Catatan Popular

Rabu, 24 Mac 2021

KITAB NAJMUL HUDA Fasal 2 Tauhid

Syeikh Muhammad Yusuf bin Abdul Karim Hindi

Tauhid itu ialah mengesakan. Jadi, apa yang dikehendaki dengan Tauhid pada Syahadat itu ialah Esa tanpa berkongsi dengan yang lain selain Dia saja. Jika mereka mengucap umpama berkata: “Tiada lain Tuhan yang disembah melainkan sebenar-benarnya Allah” maka Tauhid seperti ini tidak sekali-kali memerlukan Syahadat itu.

Sebagai contoh, seorang kafir memeluk (masuk Islam) mengakui Yang Disembah itu sah kepadanya lantaran mereka berada di dalam kafir dengan bertuhankan yang lain seperti kayu, batu, matahari, bulan, bintang, raja, ibu bapa dan lain-lain. Kemudian, mereka memeluk agama Islam sehingga mereka benar-benar beriman kepada Tuhan yang sebenarnya, iaitu Allah. Yang tidak sepertinya juga mengakui tiada Tuhan yang lain melainkan sebenar-benarnya Allah iaitu sah kepadanya.

Inikan pula kita Islam yang sejati yang tidak ada Tuhan yang lain selain Allah sehingga kita tidak kenal kepada Tuhan yang lain kecuali Allah Taala saja.

Tetapi mengapakah kamu mesti mengaku tiada Tuhan yang lain melainkan Allah? Adakah Tuhan yang lain dapat bersifat seperti Allah? Adakah tidak kamu melihat dan memerhatikan firman Allah Taala surah Al-Naml ayat: 64:

“Adakah sebarang Tuhan yang lain ada bersama Allah? Katakanlah: “Datangkanlah hujah keterangan- keterangan kamu, jika kamu orang-orang yang benar. “

Sudah tentu kamu akan mendapat Tauhid yang sebenar-benarnya.

Apa yang dikehendaki dengan Tauhid yang sebenar-benarnya ialah Esa jua. Jadi, Tauhid itu adalah Esa pada Ketuhanan, perkataan dan perbuatan. Tauhid itu juga bererti sesuatu yang bersih, sedang orang yang Tauhid itu ialah sesuatu yang sudah tercemar, maka yang cemar itu berkehendak kepada yang bersih. Tetapi, apabila mereka bersekutu bersama dengan Tuhan yang lain kepada yang sebenar-benarnya, maka tidaklah lagi sama, seperti mencampurkan yang cemar (kotor) di dalam bersih. Maka Tauhid seperti ini pun batil juga.

Sebagaimana firman Allah Taala dalam Al Anbiya’ ayat 24:

“Bahkan kebanyakan mereka itu tiada mengetahui al-Haq | kebenaran (Tauhid kepada Allah), dengan sebab itulah mereka berpaling (daripada melihat kepada yang menyampaikan Tauhid

Tiada ulasan: