Syeikh Muhammad Yusuf bin Abdul Karim Hindi
Ketahuilah bahawa Syahadat yang pertama
itulah yang mengadakan nafi dan itsbat. Sesiapa yang memperoleh pengetahuan
tentang nafi da itsbat, tentu dia akan diberi petunjuk oleh Tuhan dalam keadaan
sentiasa dengan memperoleh hidayah. Sebagaimana firman Allah Taala Ibrahim
ayat: 4
“Dan
Dia sendiri memberi petunjuk (hidayah) kepada sesiapa yang Dia sendiri
kehendaki.”
Wahai Penuntut Ketahuilah bahawa yang
dinafikan itu ialah baharu alam sehingga akhir kesudahan baharu alam itu tidak
kelihatan lagi, yang tinggal hanyalah Tuhan (Allah Taala) saja. Tegasnya,
apabila kita menafikan sesuatu, maka itsbat itu pun dia juga. Sebagaimana kata
berikut:
“Maka
apabila kita menafikan alam, maka yang diitsbatkan itu pun alam jua. Dan
apabila kita menafikan al-Haq, maka yang di isbat han itu pun al-Haq juga”
Daripada kata ini jelas menunjukkan
bahawa apabila kamu menafikan baharu alam, dalam masa yang sama kamu
berkehendak kepada yang mengada kan, iaitu Tuhan. Ketika itu juga kamu akan
menjadi suatu alam yang tetap bagi Tuhan. Dalam ertikata alam itu sendiri yang
menunjukkan alamat / tanda kepada yang mengadakan, iaitu Tuhan (Allah Taala).
Itulah yang menjadi dalil mengadakan
madlul :
“Maka kamu ambillah pengajaran ibarat
(daripada peristiwa itu) wahai orang yang mempunyai berakal fikiran (serta
celik mata hatinya)”.
Ketahuilah ! Nafi al-Haq itu bererti
al-Haq bagi Allah Taala seperti segala sesuatu yang berjenis, berupa, berwarna
dan juga berubah-ubah seperti jirim, jisim, aradh dan jauhar kesemuanya itu
al-Haq jua. Jika kita menafikan kesemuanya itu, maka yang tinggal itupun al-Haq
juga, iaitu bukanlah Dia itu jenis, warna, berubah-ubah, jisim (tubuh), aradh
(mata benda), jauhar (benda) dan jirim. Ini kerana al-Haq SWT itu:
“Tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya
(dari segi Zat, sifat-sifat dan pentadbiran-Nya di dalam dunia dan akhirat)”surah Al- Syura
ayat: 11
Jadi, bagi Allah Taala itu satu al-Haq
yang sebenar-benarnya, sedang yang benar itupun satu juga, bukannya tiga,
ratus, ribu dan yang seumpamanya. Tetapi Dia adalah al-Haq yang satu di dalam
yang banyak jua, dan yang banyak itupun Dia juga di dalam al-Haq satu yang
benar itu jua. Sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Yunus ayat: 32
“Maka demikian itu (sifat dan
kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu al-Haq (yang sebenar-benarnya). Maka,
tidak ada sesudah al-Haq (kebenaran) itu melainkan kesesatan. “
Jadi, selain daripada al-Haq yang sebenar
benarnya itu kesemuanya menjadi sia-sia sahaja.
Apa yang dikehendaki dengan maksud yang
dinafikan itupun al-Haq juga dan yang diitsbatkan pun al- Haq itu juga. Jadi,
yang dinafikan al-haq itu ialah sebenar-benar Al-Haq Tuhan. Sebab itu yang
sebenar-benar al-haq itu mudah saja meruntuhkan perkara yang batil (palsu) bagi
al-Haq Tuhan.
Sebagaimana firman Allah Taala dalam
surah Al Isra’ayat: 81
“Katakanlah olehmu:” Telah datang
kebenaran (al-Haq) yang sebenar-benarnya dan hilang lenyaplah perkara yang
salah (kufur dan syirik). Sesungguhnya yang batil mesti lenyap (daripada
perkara yang sia-sia)”.
Jadi, al-Haq Tuhan itu di antara sah
(benar) dan batil (palsu). Namun al-Haq yang sebenar-benarnya itu adalah yang
tetap tsabit di dalam dunia ini saja dan tsabit dengan dalil al-Quran dalam
surah Yunus ayat: 108
“Wahai sekalian manusia ! Sesungguhnya
telah datang kepada kamu al-Haq (al-Quran) daripada Tuhanmu “.
Tetapi kebanyakan orang yang jahil lagi
bodoh /bahalul /tolol itu berkata: Laitsa kamitlihi (tiada yang seumpama-Nya)
hanya di dalam akhirat saja bukannya di dalam dunia ini adalah dusta /bohong
belaka. Sedangkan Ulama ‘ada berkata:
“Dunia
itu ladang (tanam-tanaman) bagi akhirat”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan