Catatan Popular

Sabtu, 1 Oktober 2011

TOKOH TAREKAT BA’ALAWI : AL IMAM AL HABIB ABDULLAH AL AIDRUS (WAFAT 865H)

PENGASAS TAREKAT BA’ ALAWI - AIDRUSIYAH

Aidrus al-Akbar, al-Imam al-Habib Abdullah al-’Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Beliau adalah merupakan penyusun bagi ratib al-’Aidarus yang terkenal diamalkan sebelah alam melayu ini.

Nasabnya:
‘Abdullah al-’Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.
Di lahirkan dikota Tarim pada tanggal 10 Dhulhijjah 811H. Ibunya Maryam binti Syaikh Ahmad bin Muhammad BaRusyaid. Ibunya juga dari keluarga sholihin. Diriwayatkan oleh Habib Muhammad bin Hasan al-Muallim mengatakan bahhawa bila ingin melihat ahli syurga maka lihatlah Muhammad BaRusyaid. [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Habib Muhammad bin ‘Ali Maula Aidid]

Gelaran al-’Aidarus
Beliaulah yang pertama kali diberi gelaran dengan al-’Aidarus atau al-‘Aitarus. Al-’Aidarus berasal dari kata ‘Utairus’ atau ‘’Atrasah’ yang bermakna bersifat seperti singa iaitu dari segi kekuatan dan keberaniannya. Ini adalah kerana semasa kecil, al-Habib Abdullah al-’Aidarus adalah seorang yang berani menghadapi apa pun baik manusia, binatang, makhlus halus dan sebagainya sehinggakan datuknya al-Imam al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf memberikannya julukan ‘Utaiyrus’. Ketika datuknya al-Imam al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf wafat, beliau berumur 8 tahun.
Ketika berusia 10 tahun ayahnya, al-Habib Abu Bakar as-Sakran bin al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf wafat dan beliau telah diasuh oleh bapa saudaranya al-Habib Umar al-Muhdor bin al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Dan dari bapa saudaranya inilah beliau banyak mengambil ilmu.

Pendidikan
Al-Habib ‘Abdullah belajar al-Quran dari al-Habib Muhammad bin Umar Ba’Alawi. Manakala ilmu fiqih beliau belajar dari al-Faqih Syaikh Saad bin Ubaidullah bin Abu Ubaid, Syaikh Abdullah Baharawah, al-Faqih Syaikh Abdullah BaGhasyir, al-Faqih Ali bin Muhammad bin Abu ‘Ammar, Ibrahim bin Muhammad Bahurmuz dan lain-lain. Kitab fiqih yang beliau tekuni antara lain adalah Kitab Tanbih karangan asy-Syirazi dan kitab Minhaj karangan Imam an-Nawawi. Guru utama yang membimbing beliau adalah bapa saudaranya al-Habib Umar al-Muhdhor. Pelbagai ilmu yang beliau ambil dari bapa saudaranya ini terutamanya ilmu tasauf kerana bapa saudaranya terkenal sebagai tokoh didalam bidang tersebut. Antara kitab yang dipelajari dan ditekuni oleh beliau adalah kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali. Bahkan beliau hampir menghafal kitab-kitab Imam al-Ghazali terutamanya kitab Ihya. Oleh itu tidak hairanlah sejak dari kewafatannya sehingga kini setiap pagi Selasa, kitab Ihya dibacakan di kubahnya di Zanbal. Al-Habib Umar al-Muhdhor wafat ketika Habib ‘Abdullah berusia 25 tahun.
Beliau telah dipakaikan khirqah shufiyah oleh gurunya iaitu al-Habib Umar al-Muhdor yang mana beliau pula terima dari leluhurnya sebelumnya.

Perkahwinannya
Beliau juga telah dikahwinkan oleh bapa saudaranya dengan anaknya iaitu Syarifah ‘Aisyah binti Umar al-Muhdhor. Habib Umar al-Muhdhor berkata: ”Aku mengkahwinkan puteriku, ‘Aisyah, dengan anak saudaraku, Habib Abdullah al-’Aidarus al-Akbar, disebabkan aku mendapat isyarat dari pendahuluku (sesepuhku)”. Hasil perkahwinan Habib ‘Abdullah dengan Hababah ‘Aisyah, mereka dikurniakan dengan 4 orang putera dan 4 orang puteri iaitu: Abu Bakar al-‘Adni, ‘Alwi, Syekh, Hussin, Roqayah, Khadijah, Ummu Kultsum dan Bahiya.

Mujahadah
Selain tekun menuntut ilmu, al-Habib ‘Abdullah adalah seorang yang tekun bermujahadah dan banyak mengerjakan ibadah. Bahkan beliau mula bermujahadah memerangi hawa nafsu seawal umur 6 tahun lagi. Untuk mengekang nafsu beliau pernah bermujahadah dengan berpuasa selama 2 tahun dimana beliau berbuka hanya dengan 2 butir kurma, kecuali pada malam-malam tertentu dimana ibunya dantang membawa makanan, maka beliau makan untuk meraikan dan menghormati bonda kesayangannya itu.
Didalam kitab Masluk as-Sawi fi Jam’ie Fawaid Muhimmah min al-Masyr` al-Rawi ada menyebut bahwa al-Habib Abdullah al-’Aidarus al-Akbar pernah berpuasa selama 7 tahun dan berbuka hanya dengan 7 biji kurma sahaja.


Sifatnya
 Antara sifatnya, beliau seorang yang sangat menghormati bondanya. Diakhir hayat ibunya, beliau berkhidmat melayan ibunya dan mengambilkan air untuk ibunya setiap hari walaupun dari tempat yang jauh. Beliau seorang yang sangat taqwa, tawadhu dan pemurah. Disebut didalam Masyra’ al-Rawi: Pemurahnya bagaikan seorang amir, namun dalam tawadhu’nya bagaikan seorang faqir. Beliau tidak pernah merasakan dirinya lebih baik daripada makhluq Allah yang lain.
Al-Habib ‘Abdullah al-’Aidarus pernah berkata:

“Bagiku, sama saja, pujian dan celaan, lapar atau kenyang, pakaian mewah atau pakaian tidak mewah(rendah mutunya), lima ratus dinar atau dua dinar. Sedari kecil, hatiku tidak pernah condong kepada selain Allah Ta’ala. Dan bagaimana boleh aku tenang, apabila badanku berbalik ke kanan aku melihat syurga, dan apabila berbalik ke kiri aku melihat neraka”. Begitulah sifatnya yang tidak cintakan dunia dan seisinya.
Beliau selalu duduk diatas tanah dan sujud diatas tanah sebagai merasakan bahwa beliau tidak punya apa-apa, sebagai merealisasikan sifat kehambaan. Beliau membawa atau mengurus sendiri keperluannya dan tidak perkenankan orang lain membantunya. Sebagaimana para pendahulunya, ia tidak sukakan syuhrah, beliau memilih untuk khumul. Selain memberi taklim, mentarbiah muridnya, beliau juga gemar berkhalwat didalam sebuah lubang didalam masjidnya. Tempat khalwatnya masih wujud hingga kini [gambaq kat atas tu.... alhamdulillah dapat sholat sunat kat situ ...].
Beliau adalah imam kepada para auliya` dan sholihin pada zamannya. Beliau adalah seorang yang telah sampai ke darjat Quthub.
Kewafatannya: al-Habib ‘Abdullah al-’Aidarus al-Akbar wafat pada hari Ahad sebelum waktu dhuhur 12 Ramadhan 865H/1445M ketika kembali dari perjalanan dakwahnya dari kota Syihr menuju kota Tarim iaitu didaerah Abul. Jenazahnya dimakamkan di pemakaman Zanbal, Tarim. Dan makamnya mudah dikenali kerana ianya adalah salah satu daripada 3 buah kubah yang berada di Zanbal.
Perhatiannya terhadap karangan Imam al-Ghazali: Oleh kerana perhatiannya yang besar kepada kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali terutamanya kitab Ihya` ‘Ulumiddin, maka sehingga kini kitab tersebut dibaca dikubahnya setiap minggu. Disini abu zahrah bawakan sedikit kata-katanya mengenai kitab Ihya` sebagaimana dinaqalkan oleh Syaikh Abdusshomad al-Falimbani didalam kitabnya Sairus Salikin, dalam rubu` ke-3, antaranya:
Aku naik saksi pada bathin dan dhahir bahwasanya barangsiapa memutholaah akan kitab Ihya ‘Ulumiddin itu maka iaitu daripada orang yang mendapat petunjuk daripada Allah Ta’ala.
Naik saksi oleh kamu atasku bahwasanya barangsiapa jatuh atas mengaji dan mutholaah akan beberapa kitab Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى yang tersebut dahulu itu maka sesungguhnya telah jatuh ia atas kenyataan ilmu syariat dan ilmu thoriqat dan ilmu haqiqat.
Katanya lagi: Barangsiapa berkehendak mengetahui akan jalan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan akan jalan ulama` yang ‘arifin billah dan akan ulama billah, ahluz zahir dan ahlul bathin maka lazim atasnya dengan mutholaah akan beberapa kitab Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى yang tersebut dahulu itu, yang tertentu istimewa lagi kitab ihya ‘ulumiddin, yakni terlebih baik lagi kitab ihya ulumiddin itu maka iaitu seperti laut yang meliputi ia akan ilmu syariat dan ilmu haqiqat dan lainnya. [teks arabnya boleh pi rujuk ka kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174]
Katanya lagi: Kitab Ihya` ‘Ulumiddin itu terhimpun di dalamnya sekalian rahsia ilmu syariat dan ilmu thoriqat. Dan kitab Bidayatul Hidayah itu terhimpun didalamnya segala ketaqwaan. Dan didalam kitab al-Arba’in fi Usuliddin itu terhimpun didalamnya kenyataan jalan sebenar-benarnya. Dan kitab Minhajul ‘Abidin itu terhimpun didalamnya jalan yang menyampaikan kepada Allah Ta’ala. Dan kitab al-Khulasoh fil Fiqhi itu terhimpun didalamnya ilmu dan amal yang menerangi akan hati. [teks arabnya boleh pi rujuk ka kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174]
Katanya lagi: Telah berhimpun perkataan segala ulama yang ‘arifin billah atas bahwasanya tiada sesuatu yang terlebih memberi manfaat pada membaikkan hati dan tiada yang lebih hampir kepada redho Tuhan itu daripada mengikut akan Hujjatul Islam al-Ghazali رحمه الله تعالى dan kasih akan kitab-kitabnya. Maka bahwasanya segala kitab Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى itu iaitu isi (lubb) al-Quran dan isi (lubb) hadits (as-Sunnah) Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan isi segala ilmu ‘aqal (ma’qul) dan isi segala ilmu naqal (manqul). Dan Allah Ta’ala itu wakil atas apa yang aku kata itu. (والله وكيل على ما أقول). [teks arabnya boleh pi rujuk ka kitab Sairus Salikin, Rubu` 3, halaman 172 - 174]
Dan katanya lagi:
Mengamalkan dengan barang yang didalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin iaitulah Ismul a’dzom.
Murid-murid Imam Abdullah di antaranya saudaranya sendiri syiakh Ali bin Abi Bakar Sakran, syaikh Umar bin Abdurrahman shahibul hamra, syaikh Abdullah bin Ahmad Baaktsir, sayid Ahmad Qasam bin Ali syaibah, syaikh Muhammad bin Ali al-Afif al-Hamdani al-Hajrani.
Beliau selalu melazimkan membaca kitab ihya ulumuddin dan hamper saja beliau hafal kitab tersebut serta menganjurkan kepada murid dan sahabatnya untuk membaca dan mengkajinya. Sebaliknya beliau melarang sahabatnya untuk mengkaji kitab Futuhatul Makiyah dan beliau memerintahkan untuk berkhusnuzhon saja kepada syaikh Muhyidin Ibnu Arabi bahwa beliau adalah salah satu auliya’ Allah.

Imam Abdullah menginfaqkan hartanya untuk kaum fuqara dan masakin, sangat tawadhu’ terhadap kaum faqir miskin, tegas terhadap para penguasa sehingga para raja cinta dan tunduk kepadanya, lembut perkataannya. Kitab yang dibaca antara lain Tanbih, Minhaj, Khulasoh. Dalam ilmu tauhid dan hakikat, beliau pernah berkata dengan perkataan yang lembut : Jika aku ingin, aku dapat menafsirkan huruf alif hingga seratus jilid, tapi itu tidak aku lakukan. Beliau mengarang kitab al-Kibrit al-Ahmar dan mensyarahkan qsidah yang dikarang oleh pamannya syaikh Umar Muhdhar.

Imam Abdullah Alaydrus wafat pada hari Minggu sebelum waktu zawal tanggal dua belas ramadhan tahun 865 hijriyah.

Selain daripada meninggalkan ramai murid-murid untuk meneruskan perjuangannya, beliau juga meninggalkan senuah karangan dan beberapa himpuan syair. Kitabnya yang terkenal dan masih dibaca dan dikaji sampai kini berjudul al-Kibriit al-Ahmar wa al-Iksiir al-Akbar fi Ma’rifati Asrar al-Suluk ila Malik al-Muluk al-Mu’abbar ‘anhu bi al-Durr wa al-Jauhar. Kitab ini sebuah kitab yang nipis tetapi padat isinya. [Abu Zahrah ada satu salinan. Itupun photocopy. Siapa berhajat boleh lah hubungi]
Abu Bakar Al-Aidrus adalah seorang wali besar jarang yang dapat menyamai beliau di masanya. Beliau termasuk salah seorang imam dan tokoh tasawuf yang terkemuka. Beliau belajar tasawuf dari ayahnya dan dari para imam tasawuf yang terkemuka. Selain itu beliau juga pernah belajar hadis Nabi dari Muhaddis Imam Shakawi.

Karamahnya
Sebahagian dari karamahnya pernah diceritakan bahawa ketika beliau pulang dari perjalanan hajinya beliau mampir di Kota Zaila’ yang waktu itu wali kotanya bernama Muhammad bin Atiq. Kebetulan waktu itu beliau berkunjung kepada wali kota yang katanya kematian isteri yang dicintainya. Syeikh Abu Bakar menyatakan ikut berdukacita dan menyuruhnya untuk tetap bersabar atas musibah yang dihadapinya itu. Rupanya nasihat Syeikh itu rupanya tidak dapat menenangkan hati wali kota itu. Bahkan ia makin menangis sejadi-jadinya sambil menciumi telapak kaki Syeikh Abu Bakar minta doa padanya. Melihat kejadian itu Syeikh Abu Bakar segera menyingkap tutup kain dari wajah wanita yang telah mati itu. Kemudian beliau memanggil mayat itu dengan namanya sendiri. Dengan izin Allah, wanita itu hidup kembali.
Syeikh Ahmad bin Salim Bafadhal pernah menceritakan pengalamannya bersama Syeikh Abu Bakar: “Pernah aku disuruh Muhammad bin Isa Banajar untuk membawakan hadiah buat Syeikh Abu Bakar Al-Aidrus. Ketika aku beri salam padanya ia telah memberitahukan dahulu apa yang kubawa sebelum kukatakan kepadanya tentang isi hadiah itu. Kemudian Syeikh Abu Bakar berkata: “Berikan kepada si fulan besar ini, berikan pada si fulan demikian dan seterusnya. Ketika Syeikh Umar bin Ahmad Al-Amudi datang berkunjung padanya waktu itu beliau menghormatinya dan mengeluarkan semua makanan yang dimilikinya. Melihat hal itu, Syeikh Umar berkata dalam hatinya: “Perbuatan semacam ini adalah membazir”. Dengan segera Syeikh Abu Bakar berkata dengan sindiran: “Mereka itu kami jamu tapi mereka katakan perbuatan itu adalah membazir. Mendengar sindiran itu Syeikh Umar Amudi segera minta maaf.
Termasuk karamahnya jika seorang dalam keadaan bahaya kemudian ia menyebut nama Syeikh Abu Bakar memohon bantuannya. Dengan segera Allah akan menolongnya.
Kejadian semacam itu pernah dialami oleh seorang penguasa bernama Marjan bin Abdullah. Ia termasuk bawahannya bernama Amir bin Abdul Wahab. Katanya: “Ketika aku sampai di tempat pemberhentian utama di kota San’a, tiba-tiba kami diserang oleh sekelompok musuh. Kawan-kawanku berlarian meninggalkan aku. Melihat aku sendirian, musuh mula menyerang aku dari segala penjuru. Di saat itulah aku ingat pada Syeikh Abu Bakar Al-Aidrus dan kupanggil namanya beberapa kali. Demi Allah di saat itu kulihat Syeikh Abu Bakar datang dan memegang tali kudaku dan menghantarkan aku sampai ke tempat tinggal. Setelah aku sampai di rumahku, kudaku yang penuh luka ditubuhnya mati”.
Syeikh Dawud bin Husin Alhabani pernah bercerita: “Ada seorang penguasa di suatu daerah yang hendak menganiaya aku. Waktu sedang membaca surah Yaasin selama beberapa hari untuk memohon perlindungan dari Allah, tiba-tiba aku bermimpi seolah-olah ada orang berkata: “Sebutlah nama Abu Bakar Al-Aidrus”. Tanyaku: “Abu Bakar Al-Aidrus yang manakah, aku belum pernah mengenalnya”. Jelas orang itu: “Ia berada di Kota Aden (Hadhramaut).” setelah kuucapkan nama itu, Allah menyelamatkan aku dari gangguan penguasa itu. Waktu aku berkunjung ke tempat beliau, kudapati beliau memberitahu kejadian yang kualami itu padaku sebelum aku menceritakan cerita pada beliau”.
Sayid Muhammad bin Ahmad Wathab juga bercerita tentangnya: “Pernah aku pergi ke negeri Habasya (Ethiopia). Di sana aku dikeronok oleh gerombolan dan dirampas kudaku serta hartaku. Hampir mereka membunuhku. Kemudian aku menyebut nama Syeikh Abu Bakar Al-Aidrus mohon pertolongan sebanyak sebanyak tiga kali. Tiba-tiba kulihat ada seorang lelaki besar tubuhnya, datang menolongku dan mengembalikan kuda beserta hartaku yang dirampas. Orang itu berkata: “Pergilah ke tempat yang kami inginkan”.

 

Tiada ulasan: