha meraih kebahagian, selalu saja berakhir dengan dukacita? Mengapa begitu banyak hal buruk menimpaku?" Tetapi tak ada jawab. Kemudian, ia bangkit dan mulai berjalan ke kota.
Di Cina tak seorang pun pernah mendengar tentang Fatima, atau tahu sesuatu mengenai kemalangannya. Tetapi, ada legenda bahwa seorang asing, seorang wanita, suatu hari akan datang ke negeri itu, dan ia akan membuatkan sebuah tenda untuk Kaisar. Dan, oleh sebab orang Cina tak ada yang bisa membuat tenda, semua orang menantikan penggenapan ramalan tersebut dengan penuh sigap.
Untuk memastikan agar kedatangan wanita asing ini diketahui, maka Kaisar Cina turun-temurun mengikuti kebiasaan untuk mengirimkan pesan, setahun sekali, kepada kota dan desa di negeri itu, menanyakan tentang wanita asing yang harus dibawa ke istana.
Ketika Fatima dituntun masuk ke kota oleh nelayan Cina, penantian sekian lama akhirnya berujung. Orang-orang berbincang dengannya lewat seorang penerjemah, dan menyuruhnya ke istana menemui Kaisar.
"Nyonya," kata Sang Kaisar, ketika Fatima, dibawa menghadap, "dapatkah Nyonya membuat sebuah tenda?"
"Saya dapat," jawab Fatima.
Ia minta tali, namun tak ada orang yang punya tali. Mengingat pengalamannya sebagai pemintal, ia membuat tali dari rami. Kemudian, ia meminta kain khusus untuk tenda, tetapi orang Cina tidak memiliki kain seperti yang ia perlukan. Dengan keterampilan menenun yang dipelajarinya di Aleksandria, ia membuat sendiri kain khusus yang dibutuhkan. Lalu, akhirnya ia mencari tiang tenda, tetapi juga tak ada di Cina. Jadi, Fatima mengandalkan kemampuannya membuat tiang yang dipelajarinya di Istanbul, dan dengan terampil ia menyiapkan tiang untuk tenda. Setelah segalanya siap, ia memeras otak mengingat kembali tenda-tenda yang pernah dilihatnya selama berkelana; dan akhirnya, jadilah sebuah tenda.
Ketika tenda satu-satunya di Cina itu dibawa kepada Kaisar, Kaisar sangat girang hatinya. Atas pekerjaan Fatima tersebut, Kaisar memenuhi segala harapan dan keinginan hati Fatima. Ia memilih menetap di Cina, menikah dengan seorang pangeran tampan, dan hidup bahagia bersama anak-anaknya hingga akhir hayatnya.
Lewat semua petualangan ini, Fatima menyadari bahwa apa yang semula tampak sebagai pengalaman menyedihkan, ternyata merupakan bagian penting dari pencapaian kebahagian sejati dalam hidupnya.

Kisah ini sangat dikenal dalam cerita rakyat Yunani, yang kebanyakan tema sezamannya menampilkan para darwis dan legenda-legendanya. Versi yang dikutip di sini berasal dari Syeh Muharumad Jamaluddin dari Adrianople. Ia mendirikan tarekat Jamaliah ('Yang Indah'), dan meninggal tahun 175

KISAH IKTIBAR IDRIES SHAH : Penyusunan Tradisi



Konon, ada sebuah kota yang memiliki dua jalan yang sejajar. Seorang darwis berjalan melewati salah satu jalan itu, dan ketika ia sampai di jalan kedua, orang-orang melihat matanya berlinang air mata. "Ada orang meninggal di jalan sebelah itu!" teriak seseorang, dan segera saja semua anak di sekitar daerah itu mendengar teriakan tersebut.
Yang sebenarnya terjadi adalah bahwa darwis itu telah mengupas bawang.
Dalam sekejap, teriakan itu telah mencapai jalan pertama; dan orang-orang dewasa di kedua jalan itu menjadi sangat tertekan dan khawatir (sebab masyarakat di kedua jalan itu saling berhubungan) sehingga mereka takut menyelidiki lebih lanjut sebab musabab kehebohan itu.
Lalu, datanglah seorang bijaksana mencoba bertanya-jawab dengan orang-orang di kedua jalan itu, menanyakan mengapa mereka tidak saling bertukar informasi tentang kehebohan tersebut. Dalam keadaan bingung hingga tak tahu apa yang dikatakannya sendiri, beberapa orang berkata: "Yang kami tahu ada wabah mematikan di jalan sebelah."
Selentingan ini pun menyebar laksana jilatan api sehingga orang-orang di jalan yang ini berpikir bahwa orang-orang di jalan sana tertimpa bencana; demikian pula sebaliknya.
Bahkan ketika keadaan sudah sedikit lebih tenang, orang-orang di kedua jalan tersebut tetap memutuskan untuk pindah saja demi keselamatan. Demikianlah, kedua sisi kota itu akhirnya kosong ditinggalkan oleh penghuninya.
Kini, berabad kemudian, kota itu sunyi; dan tidak jauh dari sana terdapat dua desa. Tiap desa itu mempunyai cerita sendiri tentang bagaimana pada masa lampau leluhur mereka pindah dari sebuah kota yang tertimpa bencana dan berhasil melarikan diri dari malapetaka tak dikenal.

Dalam ajaran kejiwaannya, para Sufi menganggap bahwa penyampaian pengetahuan secara biasa niscaya rentan terhadap penyimpangan dan kekeliruan oleh sebab adanya penyuntingan dan salah ingat; cara semacam itu tidak bisa dipakai sebagai pengganti persepsi langsung atas kenyataan.
Kisah 'Penyusunan Tradisi' yang menggambarkan subjektivitas otak manusia ini dikutip dari kitab ajaran Asrar-I-Khilwatia (Rahasia Para Pertapa) karya Syeh Qolandar Shah, anggota tarekat Suhrawardi, yang wafat tahun 1832. Makamnya di Lahore, Pakistan.

KISAH IKTIBAR IDRIES SHAH : Si Bebal di Kota Agung




Ada berbagai macam kesadaran. Hanya satu yang benar. Manusia tertidur, tetapi ia mesti bangun dengan cara yang benar. Ada sebuah kisah tentang Si Bebal yang bangunnya keliru.
Si Bebal ini datang ke sebuah kota besar, dan ia kebingungan melihat banyaknya orang di jalanan. Muncullah kekhawatirannya bahwa jika nanti ia tertidur dan bangun, ia tak bisa lagi menemukan dirinya di tengah kerumunan orang yang ramai. Karena itu, ia pun mengikatkan sebuah labu di mata kakinya agar ia bisa mengenali dirinya.
Seorang yang suka iseng, mengetahui apa yang dikerjakan Si Bebal, menanti hingga ia pulas tertidur. Dilepaskannya ikatan labu itu dari kaki Si Bebal lalu dikaitkannya ke kakinya sendiri. Ia pun berbaring di lantai dan tidur. Si Bebal bangun lebih dahulu dan melihat labu itu. Mula-mula disangkanya orang lain itu pasti dirinya sendiri. Tetapi kemudian, ia menyerang orang itu, sambil berteriak lantang, "Demi langit, kalau kau itu aku, lalu siapa dan mana pula aku!"

Kisah ini, yang juga muncul dalam kumpulan lelucon Mulla Nasruddin yang terkenal di Asia Tengah, termuat dalam karya klasik spiritual Salaman dan Absal karya penulis dan ahli mistik abad kelima belas, Abdur-Rahtuan Jami. Ia datang dari Oxus dan wafat di Herat setelah mengukirkan namanya sebagai salah satu tokoh sastra terdepan dalam bahasa Persia.
Jami memunculkan banyak ketidaksukaan di kalangan pemuka agama karena keterusterangannya, terutama pernyataannya bahwa ia tidak mempunyai guru kecuali ayahnya sendiri.

KISAH IKTIBAR IDRIES SHAH : Sumpah




Suatu saat ada seorang lelaki yang sedang gelisah, ia bersumpah bahwa jika masalah-masalahnya teratasi maka ia akan menjual rumahnya dan memberikan semua hasil penjualannya kepada fakir miskin.
Ketika semua masalahnya sudah selesai, ia menyadari bahwa sudah saatnya untuk menepati sumpahnya tersebut. Tetapi, hatinya menjadi galau; ia tak ingin menyumbangkan begitu banyak uang. Akalnya segera bekeja mencari jalan keluar.
Rumah itu dijualnya seharga satu keping perak dengan syarat: pembeli harus membeli rumah itu beserta seekor kucing. Harga yang diajukannya untuk binatang ini adalah sepuluh ribu keping perak. Seorang tuan membeli rumah dan kucing itu. Lelaki itu memberikan sekeping perak kepada orang miskin, dan mengantongi sepuluh ribu keping perak itu bagi dirinya sendiri.
Banyak orang memiliki pikiran seperti ini. Mereka berketetapan hati untuk mengamalkan suatu ajaran, tetapi mereka menafsirkan ajaran itu sesuai dengan keuntungan diri mereka sendiri. Selama mereka belum mengatasi kecenderungan tersebut dengan latihan khusus, mereka tidak dapat belajar sesuatu pun.

Muslihat yang digambarkan dalam kisah ini, menurut darwis penuturnya (Syeh Nasir el-Din Shah) mungkin disengaja atau mungkin melukiskan pikiran bengkok yang secara tak sadar merencanakan muslihat semacam ini.
Sang Syeh, yang juga dikenal sebagai 'Lentera Delhi', wafat pada tahun 1846. Ia dimakamkan di Delhi, India. Versi ini, yang ia tuturkan, berasal dari tradisi lisan tarekat Chishti. Kisah ini digunakan untuk memperkenalkan teknik psikologis yang dirancang untuk menyeimbangkan pikiran, membuatnya terbuka dan terhindar dari muslihat-muslihat penipuan diri sendiri.

KISAH IKTIBAR IDRIES SHAH : Warisan



Konon ada seorang laki-laki meninggal di tempat yang jauh dari rumahnya. Sebelum meninggal, ia mengucapkan wasiatnya: "Biarlah masyarakat di tanah di mana hartaku berada mengambil bagi mereka bagian yang mereka inginkan, dan biarlah mereka memberikan bagian yang mereka inginkan kepada Arif Si Rendah Hati."
Saat itu Arif masih muda belia dan tidak memiliki pengaruh yang berarti di dalam masyarakat tersebut. Para tua-tua mengambil apa saja yang berharga yang bisa diambil, dan menyisakan bagi Arif barang-barang tidak berharga, yang tidak diinginkan siapa pun.
Bertahun-tahun kemudian, Arif, yang bertumbuh dalam kekuatan dan hikmat, pergi menemui para tua-tua itu untuk menuntut hak warisannya. "Engkau mendapat barang-barang tidak berharga itu, sebab memang demikianlah isi wasiat tersebut," kata para tua-tua. Mereka tidak merasa telah merampas sesuatu pun, sebab mereka dibenarkan untuk mengambil apa saja yang mereka sukai.
Tetapi, di tengah perdebatan, muncul seorang laki-laki tak dikenal. Warna mukanya pucat, tetapi ia terlihat penuh wibawa. Katanya: "Maksud dari wasiat itu adalah agar kalian memberi kepada Arif apa yang kalian inginkan bagi diri sendiri, sebab ia dapat memanfaatkan warisan itu untuk kebaikan yang lebih besar."
Kata-kata tersebut membawa pada pencerahan, dan para tua-tua itu kini memahami maksud sebenarnya dari kalimat, "Biarlah mereka memberikan bagian yang mereka inginkan kepada Arif."
"Ketahuilah," kata penampakan itu, "bahwa pemberi wasiat telah merencanakan semuanya. Ia sadar bahwa sepeninggalnya, hartanya akan sia-sia bila tidak diwariskan. Tetapi, ia tahu bahwa jika secara terang-terangan ia menjadikan Arif sebagai pewarisnya maka kalian akan merampasnya. Atau, setidaknya tentu akan menimbulkan pertikaian. Jadi, wasiatnya seolah-olah ditujukan pada kalian, sebab ia mengetahui bahwa bila kalian pikir harta itu milik kalian, tentu kalian akan menjaganya baik-baik. Itu sebabnya ia mengatur siasat jitu untuk memelihara dan mewariskan harta tersebut. Sudah saatnya sekarang warisan itu dikembalikan untuk digunakan dengan sebaik-baiknya.
Demikianlah kekayaan itu berpindah tangan kepada pewarisnya; para tua-tua itu mampu melihat kebenaran.

Ajaran Sufi agar orang mengharapkan bagi diri mereka apa yang seharusnya mereka harapkan bagi orang lain ditekankan dalam kisah ini oleh Sayid Ghaos Ali Shah, orang suci dari tarekat Qadiri yang wafat tahun 1881 dan dimakamkan di Panipat.
Gagasan ini bukanlah sesuatu yang baru; dalam dongeng-dongeng rakyat sering kali ditemukan kisah tentang perjalanan berliku sebuah wasiat hingga sampai kepada pewaris sah yang selama puluhan tahun tak dapat menuntut haknya.
Di berbagai kalangan darwis, cerita ini diajarkan sebagai sebuah ilustrasi dari pernyataan: "Engkau memiliki banyak anugerah yang sebenarnya merupakan titipan semata; ketika hal ini engkau pahami, niscaya engkau dapat memberikan anugerah tersebut kepada pemilik yang berhak."