Suatu hari seorang tetamu sedang memakan sedikit
makanan yang dihidangkan oleh ‘Ajmi.
Pada ketika itu datanglah seorang pengemis, ‘Ajmi pun
terus mengambil makanan itu dan memberi pengemis tersebut kesemuanya.
Tetamu itu (Hasan Al-Basri) terperanjat melihat
kelakuan ‘Ajmi yang dianggap biadap itu, dan berkata,
“Kamu sepatutnya tahu sedikit sebanyak tentang adab
sopan.”
‘Ajmi diam sebentar.
Tidak beberapa lama kemudian, Hasan terkejut apabila
tiba-tiba datang seorang perempuan membawa hidangan yang banyak dan lazat.
Kedua-duanya pun makan bersama tanpa berkata apa-apa.
Setelah selesai makan, ‘Ajmi berkata,
“Wahai Syaikh Hasan, tuan adalah orang yang baik.
Tetapi tuan hendaklah menambah kukuhkan imanmu kepada Allah (iaitu sesuatu yang
diberi dengan nama Allah akan mendapat ganjaran berlipat ganda).”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan